Saya meminta pendapat daripada ramai doktor-doktor di Malaysia berkenaan menyusu anak ketika hamil. Kebanyakan doktor memberi pendapat bahawa ibu boleh meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak, sekiranya rahim ibu kuat dan tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi semasa mengandung.

Seorang ibu memang sepatutnya menyusukan bayi mereka, selama mana dan selagi mana anak mereka mahu menyusu.

menyusu anak ketika hamil

Jika anda mengalami masalah seperti pendarahan di awal kehamilan, anda digalakkan untuk mendapatkan pendapat doktor anda. Jika ia terjadi kepada saya, saya juga tidak berani untuk mengambil risiko tanpa mendapat nasihat dari doktor saya.

saya antara ibu yang menyusukan semasa mengandung…dan bayi yang dikandung, bila lahir cepat je dapat kolostrum tak payah tunggu lama…hihi…dan alhamdulillah bayi sihat-sihat aje dan berat pun lebih dari 3kg juga masa lahir.. 🙂 dan sekarang…juga masih menyusukan kedua2 anak dara saya

Mizah

Namun begitu, disebabkan oleh perubahan hormon, susu ibu mungkin akan semakin berkurangan dari hari ke hari. Ia adalah situasi biasa, jangan risau.

bayi bee nak masuk 9 bulan 29hb ni….sekarang ni susu sudah semakin surut…kalau biasa pagi-pagi akan dpt 5 oz, tp sekarang 2 oz jer…..aiyak….tambah morning sickness..tiap kali pam, pening dah…. bayi bee pulak asyik nak ngempeng jer….tak tahu stock untuk esok cukup ke tak..ada 1 botol aje dlm peti ais…selalu bee bagi 5 botol….ni sampai sekarang dekat ofis, baru dapat 1 setengah oz jer…. masa mula-mula pam, memang mencurah2 keluar..tp dh 5 ke 10 mins, makin perlahan…..macam mana…..

Bee

Saranan saya, teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa. Beri susu pada anak apabila mereka mahu menyusu. Jika anda ibu kekerja, teruskan mengepam seperti biasa. Ibu perlu tahu dan perlu yakin dengan keadaan tubuh sendiri. Ambil makanan yang berkhasiat, kaya protein dan kalsium, juga makanan yang kaya dengan vitamin  dan mineral. Dan jika perlu, dapatkan nasihat dari doktor. Jika berasa sangat-sangat tidak larat, terutama di awal fasa mengandung, jangan terlalu memaksa diri sendiri. Kita sepatutnya lebih tahu keadaan tubuh kita.

Dr Zubaidi pun menggalakkan ibu hamil untuk meneruskan penyusuan susu ibu semasa mengandung tau. 😉

Semoga membantu.

Mama.3D

Facebook Comments:
Bolehkah Menyusu Anak Ketika Hamil Tanpa Membahayakan Kandungan

2 thoughts on “Bolehkah Menyusu Anak Ketika Hamil Tanpa Membahayakan Kandungan

    • June 2, 2015 at 12:54 am
      Permalink

      Hebat Intan. Beri selagi mampu. Untuk anak kesayangan juga kan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.