Masalah ‘Hb rendah’ atau ‘Anemia’ adalah suatu keadaan di mana tubuh mengalami kekurangan sel darah merah dan/atau berlakunya penurunan paras hemoglobin (Hb) di dalam darah.

Secara biologinya, masalah ini mengganggu fungsi dan keupayaan sel darah merah untuk mengangkut oksigen bagi kegunaan tisu-tisu dan organ penting dalaman tubuh.

Ia sering berlaku kepada ibu yang sedang hamil atau mengandung. Bagaimana ia boleh berlaku dan apakah cara mengatasi hb rendah semasa mengandung? ketahuinya di dalam entri ini.

anemia-semasa-mengandung

     Di Malaysia, 35% ibu mengandung mengalami masalah anemia ringan dan kebanyakannya adalah kaum India dan Melayu. Manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan menghidap anemia ketika lawatan antenatal pertama.

– Berita Harian, 10 May 2012

Anemia: Simptom dan Risiko Bahaya Kepada Ibu dan Anak

Kebanyakan masalah Hb rendah atau anemia ini berlaku kepada ibu yang sedang mengandung. Masalah Hb rendah boleh dikenalpasti melalui simptom tubuh cepat letih semasa hamil, kerap pening atau pitam, mudah rasa berdebar-debar serta sesak nafas dan kulit, muka, bibir atau tangan yang kelihatan pucat.

Ia juga merupakan gejala yang lebih kurang sama ketika berlakunya perubahan hormon dalaman tubuh sepanjang tempoh kehamilan.

Lebih buruk lagi, kesan paras Hb rendah yang terlalu kritikal akan membawa kesan kelahiran bayi pra-matang, keguguran janin, tumpah darah semasa bersalin, depresi, darah tinggi dan masalah jantung sehingga boleh membawa kematian.

Bukan sekadar itu sahaja, menurut pertubuhan WHO, kesan jangka panjang anemia yang serius boleh menjadi penyebab kepada anak mempunyai perangai yang ganjil dan lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya.

Pada trimester pertama: Hb yang rendah meningkatkan risiko terjadinya keguguran.

Pada trimester kedua: Anemia mungkin boleh menyebabkan terjadinya kelahiran pramatang, pendarahan, gangguan pertumbuhan janin dalam rahim, kematian bayi di dalam rahim, mudah terkena infeksi dan boleh menyebabkan risiko kematian pada ibu.

Ketika bersalin: Ibu yang menghidapi anemia mungkin menjadi cepat letih dan tidak mempunyai cukup tenaga. Ini akan menyebabkan gangguan kepada proses bersalin. Berkemungkinan ibu terpaksa bergantung kepada peralatan bantuan luar untuk melancarkan proses bersalin.

Kesedaran Mengenai Punca Masalah Hb Rendah Dalam Kalangan Ibu Mengandung

Ibu yang mengandung seharusnya peka terhadap masalah berkaitan Hb rendah. Rasa letih, gangguan emosi, lemah badan akibat perubahan hormon bukanlah hanya petanda biasa.

Lakukan pemeriksaan seawal mungkin supaya masalah anemia dapat diberikan pengawasan secukupnya oleh pihak berwajib.

     Ibu yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

– Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran

Anemia semasa mengandung boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap kandungan hemoglobin dalam tubuh; iaitu melalui ujian darah.

Tambah pakar lagi:

      Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan. Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Bagi ibu mengandung, berikut adalah tahap paras hemoglobin (Hb) dalam darah yang menunjukkan kategori anemia:

Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl)      Kategori Anemia     
> 11.0Normal
9.5 < 11Anemia Ringan
8.0 < 9.5Anemia Sederhana
6.9 < 8.0Anemia Kritikal
< 6.9Anemia Sangat Kritikal

Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku

Masalah Hb rendah boleh disebabkan oleh kemungkinan faktor-faktor berikut:

  1. Kekurangan zat besi akibat diet pemakan yang tidak seimbang
  2. Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
  3. Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu
  4. Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talasemia
  5. Kehilangan banyak darah ketika haid atau kehamilan
  6. Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah)
  7. Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

Cara Mengatasi Hb Rendah Semasa Mengandung

Secara umunya, pakar turut bersetuju bahawa nutrisi sepanjang kehamilan perlu diberi perhatian serius bagi ibu mengandung.

Jika tidak,  bukan setakat anemia yang perlu diambil risiko, bahkan pelbagai masalah lain turut perlu diambilkira. Berikut adalah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah Hb rendah bagi ibu mengandung:

  1. Makan makanan kaya kandungan zat besi – Zat besi penting untuk merangsang pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Justeru perbanyakkan mengambil makanan yang kaya dengan kandungan zat besi. Contoh makanan yang kaya dengan sumber zat besi adalah daging ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu dan tembikai, termasuk buah-buahan kering seperti kismis dan prun.
  2. Makan makanan kaya kandungan vitamin C – Vitamin C membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh.  Vitamin C mudah diperolehi di dalam sumber makanan berasaskan tumbuhan seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran berdaun hijau termasuk tomato dan cili.
  3. Ambil suplemen tambahan – Kebanyakan pakar perubatan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan sebagai langkah berkesan menangani masalah anemia. Nutrisi suplemen bertujuan memudahkan pengambilan zat besi bagi ibu mengandung yang mengalami alahan ketika mengandung.

zat-besi-rendah

Suplemen Terbaik Untuk Atasi Masalah Hb Rendah

Di shaklee, permasalahan Hb rendah sering menjadi perbincangan terhangat antara saya dan pelanggan sejati , terutamanya ibu mengandung. Sebagai cara mengatasi hb rendah semasa mengandung, saya syorkan pengambilan:

  1. Vita-Lea – Multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral temasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membantu merangsang pembentukan sel darah merah.
  2. B Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang utama termasuk vitamin B12  dan asid folic atau folat. Disamping membantu tumbesaran janin serta ibu mengandung mengawal tekanan dan stress (anti-stress).
  3. Sustained Release Vitamin C – Membantu kecekapan tubuh menyerap zat besi dan B12. Selain membantu membekalkan tenaga dan menambah kecekapan sistem pertahanan tubuh.

Cara paling mudah adalah dengan mengambil multivitamin (Vita-Lea) dan B complex mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Vitamin ini perlu diambil setiap hari secara konsisten dan berterusan. Mengapa? Ini adalah kerana hemoglobin akan bertambah 1 g/dl jika kita makan vitamin secara konsisten dan berterusan selama 10-14 hari .

Tips: Jarakkan pengambilan suplemen dengan sumber susu dan kafein – Sumber tenusu, teh dan kopi mampu merencat penyerapan zat besi di dalam tubuh. Oleh itu, jarakkan pengambilan kafein dan susu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum pengambilan suplemen zat besi. Pastikan meminum banyak air kosong untuk mengelakkan masalah sembelit ketika mengandung.

Nanti sia-sia sahaja kita makan vitamin tetapi rupanya ia tidak diserap dengan baik ke dalam tubuh. Hb pun tak naik-naik. Kita pula yang stress.

Vitamin yang mengandungi zat besi juga digalakkan ambil serentak bersama minuman yang tinggi dengan vitamin C seperti Jus oren.

Testimoni Visual

Saya ingin berkongsi dengan anda kisah seorang ibu yang dahulunya merupakan penghidap anemia semasa mengandung.

Beliau mengalami masalah kurang darah yang agak kritikal. Seusia kandungan 17 minggu bacaan hb beliau cuma 8.7 g/dl sahaja. Sangat-sangat rendah kan?

Tips: Untuk kualiti video yang lebih baik, sila tekan teks ‘HD’ di bahagian penjuru kanan bawah paparan video.

Jika anda sudah mengambil vitamin klinik, farmasi dan sudah mencuba pelbagai cara, namun bacaan Hb anda masih tidak naik atau berubah, anda patut cuba Set Lengkap Kehamilan Shaklee yang mengandungi gabungan produk khas lengkap untuk keseluruhan tempoh fasa ibu mengandung.

Ramai ibu-ibu dengan masalah anemia telah mencuba set produk ini, dan merasai sendiri perubahannya, termasuklah saya.

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Mengatasi Hb Rendah Semasa Mengandung Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi

8 thoughts on “Cara Mengatasi Hb Rendah Semasa Mengandung Untuk Kesihatan Ibu dan Bayi

  • April 13, 2016 at 2:47 pm
    Permalink

    tq gud info. saya penghidap anemia untk sejak preggy ank kedua hingga ke empat ni. .. masih berusaha naikkan hb 🙂

    Reply
    • April 13, 2016 at 4:58 pm
      Permalink

      Terima Kasih. Tahniah bakal ada baby baru!. Anemia adalah antara masalah biasa bagi wanita sebagai kesan kehamilan. Kita tak perlu takut jika sedar dan tahu tentangnya. Dan In Shaa Allah, masalah ini masih boleh diperbaiki.

      Reply
  • January 17, 2017 at 4:54 pm
    Permalink

    Saya alami hb rendah…namun dah guna vitalea dan b complex..tapi hb masih belum meningkat…asyik drop saja..bagaimana cara saya nak atasi

    Reply
    • January 17, 2017 at 5:07 pm
      Permalink

      Salam Puan Fiza

      Jika masalah darah puan masih tetap rendah, mungkin puan perlu dirujuk kepada pakar kesihatan. Mungkin masalah kesihatan lain menghalang penyerapan nutrisi yang puan ambil.

      Puan juga boleh merujuk kepada SID atau agen yang telah mencadangkan suplemen tersebut kepada puan terutamanya tentang jadual pemakanan jika melibatkan pengambilan ubat. Kurang minum air juga mengganggu keberkesanan suplemen.

      Atau puan boleh hubungi saya di 019-477 1733 untuk konsultasi lanjut. Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.