Jika anda seorang ibu hamil yang sering mengalami sakit kepala, ketahui cara hilangkan sakit kepala ketika mengandung agar tidak melarat dan menjadi semakin teruk.

Sakit kepala ketika hamil adalah antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang sedang mengandung. Kebanyakan ibu hamil mengalami sakit kepala disebabkan oleh tekanan emosi. Mereka berasa seperti kepala “diperah” atau rasa bengal di kedua-dua belah kepala atau belakang tengkuk.

cara-hilangkan-sakit-kepala

Punca Sakit Kepala

Sepanjang tempoh mengandung atau kehamilan, ibu mengalami pelbagai perubahan dalaman tubuh mahupun luaran. Ini termasuk beberapa tabiat tertentu yang hadir seperti ibu hamil mudah cepat lapar, mengidam makanan tertentu, alahan semasa mengandung dan sebagainya. Perkara-perkara sebegini kadangkalan boleh menyebabkan sakit atau pening kepala.

Di antara faktor terjadinya sakit kepala ketika hamil ialah disebabkan oleh:

  1. Tekanan emosi atau stress

  2. Ketagihan kafein

  3. Kurang tidur

  4. Terlalu penat

  5. Masalah sinus & alahan

  6. Rasa lapar & kekurangan gula dalam badan

  7. Dehidrasi – Kurang minum air

  8. Masalah mata

  9. Sembelit

Adakah Sakit Kepala Ketika Hamil Berbahaya?

Kebiasaannya, di awal-awal kehamilan iaitu pada usia kandungan bawah 13 minggu, sakit kepala yang menyerang adalah tidak berbahaya. Selalunya, apabila memasuki trimester ke-2, sakit kepala akan beransur-ansur hilang seiring dengan hormon yang semakin stabil dan seimbang dengan syarat, sakit kepala tersebut tidak ada kaitan dengan tekanan darah tinggi.

Jika anda seorang ibu hamil, menghidapi tekanan darah tinggi dan sering diserang sakit kepala, ketahuilah bahawa ia bukanlah sakit kepala yang biasa. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan yang teliti dan rawatan daripada doktor dengan segera  kerana penyakit itu boleh meragut nyawa anda dan bayi anda.

11 Tips Mengurangkan Sakit Kepala

  1. Kenalpasti punca anda mengalami sakit kepala. Apabila punca telah dikenalpasti, elakkan punca yang menyebabkan sakit kepala tersebut

  2. Gunakan air panas suam untuk menuam pada sekitar tengkuk atau bahagian kepala yang sakit

  3. Mandi menggunakan air suam mampu meredakan sakit kepala buat seketika

  4. Elakkan berlapar. Tahap gula di dalam darah yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap

  5. Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan kerap bagi mengelakkan muntah

  6. Dapatkan rehat yang secukupnya. Berhenti bekerja apabila terasa penat

  7. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Tidur sebenar pada waktu tengahari mampu mengurangkan sakit kepala.

  8. Jika anda  sedang mengalami sakit kepala, cuba untuk tidur di dalam bilik yang sunyi dan gelap.

  9. Kadang kala, pergerakan fizikal seperti berjalan di taman mampu mengurangkan sakit kepala. Namun, jika aktiviti riadah tersebut menyebabkan sakit kepala semakin berat, lebih elok jika anda dapatkan rehat yang banyak

  10. Berurut. Minta suami untuk mengurut anda secara perlahan-lahan di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Elakkan untuk menyentuh dan mengurut di bahagian abdomen.

  11. Amalkan doa mohon disembuhkan dari kesakitan, zikir dan banyakkan membaca al quran terutama ayat-ayat ruqyah.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Mengandung Dengan Nutrisi Shaklee

Ostematrix : Menggalakkan transmisi impuls saraf ke otak. Membekalkan Mg yang diperlukan oleh tubuh dimana kekurangan Mg meningkatkan risiko untuk terkena migrain. Mengatasi sembelit. Sembelit merupakan salah 1 punca yang menyebabkan sakit kepala dan migrain.

B Complex : Menambah aliran darah ke dalam otak, anti-stress, menjadikan mood lebih gembira dan tenang, riboflavins di dalam B complex mampu menambah simpanan tenaga di dalam sel otak agar ibu tidak berasa cepat penat.

OmegaGuard : menurunkan risiko pengecutan otot yang tiba-tiba pada salur darah yang mengakibatkan sakit kepala.

Jika anda sedang hamil, dan sering berasa sakit kepala.. Selain mencuba tips yang saya nyatakan seperti di atas, anda boleh juga mengambil suplemen Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.

Hubungi Kami Sekarang!

Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif dan maklumat lanjut.

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “mahal” harganya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
11 Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Mengandung Elakkan Stress!

2 thoughts on “11 Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Mengandung Elakkan Stress!

  • August 28, 2016 at 12:00 pm
    Permalink

    Haa kopi? Mungkin sebagian besar dari kita akan merasa aneh apabila harus menghilangkan sakit kepala dengan konsumsi kopi. Akantetapi percaya tidak percaya, inilah cara mengobati sakit kepala yang cukup efektif.

    Reply
    • August 28, 2016 at 4:08 pm
      Permalink

      Kopi memiliki aroma yang dapat menimbulkan ketenangan dan meredakan stress. Boleh juga untuk bantu hilangkan sakit kepala ringan kepada sesetengah orang. Lapar, kurang minum air dan kurang rehat juga boleh menyebabkan kepala pusing.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge