Saya memang ada masalah sembelit sejak zaman sekolah menengah lagi..dulu saya tak suka minum air masak . Bila minum je rasa macam pahit begitu. Tapi semua tu berubah lepas masalah sembelit makin teruk so saya paksa diri untuk minum lebih banyak air.

– Remaja Sembelit –

Pernah tak ada pengalaman seperti di atas?  Jika ya, ketahuilah, setiap orang mesti pernah terkena sembelit. Tidak terkecuali juga wanita yang sedang hamil.

Antara faktor yang menyebabkan ibu mengandung menghidapi sembelit adalah akibat perubahan hormon di dalam tubuh, kekurangan nutrisi dalam diet harian, prosedur pengambilan ubat-ubatan dan pelbagai lagi.

Jika anda juga ibu mengandung yang sering alami sembelit, beberapa perkongsian menghadapi situasi ini mungkin boleh membantu anda.

atasi masalah sembelit ketika mengandung

Seorang ibu berkongsi kisah beliau yang menghidapi sembelit yang sangat teruk ketika mengandung. Jom baca.

      Saya baru sahaja melahirkan anak yang ke-4 hampir sebulan yg lalu. Nak cerita pengalaman sembelit ketika mengandung kali ni. Makan hari-hari banyak.

Meal tak pernah skip except malam. Itupun bukan sebab nak diet…mengandung buat ape nak dietkan…tapi sebab muhasabah diri dah 1 minggu tak membuang air besar.

Cakap pd hubby…hari-hari masuk takde yg keluar. Hubby pun jawab.. “takpe nanti beranak semua keluar” huh memanglah betol.

Beranakkan baby ni nurse suruh teran membuang dulu. Nurse tak bole bg sabun utk berak yg biasa bagi sebelum beranak sbb bukak dh 8 cm.

Nanti beranak dekat lubang tandas pulak. Mesti teran buang air besar dulu kalau tak baby tak bole lepas. Huh bayangkan,  “benda tu” memang dah keras sangat…masa tu 2 minggu tak membuang!

– Ibu Sembelit Ketika Mengandung –

Kita baca pun gerun. 2 minggu tidak membuang? Sememangnya ia sesuatu yang menakutkan. Bayangkan berapa banyak toksin terkumpul di dalam usus dan telah diserap ke dalam usus dalam masa  2 minggu itu. Itu untuk 2 minggu. Bagaimana jika kerap kena sembelit? Berapa pula jumlah toksin sebenarnya ada dalam tubuh kita. Agak-agak bahaya tak?

Semasa mengandung dahulu, saya sering terfikirkan perkara ini. Takut punya pasal, saya akan pastikan saya membuang setiap hari. Wajib. Tiada kompromi untuk hal ini. Sehari tak membuang akan buat saya takut dan ngeri kerana kemungkinan untuk mendapat sembelit sangat tinggi.

Semasa mengandung lagi lah bahaya sembelit ni sebenarnya. Silap teran, boleh membahayakan diri dan bayi pula, terutama untuk ibu-ibu yang mempunyai rahim lemah.

Ini adalah apa yang saya lakukan untuk atasi masalah sembelit ketika mengandung :

  1. Pastikan pengambilan air bersih sekurang-kurangnya 3L sehari – kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir)

  2. Makan lebih banyak fiber atau serat – terutamanya dari sumber sayur sayuran, buah buahan, bijirin seperti oat, nestum. Saiz hidangan sehari 3 senduk sayur , 2 hidangan buah-buahan sehari. Ini adalah kerana serat tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum)

  3. Lakukan aktiviti aktif – tidak hanya duduk diam, lakukan senaman sekurang kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu. Bergerak aktif atau bersukan boleh membantu peristalsis pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat. Sebagai ibu mengandung, saya lebih suka kepada berjalan-jalan. Sebab itu, semasa di pejabat, saya suka menggunakan tangga untuk pergi ke tingkat tingkat berlainan. Opps elakkan aktiviti merbahaya ye.

  4. Pastikan buang air besar setiap hari – Terutamanya diwaktu pagi supaya aktiviti harian kita tidak terganggu dan selesa. Menahan diri atau melambat-lambakan buang air besar ni agak berbahaya kepada ibu mengandung. Kalau tak kena gaya boleh menyebabkan sakit pinggang dan lenguh kaki. Yela, dah kumpul lama-lama, jadi sembelit terpaksa spare masa lama bertinggung / duduk dalam tandas. Kan ke susah mak buyung jadinya..hehe

  5. Hidup secara sihat dan gembira – tujuannya untuk elakkan stress. Normal ada banyak masalah dalam hidup, kadangkala itu perjuangan. Hadapi perkara-perkara pahit atau masalah seharian dengan tenang dan cut-off dengan senyuman daripada perkara yang menggembirakan. Ini boleh membantu kurangkan stress, depress dan kerisauan kepada ibu mengandung. Mungkin sampai nak buang air pun boleh lupa. Hehe jangan sedih-sedih ya sayang!

  6. Dapatkan bantuan nutrisi suplemen – Saya amalkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee. Ambil secara konsisten setiap hari. Alhamdulillah semuanya lancar sepanjang tempoh kehamilan saya.

Saya ada terbaca di dalam buku “Vitamin Bible For The Twenty-First Century” oleh Earl Mindell. ia mengatakan bahawa, apabila terjadinya sembelit, ia menunjukkan petanda bahawa tubuh seseorang itu kekurangan vitamin B-Complex.

Tak sangka. Rupanya ia petanda bahawa tubuh kita tidak cukup vitamin B Complex. Dan sembelit yang terlalu kerap dan berlarutan untuk suatu jangkamasa yang lama berkemungkinan boleh menyebabkan buasir.

Alhamdulillah. Dengan pengambilan suplemen yang konsisten, saya memang tak pernah lagi dah alami masalah sembelit ni. Pembuangan setiap pagi lancar aje. Sekejap aje duduk di dalam tandas. Tak buang masa, tak buang tenaga.

Tetapi harus diingat, risiko sembelit juga turut boleh berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin atau sedang berpantang. Tentu lebih memeritkan sewaktu luka jahitan perineum masih belum sembuh sepenuhnya. Jadi pengalaman sepanjang tempoh kehamilan untuk megatasi sembelit amat berharga ketika waktu bersalin kelak. Tidak perlu rasa terkejut dan dah tahu alternatif peyelesaiannya.

Di dalam Set Lengkap Kehamilan Shaklee tu, suplemen yang paling membantu mengatasi masalah sembelit dan melancarkan pembuangan adalah adalah Ostematrix™ Shaklee.

Ostematrik ni bukan hanya sekadar kalsium biasa. Di dalamnya juga terdapat mineral lain. Antaranya adalah Magnesium. Magnesium disertakan dalam Ostematrix untuk membantu memaksimakan penyerapan kalsium ke dalam tulang kita bagi mengelakkan kejadian batu karang di kemudian hari (ini adalah kelebihan Ostematrix Shaklee). Namun begitu, ia juga mempunyai fungsi unik yang lain iaitu untuk membantu melawaskan pembuangan kita iaitu :

  • Ia membantu melegakan dan melembutkan otot usus dan menyebabkan pergeratkan otot usus menjadi lebih lancar.
  • Ia membantu menarik air kedalam usus. Ini akan menyebabkan kandungan air di dalam usus bertambah seterusnya membantu melembutkan bahan buangan.

Cadangan saya, dapatkan Set Lengkap Kehamilan Shaklee anda hari ini atau sekurang-kurangnya ambil Ostematrix™ Shaklee untuk mengatasi masalah sembelit anda.

Apa kata mereka yang mengambil Ostematrix?

Ostematrix ni memang the best supplement shaklee bagi mija. Bab sembelit dah tak jadi masalah. Alhamdulillah. Mija ni jenis tak suka minum susu. So dgn Ostematrix ni dapat cukupkan pengambilan kalsium harian. Wanita2 diluar sana patut ada Ostematrix kat umah

Masriza Mariam Bte Mansor

Saya sekarang tengah pregnant…memang ostematrix pilihan tepat sebab saya tak suka minum susu. Pernah sekali tertinggal untuk ambil ostematrix sebelum tidur…adehhh kaki cramp…menangis-nangis mintak tolong encik suami. Alhamdulillah sekarang memang tak ksn tinggal ostematrix sebelum tidur…esok pagi memang wajib ke tandas… dan takde sembelit…lega sangat sebab pelawasan yang baik.

Julia Nur Ticha

Saya selalu smbelit..masa preggy anak sulung pun sama..brterusan sampai lepas pantang sampai la kena buasir. Seksa sangat.. huhu.. Sekarang preggy anak ke-2 alhamdulillah takde sembelit..lancar je membuang..cramp pun tak pernah sepanjang mengandung ni..syukur sangat dipertemukan dengan shaklee ni.

Faezah Nur Mustafa

Jika anda sedang mengandung dan mengalami masalah sembelit, dapatkan Set Kehamilan Lengkap Shaklee atau sekurang-kurangnya Ostematrix sekarang bagi mengelakkan terjadinya buasir di kemudian hari.

Saya boleh di hubungi saya di 019-4771733 untuk konsultasi produk Shaklee yang terbaik untuk keperluan anda atau emailkan sahaja kepada saya dengan mengisi form di bawah.

Nama Anda*

Alamat Email Anda*

No. Telefon (Optional)

Perkara*

Ringkasan Order/Pertanyaan

Facebook Comments:
Atasi Masalah Sembelit Ketika Mengandung, Elak Buasir Di Kemudian Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge