Bengkak susu atau clogged duct biasa terjadi kepada ramai ibu menyusu termasuklah ibu baru lepas bersalin. Sakitnya bengkak susu ni, hanya tuhan sahaja yang tahu. Memang boleh sampai demam.

Untuk makluman anda, ia terjadi biasanya disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya :-

  • Kegagalan untuk mengosongkan payudara selepas penyusuan
  • Bayi tidak melekap dengan baik pada payudara semasa penyusuan
  • Menangguhkan penyusuan untuk tempoh masa yang agak lama di antara sela masa penyusuan
  • Payudara menghasilkan terlalu banyak susu
  • pam susu yang tidak efektif
  • Posisi tidur yang tidak betul
  • memakai bra yang ketat
  • memakai apa-apa yang meletakkan tekanan kepada payudara dalam tempoh masa yang lama seperti backpack atau talipinggang keledar.
  • terdapat tompokan putih di puting payudara

Kenalpasti Adakah Benar Saluran Susu Tersumbat

Di antara tanda-tanda saluran susu tersumbat adalah :-

  • Berasa puting susu seperti melecet atau luka dan bayi kelihatan tidak kenyang walaupun telah menyusu dengan kerap.
  • Terasa ketulan di payudara dan berasa sakit.

Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat

#1 – Menyusu dengan kerap dan betul

Duktus tersumbat boleh di atasi dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Dengan itu, anda mesti memastikan semasa penyusuan, bayi anda mesti melekap pada dada anda dengan rapat.

Teknik latch (lekapan) yang betul semasa penyusuan :-

#2 – Pam payudara anda

Pam payudara anda setiap kali selepas bayi selesai menyusu bagi memastikan payudara anda dikosongkan sepenuhnya.

#3 – Tuam dengan air panas (warm pressed) atau air sejuk (cold pressed)

Tuam dengan air panas@air sejuk pada sekeliling payudara yang terjejas dapat membantu melancarkan aliran susu yang tidak lancar.

 

#4 – Periksa puting payudara

Jika terdapat tompokan putih pada puting, cungkil dengan jarum yang telah di steril terlebih dahulu.

#5 – Urut payudara anda perlahan-lahan di tempat yang terjejas

#6 – Ambil Lecithin

Pakar penyusuan mencadangkan lecithin bagi mengatasi masalah susu tersumbat.

Tips Elakkan Sakit Ketika Menyusu Badan

 

  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya agak menyakitkan. teruskan penyusuan badan sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  • Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
  • Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda.

Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Bagaimana Lecithin Berfungsi Mengatasi Bengkak Susu

Dr Jack Newman berpendapat :

Seperti yang semua orang tahu, lecithin merupakan emulsifier yang berfungsi untuk mengelakkan lemak atau minyak dari bergumpal. Lecithin sangat membantu mengatasi saluran susu tersumbat dengan cara mengurangkan kelikatan susu dengan cara meningkatkan peratusan asid lemak poli tidak tepu di dalam susu.

Perbezaan Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee dihasilkan dari ekstrak kacang soya organik bukan-GMO. Maknanya kacang soya yang asli, tak diubah secara genetik.

Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 520mg Lecithin soya termasuklah 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan ecetyl-kolin, inositol, fosforu dan lemak tak tepu.

Apa Kata Pengguna Shaklee

Jaminan Shaklee


Anda patut baca :-Berkesankah Produk Shaklee? Apakah Jaminan Pengambilannya Untuk Jangkamasa Panjang?

Order :

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar. Dapatkan lecithin anda melalui kami:-

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

Shaklee ID:
866451

Cash On Delivery : Kulim Kedah dan kawasan sekitarnya

Penghantaran Melalui Courier : Ke Seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak

Penghantaran Melalui e-Parcel : Ke Seluruh Dunia

Facebook Comments:
Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Pada Payudara Ibu Menyusu Elak Bahaya Mastitis

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge