Minum banyak air? Ya saya minum banyak air hari-hari. Teh o ais 3 kali sehari, kalau pergi kerja saya bawa air sirap atau perisa oren standby dalam botol air saya.

Waktu hari panas, dapat pekena cendol dengan kawan-kawan kalau tak 2 mangkuk memang tak sah. Tapi biasanya air berais sangat penting untuk basahkan tekak dan kehausan saya.

Ya betul la tu, minum air banyak memang sangat baik. Inilah cara saya kekalkan air dalam tubuh saya.

Opps… sebelum anda salah faham, suka saya nak perbetulkan di sini; kelebihan minum air tu merujuk kepada minum air kosong atau air putih atau air bertapis atau air masak. Bukan aplikasi air minuman dalam menu harian kita ya.

Fakta Menarik Tentang air Dalam Tubuh Manusia

Fakta #1: Lebih kurang 70% daripada berat tubuh manusia adalah terdiri daripada air – 20% daripadanya berada di dalam darah.

Fakta#2: Satu kajian oleh H.H. Mitchell dalam Jurnal Kimia Biologi mengatakan bahawa amaun air dalam organ manusia ialah 73% dalam otak dan jantung, 83% dalam paru-paru, 79% dalam tisu otot & buah pinggang, 64% dalam jaringan kulit dan sekitar 31% dalam struktur tulang.

Fakta#3: Jumlah purata air yang diperlukan oleh manusia ialah 3 liter bagi lelaki dan 2.2 liter bagi wanita.

Fakta #4: Kita akan mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumlah airnya.

Fakta #5: Nak lebih menarik? Minum banyak air boleh membantu turunkan berat badan dengan cara meningkatkan metabolisma tubuh untuk membakar kalori dengan lebih cepat.

Fungsi Utama Air Kepada Tubuh

Air sangat penting kepada tubuh manusia. Ia membawa pelbagai fungsi yang utama seperti:

  1. Mengangkut nutrien dan oksigen kepada setiap sel tubuh
  2. Bertindak sebagai penebat haba untuk mengawal suhu dalaman tubuh
  3. Membantu proses metabolisma protein dan karbohidrat untuk penghasilan tenaga
  4. Menjadi pelindung sebagai penyerap hentak kepada organ penting seperti otak, saraf tunjang, dan fetus
  5. Membantu proses detoksifikasi untuk penyingkiran toksin dan bahan buangan melalui air kencing
  6. Bertindak sebagai pelincir untuk melindungi dan memelihara pergerakan sendi yang aktif
  7. Mengawal dan memelihara kelembapan udara di dalam organ paru-paru untuk sistem respirasi yang efektif

Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Air (Dehidrasi)

Kita mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumpah keseluruhan air. Ia dapat ditunjukkan dengan respon perubahan tubuh melalui tanda-tanda berikut:

  1. Rasa Dahaga: Haus adalah tanda normal tubuh kita perlukan air. Cara terbaik ialah minum sebelum tekak rasa haus dan lebihkan air kosong.
  2. Rasa lapar: Ramai orang tersalah anggap bahawa bila kita rasa lapar, kita kena selalu makan. Kekurangan air dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa lapar terutamanya diantara waktu makan utama. Cara terbaik ialah sebelum kita mencapai makan, terlebih dahulu kita minum segelas air. Ini dapat membantu diet pemakanan kita dengan lebih baik.
  3. Air kencing bewarna gelap – warna kuning gelap atau oren : Air kencing sepatutnya berwarna kuning terang hingga ke jernih jika kuantiti air mencukupi di dalam tubuh. Bila air kencing berubah warna kepada lebih gelap atau berbau kuat, itu tanda kita perlu minum lebih air.
  4. Kulit Kering: Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh kita. Ia perlukan kelembapan untuk mengekalkan ciri-ciri dan fungsi utamanya. Selain kesan detoksifikasi, dehidrasi juga boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering, bersisik dan rasa gatal. Minum lebih air adalah cara terbaik untuk mncegahnya.
  5. Cepat rasa letih: Adakah air kosong membekalkan tenaga? Jawapannya tidak. Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori bahkan tidak memberikan tenaga. Mengapa kita cepat letih jika tanpa air? Air kosong membantu meningkatkan fungsi tubuh ke tahap optimum seperti proses penukaran makanan kepada tenaga, proses pengangkutan nutrien, proses penyerapan nutrien dan pelbagai proses kawalseliaan fungsi tubuh termasuk hidrasi.

Kesan Buruk Kekurangan Air Dalam Tubuh

Kekurangan atau kehilangan air dalam tubuh (dehidrasi), jika tidak diatasi segera boleh menyebabkan kesan buruk atau komplikasi negatif seperti berikut:

  1. Keletihan
  2. Migrain
  3. Kekejangan otot
  4. Sembelit
  5. Masalah buah pinggang
  6. Kulit kering
  7. Tekanan darah tidak stabil
  8. Membawa risiko maut – jika dehidrasi mencecah 20%

Kelebihan Minum Air Mencukupi Untuk Tubuh

#1 – Cara Semulajadi Menghilangkan Pening Kepala

Pening kepala? Cuba dulu ambil air kosong sebanyak mungkin.

Otak kita terdiri daripada 80% air. Apabila berlakunya kesan dehidrasi, ia menyebabkan sel tisu otak kehilangan air dan mengecut.

Otak kecut? Ya otak yang kekurangan komposisi air menyebabkannya sedikit meregang daripada tengkorak kepala. Keadaan ini merangsang saraf kesakitan dan mencetuskan rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.

Kesan dehidrasi juga dikesan antara punca utama pening kepala disebabkan aliran darah ke kepala menjadi lemah. Kesan dehidrasi yang lebih buruk boleh menyebabkan migrain, kebingungan dan halusinasi terutamanya bagi kanak-kanak.

Cara Hilangkan Pening Kepala

#2 – Menurunkan Berat Badan

Minum banyak air kosong sangat membantu proses pengurusan berat badan ideal.

8 gelas (2 liter) setiap hari cukup untuk melancarkan proses pemecahan dan penyingkiran lemak berlebihan, meningkatkan metabolisma atau proses pembakaran lemak, mengurangkan kesan rasa cepat lapar dan mengurangkan kesan penambahan berat badan.

Kita boleh berjaya dengan tips minum banyak air kosong ini untuk turunkan berat badan jika ia disokong dengan tabiat

#3 – Membantu Penghadaman dan Mengatasi Sembelit

Minum banyak air boleh meningkatkan metabolisma tubuh yang turut membantu proses penghadaman yang efisien.

Kombinasi serat dan air pula bekerjasama melancarkan pergerakan sisa buangan tubuh di dalam usus bagi mengatasi masalah sembelit.

Jika tidak berjaya atasi sembelit, boleh cuba bantuan kalsium Ostematrix. Gerenti beres.

#4 – Mengelakkan kekejangan Otot dan memperbaiki Pergerakan Sendi

Setiap sambungan sendi tubuh mempunyai kartilaj sebagai tisu penghubung yang komponen yang sangat penting pergerakan struktur utama tubuh. Kartilaj memerlukan bendalir atau cecair synovium (synovial fluid) sebagai pelincir.

Kartilaj terdiri daripada 60% air. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah sendi, kita perlu sentiasa mengekalkan hidrasi tubuh secara optimum. A ah kena minum lebih air.

Tabiat minum air yang betul mampu membantu kelinciran sendi dan pergerakan otot. Boleh mencegah masalah kesakitan sendi dan kekejangan otot.

#5 – Mencegah Keletihan

Manusia boleh bertahan 3 minit tanpa oksigen, 3 minggu tanpa makanan dan 3 hari tanpa minum air.

– livescience.com

Tubuh manusia memerlukan air untuk membantu meyingkirkan toksin dan bahan buangan yang tidak diperlukan.

Kekurangan air menyebabkan jantung terpaksa melakukan kerja berat dua kali ganda untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh sel dalam tubuh.

Akibat, pengaliran darah yang kurang lancar ini organ tubuh yang lain menjadi kurang efektif dan mencetuskan keletihan kepada tubuh kita.

#6 – Meningkat Produktiviti Kerja

Biasa nampak orang bawa bekal air dalam botol besar ke tempat kerja? Itu sebenarnya tindakan yang bagus. Mungkin dia sedang dalam diet penurunan berat badan.

Tahu tak? Otak memerlukan komposisi cecair untuk membantu kecekapan fungsinya. Ia datang daripada sumber air. Jadi untuk kekal fokus dan dapat berfikir dengan baik semasa bekerja, banyakkanlah minum air kosong.

Tapi, mereka ini juga mungkin dikategorikan orang paling kerap pegi ke tandas. But, don’t missing in action!.

#7 – Tampak Lebih Muda

Walaupun usia dah lanjut boleh nampak muda dengan hanya minum air? Tidak, penuaan adalah proses semulajadi yang berlaku secara perlahan-lahan dan ia suatu mildstone yang tidak boleh dielakkan.

Namun keperluan air yang mencukupi dalam tubuh sangat membantu kecekapan dan kelancaran sistem dalaman dan luaran tubuh.

Kita sudah tahu banyak tentang fungsi air untuk kesihatan yang baik. Air membantu proses pembekalan tenaga, meningkatkan kecekapan fungsi organ, membantu ketajaman minda, membantu penyingkiran toksin dan banyak lagi.

Bagaimana dengan kecantikan? Banyak testimoni tentang kelebihan minum air dapat mengembalikan kecantikan sehingga menampakkan wajah 10 tahun lebih muda berbanding usia sebenar. Kuncinya ialah untuk mengekalkan hidrasi dalam tubuh.

#8 – Mengurangkan Risiko Kanser

Minum air yang mencukupi setiap hari mampu mambantu tubuh melindungi organ penting, terutamanya usus, pundi kencing dan tisu payudara daripada risiko kanser.

Hasil kajian dalam “Journal of ClinicalOncology” mendedahkan bahawa pengambilan air menunjukkan ia berkadar songsang terhadap jenis-jenis kanser ini; maksudnya lebih banyak seseorang itu meminum air, lebih rendah risiko  dirinya terdedah kepada potensi risiko pembawa maut ini.

This suggests that increased water intake may have an important role in reducing colon cancer risk by decreasing bowel transit time, reducing the mucosal contact with carcinogens, and decreasing the concentration of carcinogens

– Journal of Clinical Oncology 

Perhatian! Pastikan pengambilan air harian kita adalah daripada sumber air yang bersih.

Sumber air yang selamat juga penting untuk mencegah kandungan bendasing terutamanya bahan tercemar dan bahan kimia berbahaya yang boleh menjadi punca penyakit termasuk kanser.

Source-water contaminants of concern include arsenic, asbestos, radon, agricultural chemicals, and hazardous waste. Of these, the strongest evidence for a cancer risk involves arsenic, which is linked to cancers of the liver, lung, bladder, and kidney

– RD Moris, Drinking Water & Cancer 

Air yang ditapis atau yang di masak terlebih dahulu adalah yang terbaik untuk memastikan ia bersih dan selamat untuk diminum.

#9 – Mood Baik Untuk Hari Yang Baik

Bila tubuh kita cukup air dan kekal terhidrasi, segala fungsi tubuh ddapat memainkan peranan dengan cekap dan baik. Apa lagi yang kita perlukan jika semuanya sudah sempurna dan memadai?

Bersyukur dan nikmati hari-hari anda dengan penuh senyuman. Good job! Keep up the good work.

 

Facebook Comments:
9 Kelebihan Minum Air dan Salah Satunya Untuk Mencegah Kanser? Ini Biar Betul!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge