Berniaga secara online  dari rumah memang menyeronokkan. Namun, membuat perniagaan online juga ada cabarannya yang tersendiri. Lebih mencabar lagi jika mama bekerja disamping anak-anak kecil di rumah. Bagaimana nak urus anak sambil berniaga online? Boleh kah?

membuat perniagaan online

Kita sering mendengar pelbagai rungutan dari para mama tentang betapa mereka tidak boleh fokus pada perniagaan online ini kerana anak-anak syurga. Ada yang mengatakan apabila mama ingin membuka laptop, anak akan mula mendekati, anak-anak akan mengawal handphone, anak-anak menangis meragam dan pelbagai karenah lagi. Ketahui lah, mama tidak berseorangan di dalam perkara ini. Saya faham perasaan mama kerana saya juga bekerja dari rumah di sampai 3 orang anak yang masih kecil.

Namun, itu bukan alasan untuk kita tidak boleh berjaya. Betul tak? Jika mama berasa buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini, jom tonton video di bawah. Saya kongsikan dengan mama tips bagaimana mama boleh uruskan anak-anak di rumah di samping mama juga boleh fokus pada perniagaan mama sendiri. Ini juga apa yang saya lakukan kepada diri dan anak-anak saya. InsyaAllah berkesan.

Bagaimana mama.. dah tonton?

Selain daripada 5 tips di dalam video di atas, saya tambah sedikit tips lagi untuk mama :

1. Ingat kembali niat kita, mengapa kita buat bisnes online dari rumah ini. Dalam masa yang sama ingat kembali peranan kita sebagai ibu. Kita akan rasa lebih mudah.

2. Kenalpasti pola masa anak-anak terutama masa produktif mereka. Semasa mereka tengah aktif, beri perhatian penuh kepada mereka. Lupakan sebentar urusan kerja. Ambil peluang masa kecil mereka untuk bersama dengan anak-anak. Ini kerana apabila mereka sudah besar, tidak mungkin kita dapat menggantikan semula kenangan bersama mereka semasa mereka masih kecil.

3. Buat To-Do-List atau jadual kerja harian termasuklah urusan rumahtangga.

4. Belajar untuk korbankan masa rehat. Gunakan sepenuhnya masa pagi yang kita ada untuk bekerja sebelum anak-anak bangun. Selalunya saya akan gunakan masa ini untuk menulis blog. Sambung semula apabila anak telah ada aktiviti sendiri atau apabila mereka tidur siang.

5. Wujudkan ruangan khas untuk anak-anak bermain dengan dekorasi yang menarik. Ia akan buat mereka leka.

6. Tukar hari cuti ke hari isnin. Jadikan Sabtu dan Ahad sebagai waktu bekerja. Minta bantuan suami untuk menjaga anak-anak sebentar sementara anda bekerja

7. Jadi kreatif. Setiap mama adalah hebat. Naluri seorang mama tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak untuk anak tersayang

Kata orang tua. Mahu seribu daya. tak mahu seribu dalih. Jika impian kita setinggi gunung, halangan di depan kita akan nampak sebesar kuman je. InsyaAllah.. Apa yang penting, mama perlu mencari formula untuk menguruskan anak-anak bagi mengelak dari diganggu anak-anak.

Saya doakan mama akan berjaya dalam apa jua yang mama lakukan.

Semoga membantu.

Facebook Comments:
12 Tips Uruskan Anak Di Samping Membuat Perniagaan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.