Umrah-Ziarah-Abu-Dhabi

Setiap umat islam di muka bumi ini mempunyai impian yang sangat tinggi untuk mengerjakan sekurang-kurangnya ibadah umrah ke tanah suci sekali seumur hidup bagi yang mampu. Bagi kita yang berkedudukan jauh dari koordinat Masjidil Haram di jazirah arab ini, tidak dinafikan ia memerlukan infaq harta yang agak besar untuk pergi ke sini.

Namun selain memasang impian, adalah menjadi keutamaan bagi kita sebagai muslim untuk berusaha dan bertawakkal kepada yang Maha Esa sebagai jalan untuk merealisasikan impian ini.

     Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

– Al-Mulk 67:2 –

Usaha Tingkatkan Bisnes Dulu, Reward Datang Kemudian

Di dalam segmen ini, saya dan suami ingin menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengunjungi Baitullah buat kali pertamanya seumur hidup ini.

Memang sudah menjadi impian dan dituliskan di dalam ‘Vision Board’ saya untuk pergi ke mengerjakan umrah sebelum usia menjelang 40.

Alhamdulillah, peluang telah datang untuk tahun 2015 ini. Jika tiada sebarang halangan dan masalah, tinggal menanti waktu dan ketikanya sahaja untuk berangkat ke sana. In Shaa Allah.

Jom Mulakan Kembara Ke Tanah Suci

Di sini, saya akan kongsikan dengan anda itinerary umrah ziarah Abu Dhabi yang pihak Shaklee Malaysia sudah aturkan untuk semua delegasi SID yang menyertai kembara ini.

Jom kita lihat apa aktiviti utama yang dirancangkan. Bagi yang ingin ke sana dengan alternatif sendiri pun boleh lihat tempat-tempat yang best kat sini.

Bermula episod kembara hari pertama ini, kami diminta untuk berkumpul di KLIA pada 11hb Disember 2015. Dari KLIA, menaiki Etihad Airways untuk terbang terus ke Abu Dhabi.

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 2

Masa untuk melawat Abu Dhabi, Dubai. Tanah arab juga tidak sunyi daripada binaan-binaan yang mengagumkan. Malah ada antaranya yang terbaik di dunia.Tak sangka akan dapat juga melihat secara LIVE depan mata Burj Khalifa, Burj Al Arab dan Masjid Sheikh Zayed.

burj khalifa
Burj Khalifa : Bangunan menara 160 tingkat tertinggi di dunia dengan ketinggian 828meter. Ia mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan denga kos USD 1.5 bilion. Menempatkan unit penginapan, kolam renang dan masjid pada aras tertinggi di dunia di tingkat 158. Dilengkapi lif terpanjang dan terpantas di dunia dengan kelajuan 18m/s iaitu bersamaan 64km/jam.

 

burj al Arab
Burj al Arab : Merupakan sebuah hotel yang terletak di Dubai. Ia dikenali dengan gelaran “Hotel Bintang 7” dan merupakan hotel ke-4 tertinggi di dunia. Dibina di atas pulau buatan dan kelihatan seperti bangunan yang terapung di atas air.

 

masjid sheikh zayed
Masjid Sheikh Zayed : Masjid ke-3 terbesar di dunia selepas Masjid al Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Boleh menampung sehingga 40,000 jemaah dalam satu-satu masa. Pasti kagum dengan keindahan seni binanya bila berada di sini.

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 3

Kami akan dibawa melawat ke YAS Island bagi melawat Ferrari World Abu Dhabi Theme Park dan Jumeirah Etihad Towers.

ferrari world abu dhabi theme park dubai
Ferrari World Abu Dhabi Theme Park: Terletak di Yas Island dan merupakan salah satu tempat wajib melawat apabila kita berada di Abu Dhabi. Ia merupakan taman tema terbesar termasuk roller coaster terpantas di dunia berkelajuan 240km/jam.

 

Jumeirah Etihad Towers
Jumeirah Etihad Towers: Merupakan kompleks pelbagai fungsi yang mempunyai 5 bangunan pencakar langit terdir daripada 885 unit apartment mewah, ruang pejabat dan hotel dengan 382 bilik mewah. Di bawahnya dilengkapi dengan kempleks membeli belah serba mewah.

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 4

Dijadual keberangkatan dari Abu Dhabi ke Madinah. Diharap segala pengalaman di “syurga dunia ciptaan manusia” di Abu Dhabi tadi tidak melupakan hasrat sebenar untuk ke tanah suci. Hehe..

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 5

Di Madinah, lokasi utama lawatan adalah ke Masjid Nabawi dan Masjid Quba. Semakin hampir di tempat jejak kaki Rasulullah suatu masa dulu, semakin rindu dan terkesan dengan syariat yang ikhlas dibawanya untuk manfaat umat seluruhnya. Getirnya saat itu sudah diserap oleh Rasul dan para sahabat. Kini bumi Madinah menjadi bumi agung penuh dengan cahaya.

masjid nabawi
Masjid Nabawi : Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Satu solat di masjid ku ini (masjid Nabawi) lebih baik dari seribu solat di tempat lain kecuali Masjidil-Haram.” (HR Bukhari dan Muslim) Di dalamnya terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w dan dikatakan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.

 

masjid quba
Masjid Quba : Merupakan masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Diberi nama sempena sebuah telaga di situ. Walau tidak setanding dengan Masjid al Haram dan Masjid Nabawi, namun ia tetap mempunyai keistimewaannya dan sejarahnya yang tersendiri.

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 6

Masih di Madinah dengan aktiviti bebas. Masa untuk berehat setelah 5 hari kembara. Juga mengambil manfaat ibadah berada di sini sebelum berangkat ke Mekah al Mukarramah.

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 7 & 8

Bergerak dari Madinah ke Mekah. Kami akan di bawa ke Masjid Bir Ali dan Masjid al-Haram dan bermulalah episod ibadah umrah yang utama bagi kami.

     Dari Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Satu solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1,000 solat di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah. Dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

masjid bir ali
Masjid Bir Ali : Rukun umrah yang pertama bermula dengan memasang niat di miqat sebelum memasuki tanah haram. Oleh kerana kami bergerak dari Madinah, maka miqat kami ialah di Bir Ali. Menurut sejarah, tapak Masjid Bir Ali adalah tempat tumbuhnya sepohon pokok akasia dimana Rasulullah SAW pernah bernaung ketika dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

 

Masjid Al Haram
Masjid Al Haram : Masjid al-Haram atau dikenali sebagai Masjidil Haram merupakan masjid yang paling utama bagi umat Islam. Ditempatkan kaabah di dalamnya menjadi kiblat panduan bagi seluruh umat Islam dengan hikmahnya yang tersendiri.

 

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 9

Peserta akan di bawa ke Jabal Nur dan Jabal Tsur. Kena mental dan fizikal yang kuat untuk mendaki bukit ini. Tiada daya dan upaya bagiku melainkan yang datang hanya dari Allah.

jabal nur
Jabal Nur: Atau Bukit Nur terletak di sekitar 7 km dari sebelah barat Masjidil Haram.Tingginya lebih kurang 642 meter. Ia dinamakan Nur kerana ia merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. menyendiri dan beribadah. Di sinilah terletaknya Gua Hira’ dimana wahyu pertama dari Allah di terima.

 

jabal tsur
Jabal Tsur: Terletak lebih kurang 6 km di sebelah Selatan Masjidil Haram. Dipuncaknya terdapat Gua Tsur yang pernah menjadi tempat perlindungan Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar RA daripada tentera Quraisy selama 3 hari dan 3 malam dalam peristiwa hijrah pertama nabi .

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 10

Peserta akan di bawa melawat Hudaibiyah dan Ladang Ternak Unta.

hudaibiyah
Hudaibiyah : Disini lah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah iaitu perjanjian antara orang Islam dengan orang musyrikin di Zaman Rasulullah dahulu.

 

camel farm
Ladang Ternak Unta : Aktiviti penternakan utama sejak zaman baginda lagi. Unta mempunyai keistimewaanya yang tersendiri sehingga Allah turut menyuruh hambanya berfikir tentang kejadian unta dalam surah al-Ghaasyiyah ayat 17.

 

Kembara Ke Tanah Suci – Hari ke 11

Hari terakhir di kepulauan arab, pergi melawat Jeddah. Dan dijadualkan pulang ke Malaysia.

jeddah
Jeddah

Kembara Ke Tanah Suci – Hari Kembali 

Memulakan perjalanan pulang ke tanah air pada hari ke 12. Dijangka tiba di Malaysia pada 22 Disember 2015.

Subhanallah. Besarnya kasih sayang Allah pada hamba-Nya yang berusaha. Semoga Allah izinkan kami untuk kesana pada bulan Disember 2015 ini. Saya juga doakan anda yang membaca artikel ini akan di berikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Kemudahan Tempat Penginapan

Owh ya. Di sana nanti, penginapan yang disediakan adalah di Yas Viceroy Hotel (Abu Dhabi), Oberoi Hotel (Madinah) dan Hilton Hotel (mekah).

yas viceroy hotel abu dhabi
Yas Viceroy Hotel (Abu Dhabi)

 

Oberoi Hotel Madinah
Oberoi Hotel (Madinah)

 

hilton hotel mekah
Hilton Hotel (Mekah)

 

Macamana Boleh Dapat Free Trip 5 Star Ni!?

Bertuahnya rasanya sampai ke tahap ini bersama Shaklee, yang menjadi nadi bisnes utama kami sekeluarga. Betapa Shaklee sangat prihatin kepada para pengedarnya yang beragama Islam. Saban tahun, mereka pasti akan membuka peluang kepada leader yang layak dan beragama islam untuk mengikuti satu trip khas umrah ziarah.

Dan bagi tahun 2015  ini, seramai 70 orang leader Shaklee yang telah berjaya dan memilih untuk menikmati reward umrah ziarah ini. Tidak kurang juga, 200 orang yang lainnya telah memilih pakej percutian ke Italy sebagai destinasi ‘reward ‘pilihan mereka. Wahh meriah betul! nak pilih mana-mana pun boleh.

Trip Umrah Ziarah ini termasuk di dalam salah satu kategori 3C yang ditawarkan oleh Shaklee iaitu ‘CONVENTION’. Bagi saya, ia merupakan trip yang sangat LUAR BIASA. Layanan yang sangat mantap. Bertaraf 5 bintang. Segalanya percuma. tak perlu fikir banyak-banyak apa nak makan, nak pergi ke mana, berapa banyak duit kena bawa, nak tinggal di mana. Ini kerana semuanya di aturkan oleh pihak pengurusan Syarikat. Hanya bawa diri aje. Siap sponsor jaket sejuk lagi (bulan disember dijangka musim sejuk di Mekah).

Ok, jika nak tahu lebih lanjut macamana nak skor trip umrah ziarah ni, jom join FJM Familes! Segala panduan dan tips akan diberikan secara percuma. Inshaa Allah, saya doakan anda juga sihat dan berjaya juga. Aaminnn…

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Itinerary Umrah Ziarah Abu Dhabi Dengan Layanan 5 Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published.