Kita selalu mendengar ketika mengandung ni kita kena beri anak dalam kandungan dengar muzik yang perlahan dan mendamaikan ataupun memperbanyakkan bayi untuk mendengar ayat-ayat al-quran dengan meletakkan headphone dekat perut ibu. Namun, pada pendapat saya, ia akan jadi lebih bagus jika ibu sendiri yang mengaji untuk di dengari oleh bayi di dalam rahim.

Ini antara surah surah amalan ketika mengandung yang saya selalu baca ketika mengandungkan anak-anak saya dahulu.

surah surah amalan ketika mengandungIbu digalakkan untuk mengamalkan surah an-Nahl, ayat 78 sebanyak tiga kali selepas setiap kali selesai solat. Ia dikatakan ala-ala ayat selusuh, untuk memudahkan proses ibu ketika melahirkan bayi nanti.

Jika nak lebih afdal dan mampu, baca sahaja semua surah yang ada di dalam al-quran.

Selain tu ibu juga boleh amalkan doa di bawah

” Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

Jom kita sama-sama perbaiki diri dan amalan kita supaya kita dapat lahirkan umat yang lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang bertakwa.

InsyaAllah

Facebook Comments:
[Infografik] Surah Surah Amalan Ketika Mengandung
Tagged on:     

4 thoughts on “[Infografik] Surah Surah Amalan Ketika Mengandung

  • June 23, 2015 at 2:05 am
    Permalink

    leh la baca nanti bila isteri mengandung lagi. hoho

    Reply
  • December 29, 2015 at 8:08 am
    Permalink

    blog yang cukup menarik, dan themes yang sangat seo frendly. salam hangat dari Pembicara Internet Marketing

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.