Ekzema adalah merupakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan alahan kulit atau radang kulit (dermatitis). Ekzema biasanya akan menyebabkan masalah kegatalan kulit yang agak kronik yang mengakibatkan ketidakselesaan dan kerengsaan. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur, baik bayi, kanak-kanak mahupun dewasa.

Namun begitu, 85% penghidap ekzema dikenalpasti terdiri daripada mereka yang berumur 5 tahun ke bawah. Antara punca ekzema ialah berkaitan dengan pembawaan genetik daripada salah silah ahli keluarga yang juga penghidap ekzema, asma atau demam alergi.

Sebelum kita ketahui cara atasi ekzema untuk bayi terutama yang masih lagi menyusu susu ibu, apakata kita dapatkan maklumat tentang ekzema dengan lebih lanjut terlebih dahulu. Jom baca.

Cara Atasi Ekzema Bayi

Jenis-jenis Ekzema

Ekzema terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya:

  1. Atopik Dermatitis (AD)
  2. Dermatitis Sentuhan
  3. Neurodermatitis
  4. Ekzema pada Tangan
  5. Nummular Dermatitis
  6. Statis Dermatitis

Atopik dermatitis merupakan sejenis ekzema yang paling biasa terjadi. Pesakit akan mengalami kulit kering, gatal, merah dan merekah. kadangkala akan berlaku lelehan cecair dan berdarah pada kulit. Kebiasaanya bahagian yang akan terjadinya ekzema adalah pada tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Penyebab Ekzema

Penyebab sebenar ekzema terjadi masih tidak dapat dikenalpasti. Namun, antara faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab utamanya ialah:

  • Terdapat kecacatan kepada kulit yang akan merosakkan fungsi kulit tersebut

  • Sistem imun yang tidak dapat berfungsi secara normal

  • Terdapat kecacatan gen yang akan menyebabkan  kehadiran protein tertentu yang abnormal dimana ia gagal mengekalkan fungsi kulit yang normal

  • Bahan alergen yang menyebabkan reaksi alergi apabila bersentuhan dengan kulit seperti sabun, kosmetik, bahan pencuci, barangan kemas, habuk dan peluh.

  • Berlaku perubahan pada suhu dan kelembapan

  • Tekanan psikologi

Penjagaan diri bayi

Ekzema tidak boleh dirawat. Namun, ia boleh di kawal agar simptom ekzema tidak menjadi bertambah teruk. Apa yang ibu boleh lakukan untuk memastikan ekzema bayi terkawal adalah :

  • Memastikan kulit bayi kekal terhidrasi melalui pemakaian krim. Pastikan ia semulajadi dan selamat ya.

  • Elakkan memandikan bayi terlalu lama dan terlalu kerap

  • Elakkan kulit bayi daripada tersentuh bahan-bahan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas dan perengsa alam sekitar

  • Pakaikan pakaian kapas yang longgar

  • Gunakan kain atau pemampat sejuk untuk mengurangkan kegatalan

  • Ibu perlu menjaga pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan alahan

  • Cuba untuk tidak menyebabkan bayi menjadi stress. Ya, bayi juga boleh berasa stress dan tertekan

  • Elakkan aktiviti yang boleh membuatkan bayi anda panas dan berpeluh. Perubahan mendadak kepada suhu dan kelembapan boleh menjadikan ekzema bayi menjadi lebih teruk

  • Kekalkan suhu sejuk di ruangan tidur bayi untuk mengelakkan bayi anda berpeluh

  • Menyimpan diari untuk melihat dan mengesahkan apakah yang boleh mencetuskan ekzema anak anda

  • Kerap membersihkan rumah agar kehadiran habuk dapat diminimakan.

  • Pastikan kuku bayi sentiasa pendek untuk mengelakkan iritasi kulit akibat menggaru

Apabila bayi berasa gatal, mereka tidak akan dapat menahan diri daripada menggaru di bahagian yang gatal. Perkara ini akan mencederakan kulit mereka seterusnya menyebabkan kulit mereka lebih mudah diserang bakteria dan kuman, seterusnya akan mencetuskan infeksi dan alergi yang boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Tidur mereka akan terganggu, keyakinan mereka akan menurun seterusnya memberi kesan kepada kualiti hidup mereka.

Rawatan untuk ekzema

  • Untuk ekzema ringan, doktor biasanya menasihatkan anda untuk menggunakan losyen emolien, krim, krim rendah steroid untuk jangkamasa yang pendek. Cegah ekzema dari melarat dengan sentiasa memastikan kulit bayi sentiasa lembap. Terdapat pelbagai pelembap dan emolien. Anda perlu mencuba beberapa jenama untuk mendapatkan satu produk yang paling sesuai untuk anak anda. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsi untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. Anda mungkin perlu menggunakan emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab.

  • Pil antihistamin : Ia biasa di perskripsi jika ekzema anak anda terlalu teruk dan terlalu gatal sehingga mengganggu tidur bayi anda. Namun begitu, ia tidak digunakan secara rutin. Kebiasaannya, pil antihistamin yang digunakan adalah dari jenis yang akan membuatkan si kecil mengantuk. Pil ini mesti digunakan dengan pengawasan dan nasihat daripada doktor anda.

  • Steroid : Doktor biasanya akan mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Kesan sampingan utama steroid adalah ia akan membuat kulit menjadi nipis jika digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menggunakan krim steroid dengan kekuatan yang betul. Bergantung kepada tahap keterukan ekzema anak anda, ia seharusnya digunakan hanya dengan pemantauan daripada doktor anda. Saranan saya, gunakan ia secara minima pada bahagian-bahagian yang perlu sahaja tidak melebihi dua kali sehari. Jika ekzema tidak reda setelah menggunakan steroid, bayi anda mungkin perlu dirujuk kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

  • Pembalut kering dan Pembalut basah. Ia merupakan teknik dimana pembalut direndam di dalam emolien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Teknik ini akan membantu ubat rawatan untuk meresap kedalam kulit.

Alternatif Cara Atasi Ekzema Bayi Yang Masih Menyusu Susu Ibu

Luaran : Herbal Blend Multipurpose Cream

Sejenis krim serbaguna yang sangat baik untuk mengatasi masalah alahan kulit, melembutkan kulit kasar seperti di tumit kaki, lutut dan tapak tangan, menghilangkan parut luka biasa atau luka demam campak, menurunkan suhu badan, membuang angin dalam perut dan menyingkirkan selulit.

Ia sangat dingin dan menyamankan, selesa serta sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Dirumus khas daripada ekstrak pelbagai tumbuhan semulajadi terpilih, tanpa steroid mahupun bahan kimia berbahaya, tidak melekit dan berminyak serta menjalani ujian klinikal untuk keberkesanannya.

Krim Untuk Atasi Alahan Kulit atau Ekzema

Dalaman : Set Penyusuan Lengkap Shaklee

Bagi nutrisi secara dalaman, bayi sukar untuk menerima sebarang ubat atau suplemen. Cara terbaik adalah melalui susu ibu. Jadi, pengambilan set penyusuan lengkap ini dapat membantu banyak keperluan bayi dari segi meningkatkan tahap imun atau daya tubuh melawan penyakit dan alahan. Selain itu set ini juga membantu bayi menjalani proses tumbesaran dengan baik dan lebih sihat.

Testimoni Pengguna

salam semua..nk share skit penglaman consume set penyusuan 3M…….2,3 ari ni bru perasan..hahahahah… dulu baby sy, Auni ada eczema kering,bukan yg merah2, berair tu…..eczema dia ni cm tompok peta penuh kt perut, kt belakang bdn, kt peha, betis…mujur ler tak der kt muka…ehhehe ….tp skang ni kulit dia dh cantik…bru perasan.^___^..tak der tompok2 eczema lagi dah..ms g checkup dlu, refer doc, mmg doc ckp eczema la..so, doc bg krim putih tu n steroid cream…tp buh yg putih tu jer..tu pon jarang buh sbb kecian kan dia kot2 x selesa sbb melekit2…….so, biar gitu je laaaa..skang umur Auni dh nk msk 8 bulan, hilang terus eczema tu…sy mmg yakin sbb sy consume set 3M..bukan setakat Auni jer, sy pon ada gatal2 kulit(eczema la kot) gak…alergic seafood, budu, cencaluk, (feveret tuuuu)..kalo mkn, mula lah menggaru siang mlm….(man aboleh tahan woooo)…skang tak der dah…mkn seafood sekawah pon, no hal..alhamdulillah…..power r set 3M…..^__________________^

Mashitah Mamat

Mashitah berkongsi dengan kita semua tentang pengalaman beliau mengambil Set Penyusuan Lengkap Shaklee kerana berasa sangat teruja dengan hasil yang diperolehi. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau semata-mata. Mungkin hasilnya berbeza dari orang lain. Namun tidak rugi pun kita berusaha. InsyaAllah segalanya dengan izin daripada-Nya juga.

Krim Atasi Alahan Kulit bayi

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi eksklusif, hubungi saya di:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Cara Atasi Ekzema Untuk Bayi Yang Masih Menyusu Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge