Teruknya saya rasa kak. Di awal waktu mengandung ni selalu rasa tak sihat, loya dan muntah. Makan, mesti keluar balik. Sampai muntah hijau. Perit tekak dan perut. Lepas tu, rasa nak baring aje sepanjang hari. Normal ke begini? Adakah cara untuk saya atasi alahan semasa mengandung?

Ini adalah soalan biasa yang sering saya terima daripada bakal-bakal ibu. Alahan semasa mengandung terutama pada peringkat awal kehamilan adalah perkara normal.

Keadaan setiap ibu yang mengalami alahan juga berbeza-beza. Rasa loya di awal pagi sama ada selepas bangun daripada tidur atau loya sepanjang hari, itu adalah antara ciri-ciri alahan semasa mengandung.

Morning Sickness: Perlukah Berjumpa Doktor?

Dahulu, saya juga mengalami masalah ketiga mengandung untuk ketiga-tiga anak orang saya. Jadi, saya faham perasaan anda yang sedang mengalami alahan.

Pengalaman saya, apabila sedang mengalami alahan yang teruk, saya akan segera berjumpa doktor. Namun, kebiasaannya tiada apa yang doktor akan lakukan selain daripada memberikan saya MC dan meminta untuk berehat.

Ramai dalam kalangan doktor menganggap alahan adalah tidak serius dan tiada apa yang perlu dilakukan dengan alahan kecuali ianya sangat teruk sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu dan bayi.

Semasa awal kehamilan anak kedua, saya pernah disaranakan oleh doktor supaya tinggal beberapa hari di wad disebabkan alahan yang teruk dan menimbulkan masalah dehidrasi. Rasanya memang tidak seronok terpaksa duduk di wad. Hanya disebabkan masalah alahan, saya terpaksa tinggal di wad kelas 2. Macam-macam peristiwa saya lihat sendiri.

Kebiasaannya, apabila berasa loya yang teramat sangat, kita akan berasa serba tidak kena. Badan terasa berat, emosi terganggu, sakit kepala dan macam-macam lagi. itu antara apa yang saya pernah rasa.

Keadaan kita mungkin tidak sama. Apa yang saya akan lakukan apabila rasa loya datang ialah saya akan cuba untuk muntah. Selepas muntah, saya akan berasa sangat lega, walaupun untuk seketika.

Namun begitu, jika terpaksa muntah beberapa kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum dan berat badan semakin berkurangan, adalah lebih baik segera berjumpa dengan doktor.

Muntah terlalu kerap mungkin bukan petanda biasa. Ia boleh menyababkan masalah hidrasi, kekurangan nutrien, badan terlalu lemah dan beberapa komlikasi lain yang juga turut boleh menganggu perkembangan si bayi dalam kandungan.

Atasi alahan semasa mengandung : Apa Perlu Dilakukan

Untuk mengelakkan atau paling tidak, meminimumkan loya, apa yang kita boleh lakukan adalah :

#1 – Makan sedikit tetapi kerap

Perut yang kosong boleh membuatkan masalah loya menjadi lebih teruk. Cuba untuk kekalkan tahap gula yang stabil di dalam darah.

Ia penting untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.

Ambil makanan yang kering dan hambar dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng.

Ambil makanan yang tinggi protein dan vitamin B seperti yogurt. Biskut juga boleh membantu anda.

#2 – Tulis di dalam diari waktu ketika kita berasa lebih teruk atau lebih baik.

Selalunya terdapat pola waktu harian tertentu setiap hari dimana kita dapat makan dan minum tanpa rasa loya yang memeritkan.

Hasil pemerhatian ini, gunakan masa ini sebaiknya mengisi perut dengan kadar yang selesa.

#3 – Perbanyakkan minum air di antara waktu makan

Ia akan memastikan tubuh kita kekal terhidrat terutamanya jika kita rasa sangat sukar untuk minum tanpa muntah kembali.

Tips dari saya: Jika anda mengalami muntah air, cuba hisap kiub ais. Insya Allah ia akan memberikan sedikit keselesaan kepada tekak dan rasa lega.

#4 – Dapatkan rehat yang mencukupi

Dapatkan rehat yang mencukupi. Tekanan dan rasa letih boleh membuatkan mabuk kehamilan menjadi semakin teruk.

#5 – Bau kesegaran lemon

Bau lemon boleh membuatkan kita rasa lebih segar dan dapat mengurangkan rasa loya. Tambahkan juga beberapa hirisan lemon kedalam minuman anda.

Tak ada lemon? Buah oren pun boleh.

#6 – Minum teh halia

Halia baik untuk memberi kelegaan kepada perut dan mengurangkan loya.

Tambahkan daun pudina atau peppermint untuk memberikan efek kelegaan kepada perut dengan lebih baik.

#7 – Multivitamin dan B complex yang mengandungi vitamin B6 (piridoksina)

Vitamin juga boleh mengurangkan mabuk hamil.

Ibu hamil yang ambil vitamin yang cukup dapat membantu mengurangkan simptom alahan yang teruk berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang vitamin baik secara suplemen atau diet pemakanan harian.

#8 – Cuba terapi semulajadi

Aromaterapi menggunakan minyak limau nipis, lemon atau sitrus boleh membantu memberi ketenangan dan kestabilan emosi kepada ibu hamil.

Titiskan beberapa titis aromaterapi di atas air yang diletakkan lilin dibawahnya. Atau gunalahboleh juga guna lilin yang telah disertakan dengan bau aromaterapi yang bersesuaian.

Ia mampu membuatkan fikiran lebih tenang, tubuh lebih releks, dan rasa loya dapat dikurangkan.

#9 – Beritahu sesesorang 

Usah disimpan perasaan stress anda. Berbuallah dan berbincanglah dengan sesiapa sahaja yang anda rasa boleh memhami dan mungkin dapat membantu anda.

Anda boleh mencari forum-forum kehamilan dan berdiskusi dengan ramai wanita-wanita hamil di luar sana yang mungkin mengalami masalah yang sama seperti anda.

Rawatan Alternatif Untuk Membantu Atasi Alahan Semasa Mengandung

Jika anda mahukan rawatan alternatif bagi membantu mengatasi alahan atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan alahan, ini adalah gabungan nutrisi terbaik untuk anda :

1. Antihistamin

Terdapat bukti menunjukkan bahawa antihistamin iaitu bahan yang menghalang pengeluaran histamina semasa reaksi alahan boleh membantu mengurangkan dan memberi kelegaan kepada rasa loya dan muntah semasa kehamilan.

Awas! dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang preskripsi ubat.

2. Vitamin B6 (Pyridoxine)

Kebiasaannya, wanita yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil di dapai mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga mendapati ia mampu membantu mengatasi masalah mabuk semasa hamil tanpa meninggalkan apa-apa kesan sampingan.

3 – Multivitamin

Multivitamin berkualiti tinggi boleh membantu mengurangkan pelbagai simptom bagi wanita, terutamanya ibu sedang hamil. Bahkan, pengambilan multivitamin adalah sangat digalakkan bantu membantu peoses fasa kehamilan.

Pastikan ianya semulajadi, selamat dan berkesan. Kerana apa yang kita ambil akan juga dibekal terus kepada si bayi. Pastikan ia bukan tiruan atau sintetik.

Terdapat kajian yang menunjukkan kombinasi antihistamin dan vitamin B6 memberikan kesan yang jauh lebih baik berbanding jika anda mengambil salah satu atau secara berasingan.

4 – Halia

Halia sangat bagus untuk pencernaan makanan, melegakan ketidakselesaan perut, loya dan mual angin. Boleh dicampur dalam masakan atau dibuat teh sebagai minuman.

5 – Daun Pudina

Pudina membantu memberikan kelegaan kepada otot, memberi ketenangan, mengatasi masalah penghadaman, mabuk, pedih ulu hati dan memberi kelegaan kepada masalah muntah dan hilang selera makan.

Nutrisi Shaklee Untuk Atasi Alahan Semasa Mengandung

Shaklee mempunyai gabungan produk hebat untuk membantu para ibu hamil untuk membantu atasi alahan semasa mengandung. Ia juga adalah suplemen yang saya akan pastikan saya wajib ambil setiap hari semasa kehamilan saya iaitu :

1 – Vitalea Iron Formula 

Ia adalah sejenis multivitamin yang lengkap dengan iron untuk memastikan:

  • Ibu hamil kekal bertenaga sepanjang hari
  • Ibu hamil mendapat cukup keperluan nutrisi yang tidak diperolehi dari pemakanan seharian
  • Membantu mengatasi masalah anemia, darah rendah atau Hb rendah.

2 – Sustained Released Vitamin-C Plus

Mengandungi antihistamin yang sangat penting bagi menghalang pengeluaran histamina, meningkatkan imun sistem tubuh agar sukar untuk jatuh sakit.

3 – B Complex 

Mengandungi 8 jenis vitamin B perlu termasuk vitamin B6 (Pyridoxine). Ia dapat membantu ibu hamil:

  • Mencegah stress, sakit kepala dan memberi ketenangan emosi
  • Menguatkan antibodi tubuh daripada serangan atau jangkitan penyakit
  • Mencegah anemia atau darah rendah
  • Melancarkan metabolisme
  • Menjaga keseimbangan garam mineral dalam tubuh

4 – Peppermint Ginger Plus

Gabungan daun pudina, halia, adas dan cekur manis yang sangat membantu dalam mengatasi masalah loya, gastrik, mabuk, sendawa dan masalah penghadaman termasuk masalah pedih ulu hati.

5 – ESP: Energizing Soy Protein 

Protein biologi lengkap premium yang mengandungi kesemua 9 asid amoni perlu daripada soya NON-GMO yang sangat penting untuk penghasilan sel yang sihat.

Ia rendah glisemik indeks dimana ia akan membantu memastikan kadar pelepasan gula kedalam tubuh adalah secara perlahan-lahan bagi memastikan tubuh kekal bertenaga dalam tempoh masa yang lama.

Untuk ibu hamil, ESP membantu menguatkan rahim, insya Allah. Sangat sesuai di ambil oleh ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk dan rasa tidak bermaya akibat terlalu kerap muntah dan tidak dapat mengambil makanan dengan secukupnya.

Pengalaman Pengguna Shaklee

atasi alahan semasa mengandung

atasi alahan semasa mengandung

atasi alahan semasa mengandung

Alahan semasa hamil kini bukan suatu halangan besar dalam kehamilan. Atasi segera dengan Set Alahan Mengandung daripada Shaklee.

Saya Kuat, Saya Sihat, Bayi Saya Sihat

Untuk dapat info lanjut mengenai SET ALAHAN MENGANDUNG dan konsultasi eksklusif, segera hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Atasi Alahan Semasa Mengandung Supaya Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

2 thoughts on “Atasi Alahan Semasa Mengandung Supaya Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

  • April 14, 2017 at 6:41 pm
    Permalink

    Salam Sis. Boleh advise saya x. Apa yang perlu saya ambil sebab saya baru preggy anak ke tiga 7 minggu lebih. Saya memang akan alamai alahan yang teruk. X boleh minum dan makan. Boleh suggest apa yang sesuai untuk saya ambil yang boleh mengurangkan alahan dan boleh beri tenaga kepada saya. Sebab saya juga ibu bekerja.

    Reply
    • April 16, 2017 at 12:52 pm
      Permalink

      Salam Pn Ainie. Tahniah hamil anak ke-3. Memang kalau boleh semua orang tak mahu kena alahan semasa mengandung. Ia menyebabkan kecelaruan fikiran, tubuh dan pelbagai lagi. Ia juga sangat meletihkan terutamanya bagi ibu bekerja seperti puan.

      Untukatasi alahan, saya suggest Set Alahan Mengandung: Vitalea, Vita-C, B-Complex, Peppermint ginger dan ESP. Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 019 477 1733 bagi dapatkan konsultasi khas serta perancangan [engambilan vitamin.

      Terima KAhis.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.