Berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau ceasarian ini tidaklah banyak bezanya dengan berpantang selepas melahirkan bayi secara normal. Walaupun begitu, bersalin secara pembedahan sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti terutama sekali di bahagian yang menjalani pembedahan kerana lukanya mungkin lebih besar.

Walaupun lukanya tidak terletak di bahagian yang aktif bergerak berbanding luka bersalin biasa, namun awas risiko luka jahitan bersalin boleh terbuka semula perlu diambil perhatian.

Pernah tengok video ibu yang bersalin secara pembedahan atau ceaseran ini? Jom kita saksikan dahulu supaya anda lebih mudah memahami prosedur dan keadaannya.

Dalam tempoh kehamilan 40 minggu dan proses kelahiran, tubuh kita telah bekerja dengan sangat kuat. Apabila melepasi fasa itu dan memasuki fasa berpantang, tubuh kita sangat-sangat memerlukan rehat dan masa untuk pulih dari sebarang luka dan tekanan. Ia juga memerlukan ruang masa untuk menstabilkan semula paras hormon di dalam badan. Tidak seperti bersalin secara normal, bersalin secara pembedahan berkemungkinan besar memerlukan masa yang jauh lebih lama untuk pulih sepenuhnya.

Petua Berpantang Bersalin Pembedahan Ceaser

Jika anda bersalin secara pembedahan, saya kongsikan sedikit tips untuk anda amalkan semasa dalam proses berpantang.

8 Petua Berpantang Untuk Bersalin Secara Pembedahan

  1. Teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa
    • Menyusu bayi mampu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.  Ia juga mampu membantu manjadikan tubuh kembali langsing. Rahsianya untuk menjayakan penyusuan susu ibu adalah dengan banyakkan berzikir, amalkan makan sayur terutama sayur berdaun hijau, minum banyak air putih dan konsisten menyusu/mengepam.
  2. Pakai stoking sepanjang masa
    • Stoking perlu di pakai sepanjang masa. Hanya dibuka ketika mahu masuk ke tandas dan semasa mandi. Selepas itu, sapu minyak panas dan pakai kembali stoking anda. Ini untuk mengelakkan badan dari dimasuki angin.
  3. Pakai pilis dan param
    • Pilis dan param dikatakan untuk mengelakkan rabun.Walaupun ianya tidak selesa, tapi ia perlu dipakai. Banyakkan berehat dan kurangkan membaca.
  4. Nasi WAJIB dimakan panas-panas
    • Pastikan anda makan nasi yang baru dimasak dan masih panas. elakkan makan nasi yang sejuk.
  5. Cuba ambil makanan yang seimbang
    • Semasa berpantang, tubuh memerlukan nutrisi yang seimbang. Untuk kesihatan tubuh dan juga untuk bekalan kepada si bayi. Dari mana kita boleh dapat nutrisi lengkap tu? Tentulah dari pemakanan semasa berpantang. Walau berpantang, pastikan kita mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia menjadikan kita lebih bertenaga,  tidak pucat, pengeluaran susu lebih meriah dan juga bantu melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
  6. Minum air putih 2-3L sehari
    • Walau dalam pantang, perlu minum air putih dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 2-3L sehari.  Minumlah dalam kuantiti yang kecil tetapi dengan kerap. Air sangat penting jika anda menyusu bayi. Jika tidak cukup air, dari manakah susu hendak ada dengan meriahnya? Dalam pantang, di galakkan untuk minum air suam.
  7. Elakkan melakukan aktiviti lasak dan berat
    • Orang dahulu kata, Jangan pegang penyapu. Jangan jalan laju-laju dan Jalan kena kepit. Sebenarnya, bukan tidak boleh, tetapi dalam pantang ni kita kena berhati-hati dengan pergerakan kita. Takut ibu jari kaki terlanggar apa-apa. Nanti boleh kena bentan. Selain itu, elakkan dari mengangkat benda berat. Rahim kita baru lepas melakukan kerja berat dan peranakan baru sahaja lepas di angkat. Dikuatiri takut rahim jatuh kembali.
  8. Berurut seperti biasa
    • Ada orang kata, bersalin secara pembedahan ni tidak boleh berurut dahulu. Sebenarnya, boleh je. Cuma jangan sentuh bahagian luka pembedahan aje. Tempat-tempat lain seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala tu boleh diurut seperti biasa.

Nutrisi Pemakanan Penting Semasa Berpantang

Selain makan makanan biasa untuk orang berpantang, saya juga amalkan pemakanan tambahan. Sememangnya semasa berpantang kita terhad untuk mendapatkan makanan terutamanya yang kita suka pada hari-hari biasa. Diet pemakanan perlu di kawal untuk mengelakkan berlaku bentan, masuk angin dan luka pembedahan lambat sembuh.

Pengambilan suplemen tambahan bukan boleh diambil sembarangan, perlu juga merujuk kepada nasihat doktor kesihatan. Lazimnya suplemen yang saya ambil atau kebanyakan pengamal suplemen untuk berpantang ambil ialah multi vitamin yang mengandungi zat besi, vitamin B, vitamin C, kalsium dan protein. Masing-masing mempunyai peranan tersendiri untuk membantu pemuliharaan semula tubuh kita.

Saya tidak pernah merasai bersalin secara pembedahan ceasarean, tetapi konsep penjagaannya lebih kurang sama sahaja. Antara produk Shaklee yang saya ambil sepanjang tempoh berpantang ialah:

  1. VitaLea – Iron Formula
    • Multivitamin yang mengandungi zat besi membantu menggalakkan pembentukan sel dan darah merah yang hilang akibat proses kelahiran.

    • Mengelakkan risiko anemia atau tekanan darah rendah bagi ibu mengandung atau berpantang.

    • Mengembalikan tenaga dan mengelak keletihan yang berpanjangan

  2. B-Complex
    • Membantu mengawal keseimbangan minda bagi meredakan stress atau tekanan emosi.

    • Membantu mengekalkan tenaga dan keseimbangan hormon

  3. Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    • Membantu pembaikpulihan sel dan tisu yang rosak selepas proses bersalin

    • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka jahitan bersalin sama ada bersalin normal ataupun ceaserean.

    • Merangsang pembentukan kolagen untuk mengembalikan kecantikan kulit

    • Meningkatkan sistem imun bagi mengelak serangan atau jangkitan penyakit seperti demam dan selesema.

  4. Zinc Complex
    • Membantu proses penyembuhan luka jahitan bersalin mahupun luka dalaman akibat bersalin dengan lebih cepat

    • Membantu proses pengecutan rahim, mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

  5. Ostematrix
    • Mengandungi sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian dalam 4 tablet

    • Membantu mengatasi masalah sembelit yang sangat biasa dialami oleh ibu mengandung, bersalin dan berpantang.

    • Membantu mengatasi masalah kekejangan otot, sakit sendi dan sakit tulang bagi ibu berpantang.

    • Membantu produktiviti susu ibu dengan lebih baik bagi keperluan bayi

  6. Energizing Soy Protein – ESP
    • Memberi penyelesaian kepada sumber protein yang terhad dan sangat penting bagi ibu berpantang

    • Membantu penghasilan susu ibu dengan lebih baik sebagai milkbooster

    • Memberi tenaga berkekalan kepada ibu berpantang sepanjang hari

Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah semua orang termasuk tukang urut tegur muka nampak berseri tak pucat, jalan laju tak macam orang baru lepas bersalin, rasa badan ringan, tiada sakit-sakit badan walau tidak cukup tidur, dan pagi-pagi pembuangan lancar, tiada masalah sembelit. Luka pun cepat sembuh. Susu pun meriah.

Jom cuba Set Berpantang Shaklee ini. Anda pasti akan merasakan perbezaannya. Lalui fasa berpantang dengan lebih mudah tanpa banyak masalah.

Ibu gembira; suami dan ibu mertua pun senang hati!

Macamana nak dapatkannya? Biar saya bantu anda. Untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi eksklusif, hubungi saya di:

Eksklusif hanya di Yourfabulousmama.Net

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
8 Petua Berpantang Bagi Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Leave a Reply

Your email address will not be published.