Berkesankah Produk Shaklee? Apakah jaminan Suplemen Shaklee ni selamat untuk diambil dalam jangkamasa panjang?

Apabila berurusan dengan prospek baru atau pelanggan yang ingin mendapatkan produk Shaklee daripada kami, kami biasa mendapat pertanyaan seperti di atas.

Awalnya, mereka menyangka bahawa Shaklee sama seperti kebanyakan produk lain yang terdapat di dalam pasaran dan mereka juga menyangka Shaklee adalah salah satu jenama baru dalam bidang pemakanan kesihatan. Malah ramai yang menyangka bahawa Shaklee adalah ubat!.

Jawapan ringkas kami: Shaklee bukan ubat. Ia adalah rangkaian produk suplemen terbaik yang dijamin sangat berkesan dan selamat walau diambil untuk satu tempoh jangkamasa yang panjang, malah lebih baik.

Oh, sebelum anda menilai jawapan kami sebagai jawapan “cover line” je, apa kata anda teliti beberapa fakta yang bakal kami kongsikan dalam entry ini.

Landmark Study Shaklee

Keluarga dan saya sendiri telah menggunakan produk Shaklee hampir masuk tahun ke-5. Banyak kesan positif kesihatan yang dapat kami rasai dan rasa kekok jika ter-miss jadual pemakanannya.

Jadi kami ingin berkongsi keyakinan dengan anda, apa keistimewaan Shaklee dan apa yang dikatakan “Sentiasa Selamat – Sentiasa Berkesan – Sentiasa Mesra alam” itu. Bagi anda yang belum jadi pengguna atau mencuba  Shaklee, anda patut tahu rahsia ini…

Berkesankah Produk Shaklee : Landmark Study

Seperti yang kita sedia maklum, suplemen tambahan bukanlah ubat yang dihasilkan daripada dadah makmal dimana kesannya kita boleh nampak serta merta. Kebanyakan kajian saintifik yang dilakukan kepadanya adalah untuk tujuan jangkamasa pendek.

Keputusan yang diperolehi adalah kurang tepat kerana penyakit biasanya mengambil tempoh masa 10 – 30 tahun untuk mula kelihatan dan menjadi tidak terkawal. Disebabkan keterbatasan kajian saintifik yang ada, UC Berkeley telah mengambil inisiatif untuk menjalankan landmark study ini.

Satu Landmark Study telah dijalankan oleh UC Berkeley School of Public Health yang di ketuai oleh Dr. Gladys Block.

Landmark study adalah kajian yang pertama seumpamanya dijalankan di dunia, khas untuk menilai keberkesanan, manfaat dan risiko yang wujud terhadap pengambilan suplemen dalam jangkamasa yang panjang.

Ia bukanlah kajian yang dilakukan sendiri oleh Saintis Shaklee tetapi merupakan kajian dari pihak ketiga yang tidak ada apa-apa kaitan dan kepentingan tertentu dengan Shaklee.

Dr. Gladys Block dalah seorang pakar kesihatan dan juga salah seorang individu yang terlibat dalam mencipta piramid makanan. Dr. Gladys dan kumpulan penyelidikannya sendiri telah berjumpa dan membuat permintaan kepada pihak Shaklee untuk menjalankan kajian tersebut.

Mengapa Landmark Study Memilih Shaklee?

  • Shaklee telah lama wujud dan terkenal dengan integriti dan produknya yang berkualiti tinggi.

  • Shaklee mempunyai kumpulan sasaran yang bersesuaian iaitu kumpulan yang telah mengamalkan Shaklee secara konsisten untuk satu tempoh masa yang panjang.

Dari pihak Shaklee pula, mengapa Shaklee bersetuju dan membenarkan kajian ini dijalankan? Jawapannya sangat mudah, kerana Shaklee sangat yakin produk mereka benar-benar berkesan dan selamat.

Tidak banyak syarikat yang membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan kajian keatas produk mereka kerana ia boleh memberi impak yang sangat besar kepada masa depan syarikat.

Segala hasil kajian akan dipaparkan kepada umum tidak kira keputusannya baik atau buruk. Jika hasil kajian tidak memihak kepada mereka dimana produk mereka di dapati tidak berkesan, pendapatan syarikat akan terjejas.

Berbeza dengan Shaklee yang membenarkan kajian ini dijalankan kerana Shaklee sangat yakin yang produknya sangat berkesan.

Hasil Kajian Landmark Study

Secara ringkasnya data kajian ini tertumpu kepada 3 golongan yang melibatkan 1000 individu yang telah mengamalkan rutin pemakanan tertentu lebih daripada 20 tahun seperti dibawah :

Kumpulan Sasaran Landmark Study

Biru : Kumpulan yang langsung tidak ambil apa-apa suplemen

Merah : Kumpulan yang mengambil suplemen dari jenama lain

Hijau : Kumpulan yang mengamalkan Suplemen Shaklee

landmark study shakleelandmark study shakleeBerdasarkan jadual di atas, kita dapat lihat, kumpulan yang mengamalkan suplemen Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang sangat menakjubkan berbanding kumpulan lain.

Dari Landmark Study ini juga kita dapat lihat, kadar risiko untuk mendapat penyakit oleh kumpulan yang mengambil suplemen brand lain adalah lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil apa-apa suplemen. Apa maknanya? saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan sendiri.

Untuk bacaan yang lebih terperinci, anda boleh lah download sendiri manuskrip study di atas di Landmarkstudy.com . Kajian ini telah diterbitkan di dalam Nutrition Journal pada tahun 2007.

Mengambil suplemen Shaklee bukanlah “tiket” jaminan kita tidak akan terkena penyakit apabila tua nanti. Namun, dengan mengambil suplemen yang betul, kadar risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit ini juga adalah jauh lebih rendah berbanding kita tidak mengamalkan apa-apa suplemen atau mengambil suplemen yang kita tidak tahu kesannya untuk jangkamasa panjang.

Penyakit ni nak jadi bukan dalam 1-2 tahun. tapi nanti lepas 10-30 tahun baru jadi. Perasan tak? zaman sekarang ni, penyakit-penyakit yang dulunya hanya orang tua aje yang kena, sekarang ni orang-orang muda pun ramai sudah kena seperti diabetes, serangan sakit jantung dan kolesterol tinggi.

Ringkasan daripada Landmark Study Shaklee

  1. Nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah terbukti sangat “bioavailable”. Maksudnya disini adalah nutrisi tersebut mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita dengan baik. Ini dibuktikan melalui kandungan nutrisi yang terdapat di dalam darah yang jauh lebih baik berbanding 2 kumpulan sasar yang lain.

  2. Pengambilan nutrisi Shaklee terbukti membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, seterusnya membantu mengurangkan kadar risiko untuk mendapat penyakit. Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Choloestrol, CRP dan Triglycerides

  3. Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar risiko yang jauh lebih rendah untuk mendapat penyakit berbanding 2 kumpulan sasar yang lain

  4. Suplemen Shaklee terbukti selamat untuk diamalkan tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi pada aras toksik di dalam tubuh pengguna.

Dr. Gladys Block sendiri mengakui, daripada kajian kumpulan beliau, mereka mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangkamasa yang panjang.

Landmark Study Produk Suplemen Shaklee

Saya rasa sudah cukup jelas penerangan di atas. Namun, perlu di ingat, Landmark Study ini hanya merujuk kepada penggunaan produk Shaklee. Ia mungkin tidak sesuai untuk digunakan ke atas produk brand lain.

Untuk makluman anda juga, kebanyakan syarikat tidak mempunyai standard “Quality Assurance” yang sama seperti yang dipraktikkan oleh Shaklee.

Sangat sedikit syarikat yang menjalankan kajian klinikal ke atas produk mereka sebelum produk tersebut dikilangkan.

Apa yang anda harus fikirkan bukan sahaja adakah produk tersebut berkesan, tetapi juga adakah produk yang anda ambil selamat untuk tempoh masa yang panjang? Berhati-hati dengan lambakan “suplemen sampah” yang berada dipasaran sekarang.

landmark study shaklee

5 Fakta Penting Yang Anda Patut Tahu tentang “Landmark Study” Shaklee

  1. Kajian ini merupakan kajian yang PERTAMA seumpamanya di dunia bagi melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Dalam ertikata lain, tiada sesiapa yang pernah melakukan kajian seperti ini kecuali Shaklee.

  2. Pengguna produk Shaklee mempunyai level nutrisi dalam darah yang lebih baik. Ini membuktikan bahawa produk Shaklee adalah bioavailable dimana ia mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan lebih baik.

  3. Pengguna Shaklee mempunyai biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini membuktikan dengan pengambilan suplemen Shaklee yang konsisten mampu mengurangkan risiko anda untuk terkena penyakit.

  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan pengambilan Shaklee mampu meningkatkan taraf kesihatan kita. Kita mampu untuk hidup lebih sihat.

  5. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Ini membuktikan produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang

Landmark Study Shaklee

Shaklee telah berjaya membuktikan bahawa produk Shaklee boleh membantu hidup anda terasa lebih muda, sihat, dan bertenaga! Pilihan di tangan anda. Saya, keluarga dan ramai pengguna di serata Malaysia telah memilih Shaklee dan saya yakin anda juga berhak untuk yang terbaik!

Sentiasa Selamat . Sentiasa Berkesan . Sentiasa Mesra Alam

Perlukan lebih penerangan yang lebih jelas atau ingin terus dapatkan produk Shaklee untuk manfaat kesihatan anda? Segera hubungi saya; 

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Berkesankah Produk Shaklee? Apakah Jaminan Pengambilannya Untuk Jangkamasa Panjang?

2 thoughts on “Berkesankah Produk Shaklee? Apakah Jaminan Pengambilannya Untuk Jangkamasa Panjang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.