Firman Allah SWT dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;

“Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”

Subhan Allah..

Madu Asli Vs Madu Tiruan

Saya suka madu lebah tetapi terlalu banyak sangat madu lebah yang tiruan di pasaran. Walau pun kita beli di tepi-tepi jalan yang konon nya madu lebah asli, tetapi rupa-rupanya ia tidak asli. Beli mahal-mahal rupanya kena tipu.  Nak dapat madu lebah asli yang berkualiti tinggi sangat lah sukar.

cara uji madu lebah asli

Kita selalu ingat semua madu lebah asli tetapi sebenarnya tidak. Penjual sekarang ramai yang mencampurkan madu asli dengan gula. Tak baik kan? Demi keuntungan yang berlipat kali ganda, sanggup menipu. Tidak fikir kesannya kepada kesihatan pengguna.

 Saya memang dah lama mencari cara nak uji madu lebah asli yang senang. Hari ni tiba-tiba terjumpa pulak. So, saya kongsikan dengan anda semua. Semoga bermanfaat.

Selain daripada video di atas, anda boleh cuba uji madu lebah yang anda beli samada asli ataupun tidak dengan cara di bawah

Cara Uji Madu Lebah Asli

  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
  • Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.
Facebook Comments:
Cara Uji Madu Lebah Asli Paling Simple
Tagged on:

2 thoughts on “Cara Uji Madu Lebah Asli Paling Simple

  • December 8, 2016 at 2:02 am
    Permalink

    madu memang banyak khasiatnya, saya amalkan setiap hari makanan sunnah ini

    Reply
    • December 8, 2016 at 1:52 pm
      Permalink

      Bagus amalkan makan madu setiap hari. Banyak khasiatnya untuk kesihatan dalaman & luaran.

      Cuma kadang-kadang orang muda sekarang tak ramai yang tahu nak pilih antara madu yang asli dan tidak.

      Harap sedikit info yg dikongsi ini dapat membantu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge