Apa itu Psoriasis

Psoriasis adalah masalah keradangan pada kulit dan berkaitan dengan gangguan sistem autoimun. Kira-kira 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah psoriasis termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kulit akan menjadi bersisik dan berkerak tebal di kebanyakan bahagian tubuh badan terutamanya di kaki, bawah punggung, lutut, siku, tangan dan kulit kepala.

Tiada punca utama secara spesifik dapat dikesan setakat ini tentang mengapa penyakit psoriasis boleh berlaku kepada individu.

Namun, faktor-faktor berikut adalah antara yang dikenalpasti secara umum sebagai penyumbang kepada terjadinya psoriasis:

  • Genetik keturunan
    Individu yang mempunyai rantaian genetik ahli keluarga yang menghidap psoriasis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat psoriasis.
  • Sistem autoimun tubuh yang terlalu aktif
    Para doktor percaya sistem tubuh yang terlalu aktif sehingga menghasilkan kulit baru yang berkembang lebih cepat dari biasa juga menyumbang kepada terjadinya masalah psoriasis ini. Oleh kerana kulit yang lama memerlukan lebih banyak masa untuk mengelupas, kemunculan kulit baru yang agak cepat ini akan menyebabkan penebalan pada kulit.
  • Faktor -faktor lain
    Faktor lain seperti kecederaan pada kulit, pendedahan secara langsung pada sinaran matahari, mengidap HIV positif, pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti beta-blocker, jangkitan streptokokus, perubahan hormon, pengambilan alkohol, merokok dan tekanan perasaan.

Apakah Rawatan Penyakit Psoriasis

Rawatan mengatasi psoriasis bergantung kepada:

  • Tahap psoriasis
  • Jenis psoriasis
  • Kawasan kulit terjejas akibat psoriasis
  • Tindakbalas pesakit terhadap rawatan psoriasis

Masalah Kulit Psoriasis

Setiap jenis rawatan psoriasis adalah berbeza bagi individu pesakit psoriasis. bergantung kepada tahap penerimaan pesakit terhadap rawatan, jika reaksi psoriasis lebih buruk, mungkin kaedah rawatan terpaksa ditukar atau dihentikan sementara.

Antara rawatan psoriasis yang biasa dilakukan termasuklah penggunaan krim sapu pada kulit, preskripsi ubat-ubatan tertentu dan terapi cahaya.

Cara Mengawal Psoriasis Hanya Dari rumah

Meskipun masih tiada cara yang berkesan untuk sembuh dari psoriasis, masih terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis.

Berikut adalah 9 cara untuk mengawal simptom psoriasis ringan yang boleh di buat hanya dari rumah:

+1 – Ambil Suplemen Kesihatan

Amalkan pengambilan suplemen untuk mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.

Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO dikenalpasti antara yang boleh meredakan simptom ringan psoriasis menurut National Psoriasis Foundation.

Ia boleh didapati secara terus atau dalam bentuk suplemen. Namun perlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan bagi mengelak kesan awal psoriasis menjadi lebih buruk. Ia bergantung kepada tindakbalas penerimaan individu.

+2 – Elak kulit jadi kering

Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ia boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering.

Penggunaan krim pelembab untuk kulit sensitif atau moisturizer juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal, bersisik atau berkeruping).

Minyak zaitun dan minyak kelapa juga baik untuk kulit. Boleh jadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama. Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk kulit.

+3 – Elakkan bahan pewangi

Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi mengandungi dye atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.

Memang untuk mewangikan badan tetapi pada masa sama juga menyebabkan simptom psoriasis menjadi lebih teruk.

Jangan guna produk sembarangan atau boleh pilih yang sesuai untuk kulit sensitif. Elak gunakan pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.

+4 – Jaga pemakanan

Setiap individu mempunyai karakter psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu.

Fahami situasi alahan kulit anda. Elakkan daging merah dan snek berlemaka atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus  psoriasis.

Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mmengurangkan keradangan.

+5 – Mandi air suam

Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit.

Gunakan pelembab kulit selepas mandi boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.

+6 – Kawal stress

Simptom psoriasis kadang kala ringan dan kadang kala tiba-tiba boleh menjadi berat bila sampai masanya yang tertentu.

Menahan diri dari kegatalan atau tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.

Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsi masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia mungkin boleh membantu.

+7 – Berhenti merokok segera

Merokok sememangnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada individu. Merokok boleh menjadi sebab ubat atau nutrisi pemakanan yang baik untuk mengawal psoriasis tidak dapat diserap dengan sempurna.

Merokok juga boleh menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.

+8 – Cuba Kunyit!

Sejenis herba masakan yang sangat mudah dijumpai di dapur rumah. Ia dikenal pasti mujarab untuk mengurangkan kerengsaan kulit akibat psoriasis.

Kunyit boleh diambil sebagai campuran dalam masakan atau dalam bentuk pil suplemen. Namun kesannya mungkin tidak sama bagi individu berlainan yang menhidapi penyakit psoriasis.

+9 – Lebih baik jumpa pakar dulu

Sukar untuk menyatakan cara mana satu yang lebih sesuai untuk menangani masalah psoriasis bagi setiap orang. Mungkin ya, untuk orang tertentu tetapi mungkin langsung tidak memberi kesan kepada orang lain.

Rujuk dan berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi terlebih dahulu adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah psoriasis dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri ketika di rumah.

Cara Merawat Kulit Psoriasis Secara Nutrisi Suplemen

Jika anda ingin mendapatkan nutrisi secara suplemen untuk menangani masalah psoriasis dari dalam, kita boleh cuba beberapa suplemen daripada Shaklee seperti berikut.

Ia dikelaskan khas dalam Set Lengkap Psoriasis dengan fungsi dan manfaatnya tersendiri.

Set Lengkap Psoriasis mengandungi :

  • Vivix : Memperbaiki sel sehingga ke peringkat DNA agar kembali kepada keadaan asal yang lebih sihat. Meningkatkan imuniti tubuh.
  • OmegaGuard : Mengurangkan inflamasi dan keradangan kulit
  • B Complex : Sangat baik untuk membantu mengawal tekanan atau stress, mengelakkan kegelisahan dan menyokong emosi lebih stabil.
  • GLA Complex : Menstabilkan hormon dalam badan. Berkesan seperti EPO.
  • ESP : Protein sangat penting untuk membantu pembentukan sel kulit baru yang lebih sihat
  • Vitamin E : menjaga kelembapan kulit. Membantu proses baik pulih kulit yang tercedera.

Testimoni Pengguna: Pengalaman Mengatasi Masalah Psoriasis

cara merawat kulit psoriasis
cara merawat kulit psoriasis

cara merawat kulit psoriasis

Dapatkan Set Lengkap Psoriasis Sekarang!

set lengkap psoriasis

Usah biarkan diri anda terus murung dibelenggu masalah psoriasis. Hubungi saya segera untuk mendapatkan set lengkap di atas dan dapatkan konsultasi eksklusif apabila anda membuat belian dengan kami. Inshaa Allah saya akan bantu sebaiknya.

Hubungi:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Cara Merawat Kulit Psoriasis dan 9 Cara Mengawal Psoriasis Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published.