Mempunyai anak merupakan impian semua pasangan yang berumahtangga. Termasuklah saya. Namun, mendidik anak perlukan cara yang betul. Saya kongsikan dengan anda tips mendidik anak secara halus. Untuk diri saya juga sebenarnya ni. Banyak lagi yang saya dan anda perlu belajar sebenarnya kan? Jom baca.

tips mendidik anak

1— Diamkan anak yang menangis

Jika melihat anak menangis, jangan bazir masa anda untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Ingin anak berhenti bermain

Jika ingin anak-anak berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali:”Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan:”Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.

3— Meleraikan pertelingkahan

Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan anda ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “siapa yang mau mendengar cerita mama? angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Sewaktu menidurkan anak

Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:”tidur sayang.. besok pagi kan kita solat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak solat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Sentiasa bersama-sama mereka

Nikmati masa kecil anak-anak, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Beri tumpuan kepada anak-anak

Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:”Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Semoga bermanfaat.

~ Mama.3D

Facebook Comments:
6 Tips Mendidik Anak Tanpa Mencalar Emosi Dengan Cara Halus
Tagged on:

2 thoughts on “6 Tips Mendidik Anak Tanpa Mencalar Emosi Dengan Cara Halus

  • June 1, 2015 at 10:20 am
    Permalink

    satu perkongsian yang sangat menarik..terbaik la..

    saya suka bab nak memperhentikan mereka menangis..ilmu baru tu.

    Reply
    • June 1, 2015 at 1:34 pm
      Permalink

      Terima kasih tuan. Biasa orang lelaki @ abah lebih pandai memujuk anak berhenti menngis…kan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.