Sebenarnya,  leader boleh ditemui di mana-mana sahaja. Mereka bukan hanya boleh ditemui di  syarikat-syarikat besar atau dalam arena politik sahaja.

Saya pasti, anda juga mahu menjadi leader yang baik. Jika anda masih tidak pasti bagaimana cara terbaik untuk menjadi seorang leader, ketahui cara menjadi leader yang baik agar anda dapat membimbing organisasi anda dikemudian hari.

Setiap orang mempunyai kapasiti untuk menunjukkan kualiti yang diperlukan untuk menjadi leader yang hebat. Perbezaan hanya samada kita mengasah kepimpinan kita atau tidak. Menjadi disukai memang sentiasa menyeronokkan tapi malangnya, ia bukan salah satu keperluan untuk dihormati.

Tidak kira kedudukan anda ataupun pangkat anda, ciri-ciri kepimpinan sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain ke arah mencapai matlamat mereka dan mencipta persekitaran kerja dimana orang boleh bersama-sama bekerja dengan lebih gembira.

Menjadi leader boleh menjadi sukar kerana kita memerlukan kualiti semulajadi yang kita akan kembangkan dari semasa ke semasa. Namun, jangan kuatir, daya kepimpinan memerlukan masa untuk dikembangkan.

Jika anda sangat-sangat berkeinginan tinggi untuk menjadi seorang yang lebih berjaya dari sekarang, di bawah merupakan cadangan yang akan membantu anda di sepanjang langkah perjalanan anda untuk menjadi seorang leader yang hebat.

 

Cara Menjadi Leader Yang Baik

#1 – Bina Kepercayaan

cara menjadi leader yang baik

Rakan niaga atau pekerja anda perlu tahu yang anda akan sokong mereka di dalam setiap keputusan yang mereka buat. Adalah sangat penting untuk anda menunjukkan rasa ambil berat dengan seikhlas hati bagi setiap keputusan yang mereka buat untuk kebaikan mereka.

Ini akan membantu menunjukkan kepada mereka, anda bukan sekadar mengambil berat, tetapi anda juga akan berusaha untuk melindungi mereka.

Membina rasa percaya membantu menunjukkan kepada pasukan anda yang matlamat mereka bukan untuk anda, tetapi untuk kebaikan mereka. Apa jenis kaedah yang anda boleh lakukan untuk membina rasa percaya?

  • Ambil masa untuk belajar sesuatu tentang mereka. Sesuatu yang tiada kaitan dengan kerja. Bina rapport dengan pasukan anda.
  • libatkan mereka dengan setiap keputusan untuk menunjukkan bahawa input yang mereka beri adalah sangat penting dan berharga
  • Jadikan diri anda sentiasa bersedia dan mudah dihubungi pada bila-bila masa apabila diperlukan. Sentiasa dekati mereka.
  • Beri penghargaan dan hargai mereka untuk setiap penglibatan yang mereka buat.

 

#2 – Jadi seorang “coach” berbanding menjadi seorang “pengurus”

cara menjadi leader yang baik

Menjadi seorang leader bermaksud anda perlu menjadi seorang “coach” yang hebat. Seorang coach dilihat sebagai seorang yang boleh memberi timbangtara dan boleh memberi maklumbalas tanpa membuatkan orang lain berada kecilhati terhadap mereka.

Leader akan membantu menunjukkan kemungkinan yang boleh berlaku pada masa hadapan yang mampu menginspirasikan orang lain. Coach pula akan membantu mereka yang sudah terinspirasi untuk membuat tindakan.

Peranan anda sebagai coach adalah untuk memberi galakan, memberi motivasi dan membina keyakinan dalam pasukan anda.

Pastikan anda memperkukuhkan apa sahaja tingkahlaku yang positif yang ditunjukkan dengan penghargaan. Namun harus diingat, ia boleh menjadi satu perjalanan yang panjang. Usaha ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun, percayalah, ia sangat berbaloi!

Bagi anda yang terlibat dengan bisnes Network Marketing seperti yang saya sedang usahakan sekarang, sentiasa ingat bahawa bisnes anda adalah “Tentera Sukarelawan”.

Kita bukanlah bos kepada seiapa di dalam bisnes ini dan kadangkala kita perlu untuk membiarkan orang dibawah kita untuk membuat apa yang mereka rasa terbaik, mengikut cara mereka sendiri.

Ingat, mereka juga sedang mengembangkan daya kepimpinan mereka sendiri juga. Mereka juga ada empayar bisnes mereka sendiri untuk mereka bangunkan.

 

#3 – Amalkan Komunikasi Terbuka

cara menjadi leader yang baik

Seperti mana-mana perhubungan, tidak kira peribadi atau bisnes, kunci utama untuk membina rasa percaya adalah melalui persekitaran yang membenarkan wujudnya komunikasi terbuka.

Membenarkan pasukan anda untuk berkata dengan jujur dan secara tertutup (hanya anda dan dia) mampu mewujudkan hubungan yang erat. Pastikan mereka berasa mereka boleh bertanyakan apa-apa soalan atau apa-apa isu kepada anda.

Jika proses ini tiada, maka ia boleh menjejaskan peluang anda untuk berjaya dan merendahkan peluang anda untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

Anda akan dapat meningkatkan kredibiliti apabila anda sanggup menerima maklumbalas dan memberikan penyelesaian terbaik kepada apa jua kebimbangan yang mereka alami.

Mendengar adalah kunci yang sangat penting. Kadang-kala mereka hanya ingin melepaskan apa yang terbuku di hati. Dengan meluahkan apa yang mereka rasa akan membuatkan mereka berasa lebih lega dan bangun untuk maju ke hadapan.

Kadang-kala pula, anda harus memberi semangat kepada mereka dan berikan mereka tempoh untuk bertenang sebentar sebelum mereka dapat bangun kembali dan maju ke depan.

 

#4 – Cari Mentor

cara menjadi leader yang baik

Adalah sangat membantu sekiranya anda mempunyai seseorang yang anda rasa boleh membantu anda apabila diperlukan. Pilihlah seorang mentor yang mempunyai daya kepimpinan yang baik.

Adalah tidak mudah untuk seseorang datang dan menawarkan dirinya untuk menjadi mentor kepada anda. Anda sendiri yang perlu mencari mereka.

Carilah seseorang yang berkongsi minat yang sama dengan anda dan pilih mentor yang anda boleh bergaul dengan baik. Seseorang yang berbeza dengan anda dan seseorang yang boleh membantu anda mencapai apa yang anda impikan.

Apabila anda mengalami situasi yang memerlukan anda membuat keputusan yang sukar, cuba untuk bayangkan apa pendekatan yang mentor anda akan gunakan sehingga dia dapat membuat keputusan terbaik. Ia akan sangat membantu anda untuk memilih jalan yang betul.

Tiru apa yang mereka lakukan, dan anda pasti akan menjadi sama seperti apa yang anda mahu untuk jadi tidak lama lagi.

 

#5 Tunjukkan Keyakinan dan Rasa Tanggungjawab

cara menjadi leader yang baik

Sebagai leader, anda perlu membuat beberapa keputusan yang besar dan kekal dengan keputusan yang dibuat. Anda perlu yakin bahawa keputusan yang anda buat adalah yang terbaik dan tepat. Tiada ruang untuk anda buat pengecualian pada apa jua isu yang timbul.

Keputusan yang anda buat mungkin salah, tetapi adalah perlu untuk anda menjadi tegas. Keputusan yang paling teruk adalah TIADA keputusan.

Anda sebenarnya sentiasa boleh membuat pelarasan dan anda akan tahu nanti jika keputusan yang anda buat betul ataupun tidak. Apa yang perlu anda lakukan, kekal menjadi seorang yang beretika dan jujur. Kita hanya mempunyai 1 reputasi.

Keputusan yang salah akan menjatuhkan reputasi anda hanya dalam 1 saat. Peraturan emas ini juga terpakai untuk network marketing tau. Sama seperti apa yang saya lakukan dalam Bisnes Shaklee sekarang.

Apabila anda telah membuat keputusan, pastikan anda ambil rasa tanggungjawab itu. Pastikan anda sanggup berbincang dengan kumpulan anda dan ambil kira juga keputusan yang mereka buat apabila anda tahu sesuatu perkara itu tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Memang sangat penting untuk memberi sokongan kepada kumpulan anda. Tapi, selain itu, beri juga mereka peluang untuk membuat keputusan, ambil risiko dan bercakap memberi pandangan agar mereka menjadi lebih konfiden.

Beri semangat kepada mereka untuk membina hubungan yang erat dengan kumpulan di bawah kelolaan mereka sendiri, dengan upline-upline mereka yang lain dan juga dengan pengurusan syarikat. Hubungan-hubungan ini adalah sangat penting kepada bisnes mereka.

Dengan membantu membebaskan halangan yang ada kepada ahli kumpulan anda, anda sebenarnya membantu mereka menunjukkan jalan yang lebih jelas kepada mereka untuk menjadi lebih kreatif, berinovasi dan berdaya saing.

Pastikan anda dapatkan maklumbalas daripada mereka. Berusaha untuk memberikan kumpulan anda sesuatu yang mereka perlu untuk mencapai kejayaan.

Jika mereka sudah mencapai target atau sudah melebihi jangkaan mereka, pastikan anda beri galakan dan panduan kepada mereka mengikut keperluan.

Sentiasa beri pengiktirafan pada pencapaian mereka dan juga pada usaha positif yang telah mereka lakukan.

Kejayaan Milik Semua Orang Yang Mahu Berusaha!

Kita semua sedang berusaha untuk mencapai impian masing-masing. Termasuklah saya. Jika anda fokus pada perkara positif, insya Allah… kumpulan anda juga akan ikut apa yang anda lakukan.

Ibarat keretapi. Anda adalah kepalanya. Kumpulan dibawah anda adalah gerabaknya. Jika kepala bergerak dengan baik, gerabak jugak akan ikut sekali.

Saya doakan semoga anda berjaya dalam mengejar impian anda. Dan juga selamat menjadi seorang leader yang hebat kepada organisasi anda.

Ikhlas,

Master Norhanita Mohd Yusof

Founder of FJM Families

Facebook Comments:
Cara Menjadi Leader Yang Baik Supaya Menjadi Sumber Inspirasi

6 thoughts on “Cara Menjadi Leader Yang Baik Supaya Menjadi Sumber Inspirasi

  • April 19, 2017 at 2:50 am
    Permalink

    bukan senang nak jadi leader yng baik, kena banyak ilmu kepimpinan

    Reply
    • April 19, 2017 at 4:31 pm
      Permalink

      Salam Admin Riangria. Benar, ilmu kepimpinan sangat penting perlu ada jika ingin menjadi seorang leader yang baik.

      Kebiasaannya ia datang dengan dorongan dan semangat dalam diri untuk menjadi seorang leader/pemimpin. Ikhlas membantu dan sama-sama berusaha ingin berjaya adalah set target utama.

      Reply
  • April 21, 2017 at 10:14 am
    Permalink

    Master pasti seorang yang hebat bercakap…

    menulis pun panjang dan berautoriti…

    itulah satu cara leader yang sangat bagus..

    Reply
    • April 21, 2017 at 8:27 pm
      Permalink

      Ehh takdelah, saya masih lemah bila bercakap di hadapan ramai orang. Menulis dari hati adalah cara saya keluarkan & share idea sebanyak mungkin.

      Reply
  • July 14, 2017 at 4:42 pm
    Permalink

    Saya suka tips yang diberi.. mudah-mudahan saya dapat memupuk ciri-ciri seorang leader yang baik 🙂

    Reply
    • July 17, 2017 at 11:59 am
      Permalink

      Terima kasih Cik Jaja kerana sudi datang ke sini. Hanya sebahagian sahaja tips yang dikongsikan. Diharap dapat membantu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.