Tahap kolesterol yang NORMAL bagi orang dewasa adalah kurang daripada 200mg/dl. Jika bacaan yang diperolehi melebihi nilai tersebut, kita dikelaskan sebagai mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh.

Apakah pengaruh tahap kandungan kolesterol dalam tubuh kita ini? Adakah ia membawa petanda yang baik atau buruk kepada kita? Umum mengetahui bahawa kolesterol sangat tidak baik untuk kesihatan. Bagaimana ingin menjelaskannya?

Baik, dalam entri kali ini, saya akan kongsikan sedikit penerangan ringkas dan beberapa tips atasi kolesterol tinggi yang baik untuk kesihatan kita.

Waspada Tahap Kolesterol Anda

Sumber kolesterol dalam tubuh kita sangat dipengaruhi oleh faktor pemakanan kita sehari-hari. Hampir kebanyakan makanan mengandungi kolesterol dan sukar untuk dielakkan.

Snek, makanan segera, makanan bergoreng, daging bakar, aiskrim, muffin, makanan laut dan pelbagai lagi adalah antara contoh makanan berkolesterol tinggi.

Jangan ambil ringan tentang bahaya kolesterol di dalam darah. Jika kolesterol dibiarkan termendap, semakin lama akan menyebabkan salur darah tersumbat. Risiko kita untuk mendapat serangan sakit jantung dan strok adalah lebih tinggi.

Kolesterol Baik & Kolesterol Jahat

Kolesterol sering dikaitkan dengan kesan negatif sahaja. Namun, tahukah anda di dalam tubuh kita terdapat kolesterol baik dan kolesterol jahat?

Koleterol baik disebut sebagai KOLESTEROL HDL (High Density Lipoprotein) atau lemak baik dan kolesterol jahat dikenali sebagai KOLESTEROL LDL (Low Density Lipoprotein) atau lemak jahat.

Kolesterol LDL berpotensi menyebabkan arteri tersumbat dengan lemak pada dindingnya manakala kolesterol baik mempunyai fungsi berlawanan untuk menghalang penyumbatan arteri. Bagi tubuh normal, kedua sumber kolesterol ini saling berseimbangan.

Namun jika kolesterol LDL ini lebih mendominasi, maka AWAS. Jika tidak di atasi, mungkin pelbagai risiko buruk kesihatan bakal menanti. Antara risiko yang paling ditakuti ialah mendapat komplikasi SERANGAN JANTUNG!

6 Punca Kolesterol Tinggi Dalam Darah

Terdapat banyak penyebab  terjadinya kolesterol tinggi dalam darah. Di antaranya adalah :

#1 – Makanan

Makanan merupakan faktor paling besar sekali terjadinya kolesterol tinggi dalam darah terutamanya makanan yang tinggi kandungan lemak.

Di antara makanan yang menyumbang terjadinya kolesterol tinggi adalah daging lembu, susu, telur, mentega, keju, minyak kelapa sawit, margerin, kuih, keropok dan makanan ringan lain.

#2 – Berat badan

Jangan terkejut, berat badan kita sebenarnya sangat mempengaruhi terjadinya tinggi atau rendahnya kolesterol.

Anda yang mempunyai berat badan yang berlebihan harus berwaspada kerana risiko untuk mendapat kolesterol tinggi adalah lebih besar.

Namun begitu, ia tidak bermakna individu yang kurus tidak boleh mempunyai kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh.

Kami banyak mendapat pelanggan yang mempunyai kolesterol tinggi tetapi mempunyai tubuh yang sedang atau kurus.

#3 – Gaya hidup

Rata-rata penduduk malaysia kurang bergerak, pasif atau kurang melakukan senaman dan aktiviti riadah. Betul tak?

Kita lebih suka duduk-duduk sahaja, bekerja di dalam aircond. Selepas kerja, pulang ke rumah. Selesai buat kerja rumah, kita akan memilih untuk duduk dihadapan televisyen sambil menikmati kudapan.

Apabila kita kurang bergerak tetapi mengambil makanan yang banyak dan tinggi kandungan lemak, ia akan memandu kepada pertambahan berat badan dan seterusnya menyumbang kepada terjadinya kolesterol tinggi di dalam darah.

#4 – Usia dan jantina

Semakin meningkat usia kita, semakin tinggi peluang untuk mendapat kolesterol tinggi. Dan, untuk makluman anda, lelaki lebih mudah mendapat kolesterol tinggi berbanding wanita

#5 – Keturunan

Kolesterol tinggi juga boleh dipengaruhi oleh faktor keturunan. Jika ada keturunan kita yang memiliki kolesterol tinggi, maka kita juga mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kolesterol tinggi.

#6 – Merokok

Awas buat perokok tegar. Merokok itu sendiri adalah berbahaya kepada kesihatan. Namun, tahukah anda bahawa aktiviti merokok juga mampu meningkatkan kadar kolesterol di dalam darah anda?

10 Tips Atasi Kolesterol Tinggi

Pelbagai ikhtiar boleh dilakukan oleh penghidap kolesterol tinggi untuk menurunkan kadar bacaan kolesterol mereka. Diantaranya adalah:

#1 – Awas kandungan lemak dalam makanan

Walaupun sukar untuk mengubah tabiat kebiasaan pemakanan yang kurang berzat, berusaha ambil sedikit langkah perubahan. Terutamanya berkaitan kolesterol.

Pilih lemak yang lebih sihat dalam makanan:

  • Hadkan lemak tepu (saturated fat) kurang daripada 7% dalam kalori harian. Ia wujud dalam sumber daging, sumber tenusu atau yang lebih baik seperti minyak zaitun.
  • Elakkan lemak trans yang lebih banyak membentuk kolesterol LDL yang buruk. Ia banyak terdapat dalam makanan segera, kek dan pastri, makanan manis dan sebagainya.

#2 – Jangan abaikan asid lemak

Minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, DHA dan EPA tidak mempengaruhi kolesterol LDL. Tetapi ia lebih memanfaatkan jantung, meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan trigeliserid.

Datang dari sumber ikan (tuna, sardin dan salmon) dan kekacang (walnut, almmond dan bijian flaxseed).

#3 – Tambahkan diet serat fiber

Ada 2 jenis serat fiber – larut air dan tidak larut air. Keduanya ada manfaat tersendiri, tetapi serat larut air lebih membantu menurunkan kadar kolesterol LDL. Sumber terbaik dari oat, buah-buahan, sayuran dan kekacang.

Baca Juga >> Kehebatan Kurma Bantu Atasi Masalah Kolesterol Tinggi

#4 – Top-up dengan sumber protein terbaik

Protein diperlukan sebanyak 10% hingga 30% dalam diet harian. Terdapat 2 jenis protein iaitu dari sumber haiwan dan tumbuhan.

Pengambilan diet tinggi protein boleh membawa kepada masalah kolesterol tinggi jika tidak mengikut panduan yang betul. Ini kerana, ada antara sumber protein haiwan turut mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi.

Manakala protein dari sumber tumbuhan kebanyakkannya tiada lemak. Maka, pemilihan protein dalam diet makanan haruslah bijak dan mengikut keperluan.

#5 – Amalkan diet seimbang

Sangat tidak adil jika kita melebihkan satu-satu sumber asas makanan sahaja. Seimbangkan karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan fiber dalam diet pemakanan seharian untuk kesan optimum kesihatan yang lebih baik.

Diet rendah-karbo dan tinggi-karbo juga membawa pengaruh kolesterol LDL yang berbeza. Disamping itu, kawal penggunaan garam, gula dan lemak yang lebih membawa faktor sedap tapi perlu ada hadnya masing-masing.

#6 – Elakkan obesiti, kawal berat badan ideal

Setiap tambahan kilogram dalam berat badan menyumbang kepada tahap kolesterol. Kurangkan berat badan sebanyak 5 hingga 10% mampu mengawal kolesterol ini.

Praktis cara pemakanan sihat dan banyakkan senaman membantu misi turunkan berat badan. Usahakan supaya berat badan ideal untuk lebih jisim otot berbanding lemak yang berupaya membawa lebih kesan buruk kepada kesihatan.

#7 – Praktis cara memasak yang lebih sihat

Ubah penyediaan makan daripada menggoreng kepada alternatif yang lebih baik seperti merebus, memanggang, stim, grill dan sebagainya.

Teknik ini mampu mengurangkan penggunaan minyak masak yang juga boleh membekalkan sumber kolesterol tidak baik kepada tubuh.

Jangan terlebih masak atau over-cook pula! kerana ia berupaya membunuh pelbagai nutrien penting dalam bahan utama masakan.

#8 – Sentiasa aktif secara fizikal

Bersenam atau aktifkan diri bergerak selama 30 minit sehari. Cukup 10 minit sekali sesi, 3 kali sehari; bukan sahaja boleh memperbaiki tahap kolesterol, tetapi juga boleh membantu penurunan berat badan.

Tidak mampu yang berat, memadailah dengan aktiviti fizikal:

  • Berjalan kaki atau menaiki tangga
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Beriadah sukan kegemaran

#9 – Kurangkan tabiat merokok atau berhenti lagi baik

Berhenti merokok boleh memperbaiki tahap kandungan kolesterol HDL yang baik dalam darah.

20 minit selepas buat pilihan untuk tidak merokok, tekanan darah dan jantung akan mulai menurun. Dalam masa setahun selepas itu, risiko penyakit jantung akan berupaya mengurang separuh daripada orang yang merokok.

Dan setelah 15 tahun, risiko penyakit jantung itu akan menurun menyamai orang yang tidak pernah merokok.

#10 – Kawal Stress jangan bagi meletup

Tahukah anda, stress mampu menaikkan komplikasi kolesterol dalam tubuh kita sampai ke tahap maksimum.

Stress atau marah membuatkan trafik aliran darah pergi lebih laju ke kepala akibat aktiviti jantung yang aktif mengejut.

Pada masa ini, kolesterol jahat akan memainkan peranan menggangu aliran darah dan menyebabkan risiko serangan strok atau serangan jantung.

Atasi Kolesterol Tinggi Dengan Nutrisi Suplemen

Gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja sering mengganggu keperluan nutrisi individu.

Pemilihan makanan yang tidak sihat, gemar makan di luar, kurang aktif bersukan atau beriadah, sentiasa stress dan rehat atau tidur yang tidak cukup merupakan antara punca mengapa ramai individu mudah diserang pelbagai penyakit kronik berbahaya.

Untuk mengatasi masalah kolesterol seperti yang disebutkan dalam tips di atas, selain mengubah faktor gaya hidup, pengambilan suplemen tambahan turut boleh membantu memenuhi keperluan nutrien yang mencukupi dalam diet pemakanan.

Suplemen Untuk Atasi Kolesterol Tinggi

Testimoni Pengguna Shaklee Untuk Atasi Kolesterol Tinggi

Testimoni #1:

Saya bagi mak saya vivix. Dah masuk 2 botol. Sebelum ni mak paling risau bacaan blood sugar dan kolesterol dia. Now, bacaan dah normal since 1st bottle lagi.

Sebab tu saya terus bekalkan mak vivix. Semoga kesihatan mak terus baik dan mudah beribadat.

– Nurul Aiman

Testimoni #2:

ESP Best…sya memang pengguna ESP tegar. Kebiasaannya..org yg berbadan besar seperti saya memang berpotensi ke arah berpenyakit.

Selalunya, kadar kolesterol saya berada pada paras 5.5 dan ke atas. Pernah cecah border line. Sejak mengamalkan ESP ni, Alhamdulillah paras kolesterol saya dah turun.

Sukur, hanya 1 scoop sehari, kulit pun jd supple (lembut & gebu)!

– Nizahasra Binti Suhaimie

turunkan paras kolesterol

Testimoni #3:

Salam. Ini pengalaman saya sendiri.

Sebelum ambil Shaklee saya memang high kolesterol. Saya ada diet, jaga mkn nasi tengahari sahaja. Tapitimbang berat tak turun, smakin naik ada la

Last-last fed-up nak diet.  Dah la susah nak jaga makan. Kalau tak makan nasi, kepala jadi sakit berketar sebab lapar. Tapi bulan 10 yang lalu saya nekad untuk diet semula. Tujuan utama nak turunkan kolesterol tu. Takutt!!!

Saya ambil set diet ESP + Lecithin + Alfalfa + Herblax.

Mula-mula ambil memang dah rasa perubahan, perut jadi kejap, means full tahan lama. Mudah nak kawal makan. Saya tetap ambil nasi tapi dalam kuantiti kecil. Lebihkan sayur dan lauk.

Mula tu berat memang agak degil nak turun. Biarlah sebab saya ni memang gemuk keturunan yang susah nak turun.

Saya teruskan juga sampai sebulan. Memang tak dijangka, saya hilang 5 kg then pergi check up. Haa!! Kolesterol dah tinggal 4.5!?

Sebelum ni 6.5 (sama dengan makcik umur 50-an). Bacaan Hb, gula pun turut normal. Haa keluar farmasi rasa macam nak nitis air mata. Benda yang saya takut dah ok, Alhamdulilah.

Berat walaupun degil nk turun tapi inch loss memang terasa. Baju yang dulu kat pinggul tak masuk, sekarang dah longgar. Badan rasa cergas, sengal badan dah kurang. Memang rasa seronok!

– Norrahimah Abd Rahim

Testimoni #4:

Salam.

Saya nak share pengalaman bagi mak VIVIX . Umur dah 66 tahun. Menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan COAD ( Chronic Obctructive Airway Disease ).

Mak selalu hadapi masalah pernafasan bila cuaca tak menentu. Bila tak sihat kena mkn antibiotik baru ok. Lepas bg VIVIX mak beritahu dah bertambah sihat dan tak berkepit dengan minyak angin lagi sebab selalu sakit sendi.

Mak kata dah boleh menyangkul!! Sangat gembira. Syukur Alhamdulillah. TQ Shaklee.

– Mas Ayra

Atasi Masalah Kolesterol Tinggi Sekarang!

Jangan risau dengan masalah kolesterol tinggi anda. Anda boleh cuba cara untuk bantu anda atasi kolesterol tinggi ini dengan berkesan.

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.

Untuk dapatkan info lanjut berkenaan produk dan konsultasi eksklusif berkenaan masalah kolesterol tinggi anda, segera hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

daftar ahli shaklee

Facebook Comments:
10 Tips Atasi Kolesterol Tinggi Elak Risiko Serangan Jantung & Stroke

Leave a Reply

Your email address will not be published.