Jeragat di muka bukanlah suatu penyakit atau kecacatan kronik yang mendatangkan kesan berbahaya kepada manusia. Cuma kehadiran jeragat sedikit sebanyak boleh membawa beberapa kesan psikologi seperti kurang keyakinan diri, stress dan gangguan emosi apabila berada di khalayak umum.

Cara Hilangkan Jeragat Di Muka

Remaja dan wanita dalam lingkungan umur 20 – 50 tahun berisiko tinggi mempunyai implikasi jeragat di muka. Ia juga tidak mustahil dialami oleh lelaki, dalam nisbah lebih kurang seorang lelaki dalam kalangan  setiap 10 orang wanita (1:10).

Namun usah bimbang, terdapat beberapa punca yang telah disenaraikan dan dikenalpasti termasuk beberapa cara menghilangkan jeragat yang popular di zaman ini.

Apa itu Jeragat?

Jeragat di muka atau Melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik berwarna coklat-perang, kekuningan atau biru-kelabu yang terdapat pada kulit muka. Jeragat biasanya berlaku pada bahagian:

  • 63% sekitar antara kawasan hidung dan dagu,
  • 21% sekitar antara kawasan pipi dan hidung dan
  • 16% sekitar kawasan antara rahang bawah hingga dagu

Struktur jeragat berkait rapat dengan proses pigmentasi. Pigmentasi kulit disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan – hiperpigmentasi; oleh melanocytes (sel pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (epidermal melanosis – lapisan luar kulit) atau terkumpul di bahagian dermis (dermal melanosis – lapisan tengah kulit).

Klasifikasi Jeragat

Jeragat boleh diklasifikasikan mengikut tahap lapisan kulit di mana ia berlaku iaitu:

  1. Melasma Epidermal – jeragat yang berlaku pada lapisan luar kulit disebabkan oleh lebihan melanin
  2. Melasma Dermal – jeragat yang berlaku di antara lapisan epidermal (kulit luar) dan lapisan hypodermal (kulit dasar) disebabkan oleh melanofaj (sel yang mencernakan melanin)
  3. Melasma Campuran – jeragat yang berlaku pada kedua-dua lapisan epidermal dan dermal.

lapisan kulit

Punca Jeragat di Muka

Punca terjadinya jeragat adalah agak kompleks untuk dikenalpasti secara tepat. Namun, antara punca mungkin penyebab jeragat yang diketahui umum adalah termasuk:

  1. Latarbelakang salahsilah keluarga – mewarisi genetik dalam kalangan susur galur ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat turut membawa kemungkinan potensi risiko yang sama kepada generasi baru
  2. Terdedah kepada sinaran matahari terik terlalu lama – radiasi sinar UV mengaktifkan tindakbalas pengeluaran melanin secara berlebihan, menambahkan lagi kesan pigmentasi secara mendalam pada kulit
  3. Wanita mengandung – disebut chloasma iaitu petanda biasa melasma akibat pigmentasi kerana proses perubahan hormon. namun akan pudar selepas beberapa bulan kelahiran bayi
  4. Rawatan hormon – pengambilan pil hormon yang mengandungi oesrogen atau progesteron atau kaedah pencegahan kehamilan seperti pil perancang, penggunaan alat intrauterin dan implan
  5. Tindakbalas phototoksik – akibat reaksi alergi terhadap kaedah perubatan tertentu (seperti terapi kanser), penggunaan sabun dan peralatan kosmetik beracun atau berbahaya
  6. Hypothyroidism – aktiviti tidak terkawal kelenjar thyroid menyebabkan ketidakstabilan kitaran hormon thyroid dan mengaktifkan pigmentasi

Skin Structure

Kaedah Rawatan Moden & Tradisional Untuk Pulihkan Jeragat

Terdapat beberapa cara hilangkan jeragat masa kini yang popular bermula daripada kaedah tradisional sehingga kepada beberapa teknik perawatan moden yang bergantung kepada kos rawatan dan tebalnya duit dalam dompet anda. Berikut adalah di antaranya:

#1 – Pengunaan sunscreen ketika aktiviti luar

Krim sunscreen dengan +50 SPF (Sun Protection Factor) mengandungi bahan penghalang fizikal cahaya matahari UVA dan UVB seperti zink oksida dan titanium oksida.

Kekerapan pengunaan sunscreen membantu melambatkan kesan jeragat ke tahap yang lebih teruk.

Anggaran kos: RM50 – RM300 (bergantung kepada jenis dan jenama produk)

#2 – Penggunaan Krim Pemutih

Untuk memperlahankan atau mengawal penghasilan melatonin penyebab pigmentasi, penggunaan formulasi krim yang mengandungi agen pemutih (bleach) juga boleh digunakan.

Cuma pastikan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti hydroquinone (HQ), paraben, merkuri dan lain-lain.

Penggunaan produk pemutih berasaskan bahan semulajadi adalah lebih baik seperti asid kojic, asid azelaic, asid askorbik (vitamin C) yang biasa terdapat di dalam buah-buahan.

Anggaran kos: RM20 – RM150 (bergantung kepada jenis dan jenama produk)

#3 – Rawatan Pengelupasan Kimia (Chemical Exfoliation)

Chemical-peels

Teknik ini biasanya melibatkan penggunaan bahan kimia seperti asid glycolic (Pengelupasan AHA) pada kepekatan 20% – 70% bergantung kepada jenis kulit.

Pengelupasan secara kimia membantu mempercepatkan kemasukan dan tindakbalas enzim tyrosinase ke dalam kulit untuk mensintesis lebihan melatonin dengan lebih berkesan.

Namun ia boleh membawa kesan sampingan kepada kulit seperti kesan terbakar pada kulit, kulit merah,bengkak dan kekeringan. Oleh itu, ia perlu pemerhatian khusus oleh pakar semasa rawatan.

Anggaran kos: RM450 – RM600 (tidak termasuk rawatan sampingan)

#4 – Rawatan Pengelupasan Mekanikal (microdermabrasion)

MicrodermabrasionRawatan ini menggunakan bantuan alat sedutan vakum dan bahan pengikis abrasive seperti diamond chip halus atau kristal aluminium oksida untuk menyingkirkan (kikis) lapisan luar jeragat pada kulit.

Sesi rawatan ini boleh mengambil masa daripada beberapa minit sehingga ke satu jam bergantung kepada tahap kronik masalah jeragat individu.

Kebaikan rawatan ini ialah ia tidak memerlukan tempoh pemulihan. Namun, ia memerlukan beberapa siri sesi rawatan untuk menampakkan kesan positif yang jelas dan beberapa rawatan sampingan lain.

Kosnya agak tinggi kerana bahan pengikis yang mahal dan memerlukan pakar yang berkemahiran tinggi dalam teknik rawatan ini disamping beberapa rawatan susulan.

Anggaran kos: RM700 – RM900 (termasuk 6 kali rawatan)

#5 – Rawatan Laser

laser melasmaMerupakan rawatan berbantu peralatan canggih paling mahal untuk hilangkan jeragat di muka dengan cepat.

Namun kesannya hanya untuk hasil yang sementara kerana ia mensasarkan pigmen jeragat pada permukaan kulit sahaja.

Teknik ini bergantung kepada teknologi mesin dan kepakaran tinggi seorang doktor. Jika tidak, kesannya lebih melarat sama ada menyebabkan hyperpigmentation (kulit lebih gelap) atau hypopigmentation (tompok putih) dan tiada jaminan pembaikpulihan jeragat.

Anggaran kos: RM1000 – RM2000

#6 – Petua Hilangkan Jeragat Secara Tradisional 

  • Sapuan lendir daun lidah buaya (aloe vera) mengandungi bahan aktif semulajadi mucilaginous polisakarida mampu memperbaiki masalah jeragat. Ia juga mengandungi agen antioksidan aktif yang membantu memelihara kulit daripada kerosakan dan menyingkirkan tompok cela pada kulit. Caranya mudah – sapukan pada muka setiap hari untuk kesegaran wajah sehingga jeragat pudar.
  • Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga jeragat berkurangan.
  • Dan pelbagai lagi petua lain yang boleh digunapakai. Merujuk kepada ahli yang soheh dalam ilmu petua adalah tindakan paling wajar sekali.

Anggaran kos: F.O.C dengan ilmu, yakin & amal

4 Tips Untuk Mencegah Jeragat Di Muka

Selain berkaitan masalah semulajadi berkaitan genetik dan ibu mengandung, punca jeragat masih lagi boleh dikawal dan dicegah melalui beberapa tips berikut:

#1 – Pilih pembersih muka semulajadi

Terdapat pelbagai jenis pembersih muka di pasaran yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti aloe vera, aprikot, mentimun dan sebagainya dan dipercayai benar-benar berfungsi untuk pembersihan kulit muka.

Akhir-akhir ini pembersih muka dengan mikrobead amat popular digunakan untuk pembersihan yang lebih mendalam. Berhati-hati dalam memilih produk kegemaran anda untuk elakkan sumbatan pada liang pori yang boleh menyebabkan kesan buruk jeragat.

#2 – Elakkan overexpose kepada sinaran cahaya matahari

Bukan alasan untuk menjadi puteri/putera lilin, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga. Elakan beraktiviti pada waktu tengah panas atau gunakan pelindung seperti sarung muka dan topi ketika kerja lapangan – bagi mereka yang kerja kasar.

Bagi anda yang bertangan lembut, sila gunakan krim pelindung UV atau krim sunscreen atau sunblock ketika berjalan di bawah sinaran terus cahaya matahari.

#3 – Semak bahan produk kecantikan anda

Gunakan peralatan solekan yang bebas racun atau benar-benar terbukti secara klinikal tidak mengandungi unsur berbahaya seperti paraben, pewarna sintetik, phthalates dan sebagainya yang boleh menjadi penyebab kulit rosak akibat kosmetik seperti iritasi, alergi, jeragat dan kanser.

Rujuk wakil penjual sah anda. Pastikan pembersih muka anda bebas toksik dan bahan sintetik.

#4 – Kecantikan terbaik bermula dari dalam

“Dari dalam” bermaksud apa yang disumberkan dari luar. Ya betul, melalui pemakanan. Pemakanan yang sihat amat membantu tubuh menjalankan mekanisma fungsi penting dalaman dan luaran.

Pilih diet makananan anda yang baik untuk kulit seperti vitamin, mineral dan protein. Selain untuk regenerasi sel kulit, fungsi antioksidan dan antipenuaan dalam seiap nutrien juga amat penting.

Elakkan makanan berminyak, kolesterol tinggi dan garam berlebihan yang juga membawa faktor tidak baik untuk pemeliharaan kulit.

Cara Hilangkan Jeragat Melalui Nutrisi Suplemen

Untuk menjaga dan menyerlahkan kesihatan bermula dari dalam adalah melalui bantuan nutrisi pemakanan seimbang. Khasiat pemakanan simbang tidak hanya tertakluk kepada pemakanan biasa seharian. Ia turut boleh dibantu melalui pengambilan suplemen tertentu. Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat di muka. Senarai suplemen tersebut ialah:

  1. Vita-Lea : melengkapkan keperluan nutrisi tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik
  2. Sustained Release Vita- C : antioksidan melawan radikal bebas. Penting untuk pembentukan kolagen. Ia menyekat pembentukan pigmentasi seterusnya mengurangkan komplikasi jeragat.
  3. Alfalfa Complex : Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh, komposisi darah dan saluran usus
  4. Vita-E Complex  : Antioksidan melawan radikal. Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Membantu memudarkan parut dan jeragat
  5. ESP (Energizing Soy Protein) : Membantu menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan terjadinya jeragat. Kulit akan menjadi lebih sihat, lebih cantik, cerah dan bebas cela
  6. Zinc Complex : Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bagi jeragat yang serius.
  7. GLA Complex : membantu menstabilkan hormon dalam tubuh. mempunyai vitamin E untuk kesihatan kulit.
  8. Collagen Powder : Kolagen adalah komponen penting dalam tubuh kita. Ia sangat penting untuk keanjalan dan kekuatan kulit, rambut, kuku, otot, tulang, mata, salur darah dan sebagainya. Colagen mampu memudarkan jeragat jika diambil dengan konsisten.

Ok, nampaknya macam terlalu banyak yang nak kena ambil. Jangan risau, hubungi saya untuk bantuan dan konsultasi khusus mengenai langkah mengatasi jeragat di  muka.

Jika anda mengalami permasalahan yang sama seperti di atas, segera hubungi saya. Dapatkan konsultasi eksklusif dan panduan mengatasi masalah untuk pulihkan kulit rosak akibat kosmetik. Kerana Dirimu Begitu Berharga.

Order-Now

– Atau Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Hilangkan Jeragat di Muka Untuk Serlahkan Kecantikan Diri Tanpa Rawatan Laser

8 thoughts on “Cara Hilangkan Jeragat di Muka Untuk Serlahkan Kecantikan Diri Tanpa Rawatan Laser

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge