Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan merupakan satu formula untuk mengira dan menilai berat badan kita yang berkadar dengan ketinggian. Dengan kata lain, ia secara tidak langsung boleh juga digunakan untuk mengukur lemak badan individu.

Walaupun berat badan boleh diagak secara visual, namun apa yang penting kita perlu tahu berapakah perkadaran berat yang sesuai dengan saiz kita. Sekurang-kurangnya boleh menjadi penanda ukur atau target untuk kita menurunkan atau menambahkan berat badan dengan sihat.

Adakah berat badan anda ideal? Kurang berat atau berlebihan berat badan? Cuba cara mudah kira BMI anda secara online di sini!

BMI calculator

Formula BMI adalah seperti di bawah :

formula-asas-bmi

Contoh Pengiraan:

  • Berat Badan = 70kg
  • Tinggi = 165cm = 1.65M
  • Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7 (lihat carta BMI di bawah untuk ketahui kategori berat badan ideal)

Hmm..malas pulak nak tekan kalkulator kan? Nak mudah, anda boleh membuat kira-kira secara online di bawah.

Perhatian :

  • BMI sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita dewasa berumur 18 – 64 tahun
  • BMI tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet dan ahli bina badan) dan orang tua (yang kehilangan jisim otot)

Cara Kira BMI Online

Cara guna:

  1. Tick pada button “METRIC
  2. Isikan maklumat ketinggian anda dalam sentimeter (cm)
  3. Isikan maklumat berat badan anda dalam kilogram (kg)
  4. Klik butang “CALCULATE” serta dapatkan bacaan dan tahap BMI anda
  5. Klik butang “RESET” untuk isi semula maklumat tinggi dan berat

ft
in
lbs
cm
kg

 

Analisis BMI Anda

Bagaimana? Apakah kategori berat badan anda?

Weight CategoryBMI Calculation
Underweight (Mild/Severe Thinness)<19
Normal Weight (Normal BMI)19 – 24.9
Overweight (Pre-Obese)25 – 29.9
Obesity Class I30 – 34.9
Obesity Class II35  – 39.9
Obesity Class III>40


Untuk anggaran berat yang mesti dicapai mengikut ketinggian, anda boleh rujuk jadual di bawah. Senang sikit nak target berapa berat yang kita perlu turunkan untuk berada di dalam kategori “sihat”.

Carta-BMI
Klik untuk besarkan imej

 

Untuk mengatakan berat badan kita adalah ideal dengan mengira BMI semata-mata adalah agak keterlaluan. Terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi BMI kita. Antaranya

Bentuk badan : Berat dalam pengiraan BMI tidak dapat membezakan antara berat otot dan berat lemak. Sebagai contoh, Ahli bina badan akan mempunyai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan fit dan sihat.

Struktur tulang : Ada orang yang mempunyai rangka yang besar dan padat. Maka, tentunya BMI mereka juga akan menjadi lebih tinggi

Menilai tahap fitness : BMI tidak dapat menilai tahap kecergasan kita. Apa guna BMI normal tetapi kita tidak “fit”. Jalan sedikit dah semput dan tercungap-cungap.

Risiko BMI Melebihi Had

Kebiasaannya, Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko anda untuk menghidap penyakit-penyakit  kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol, kanser dan strok.

Namun begitu, seperti yang saya nyatakan di awal artikel ini, selain daripada kategori kanak-kanak, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet dan ahli bina badan) dan orang tua (yang kehilangan jisim otot), kita tetap boleh gunakan ia sebagai rujukan untuk kita terus berusaha mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Apa yang penting, kita cuba untuk mencapai berat badan ideal dan dalam masa yang sama, tahap kecergasan kita berada di tahap yang memberangsangkan.

Apabila umur kita menjelang 20-an, kebiasaannya kadar pertumbuhan ketinggian adalah lebih perlahan dan mendatar. Ia lebih semulajadi dan tidak boleh diubah.

Tapi, bacaan berat badan pula kurang bergantung kepada had umur. Bila-bila masa kita boleh jatuh dalam kategori obese. Namun ia masih tetap boleh dikawal melalui pengurusan diet dan gaya hidup yang betul.

Ingin saya bantu untuk kawal masalah berat badan anda? Dapatkan tips dan konsultasi bagaimana nak potong benda-benda yang tak perlu dalam pemakanan kita masuk ke dalam badan kita. Atau yang dah tersimpan lama dan kita manjakan selalu dalam badan; iaitu lemak dan kolesterol.

Jom hubungi saya;

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Cara Kira BMI Online Untuk Mengetahui Adakah Berat Badan Anda Ideal

14 thoughts on “Cara Kira BMI Online Untuk Mengetahui Adakah Berat Badan Anda Ideal

  • September 4, 2016 at 12:59 pm
    Permalink

    Tq atas info ini…. menarik

    Reply
  • February 8, 2017 at 6:35 am
    Permalink

    Nak tahu seimbang ke tak berat dgn tinggi

    Reply
    • February 8, 2017 at 9:12 am
      Permalink

      Salam Cik Puan Azura;

      Boleh masukkan nilai berat dan tinggi puan dalam BMI Calculator di atas. Dapat bacaan, rujuk pada jadual julat bacaan BMI.

      Terbaik antara bacaan 19 – 25. Jika antara 26 – 30 masih ok cuma kena mula berjaga-jaga kerana ia cenderung untuk jadi lebih gemuk/obese.

      Reply
    • April 13, 2017 at 6:27 am
      Permalink

      Dengan segala hormatnya dipersilakan guna online kalkulator seperti yang disertakan Mr Hanafi. Tekan tekan siap je.

      Reply
  • April 13, 2017 at 9:00 pm
    Permalink

    Saya sungguh berminat dengan aplikasi ini. Semua ahli keluarga saya menyemak bmi mereka di aplikasi ini. Saya harap ramai lagi yang menyemak bmi mereka supaya kesihatan mereka terjamin

    Reply
    • April 14, 2017 at 12:45 am
      Permalink

      Terima kasih Tuan Faris kerana singgah ke sini untuk Check BMI. Semoga bermanfaat kepada tuan sekeluarga.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge