Saya seorang yang kuat makan. Sukar betul mahu hilangkan tabiat kuat makan ni. Saya pasti ini merupakan salah satu sebab mengapa saya sukar untuk kurus. Apabila saya melihat makanan yang manis seperti kek, kuih dan pastri, perasaan teringin nak makan tu tidak dapat di tahan-tahan. Pasti saya mahu mencubanya. Pada musim durian yang lalu, setiap hari pasti saya membeli durian walaupun saya tahu durian tinggi dengan gula dan karbohidrat. Selera saya bagai tidak dapat ditahan-tahan. Kalau tidak makan nasi seminggu pun saya masih tidak kisah. Tetapi kalau tidak makan roti, kek dan kuih, hati saya akan meronta-ronta.

– Puan Rozi, 38 Tahun

Pernahkah anda juga ada pengalaman yang sama seperti Puan Rozi? Tiba-tiba ada perasaan yang memuncak teringin nak makan coklat. Rasa teringin dan terbayang-bayangkan kopi yang enak.

Termimpi-mimpi untuk menikmati telur masin dan pelbagai rasa lagi. Istilah di dalam bahasa inggeris adalah Food Cravings. Orang melayu selalu sebut ianya sebagai kemaruk makan. Kalau tengah mengandung pula, kita sebut mengidam. hehe…

food cravings

Mengapa Teringin Nak Makan Macam-macam ini terjadi?

Menurut kajian sains, ia terjadi disebabkan oleh kekurangan sesetengah nutrisi di dalam tubuh kita.Apabila kita kekurangan sesuatu nutrisi, tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya secara optimum. Oleh itu, ia akan mula memberikan signal. Salah satunya dalam bentuk rasa teringin untuk makan yang macam-macam.

(Namun, bagi mereka yang mengalami masalah obesiti, rasa teringin makan makanan yang manis-manis dan tinggi karbohidrat adalah kerana berlakunya kegagalan fungsi hormon atau kerosakan signal hormon tubuh.)

Jom tengok Jadual Teringin Nak Makan di bawah untuk mengetahui apakah nutrien yang patut anda ambil apabila anda mempunyai keinginan terhadap makanan tertentu.

food cravings

Patutlah apabila saya tidak konsisten mengambil Vitalea, ESP dan Ostematrix, perasaan ingin makan makanan manis-manis sangat tinggi termasuklah coklat, air milo, pastri dan kek. Tapi apabila saya konsisten, perasaan nak makan makanan manis-manis tu sangat-sangat berkurangan. Ada ok, takde pun ok. Takdelah teringat-ingat sampai tak lena tidur. Saya memang suka buat eksperimen pada diri sendiri. Nak tengok betul ke tak. Alhamdulillah.. Ia betul untuk diri saya.

Jika anda juga mengalami food cravings untuk makanan-makanan di atas, cubalah atasinya dengan suplemen Shaklee. Rasai sendiri perbezaannya. Hubungi saya segera di 019-4771733 untuk konsultasi lanjut berkaitan suplemen yang sesuai untuk anda. Semoga info di atas dapat membantu kita semua untuk jadi lebih sihat.

Facebook Comments:
Food Cravings, Mengapa Ada Rasa Teringin Nak Makan Macam-macam?

4 thoughts on “Food Cravings, Mengapa Ada Rasa Teringin Nak Makan Macam-macam?

Leave a Reply

Your email address will not be published.