Minuman air bergas, air soda atau air berkarbonat tidak mengira jenama; sememangnya menjadi kegemaran ramai orang, terutamanya golongan remaja dan dewasa.

Ia tersedia dalam botol kaca, botol plastik, tin, cawan kertas dan sangat mudah didapati di mana sahaja kedai, kedai makan, restoran dan pasaraya. Ia juga menjadi pilihan utama yang sangat popular ketika musim perayaan.

Gemar mengambil makanan segera atau fast food juga tidak terlepas daripada tawaran mengambil minuman bergas. Kini, kanak-kanak turut tidak ketinggalan mula ketagih kepada fast food dan dalam pada masa yang sama turut meminati minuman jenis ini.

Sebagai penggemar minuman bergas, tahukah kita apakah kesan yang berlaku kepada tubuh selepas sejam pengambilannya?

Ok saya kongsikan di sini, hasil beberapa maklumat daripada blog Renegade Pharmacist tentang perkara ini.

Bahaya Minuman Berkarbonat

Apa Akan Berlaku Kepada Badan Kita Selepas Satu Jam Minum Air Minuman Berkarbonat?

Kita ambil satu sampel minuman bergas dalam tin. Apa yang berlaku selepas 1 jam kita minum 1 tin air minuman bergas atau air soda itu? Ya, memang sedap dan selebihnya ini yang berlaku secara senyap tanpa di sedari di dalam tubuh badan kita:

>> 10 Minit pertama

Setiap jenis minuman berkarbonat mengandungi jumlah kandungan gula yang berbeza mengikut jenis dan jenama. Maka, lebih kurang sebanyak 6 hingga 9 sudu teh gula akan terus masuk dan memenuhi sistem badan kita.

Ia menghampiri jumlah had pengambilan gula had seperti yang disarankan. Saranan terbaik pengambilan gula harian adalah sebanyak 10 sudu teh, bersamaan dengan 1/4 cawan atau 50 gram gula.

Walaupun tinggi kandungan gula, kitatidak akan terasa terlalu manis pada air minuman tersebut kerana terdapat kandungan asid fosforik dan perasa tambahan yang menstabilkan rasa manisnya.

Kandungan Gula Dalam Air Tin
Jumlah Gula Dalam Air Tin

>> Selepas 20 Minit

Paras kandungan gula dalam darah terus meningkat secara mendadak. Secara automatik, buah pinggang dan pankreas akan bekerja keras merembeskan insulin untuk mengawalselia paras gula ini. Hati pula akan menukarkan sumber glukosa ini kepada lemak.

Selagi sistem tubuh mampu untuk mengawal paras gula dalam darah, kita tidak akan mengalami apa-apa masalah. Sebaliknya jika sistem mulai lemah; mungkin akibat penurunan kecekapan organ atau peningkatan usia, pelbagai masalah penyakit akan mula hadir.

Akibatnya, berlakulah lambakan lemak melebihi permintaan di dalam tubuh. Juga awas tentang lebihan kalori dalam tubuh.

Ini adalah antara punca utama mengapa kita mengalami masalah obesiti, penyakit jantung dan kencing manis. Malah, tidak pelik jika dikatakan masalah ini mudah berlaku kepada kebanyakan golongan muda dan dewasa.

air-berkarbonat-punca-gemuk

>> Selepas 40 Minit

Penyerapan kafein telah sempurna. Anak mata akan mulai membesar dan tekanan darah meningkat akibat tindakbalas  hati menyalurkan lebih gula dalam sistem aliran darah.

Reseptor adenosine dalam otak (yang menggalakkan rehat dan tidur)  dihalang dan mengelakkan rasa mengantuk. Malah ia turut mengganggu penghantaran isyarat otak supaya kita berhenti makan apabila sudah kenyang.

Oleh itu tidak hairanlah, mengapa ada orang boleh minum air berkarbonat dengan banyak sambil makan fastfood bersaiz jumbo! dengan sekali hadap.

Minum Air Berkarbonat Punca Obesiti

>> Selepas 45 Minit

Pengeluaran dopamine meningkat, merangsang pusat kawalan perasaan seronok atau gembira di dalam otak. Bahaya jika berlebihan dan berpotensi menyebabkan tindakan di bawah sedar. Lebih kurang sama dengan fungsi stimulan dalam dadah.

Rasa seronok tidak menjadi masalah.  Cuma, seronok dan ketagih minum minuman manis itu yang bakal membawa masalah lebih besar di masa hadapan.

>> Selepas 60 Minit

Untuk mengawal keasidan, asid fosforik mengikat unsur mineral kalsium, zink dan magnesium di dalam salur pencernaan usus. Jika tiada unsur mineral ini dalam darah, ia akan menyerap sumbernya daripada komposisi tulang.

Lebih buruk lagi, kandungan  gula fruktosa dan pemanis tiruan yang tinggi ini menggalakkan penyingkiran kalsium di dalam saluran perkumuhan air kencing. Juga antara punca mengapa penyakit batu karang, karies gigi dan masalah reput tulang mudah terjadi kepada individu di usia muda.

Air Berkatbonat Punca Gigi Cepat Rosak Pada Kanak-kanak

>> Lebih daripada 60 Minit

Rasa nak lagi, nak lagi dan nak lagi…

Kita akan mula jadi ketagih kepada gula atau minuman/makanan manis yang boleh mengakibatkan masalah “Sugar Crash”.

Sugar Crash merujuk kepada keadaan tubuh menjadi begitu lemah dan lesu selepas  pengambilan karbohidrat daripada gula fruktosa yang sangat tinggi.

Antara kesan jangka panjang lain ialah, tubuh juga akan mudah mengalami masalah dehidrasi. Antara masalah yang timbuh daripada masalah dehidrasi tubuh ialah:

  • Cepat haus atau dahagakan air manis
  • Keletihan dan mudah mengamuk pada kanak-kanak; Mudah marah dan lembab berfikir bagi dewasa
  • Masalah bibir dan kulit cepat kering
  • Kurang kencing – air kencing jadi lebih gelap berbanding biasa
  • Degupan jantung dan pernafasan menjadi laju.

Bahaya Minuman Berkarbonat

 

Hentikan Tabiat Suka Air Minuman Berkarbonat Sekarang!

Kewujudan lambakan jenis air berkarbonat di pasaran kita hari ini bukanlah suatu kesalahan. Cuma kita perlu sedar tentang keperluannya; adakah baik untuk kesihatan kita pada jangkamasa panjang atau tidak.

Kebaikan Air Kosong vs Keburukan Air Berkarbonat

Sekadar merasa juga tidak menimbulkan masalah. Yang penting jangan jadikan ia sebagai tabiat atau ketagih untuk minum minuman berkarbonat setiap waktu dan ketika. Kata kuncinya adalah keburukan manis dalam kandungan gula berlebihan. Asid fosforik, garam, perisa dan perwarna tiruan pula adalah tambahan kesan buruk daripada itu.

Untuk kebaikan, gantikan diet air berkarbonat anda dengan:

Jom, jadi lebih sihat sekarang. Pilihan di tangan anda.

Facebook Comments:
Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!

8 thoughts on “Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!

  • October 20, 2016 at 6:30 pm
    Permalink

    cik tom suka minum air botol green tea jasmine pokka..rasa byk jgk kandungan gula tu..huhu

    Reply
    • October 20, 2016 at 8:16 pm
      Permalink

      Kalau ikut standard pengeluaran dia, pokka claim kandungan gula dlm jasmine green tea di bawah 7g/100ml. Agak rendah juga tu.

      Ehh kita pun minat jasmine tea juga. Bole belanja kita satu nanti..hehe

      Reply
  • October 21, 2016 at 2:11 pm
    Permalink

    makanan di malaysia banyak sgt yang sedap2…susahnya nak elakkan

    Reply
    • October 21, 2016 at 3:06 pm
      Permalink

      Malaysia memang kaya dgn makanan & sedap-sedap belaka. Orang tua-tua kata, kalau sedap semua, jangan belasah semua. Ambil yang baik-baik je. Hehe

      Reply
  • October 25, 2016 at 7:35 am
    Permalink

    Alhamdulilah nasib baik sy tak suka air bergas.seharian sy gan air Putin je huhuh..kesian kan

    Reply
    • October 25, 2016 at 10:12 am
      Permalink

      Alhamdulillah. Moga kekal & bertambah sihat.

      Usia kecil memang mudah nak cuba dan terima macam-macam benda termasuk makanan & minuman.

      Andai tiada ketegasan daripada ibu bapa, mungkin perkara yang kurang baik atau tidak baik langsung boleh menjadi tabiat yang susah untuk ditinggalkan sehingga dewasa.

      Akak Rohani tentu dididik dengan baik sedari kecil kan. Tahniah…

      Reply
  • July 24, 2017 at 6:33 pm
    Permalink

    Badan orang msia byk dah reput….yg tua,…yg muda…kanak kanak pun sama…angkara air sedap.

    Reply
    • July 24, 2017 at 11:02 pm
      Permalink

      Salam Tuan Amad. Betul. Kajian Universiti Boston oleh Matthew Pase terhadap 3000 orang Amerika didapati 45 daripadanya mengalami strok. Tambahan kajian untuk 1500 orang yang lainnya didapati 60 orang mengalami penyakit mental (demensia). Setelah mengambil kira faktor usia,aktiviti fizikal dan pelbagai lagi; didapati mereka yang mengamalkan diet minuman soda menerima lebih 3 kali ganda risiko kedua-dua penyakit tersebut. Mengerikan bukan?

      Moga tuan Amad dan kita semua dijauhkan daripada masalah ini sebaiknya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.