Anda yang menyusui anak suatu masa dulu atau mungkin sekarang ini pernah hadapi situasi seperti ini tak?

Semenjak saya menyusukan anak saya, terasa diri ibarat “membela” seekor jin di dalam badan. Serius, nafsu makan jadi kuat.

Selepas menyusu, automatik mesti rasa lapar. Kadang-kadang sampai gigil-gigil.

Setakat makan roti, tak jalan. Kena hadap juga nasi sepinggan, baru lah rasa puas hati.

Sejujurnya saya sendiri biasa alaminya. Selalunya tengah-tengah malam sanggup bangun untuk makan sebab lapar.  Waktu siang pun rasa asyik nak makan.

Ini adalah petanda biasa bagi ibu menyusu. Cuma yang tak biasanya, ramai yang takut berat badan naik sebab takut tak boleh nak kawal makan. Ye la, asyik nak makan je kan. Lapar bukan boleh tahan-tahan.

Perkara ini bukan hanya sembang biasa. Di dalam Islam juga membincangkan perkara ini tentang kaitannya dengan puasa di bulan Ramadhan.

Ibu yang menyusukan anak harus berbuka puasa kalau ia bimbang dengan berpuasa akan memudharatkan dirinya dan wajib qadha’ bagi puasa yang ditinggalkan.

Jikalau ia berbuka puasa kerana bimbang memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka wajib qadha’ puasa yang ditinggalkan berserta membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ia tinggalkan.

Panduan Puasa Bagi Pesakit – e-fatwa.gov.my

Misi nak kurus selepas bersalin mungkin terbantut jika perkara ini tidak dikawal sebaiknya. Lebih-lebih lagi apabila mengaitkan tempoh jangkamasa menyusu yang panjang.

Bayi perlu mendapatkan susu ibu sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran bayi. Ini adalah tempoh penyusuan penuh bayi dengan susu ibu.

Nak tahu macamana cara nak atasi masalah ibu menyusu yang cepat lapar tak? Makanya sedikit tetapi kenyangnya berkali ganda.

Paling penting susu ibu tetap meriah, berkualiti dan bayi tetap tersenyum riang! Ok saya kongsikan di sini ya.

Adakah Situasi Ibu Menyusu Cepat Lapar Perkara Biasa?

Jangan risau jika anda berasa lapar dengan cepat ketika menyusukan anak. Ibu menyusu biasanya akan berasa lapar, lebih dari orang biasa yang tidak menyusu.

Ia adalah sesuatu yang normal kerana pada fasa ini, tubuh kita bekerja keras sepanjang masa bagi menghasilkan susu. Ibu juga memerlukan tambahan lebih kurang 200-500 kalori sehari untuk menampung keperluan ibu dan anak.

Sebab itulah, wanita menyusu ni sebenarnya mudah turun berat badan kerana dengan hanya menyusu anak, sebanyak 500 kalori dibakar secara automatik. Nilai ini bersamaan dengan berlari 5 km sehari atau berbasikal 56 minit sehari atau berenang sejam sehari.

Soalan :

Saya masih menyusukan baby saya berumur 8 bulan. Saya memiliki berat badan tahap obesiti. Saya mahu diet tp bimbang jika diet yg diamalkan akan membuatkan susu saya berkurang.

Menyusukan anak juga membuatkan saya rasa cepat lapar. Diet bagaimana yang sesuai buat ibu menyusu? Berat saya sukar utk turun. Sentiasa antara 80-85kg, tinggi 164cm. Terima kasih.

Untuk menjawab persoalan di atas, caranya tetap sama seperti mereka yang tidak menyusu, iaitu mesti ada defisit kalori. Tetapi, oleh kerana ibu sedang menyusu, ibu perlu tambah bilangan kalori hasil daripada penyusuan bayi sebanyak 400-500 kalori sehari.

Juga perlu pastikan kalori itu datang daripada sumber makanan yang berkualiti iaitu adanya sumber fiber dan protein yang mencukupi. Ini akan membantu ibu mengawal nafsu makan. Inshaa Allah.

Tips Untuk Mengatasi Masalah Ibu menyusu Cepat Lapar

Jadi, bagaimanakah caranya untuk kita mengawal dan atasi nafsu lapar ini?

#1 –  Makan dalam kuantiti yang kecil secara kerap

Ia adalah cara  terbaik untuk menghilangkan rasa lapar dan membekalkan tenaga kepada badan.

#2 –  Minum air kosong secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi adalah sangat penting di dalam mengekalkan bekalan susu ibu sepanjang masa. Ibu memerlukan antara 3-4L air putih sehari.

Ambil sedikit sedikit tetapi kerap. Tips untuk anda, sediakan 3 bekas air dengan kapasiti 1L setiap satu. Jadi, anda akan tahu berapa liter air sehari yang anda ambil untuk hari itu.

#3 – Pilih makanan yang baik dan seimbang

Elakkan mengambil makanan ringan atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Pastikan pengambilan makanan ini membekalkan zat yang mencukupi kepada tubuh kita.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ramai ibu menyusu yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Zat penting itu ialah:

  • Protein : Diperlukan untuk menghasilkan enzim yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Ibu yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein juga membuatkan kira berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama.
  • Vitamin B6 : zat penting untuk metabolisme lemak. Jika vitamin B6 ini tidak mencukupi di dalam tubuh, lemak tidak dapat dibakar dan akan berkumpul di dalam tubuh secara berlebihan.

#4 – Ambil makanan yang rendah Glisemik Indeks (GI)

Makanan yang rendah GI akan menyebabkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Ia juga akan menyebabkan kita mempunyai tenaga lebih lama.

#5 – Ambil snek buah-buahan dan sayur-sayuran di antara waktu makan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu kita mengawal berat badan dan memberi kita rasa kenyang. Jadi, takde lah rasa nak makan makanan yang berkalori tinggi dan makanan yang manis-manis.

Penyusuan sangat membantu membakar lemak yang terkumpul ia digunakan untuk menghasilkan susu. Ini bermakna bahawa ibu menyusu membakar kalori yang lebih banyak berbanding wanita biasa.

Jadi, ibu menyusu sepatutnya lebih mudah kurus berbanding wanita yang tidak menyusu bayi. Cuma, pastikan kalori yang diambil tidak melebihi kalori tambahan yang diperlukan.

Pilihan Set Penyusuan Eksklusif Bayi

Terdapat 3 pilihan Set Penyusuan Shaklee. Bergantung kepada budget anda, berikut adalah antara set yang kami tawarkan :

1. Set Premium (3M) : Set menyusu terbaik dan paling lengkap

Set ini mengandungi 6 jenis suplemen iaitu Vitalea Iron Formula, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

2. Set Asas

Set ini mengandungi 4 jenis suplemen iaitu Vitalea Iron Formula, Vitamin C, B Complex dan Alfalfa.

3. Set Bajet

Set ini mengandungi 2 jenis suplemen iaitu Alfalfa dan ESP.

Testimoni Pengguna

testimoni set penyusuan shaklee

testimoni set penyusuan shaklee

Jom atasi atasi masalah anda, ibu menyusu yang cepat lapar disamping dapat memenuhi keperluan ibu menyusu. Juga dapatkan info lanjut serta konsultasi eksklusif segera;

– Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
5 Cara Atasi Masalah Ibu Menyusu Cepat Lapar Supaya Berat Kekal

4 thoughts on “5 Cara Atasi Masalah Ibu Menyusu Cepat Lapar Supaya Berat Kekal

Leave a Reply

Your email address will not be published.