Saya disahkan menghidapi masalah ‘Slip Disc’. Sakitnya, Masya Allah. Nak duduk susah, nak bangun pun susah. Selain tu anggota badan saya kerap mengalami kebas dan rasa lemah-lemah.

Kita biasa dengar orang sebut-sebut tentang ‘Slip Disc’. Apa sebenarnya tu?.

Baik, saya akan cuba huraikan pengertian mengenainya; deskripsi, faktor punca dan cara mengurangkan sakit slip disc secara ringkas di dalam entri ini. In Shaa Allah, semoga bermanfaat kepada anda yang mungkin mengalami permasalah serupa seperti ini.

Salam..nak tanya, saya disahkan doktor kena slip disc dan ada tulang belakang yang ‘crack’ sikit…Kat Shaklee, ada tak suplemen yang boleh bantu untuk kurangkan atau redakan sakit saya?

Deskripsi Slip Disc

Persoalan di atas merupakan antara yang biasa kami terima dari pelanggan berkenaan tentang masalah ‘slip disc’. Secara ringkasnya, slip disc adalah keadaan dimana tulang belakang telah berganjak atau telah tergelincir dari posisi kedudukan asalnya.

Disc di sini merujuk kepada bahagian pelapik serap-hentak antara vertebra tulang belakang. Ia tidaklah menggelongsor sebenarnya, cuma mungkin bergerak, berganjak atau pecah.

Ini menyebabkan cakera rawan dan tisu berhampiran bocor (hernia) dan kandungan seperti gel di dalamnya terkeluar ke kawasan tisu sekitar.

Seterusnya mencetuskan tekanan kepada saraf tunjang atau saraf lain bersebelahan, menjadi punca kepada gejala ‘Slip Disc’.

– Emedicinehealth.com
Slipped Disk Overview

Slip-Disc

Antara simptom atau tanda-tanda masalah ‘slip disc’ ialah pesakit biasanya akan berasa sakit belakang, kejang otot, kebas-kebas dan lemah-lemah badan serta  gagal mengawal pembuangan air kecil atau besar.

Jika anda tiba-tiba kerap berasa sangat sakit seperti mencucuk-cucuk dan inflamasi (rasa terbakar) terutamanya pada bahagian bawah belakang, tengkuk dan bahu, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Bincang dan ketahui keadaan sebenar mengenainya secara istilah perubatan dan  jangan biarkan ia melarat kerana boleh menyebabkan komplikasi kronik seperti lumpuh.

Faktor Penyumbang Kepada Masalah Slip Disc

Adakah Slip Disc hanya berlaku pada tulang belakang kawasan pinggang sahaja? Tidak, kebanyakkan kes juga berlaku pada pangkal tulang belakang di leher dan sekitarnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan sakit slip disc ini. Diantaranya ialah disebabkan:

  • Faktor Mekanikal : Postur badan yang tidak betul mungkin semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat benda-benda berat, bersukan atau berat badan berlebihan  yang menyebabkan tekanan berterusan kepada struktur tulang belakang.
  • Faktor Trauma : Kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja.
  • Faktor Nutrien : Kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
  • Faktor Genetik : Sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi ‘disc’, punca kepada slip disc itu sendiri.

Klik! >> Rawatan Alternatif Slip Disc Tanpa Ubat

Kaedah Rawatan Untuk Mengatasi Masalah Slip Disc

Kesakitan akibat slip disc mungkin berpanjangan jika tidak dirawat dengan sebaiknya. 7 cara berikut mungkin dapat membantu meredakan masalah berkaitan sakit tulang belakang:

#1 – Rehat secara tenang dan relaks

Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin.

Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki. Atau boleh juga berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki.

Ia begitu subjektif, tetapi boleh juga mencuba kaedah yang lain bergantung kepada keselesaan anda. Yang penting, jangan berada pada satu-satu posisi dalam masa yang lama.

#2 – Berjalan kaki sedekat boleh

Pergerakan mungkin membantu mengurangkan rasa sakit. Ambil sedikit masa antara 10 hingga 20 minit) berjalan di atas permukaan rata (tidak curam, mendaki atau bertangga).

Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek sudah memadai supaya kesakitan boleh dikawal dan tidak timbul masalah sakit kaki.

#3 – Ambil ubat jika perlu

Selepas pemeriksaan doktor, pesakit kebiasaannya disarankan untuk berehat, menghadkan aktiviti dan diberi preskripsi ubat tertentu.

Sakit belakang bukan masalah yang kecil, patuhi preskripsi ubat yang diberikan dan ambil ikut dos dan masa yang ditetapkan.

Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan peritnya kesakitan tulang belakang yang bukan main calang-calang rasa sakitnya.

#4 – Cuba terapi haba atau ais

Kaedah ini tidaklah mendapat pembuktian secara klinikal akan keberkesanannya. Cuma boleh dicuba sama ada boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat slip disc.

  • Gunakan heating pad dengan suhu sederhana. Tekap atau balut pada bahagian yang sakit sekitar 15 ke 20 minit dan lakukannya 2 atau 3 jam sekali.
  • Amalkan mandian air suam atau mandi dengan pancuran air hangat sekali sekala.
  • Guna balutan haba pakai buang yang boleh bertahan lama sehingga 8 jam atau lebih.
  • Guna pek ais bahagian yang sakit sekitar 10 ke 15 minit.
  • Atau boleh juga guna seketul ais sederhana besar atau sayur sejuk beku yang dibalut dalam tuala nipis. Lakukannya untuk 2 hingga 3 jam sekali.

#5 – Terapi fizikal

Apabila pergerakan terbatas dalam had tertentu, terapi fizikal boleh membantu. Kaedah ini boleh dilakukan sama ada di klinik, hospital, rumah dengan bantuan oleh pakar terapi fizikal.

Kebiasaannya dimulakan dengan kaedah mengurangkan kesakitan dan bengkak, kemudian kepada sesi memperbaiki fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan ketahanan.

Mungkin memerlukan beberapa kaedah senaman dalam program terapi ini.

#6 – Pembedahan tulang belakang

Nisbahnya berlaku kepada 1 daripada 10 pesakit slip disc. Rasanya sedikit ngeri.

Tetapi mungkin pilihan terbaik apabila kerosakan saraf atau kesakitan menjadi semakin kronik atau gagal sembuh sekurang-kurangnya selepas 4 minggu kaedah rawatan lain.

#7 – Pengambilan suplemen untuk tulang belakang

Merujuk kepada laman livestrong.com, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu memperbaiki kerosakan tisu akibat masalah slip disc.

Zinc, chondroitin sulfate, glucosamine sulfate, bovine or shark cartilage, free-form acid amino, manganese, L-Proline, vitamin B complex, vitamin C with Flavanoids and a multivitamin & mineral complex may be helpful in treating this kind of bodily damage.

– Phyllis A. Balch
Prescription for Natural Healing

Antara kebaikan suplemen ialah ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan daripada doktor.

Juga baik sebagai langkah awal mengatasi masalah slip disc jika anda mengalami simptom atau tanda-tana awal gejala slip disc.

Mungkin rawatan alterntif slip disc tanpa pembedahan ini boleh membantu anda.

suplemen slip disc

Semoga tips-tips di atas dapat membantu cara mengurangkan sakit slip disc anda. Dan berita baiknya, sebahagian besar keperluan nutrisi suplemen untuk masalah berkaitan slip disc ini ada di Shaklee.

Suplemen membantu masalah slip disc dan testimoninya juga sungguh hangat diperkatakan.

Untuk keterangan lanjut dan dapatkan konsultasi eksklusif dari Yourfabulousmama.net, sila hubungi saya dengan segera. Inshaa Allah saya akan bantu anda:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
7 Cara Mengurangkan Sakit Slip Disc Pada Tulang Belakang

22 thoughts on “7 Cara Mengurangkan Sakit Slip Disc Pada Tulang Belakang

  • September 9, 2016 at 10:24 am
    Permalink

    No problem trying….in sya Allah

    Reply
    • September 9, 2016 at 10:58 am
      Permalink

      Assalamualaikum Tuan & Salam Jumaat,

      Terima kasih atas peringatan.

      Jika jatuh, berdiri lagi,
      Jika kalah, mencuba lagi,
      Jika gagal, bangun lagi,
      Sampai Allah panggil, sampainya waktu kembali.

      Reply
  • November 4, 2016 at 4:14 am
    Permalink

    info yang sangat bermanfaat, terima kasih

    Reply
  • November 21, 2016 at 6:02 pm
    Permalink

    Subhanallah, info yang sangat bermakna.

    Reply
  • December 21, 2016 at 5:37 pm
    Permalink

    Assalammualaikom….
    saya terasa sakit di pinggang, tepi lutut dan bisa atas buku lali kaki kanan dr 1/12/2016.
    Setelah berjumpa Dr.katanya tanda2 slip disc.Alhamdulillah…skg sakit itu dah semakin berkurangan apabila saya baring dan rehat.
    Saya masih tidak melakukan kerja yg perlukan saya berdiri lama dan berjalan jauh.Saya dinasihatkan utk buat MRI.Boleh saya tahu kos MRI di Hospital Swasta? Terima kasih.

    Reply
    • December 21, 2016 at 9:02 pm
      Permalink

      Alhamdulillah Tuan Rahman bertambah pulih dari masalah slip disc. Moga terus bertambah sihat dan kembali kesediakala.

      Untuk kos imbasan MRI mungkin tuan boleh merujuk kepada hospital yang ada kemudahan tersebut.

      Slipped disc melibatkan masalah struktur mekanikal tulang belakang yang memerlukan rawatan secara fizikal seperti terapi tulang.

      Kami hanya menawarkan alternatif melalui suplemen untuk membantu kurangkan implikasi akibat masalah slip disc seperti keradangan dan sebagainya.

      Hubungi saya di 019-4771733 untuk maklumat lanjut.

      Reply
  • December 25, 2016 at 6:13 pm
    Permalink

    asalamualaikum admin..
    sy dah mngalami slip disc hampir 1tahun 3 bulan..dari peringkat permulaan hinggalah skrg sy tidak lagi boleh berdiri dan brjln spt normal..
    peringkat prmulaan sy ada beberapa kali ke hospital dan klinik kesihatan sayangnya doc cuma mmberikn suntikan penahan sakit dan ubat mkn.
    selepas 4 bulan,sy skrg tidak lg bole brjln atau brdiri spt normal jika dipaksa tulang bahagian pinggang akan sakit serta kedua kaki merasa kebas dan nyilu..saya cuma bole mmbongkok dan brjln merangkak…skrg sudah hmpir 1 tahun 3 bulan sy tidak boleh melakukan sebarang aktiviti..dan jika bergerak banyak sy juga sukar bernafas dan sakit ketika mmbuang air..sy cuma bergantung kpd pain killer yg dibeli di farmasi.

    Reply
    • December 25, 2016 at 8:39 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Tuan Sani.

      Allahuakbar. Saya tumpang simpati atas apa yang berlaku kepada Tuan Sani. Sakitnya amat sukar untuk digambarkan bagi orang yang normal, terkena sakit belakang sikit pun dah menggigit rasa sakitnya.

      Moga Tuan Sani terus bersabar, tabah dan bertemu ikhtiar jalan terbaik untuk mengatasi masalah slipped disc ini.

      Masalah slipped disc amat memerlukan pemerhatian doktor. Diagnosis kepada jenis dan kawasan tulang belakang yang terjejas perlu dilakukan dengan teliti sebelum terus kepada kaedah rawatan tertentu. Ia lebih kepada masalah teknikal tulang belakang.

      Selain doktor di hospital awam, Tuan Sani juga merujuk kepada pakar perubatan swasta yang diiktiraf (Specialist) berkaitan saraf dan tulang belakang. Kesan buruk jika rawatan tidak dilakukan dengan segera mungkin mampu menyebabkan masalah kerosakan saraf yang lebih serius atau rosak kekal.

      Suplemen hanya boleh membantu dari segi nutrisi untuk tulang dan mengurangkan kesan keradangan (sakit). Jika Tuan Sani berminat mengenai suplemen boleh hubungi saya terus di 019 477 1733 untuk konsultasi secara percuma.

      Terima kasih.

      Reply
  • December 26, 2016 at 8:55 am
    Permalink

    info yg sangat bermanfaat…tq

    Reply
  • January 20, 2017 at 2:09 pm
    Permalink

    Terima kasih di atas info yg sangat membantu..

    Reply
  • January 28, 2017 at 10:10 pm
    Permalink

    Saya mngalami sakit tulang blakang dri leher smpai ke tlang punggung dri 1994 – 2017 saya prgi hospital buat XRAY yg pertama doktor ckap tulang blakang saya bngkok kali kedua saya prgi hospital XRAY lagi doktor ckap xda apa masaalah tulang blakang saya masaalah saya skrg tulang saya yg tramat skit kdang2 saya smpaix bleh bngun nk bngun mntk tlong anak bngunkn saya.

    Reply
    • January 28, 2017 at 10:22 pm
      Permalink

      Salam Pn Shukriyah.

      Lama sudah pengalaman puan dengan masalah sakit tulang belakang. Tentu dah biasa dengan segala ketidakselesaan yang sekian lama dihadapi. Semoga terus bersabar & tabah.

      Kadang masalah tulang belakang ini sukar untuk dilihat secara jelas melalui diagnosis. Mungkin masih diperingkat awal dan belum kronik. Namun rujukan & pemeriksaan doktor perlu diteruskan untuk mengenalpasti perkembangannya dari masa kesemasa.

      Untuk mengurangkan masalah inflamasi atau keradangan (rasa sakit dan simptom sakit belakang), boleh gunakan bantuan nutrisi. In shaa Allah saya boleh bantu dengan suplemen yang bersesuaian. Diharap puan dapat menghubungi saya dengan segera di 019 – 477 1733. Inshaa Allah saya akan berikan keterangan lanjut dab konsultasi eksklusif berkenaan masalah puan.

      Terima kasih.

      Norhanita 019 – 477 1733

      Reply
  • April 26, 2017 at 6:01 pm
    Permalink

    Terima kasih untuk perkongsian yang berguna ini. Saya juga mengalami slip disc, joint disease dan punyai cysts dlm laporan diagnosis MRI dari sebuah hospital swasta. Sy dah order shaklee set utk penjagaan tulang dan sendi ini tp boleh sy tau Advance joint supplement tu dah stop production ke? Sbb agen sy kata xde stok? Tp mcm dr tahun lepas sy order still xde stok?

    Reply
    • April 26, 2017 at 7:08 pm
      Permalink

      Salam Insan Teruji, Semoga tuan/puan kuat dan diberi kesembuhan semula daripada masalah slip disc.

      Buat masa ini Advance Joint Health (AJHT) memang dihentikan pasarannya hanya di Malaysia. Ia sedang dalam proses Improved Formula dan saya tak pasti bila ia akan kembali ke pasaran semula. Mengeluarkan produk khusus untuk pasaran Malaysia sememangnya mengambil masa yang lama dari segi prosedur status HALAL, SELAMAT-BERKESAN-SEMULAJADI dan piawaian ketat KKM sendiri.

      Alternatifnya, tuan/puan boleh ambil VIVIX. Saya banyak suggest VIVIX untuk pelanggan yang mengalami masalah Slip Disc disamping Ostematrix dan OmegaGuard. Alhamdulillah semuanya memberi kesan positif. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi agen tuan/puan atau hubingi saya di 019 477 1733. Terima kasih.

      Reply
  • May 1, 2017 at 11:18 pm
    Permalink

    Asslm…sy juga menghidap slip disc dn juga scoliosis dh 2 tahun…tetapi saya agk berbeza dgn org lain…….belakang saya tidak sakit tp kaki saya yg teramat sakit……saya tk dpt utk baring menelentang…….saya hnya bole baring/tido dlm keadaan mengiring serta membengkokkan bdn saya……saya juga dlm rawatan fisioterapi dn mengambil ubat lyrica…tetapi saya masih sakit…..ade cara lain tk utk mengurangkn sakit?

    Reply
    • May 2, 2017 at 9:31 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Sarah. Mengalami 2 masalah utama berkaitan struktur tulang belakang tentu amat menyulitkan. Semoga Puan terus cekal dan bersemangat menghadapi ujian.

      Ok Puan nampaknya sedang menjalani rawatan yang betul melalui kaedah fisioterapi untuk tulang belakang. Dari segi nutrisi suplemen, Inshaa Allah Vivix (polifenol), OmegaGuard (minyak ikan) dan Ostematrik (Kalsium) boleh membantu mengurangkan inflamasi (keradangan) atau kesakitan serta membekalkan nutrisi untuk sel bagi membantu proses pembaikpulihan secara dalaman.

      jika puan berminat, boleh hubungi saya di 019 477 1733 untuk maklumat dan konsultasi lanjut. Terima Kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge