Terbaca kisah di internet mengenai seorang ibu yang baru 7 hari bersalin mengalami jahitan luka bersalin terbuka semula. Ibu mengandung tersebut bersalin melibatkan proses “Episiotomi”. Apabila diperiksa oleh doktor, semua benangnya telah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.

Apa Itu Episiotomi?

Episiotomi adalah teknik memotong sedikit kemaluan dibahagian “Perineum” yang terletak antara vagina dan anus. Tujuannya untuk memudahkan kepala bayi keluar dari vagina.

Lazimnya luka episiotomi atau luka jahitan bersalin akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk sembuh. Benang surgeri untuk jahitan yang digunakan adalah dari jenis ‘Absorbable Suture‘ yang boleh terurai sendiri tanpa perlu dibuka setelah luka jahitan sembuh.

Menurut ibu itu, beliau mengaku telah mencuci sendiri lukanya dengan menggunakan “Dettol”. Doktor mengagak mungkin sama ada cecair antiseptik itu tidak serasi atau mungkin ia tidak dilarutkan terlebih dahulu sebelum diguna sehingga boleh menghakis benang jahitannya.

jahitan luka bersalin terbuka

Aduhh…Sakitnya Jahitan Luka bersalin Terbuka Semula

Kesian dengar kisah ibu tu. Merasai sakit bersalin adalah yang utama, ditambah pula dengan sakitnya luka bersalin yang terbuka semula adalah suatu yang lain pula. Nyeri lutut bila mengingatkan pengalaman sakit bersalin kita sendiri.

Untuk ibu ini, berganda sakitnya tiada siapa yang tahu melainkan yang pernah melalui perkara yang sama.  Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan ikhlas kesabaran semua ibu-ibu yang telah melahirkan anak dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Aaminnn..

Diharapkan para ibu mendapatkan pengesahan dan mengambil saranan doktor sebelum menggunakan sebarang ubatan atau peralatan mencuci luka bersalin. Jika tidak, risiko kompilkasi jahitan luka bersalin terbuka semula sebelum masanya mungkin menambahkan lagi kesengsaraan. Paling teruk pun, kena jahit lagi sekali. Aduhh..lemah lutut jadinya.

Kebiasaannya doktor akan membekalkan pencuci luka (alkohol) kepada kita untuk melakukan sendiri proses cuci luka bersalin. Saya guna yang itu je, tak berani nak mencuba yang lain.

jangan-ambil-mudah-kesan-episiotomi

Cara Mudah Penjagaan Luka Jahitan Bersalin

Berikut adalah 9 cara penjagaan luka bersalin untuk elakkan ia terbuka semula dan cepat sembuh:

#1 – Amalkan penjagaan kebersihan diri

Sentiasa bersihkan luka setiap kali selepas ke tandas & tukar tuala wanita dengan kerap. Caranya: Lalukan air bersih kepada luka dan tekap dengan tisu bersih untuk keringkannya. Jangan kesat luka tersebut.

#2 – Gunakan manfaat ais

Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ia mampu mengurangkan rasa sakit serta mengurangkan  bengkak.

#3 – Elakkan kelembapan pada vagina

Jika berpeluang, ambil masa sebentar untuk membiarkan luka terdedah kepada udara bagi mengatasi kelembapan seperti berpeluh atau selepas dicuci. Bantuan kipas angin duduk boleh memberi pengudaraan yang lebih baik.

#4 – Cuba kaedah rendaman

Duduk di dalam besen besar yang berisi air suam yang dicampur sedikit cecair antiseptik (garam juga boleh) bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.

#5 – Atasi masalah sembelit

Banyakkan minum air kosong dan makanan yang kaya dengan fiber. Kerap meneran semasa membuang air besar boleh mengakibatkan luka meregang dan terbuka

#6 – Amalkan pemakanan yang berkhasiat

Bagi mendapatkan nutrien penting untuk proses penyembuhan luka. Awas! makan makanan yang sesuai untuk ibu dalam pantang.

#7 – Lakukan senaman ringan

Senaman KEGEL’S iaitu senaman kemutan dapat membantu untuk menguatkan semula otot-otot pelvis

#8 – Kawal postur badan dan banyakkan berehat

Jangan baring, berdiri atau duduk terlalu lama. Luka yang sedang dalam proses penyembuhan mudah membengkak apabila ibu tidak cukup rehat ataupun berada di dalam suatu postur yang terlalu lama

Cuma sesekali bangun dan berjalan-jalan sebentar kerana ia mampu membantu aliran darah dan proses penyembuhan.

#9 – Kenalpasti cecair luka yang keluar dari vagina

Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan cecair yang jernih, bolehlah cuba masukkan kain kasa yang bersih di tempat luka.

Awas! jika luka mengeluarkan cecair berbau, berwarna atau bernanah; segeralah dapatkan rawatan doktor.

Baca Juga >>  Seksanya Luka Jahitan Bersalin Terbuka Semula

Baca Juga >> Kisah Ibu Berpantang Luka Bersalin Cepat Sembuh

Pengalaman Sendiri Bagaimana?

Di sini, saya juga mahu kongsikan kisah saya semasa melahirkan Dhani dan Dania. Setakat ni Alhamdulillah, luka hanya sedikit dalam 1 kali jahit macam tu lah. Belum teruji dengan luka bersalin yang besar.

Antara tips yang saya tekankan semasa meneran untuk bersalin ialah  jangan angkat punggung dan cuba tahan diri dari banyak pergerakan. Insya Allah kalau terkoyak pun sikit sangat dan tak terkoyak besar. Jadi jahitan dapat diminimumkan.

Saya memang tak ambil apa-apa ubat atau jamu selepas besalin melainkan guna kaedah tradisional luaran semasa berpantang. Hehe..saya bukan jenis yang berani.

Cuma apa yang saya amalkan ialah mengambil makanan penjagaan kesihatan. Dan Set Berpantang Shaklee banyak membantu saya. Antara kesan yang paling ketara saya dapat selepas mengambil set ni ialah badan rasa lebih cergas.

Tukang urut siap cakap, pada hari ke-3 lepas bersalin tu tak nampak macam orang baru lepas bersalin pun. Cergas semacam, muka pun tak pucat, nampak berseri-seri. Alhamdulillah..Orang lain yang perasan. Kita sendiri tak tahu pun. Hehe.

Selain tu, apa yang saya rasa sejak hari pertama lagi, memang saya tak alami sembelit. Pembuangan setiap pagi lancar aje. Tak risau luka tertetas atau bengkak sebab sembelit tu. Tapi, tetap kena berhati-hati. baru bersalin ni adalah masa yang ‘fragile’, tak boleh lasak sangat. Semua benda atau kerja buat dengan lemah lembut.

Dari pemerhatian yang saya buat sendiri, saya dapati luka bersalin agak cepat sembuh. Hanya ambil masa 3 hingga 4 hari (kurang dari 1 minggu) terasa luka dah ‘feel easy’ dan kurang nyeri serta iritasi.

Dari segi emosi semasa berpantang, saya dah tak alami “sindrom baby blues” seperti yang pernah dialami semasa melahirkan abang sulung, Danish dulu. Kalau tidak, selalu “mood swing”, jadi emo tak pasal-pasal. Alhamdulillah, melahirkan Dhani dan Dania tiada berlaku situasi emosi huru-hara macam tu lagi.

Set Berpantang Shaklee yang saya amalkan terdiri daripada komponen nutrisi asas:

Saya juga tambah Lecithin dan Vita-E Complex untuk mengatasi masalah bengkak susu. Alhamdulillah susu juga meriah, jadi masalah bengkak susu adalah perkara biasa dan ia berjaya diatasi.

Sebenarnya Lecitin juga dapat membantu saya untuk kurus selepas bersalin. Yelah, mengandung dulu kan berat badan naik. Lepas bersalin pun turun tak banyak sangat. So kena ambil suplemen untuk bantu kawal masalah berat badan berlebihan. Bolehlah maintain slim balik sekarang.

Jika anda mahukan pengalaman berpantang yang menyeronokkan seperti saya. Cubalah Set Berpantang Shaklee kalau tak percaya. Anda mesti rasai perbezaannya.

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Jahitan Luka Bersalin Terbuka Sebelum Luka Sempat Bercantum Semula

4 thoughts on “Jahitan Luka Bersalin Terbuka Sebelum Luka Sempat Bercantum Semula

  • February 27, 2016 at 9:36 pm
    Permalink

    Salm sye dh sbuln luka xsembuh rse nyri j

    Sye tngok mcm jaitn trtas smua.sye tkot sngt nk jait..ad x tip nk bg dy cntum sndiri

    Reply
    • February 28, 2016 at 12:22 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Ieyra. Tahniah atas kelahiran baby baru. Jahitan luka bersalin ni perlu dua penjagaan. Secara luaran (fizikal) dan dalaman (penjagaan pemakanan).

      Secara fizikalnya, jika jahitan terbuka dan rasa sakit, ada baiknya minta bantuan segera pemeriksaan oleh staff perubatan (misi dan doktor) untuk tindakan lanjut. Bagi pemakanan pula, nutrisi yang baik mampu membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, pengambilan suplemen contonhya.

      Luka bersalin sememangnya akan tercantum sendiri, cepat atau lambat bergantung kepada keupayaan tubuh. Dan normal, ibu berpantang menghadkan aktiviti berat untuk elakkan stress pada luka seperti bleeding atau jahitan terbuka semula.

      Reply
  • February 28, 2016 at 1:50 pm
    Permalink

    Lepas stu2 msalh sye dpt..mse buang air bsaq lpas2 2 ad bengkak n rsa skit ad x cre nk hlngkn bngkk

    Reply
    • February 29, 2016 at 2:11 pm
      Permalink

      Pertama sekali saya sarankan rujuk doktor Puan Ieyra untuk pemeriksaan dan nasihat doktor. Mungkin puan sedang mengalami komplikasi tertentu.

      Untuk konsultasi lanjut secara nutrisi suplemen, Call | SMS | Whatsapp saya di 019 477 1733. Terima Kasih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.