Anak saya sejak sebulan ini selalu sembelit teruk. Dia akan berak dalam 3 atau 4 hari sekali sahaja. Rasa kesian yang amat sangat melihat dia meneran. Sampai menangis sekuat-kuat hati, merah-merah muka.

Saya dah cuba 2 hingga 3 kali guna ubat masuk ikut punggung. Ada orang kata tak boleh dan tak elok kalau amalkan selalu. Ada kesan yang tidak baik katanya. Saya bagi pisang pun masih sama. Sayur-sayuran pun saya dah cuba. Tapi hasilnya tetap sama.

Saya dah bawa anak saya pergi ke klinik berjumpa Doktor, tapi doktor tak bagi ubat. Tolong lah sesiapa yang pernah mengalami masalah anak sembelit teruk kongsikan penyelesaiannya jikalau ada…

Ibu Rungsing Masalah Anak Sembelit Teruk

Saya pasti ramai ibu pernah mengalami masalah anak berak keras seperti di atas. Mesti naik risau kan. Tak senang duduk dibuatnya dan pening fikir macamana nak atasi masalah macam ni.

Saya juga tidak ketinggalan mengalami masalah seperti. Alhamdulillah berdasarkan pengalaman dan perkongsian ibu-ibu lain yang pernah mengalaminya, saya jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu!?

Sembelit di kalangan bayi yang masih kecil adalah sangat jarang berlaku terutama kepada mereka yang masih menyusu susu ibu. Bagi bayi yang menyusu susu formula, peluang untuk mereka terkena sembelit adalah lebih tinggi.

Namun begitu, ia bukanlah perkara yang tidak normal kecuali najisnya keras dan berketul-ketul. Bayi juga mungkin akan mengalami masalah sembelit ini apabila mereka sudak mula makan makanan pejal.

Tanda Anak Sembelit Teruk

Untuk mengenalpasti samada anak anda mengalami sembelit atau tidak, anda boleh melihat kepada simptom-simptom di bawah :

  • Mendengus dan meneran pada setiap pergerakan
  • Menangis dan kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar
  • Mengeluarkan najis pejal lebih dari sekali dalam sehari
  • Meragam
  • Sakit pada abdomen
  • Gastrik
  • Abdomen yang keras
  • Najis bercampur darah kerana rektum yang luka akibat najis yang keras
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

Tips Atasi Anak Sembelit Teruk

Untuk mengatasi masalah anak sembelit teruk ini, anda bolehlah mencuba tips di bawah :

  1. Beri minum air kosong sebanyak yang mungkin
  2. Tambah beberapa sudu prun yang dipurikan ke dalam makanannya
  3. Menambah sesudu teh bijian bran kedalam bijirin bayi untuk menambah serat
  4. Beri sayur dan buah untuk bekalan serat
  5. Cuba gerakkan kaki bayi ketika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya
  6. Kurangkan makanan penyebab sembelit sperti nasi, pisang atau bijirin
  7. Jika bayi minum susu formula, cuba bertukar kepada jenama lain

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.

Pengalaman Ibu Tentang Anak Sembelit Teruk

Saya kongsikan di sini kisah seorang ibu yang mana anaknya baru berusia setahun mengalami masalah sembelit teruk.

Masalah sembelit yang agak serius sehingga suami beliau terpaksa mengorek punggung si anak untuk bantu keluarkan najis keras yang tersekat ketika buang air besar. Hasilnya anak jadi trauma dan takut nak makan sampai jadi kurus kering.

Tetapi syukur akhirnya beliau mendapat rahsia untuk hilangkan masalah sembelit anak dalam masa 2 hari sahaja! Apakah rahsia itu sehingga sembelit teruk anak beliau berjaya di atasi? Tonton video ini.

 

Sudah tonton video tu sampai habis? Dah dapat rahsianya?

OK, itu pengalaman beliau mencuba produk Shaklee Mealshakes yang sesuai untuk anak-anak. Bagaimana pengalaman ibu-ibu lain yang mencuba produk yang sama? Sila rujuk testimoni di bawah.

Testimoni-anak-sembelit-teruk

testimoni sembelit anak testimoni sembelit anak

Mengapa Perlu Pilih Mealshakes?

Kenapa Pilih mealshakes

8 Manfaat Kebaikan Mealshakes

Jika anda dah mencuba pelbagai cara tapi tidak memberi sebarang kesan, cuba ambil mealshake shaklee untuk anak anda. Mealshake membantu melembutkan najis penyebab sembelit, melancarkan pembuangan dan meningkatkan sistem penghadaman anak anda.

 

Adakah Mealshake Selamat Untuk Anak Anda

Persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran semua ibu bapa, adakah suplemen yang saya mahu berikan kepada anak selamat? ini kerana terdapat lambakan produk di luar sana yang menawarkan pelbagai manfaat kepada anak kita. Walau ia dikatakan berkesan, namun, adakah ia benar-benar selamat?

Shaklee merupakan jenama terunggul di dunia, melebihi 100 tahun di pasaran. Produk yang tidak berkualiti tidak mampu untuk  bertahan selama itu. Jaminan Shaklee, Semua produk Shaklee “Safe, Proven, Effective”

Shaklee satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai Kajian Landmark Study (KLIK). Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga. Segala hasil kajian samada yang baik atau yan buruk akan dipaparkan kepada umum. Maka, tiada syarikat yang berani untuk membenarkan kajian ini dilakukan, selain dari Shaklee.

 

Beli Dari Yang Pakar Bukan Dari Sesiapa Sahaja

Pengambilan suplemen perlukan bimbingan. Harga yang anda bayar termasuk konsultasi berterusan. Pengalaman saya melebihi 5 tahun di dalam bidang nutrisi dan pemakanan tambahan ini, insya Allah mencukupi untuk saya berikan servis terbaik buat pelanggan saya.

Saya juga merupakan salah seorang Shaklee Certified Product Consultant. Niat saya di dalam Shaklee ini adalah untuk membantu anda dan keluarga anda mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu anda dan keluarga anda menyelesaikan masalah kesihatan anda.

Saya menyediakan konsultasi berterusan termasuk panduan pengambilan suplemen khas untuk pembeli yang membeli dengan saya sahaja. Selama lebih 5 tahun dengan Shaklee ini, saya sudah membantu beratus-ratus orang diluar sana berkaitan masalah anak sembelit teruk.

Alhamdulillah. Saya biasa menguruskan penghantaran melalui courier di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malahan saya juga biasa membuat penghantaran ke luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak.

 

Mealshake Untuk Sembelit Anak

Harga pasaran mealshake adalah RM120 untuk sebotol. Mengandungi 544g untuk kegunaan 1-2 bulan.

atasi masalah sembelit kanak-kanak

Nota : Mealshake adalah untuk anak berusia melebihi 1 tahun ke atas

 

Hubungi Untuk Order

Hubungi saya segera untuk mendapatkan mealshake untuk anak anda. Inshaa Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Cash On Delivery untuk Kulim/Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Kami juga membuat penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia dan ke Luar Negara.

Yang terbaik jua itu datang dari Allah. Yang silap itu datang dari kekhilafan diri kita sendiri.

– ORDER TERUS MELALUI E-SELL –

Order-Now

– ATAU HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS | Call | Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Atasi Anak Sembelit Teruk Supaya Tak Perlu Masuk Ubat Sembelit

18 thoughts on “Atasi Anak Sembelit Teruk Supaya Tak Perlu Masuk Ubat Sembelit

    • June 27, 2015 at 11:07 pm
      Permalink

      Yupp betul. Kesian baby kecil nak kena sumbat ubat bontot. At least jadi pengalaman buat kita bila masalah sembelit terjadi lagi, dah tau option yang terbaik..

      Reply
    • July 2, 2015 at 5:39 pm
      Permalink

      Terima kasih Mas Wildan kerana bertanya. Pisang boleh memburukkan lagi masalah sembelit jika;
      1. Kekerapan memakan pisang tanpa meminum air yang mencukupi
      2. Mengambil jenis pisang yang tidak sesuai untuk dimakan secara terus
      3. Memakan pisang yang belum cukup masak ranum (masih kehijauan)

      In Shaa Allah akan diterangkan lebih jelas dalam artikel akan datang. Jika ada point boleh sertakan juga ya

      Reply
  • October 2, 2015 at 6:07 am
    Permalink

    Thanks very interesting blog!

    Reply
  • June 4, 2016 at 7:17 am
    Permalink

    wah, bagus tips2 ni..terimakasih share yea..

    Reply
  • January 3, 2017 at 1:17 pm
    Permalink

    Assalammualaikum puan,

    Anak saya berumur 4 tahun. dari umur 2 tahun telah mengalami sembelit. Saya telah bertukar banyak jenama susu untuk memudahkan anak saya boleh membuang. Tapi sehingga sekarang, masalah saya masih belum selesai. Saya memohon jasa baik daripada pihak puan untuk membantu saya. Untuk makluman puan, setiap minggu anak saya akan diberikan ubat cucuk punggung untuk membolehkan dia membuang. Saya sudah buntu nak buat apa lagi… mohon bantulah saya.

    Terima kasih.

    Reply
    • January 3, 2017 at 7:16 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Maz,

      Inshaa Allah saya akan bantu puan sebaiknya. Kasihan anak yang dah lama alami sembelit.

      Sila hubungi saya segera di 019 477 1733.

      Saya akan berikan sesi konsultasi dan cadangan produk yang sesuai khusus untuk masalah anak puan. Kita cuba ikhtiarkan jalan penyelesaian sebaik mungkin.

      Reply
  • January 19, 2017 at 7:11 pm
    Permalink

    assalam puan..ank sy umo setahun 5bln..mmg dri die baby da start sembelit..sy baru nk start bg mealshake ni…boleh puan advise sy cara pengambilan utk ank sy?

    Reply
    • January 19, 2017 at 11:35 pm
      Permalink

      Salam Puan Kikin, untuk cadangan pengambilan bagi anak puan boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima Kasih

      Reply
  • January 31, 2017 at 10:46 am
    Permalink

    Anak saya dah 5 hari tidak buang air besar.bila cuba teran tak bole keluar.siap menangis lagi.saya dah cuba tukar susu tapi keadaannya sama.anak saya berusia 2 tahun.jumpa doctor pun sama.nasihat cuba bagi makan sayuran.tapi anak saya tak mahu makan.apa yang perlu saya buat lagi

    Reply
    • January 31, 2017 at 11:20 am
      Permalink

      Salam Tuan Zulkifli,

      5 hari tidak membuang air besar dikira sangat kritikal bagi kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Dikhuatiri akan mengalami jangkitan dalam kolon dan mungkin tubuh dipenuhi toksin yang tidak terbuang secara harfiah.

      Bawa anak untuk pemeriksaan segera dan tindakan lanjut perubatan doktor amat penting dalam situasi sebegini.

      Suplemen hanya untuk membantu mengurangkan masalah mengikut fungsi dan manfaat nutrisinya sahaja. Jika tuan berminat, saya sarankan Mealshake untuk anak tuan. In shaa Allah anak tuan tiada masalah untuk menerimanya kerana sudah biasa dengan susu formula.

      Hubungi saya dengan kadar segera untuk konsultasi lanjut & pembelian. Saya Norhanita 019 477 1733.

      Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge