tanda-tanda demam denggi

Demam denggi merupakan penyakit yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Malah ia dikenal sebagai wabak denggi kerana potensinya yang merebak dengan sungguh cepat ke serata pelosok negara. Statistik angka yang direkodkan bagi seluruh negara turut menunjukkan jumlah yang luarbiasa setiap tahun.

Ketahui dengan lebih jelas jenis dan tanda-tanda demam denggi yang perlu anda tahu. Inshaa Allah segala info yang diberi mungkin akan membantu.

     Statistik Demam Denggi menunjukkan peningkatan kes kumulatif yang begitu tinggi saban tahun sehingga mencecah 68,223 kes bagi tempoh Januari sehingga Julai 2015 di seluruh Malaysia sahaja dengan melibatkan 185 kes kematian. Manakala bagi tempoh yang sama bagi tahun 2014 telah mencatatkan 52,232 kes (peningkatan 30.6%) dengan 96 kematian (peningkatan 92.7%).

Laporan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Situasi Denggi Semasa 25 Julai 2015

Demam Denggi Wabak Pembunuh

Denggi adalah salah satu penyakit yang berpunca dari pembawaan vektor (nyamuk: Artropod) yang utama dan berupaya membawa kematian kepada manusia. Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Vektor utama penyebab denggi di Malaysia adalah daripada nyamuk betina dari keluarga:

Aedes-Aegypti

#1 – Aedes Aegypti

  • Juga dikenali sebagai nyamuk demam kuning
  • Habitat biasanya terdapat di kawasan persekitaran dalam rumah dan berhampiran dengan manusia.
  • Ia bertelur dan membiak di dalam bekas buatan manusia seperti akuarium, takungan pasu bunga, bekas terpakai dan yang seumpamanya.
  • Juga suka tinggal diruang gelap di dalam rumah seperti di bawah katil, belakang almari dan belakang perabot.
  • Menyerang mangsa secara senyap dan tangkas terhadap respon
  • Dianggap vektor utama penyebar denggi di seluruh dunia

Aedes-Albopictus#2 – Aedes Albopictus 

  • Juga dikenali sebagai nyamuk harimau asia
  • Kebiasaanya terdapat di kawasan persekitaran luar rumah seperti taman, kebun dan hutan
  • Ia bertelur dan membiak di dalam bekas buatan atau buangan yang menakung air seperti tayar terpakai, tin atau tong kosong, perigi tinggal, tempayan terbuka dan sebagainya
  • Menyerang mangsa secara aggresif
  • Menjadi vektor utama di sesetengah kawasan, kebanyakkannya dianggap sebagai vektor sekunder
[Mesti Baca] Tips Rawatan Demam Denggi Alternatif

 

4 Jenis dan Tanda-Tanda Demam Denggi 

Terdapat 4 jenis demam denggi yang bukan semuanya dianggap membahayakan dan boleh membunuh.

#1 – Denggi dengan demam biasa (Undifferentiated fever)

  • Bagi bayi, kanak-kanak dan orang dewasa yang mendapat jangkitan demam denggi untuk kali pertama mungkin akan mengalami demam biasa yang sukar untuk dibezakan dengan demam viral yang lain.
  • Kadangkala membawa simptom demam seakan-akan selesema dan bertahan untuk satu hingga dua hari sahaja.
  • Kebiasaannya penghidap tidak mengetahui bahawa dirinya telah dijangkiti virus denggi.

#2 – Demam Denggi Biasa (Classical Dengue)

  • Pesakit mengalami demam dengan suhu badan yang tinggi mencapai 38 ~ 40 darjah Celcius
  • Pesakit berasa sakit serta sengal sendi seluruh tubuh badan disamping sakit kepala dan sakit pada bebola mata
  • Pesakit mengalami rasa mual, muntah-muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit-birit
  • Pesakit mengalami ruam kemerahan dan gatal pada kulit yang mula timbul pada hari ketiga atau keempat selepas mula demam akibat dijangkiti virus denggi

#3 – Demam Denggi Berdarah (Dengue Hemorrhagic Fever, DHF)

  • Penyakit paling digeruni tetapi jarang berlaku dan hanya 5 peratus daripada pesakit DHF yang meninggal dunia
  • Kebanyakkan kes berlaku kepada orang muda dan kanak-kanak yang menerima jangkitan berulangan virus denggi dari jenis yang berbeza
  • Tanda pendarahan bermula antara hari ketiga hingga ketujuh selepas demam dengan gejala pendarahan bermula pada gusi, hidung, mata, air kencing, najis (hitam seperti tar jalan), muntah atau batuk serta pada kulit (berbintik hitam atau lebam)
  • Pesakit mungkin mengalami pendarahan dalaman akibat salur darah yang rosak (darah keluar pada tisu, lapisan pleura paru-paru dan abdomen), menyebabkan kepekatan darah meningkat. Saluran darah kecil yang pecah atau kebocoran plasma dan jumlah platlet yang menurun juga turut boleh menyebabkan pendarahan, sama ada ringan atau berat.
  • DHF juga boleh dikategorikan kepada 4 gred mengikut simptom jangkitan iaitu:
    1. Gred 1: Demam dan simptom lain yang tidak khusus dan ujian torniquet positif (berlaku pendarahan)
    2. Gred 2: Tanda-tanda Gred 1 bersama pendarahan secara rawak (tiba-tiba)
    3. Gred 3: Tanda-tanda kegagalan aliran darah (denyutan nadi menjadi laju atau lemah, tekanan darah rendah, kulit tampak lembap atau sejuk)
    4. Gred 4: Kesan renjatan yang jelas sehinggakan nadi dan tekanan darah tidak dapat dibaca.

#4 – Sindrom Kejutan Denggi (Dengue Shock Syndrome, DSS)

  • Dianggap sama dengan DHF Gred 4
  • Simptom DSS boleh muncul selepas 3 hingga 6 hari demam bermula.
  • Kategori demam paling bahaya dengan kadar kematian yang tinggi akibat kejutan atau renjatan disebabkan pendarahan dalaman ke dalam organ paru-paru, perut dan kulit
  • Pesakit DSS biasanya menunjukkan badan yang kelihatan mengembang dengan tanda-tanda DHF yang disertai tekanan darah yang jatuh mendadak
  • Gejala atau petanda awal pesakit DHF mempunyai risiko meningkat kepada DSS adalah seperti:
    • Pesakit mengalami sakit perut (abdomen) yang sangat teruk dan berpanjangan, atau muntah yang berterusan
    • Pesakit mengalami perubahan suhu badan secara tiba-tiba daripada suhu tinggi kepada suhu bawah paras normal (hipotermia) disertai peluh, kelesuan, gelisah dan cemas
    • Pesakit mungkin mengalami jangkitan otak dan saraf yang menyebabkan gangguan tahap kesedaran, sawan, lumpuh dan kekejangan leher
    • Pesakit mungkin mengalami jangkitan pada hati yang akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kanan perut (bengkak hati) dan mata kuning. Jantung dan paru-paru juga boleh dijangkiti.
[Mesti Baca] Cara Atasi Demam Denggi Segera

 

Apa Perlu Buat Jika Mengalami Simptom Demam Denggi?

Jika anda disyaki telah dijangkiti virus denggi (tanda demam berlanjutan dengan suhu badan tinggi), bersegeralah berjumpa doktor bertauliah sama ada di klinik perubatan atau hospital.

Jangan tunggu sehingga tanda-tanda atau gejala berat berlaku kerana ia semakin berbahaya dan mungkin akan mengancam nyawa.

Sehingga kini tiada antivirus atau vaksin berkesan yang boleh menghalang denggi. Mungkin beberapa rawatan alternatif dapat membantu untuk mengatasi gejala awal denggi tanpa penggunaan ubat.

Yang penting, dapatkanlah nasihat doktor pakar terlebih dahulu untuk mengatasi masalah denggi anda.

Jangan biarkan Denggi mengancam nyawa anda.
Awas! Denggi boleh membunuh.
Facebook Comments:
Jenis dan Tanda-tanda Demam Denggi Yang Perlu Kita Tahu

46 thoughts on “Jenis dan Tanda-tanda Demam Denggi Yang Perlu Kita Tahu

  • November 30, 2015 at 12:28 pm
    Permalink

    Kes demam denggi memang semakin meruncing sekarang ni. Memang elok kita cegah sebelum terkena. Thanks for sharing the very good info admin. Saya juga ada mengamalkan beberapa tips untuk cegah dan rawat demam denggi.

    Reply
    • December 1, 2015 at 1:06 am
      Permalink

      Sama-sama. Terima kasih juga kerana singgah ke sini. Demam denggi dah jadi perkara di Malaysia. Cuma akan jadi lebih serius bila kita atau yang terdekat dengan kita dihinggapi demam denggi. Minta dijauhkan, cegah selagi boleh, bertahan sebelum parah.

      Reply
    • January 24, 2016 at 1:08 pm
      Permalink

      Tu la. Boleh dikatakan kerap terdengar ada korban akibat Aedes. Biasanya datang mengejut tanpa kita sedari. Di kawasan kejiranan terdekat pun dah mula ada wakil yang kena jangkitan Aedes. Hmm sentiasa berdoa dibebaskan dari belenggu aedes dan diberi kekuatan andai terkena. Ambil tindakan terbaik dan berjaga-jaga sebaik mungkin.

      Reply
  • February 10, 2016 at 10:49 pm
    Permalink

    Dari pengalaman saya bertarung dgn virus ini..denggi sgt2 bahaya..pencegahan lebih baik..jauhi dr kawasan yg byk nyamuk aedes…gunakan cream sekiranya keluar ke kwsan yg berisiko..jgn alpa kerana anda mgkn akan dijangkiti..tak peduli maut menanti..💀💀💀

    Reply
    • February 10, 2016 at 11:07 pm
      Permalink

      Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara..kebetulan malam ini 10 feb 2016 TV3 dalam slot rancangan SOAL JAWAB, membincangkan permasalahan denggi. Memang banyak fakta dan data yang dikongsikan menunjukkan betapa kes itu sedang meningkat dengan mendadak pada musim awal tahun 2016 ini. Lebih bahaya kini denggi dikaitkan dengan virus baru iaitu ZIKA..

      Reply
  • March 7, 2016 at 8:42 pm
    Permalink

    Tumpang tanya sya berasa panas lepas tu badan sejuk Dan mengigil tapi tekak dan mulut berasa kering tiba2 kepala saja yg berpeluh mcm org baru mandi adakah saya kena dmam denggi atau kekurangan air sebab kdua nya dkt sama

    Reply
    • March 7, 2016 at 10:47 pm
      Permalink

      Demam panas melebihi 38 darjah Celcius, sakit tekak, ruam, muntah, cirit-birit mungkin antara petanda awal demam denggi. Ambil tindakan segera, dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Pihak berwajib ini sangat proaktif untuk membantu mengesan komplikasi pesakit denggi dengan lebih awal. Mereka mempunyai kaedah khas untuk mengesan simptom denggi dengan lebih spesifik menggunakan COMBO RAPID TEST KIT atau KIT PENGESAN DEMAM DENGGI.

      Bagi pesakit, kecuaian untuk mengambil drastik pemeriksaan awal ini mungkin membawa risiko demam denggi ke tahap yang lebih berisiko tinggi. Justeru sekali lagi; nasihat saya, segera pergi berjumpa doktor berhampiran anda.

      Reply
  • March 13, 2016 at 10:54 am
    Permalink

    saya baru discharge akibat demam dengi berdarah.. DHF denggi nak recover 100% ambik masa jugaalhamdullilah Allah bg pinjam nyawa lagi..

    Reply
  • April 6, 2016 at 9:21 pm
    Permalink

    Banyak info dapat 🙂
    Thanks for sharing.

    Anak kena gigit nyamuk di kawasan yang ada kes denggi.
    Risau sungguh sebab tak lama lepas tue dia demam.
    Mujur takde pape, Alhamdulillah ~

    Reply
    • April 6, 2016 at 9:47 pm
      Permalink

      Syukur Alhamdulillah. Moga anak dan semuanya dijauhkan dari segala kemungkinan demam denggi. Terima kasih kembali kerana sudi datang ke sini…

      Reply
  • June 29, 2016 at 5:32 am
    Permalink

    Tumpang tny admin. Sy demam, sakit kepala, muntah2, sakit belakang, sendi rasa mcm dicucuk2, bdn jd lemah, selera mkn kurang. Sy da ke hosp buat pemeriksaan pd ari ptama sy sakit, result drh sy ok, tekanan drh ok. Doktr suruh dtg semula pd demam ari ketiga.. ari ketiga demam sy da kebah tp sakit2 sendi & yg lain blm kebah.. sy ke hosp amik drh.. result ttp ok.. kenapa ye admin?

    Reply
    • June 29, 2016 at 11:51 pm
      Permalink

      Tindakan yang baik kerana terus berjumpa dengan doktor tentang demam Fiena. Dan tahniah juga kerana disahkan bebas dari denggi.

      Mungkin tindakbalas dalaman tubuh melawan bakteria atau virus lain yang menyebabkan kita alami demam yang lebih kurang serupa simptomnya dengan denggi.

      Itu adalah tindakan normal tubuh. Ia mungkin berpunca dari sistem imun kita melawan penyakit semakin lemah disebabkan penuaan atau adaptasi tubuh melawan virus baru contohnya. Namun untuk mengetahui puncanya masih perlukan analisis doktor pakar.

      Jika ingin bantuan nutrisi untuk tingkatkan sistem imun tubuh atau kelegaan akibat komplikasi sampingan boleh hubungi saya di 019 – 477 1733 untuk konsultasi lanjut.

      Reply
  • June 29, 2016 at 6:16 pm
    Permalink

    Asslmualaikum..nk tanya ni..tapak tangan saya ni gatal gatal and ada mcm bintik bintik and lembab/berpeluh..nk taulah kan ada kah saya dijangkiti denggi??saya takut ni…

    Reply
    • June 30, 2016 at 12:04 am
      Permalink

      Waalaikumusalam. Gatal tapak tangan serta berpeluh, timbul bintil-bintil kecil mungkin disebabkan alergik tersentuh sesuatu, jangkitan bakteria, kesan sampingan proses detoksifikasi atau pelbagai lagi.

      Kebiasaannya geiala ini akan hilang dalam masa beberapa hari atau minggu bergantung kepada puncanya. Mungkin juga masalah serius jika simptomnya menjadi semakin teruk.

      Dalam hal ini, jangan panik, jumpa doktor di klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan dapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu.

      Dari segi alternatif suplemen mungkin saya perlukan lebih maklumat dari nurul atiqah. Mungkin Set Alergik Shaklee boleh membantu. Hubungi saya di 019 477 1733 untuk konsultasi & keterangan lanjut.

      Reply
  • August 10, 2016 at 2:41 am
    Permalink

    assalamualaikum , sy mau btanya jika hanya beberapa sahaja tanda tanda yang sy alami adakah berkemungkinan sy djangkiti demam denggi ? sy hanya demam , sakit sakit badan , kurang selera makan , seakan selsema , kerap sakit kepala dan ada beberapa bekas digigit nyamuk dan ianya gatal mnyebabkan sy selalu garuk sehingga luka . selain itu sy sakit leher dan terasa sakit untuk menelan .

    Reply
    • August 10, 2016 at 9:21 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Ameyy, normal jika bekas gigitan nyamuk membawa reaksi gatal-gatal, bengkak kecil atau kemerah-merahan. Berkenaan simptom demam, selesema, sakit kepala, sakit badan, selera makan terganggu merujuk kepada reaksi sistem pertahanan tubuh (imun) melawan jangkitan virus, bakteria dan penyakit.

      Untuk kepastian sama ada puan mengalami simptom tersebut disebabkan oleh gigitan nyamuk atau sebab-sebab lain, lebih mudah jika merujuk kepada doktor kesihatan di klinik atau hospital berdekatan.

      Jangan takut jika di tahan dan dimasukkan ke dalam wad demi untuk kebaikan. Jika sistem imun semakin lemah dan tindakan sewajarnya lambat diambil, simptom-simptom di atas boleh menjadi semakin kronik atau teruk, ataupun datang simptom lain yang lebih besar seperti radang otak, pembengkakan serius, platlet darah menurun dan sebagainya.

      Jika puan ingin mencari alternatif berkesan untuk meningkat sistem pertahanan tubuh melawan penyakit, hubungi saya di 019 477 1733 untuk maklumat dan konsultasi lanjut. Insha Allah saya berikan yang terbaik. Terima kasih.

      Reply
  • August 23, 2016 at 12:36 pm
    Permalink

    rumah jiran saya ada banyak nyamuk aedes…kawasan rumahnya juga tidak bersih dan bahagian toilet rumahnya habis terjejas teruk dan bila saya membawa orang hendak tolong bersihkannya takut dijangkiti demam denggi…orang itu maki hamun saya macam macam…di rumahnya ada air dalam baldi yg ada jejentik membiak dgn banyak…harap ada pihak ambil tindakkan segera pada orang itu…kalau dibiarkan mungkin akan meragut nyawa org di kawasan itu…

    Reply
    • August 24, 2016 at 7:45 am
      Permalink

      Hai Puan Kavita…keprihatinan puan boleh menyelamatkan ramai nyawa. Dalam hal ini, mungkin boleh di bawa berbincang bersama Jawatankuasa Penduduk terlebih dahulu atau melalui orang yang rapat dan kenal dengan tuan rumah. Atau boleh maklumkan kepada Jabatan Kesihatan setempat supaya datang untuk buat pemeriksaan.

      Memang agak sukar untuk masuk ke premis orang lain jika tiada keizinan dari tuan punya sendiri. Namun, membiarkan pembiakan nyamuk berleluasa di kawasan rumah kita adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Kebersihan persekitaran dalam premis adalah tanggungjawab penuh setiap individu. Jika tidak mampu, sepatutnya boleh kerja pembersihan secara gotong royong bersama jiran tetangga.

      Reply
  • September 13, 2016 at 12:39 pm
    Permalink

    Sya nk tnya. Sy dah 2hari demam pnas, sakit sndi2. Sakit kpala n takda slera mkan, adakah sya demam dnggi?

    Reply
    • September 13, 2016 at 11:10 pm
      Permalink

      Assalamualaikum Cik/Puan Azwa. Simptom awal demam denggi agak sukar untuk dibezakan dengan demam viral biasa yang lain seperti yang puan alami. Namun, pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengenalpasti lebih tepat mengenai klasifikasi demam puan.

      Setakat ini, kebiasaan pesakit yang kami bantu telah benar-benar disahkan mengalami demam denggi oleh doktor.
      Antaranya mereka berkongsi maklumat tentang jumlah platlet darah yang semakin menurun secara mendadak, tubuh badan terlalu lemah, hilang keseimbangan badan, mata kabur dan sebagainya.

      Melalui pandangan kasar memang sukar untuk menentukan gejala demam tertentu berkaitan dengan demam denggi secara tepat. Merujuk kepada doktor adalah hal yang utama sebelum mengambil kaedah perubatan alternatif tertentu.

      Reply
  • September 20, 2016 at 4:38 pm
    Permalink

    saya cuma demam dua hari.. tp tekanan darah terlalu rendah 97/68. Tp sy runsing kerana dalam badan saya pada hari ke 7 mulai sakit sakit n senak senak. tak tahu kenapa. selera masih ada. Tp rasa terlalu letih dan lemah.

    Reply
    • September 21, 2016 at 12:42 am
      Permalink

      Meskipun belum mencapai tahap hipotensi (tekanan bawah 90/60), ia masih dikira normal kepada individu jika tidak diiringi dengan sebarang tanda-tanda bahaya.

      Dalam kes puan, gejala tekanan darah agak rendah dengan demam dan senak perut mungkin petanda masalah penyakit tertentu; biasa atau berat. Antaranya mungkin sebab dehidrasi, kehamilan, anemia, alergi, infeksi dalam darah atau gangguan jantung.

      Pemeriksaan lanjut daripada doktor amatlah penting untuk mengenalpasti masalah puan sebaiknya.

      Puan boleh juga hubungi saya di 019 – 477 1733 jika ingin mengetahui info lanjut mengenai produk yang sesuai untuk bantu atasi masalah puan.

      Reply
  • September 21, 2016 at 2:55 pm
    Permalink

    Salam tuan…saya nak tnya .. anak saya 2hr lepas demam ,suhu badan naik.. umur 1tahun 5bulan .semalam lak kat pelipat lengan naik ruam2 lepas tu ada juga sekali muntah masa menunggu di klinik. .di klinik doktor bagitau kalau berlarutan dia mintak bawa anak ke hosp untuk check darah(boleh jadi denggi katanya) .pagi tadi pun demam lagi tapi sekarang ok dah cuma ruam di pelipat lengan masih ada dan tak merebak.. ruam2 merah… adakah ini antara symtom denggi ? Terima kasih infonya nanti

    Reply
    • September 21, 2016 at 10:20 pm
      Permalink

      Subhanallah. Saya tidak selayaknya untuk mengatakan anak Tuan Shamsuddin sah menghidapi denggi atau tidak dalam hal ini. Melainkan melalui pemeriksaan dan hasil ujian darah oleh doktor hospital seperti yang dirujuk oleh pihak klinik. Itu lebih tepat.

      Simptom demam, ruam dan muntah-muntah MUNGKIN adalah tanda-tanda kecilnya. Atau mungkin juga bukan, kerana hari ini banyak kes demam viral yang berlaku kepada kanak-kanak dan dewasa dengan simptom awal yang hampir sama. Simptom adalah antara tindakbalas tubuh melawan jangkitan virus atau bakteria secara semulajadi.

      Jika demam berpanjangan, segera ke hospital bertemu doktor. Ujian khas berkaitan denggi mungkin boleh membantu untuk pengesahan.

      Untuk dapatkan alternatif rawatan denggi secara suplemen, boleh hubungi saya di 019 477 1733. In Shaa Allah saya boleh bantu dari segi konsultasi dan penggunaan produk. Terima kasih.

      Reply
  • November 5, 2016 at 3:57 am
    Permalink

    salam.. sy sedang menghidap demam denggi.. hr ni masuk hari ke 5. tp xtahan wad lg.. pallet dh turun 210. masalah nya sy xtahan sakit sbb sy alergic ubat thn sakit.. tambahan sakit di bebola mata ni.. ya allah .. xtahan sgt.. ada sesape bleh bantu atau petua tuk bantu sy.. tq

    Reply
    • November 5, 2016 at 10:18 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Aishah.

      Jika boleh, hubungi saya segera di 019-477 1733 segera.

      Inshaa Allah saya akan bantu sebaiknya. Pernah juga alami situasi sebegini. Pesakit jadi lemah alami komplikasi akibat platlet darah semakin menurun. Alhamdulillah vivix membantu menyelamatkan keadaan (dengan izin-Nya).

      Reply
  • December 23, 2016 at 3:04 am
    Permalink

    saya dah telan ubat demam hampir tiga hari,tetapi tiba mlam muntah dan rsa pedih di ulu hati serta..kurang selera makan.siang badan ok tiba mlm badan rasa sakit2

    Reply
    • December 23, 2016 at 1:05 pm
      Permalink

      Salam Tuan Izham,

      Makan ubat perlu ikut preskripsi. Patuhi jadual makan ubat. Namun setiap ubat mungkin ada kesan sampingan. Badan sedaya upaya untuk beradaptasi dengan ubat yang kita makan.

      Namun jika kesan sampingan ini sangat berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor.

      Begitu juga suplemen. Cuma bezanya suplemen membantu tubuh secara nutrisi asas vitamin dan mineral; manakala ubat mungkin melalui campuran sedikit dadah yang dibenarkan.

      Semasa tubuh berusaha untuk membaik pulih sistemnya, ada yang mengalami kesan sampingan seperti pening, mual, demam, sakit badan dan sebagainya.

      Bagi suplemen ia disebut “Healing Crisis” atau krisis penyembuhan.

      Untuk maklumat lanjut mengenai suplemen dan bantuan konsultasi mengenai masalah tuan, boleh hubungi saya di 019-477 1733.

      Terima kasih

      Reply
  • December 29, 2016 at 3:35 pm
    Permalink

    Saya rasa tak sihat harap tak kena denggi nie~T_T~

    Reply
    • December 29, 2016 at 7:09 pm
      Permalink

      Salam Ms. Luna, Inshaa Allah moga dijauhkan. Kalau demam tak melarat & tak melibatkan simptom teruk, mungkin demam biasa. Demam penutup hujung tahun agaknya.

      Reply
  • January 25, 2017 at 8:51 pm
    Permalink

    Salam.. Saya demam dan sakit otot tapi takde rasa mual2 nak muntah. Badan ade gatal2 tapi takde ruam. Ini petanda denggi atau tak?

    Reply
    • January 25, 2017 at 9:07 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Tuan Asyraf,

      Jika demam panas atau bersuhu tinggi yang berpanjangan serta tubuh menjadi sangat lemah, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar segera di klinik berhampiran. Doktor akan meneliti dengan lebih lanjut beserta simptom-simptom sampingan yang dialami. Ujian darah akan memberi hasil pemeriksaan yang lebih tepat jika tuan disyaki sedang diserang denggi.

      Saranan saya, jika ada tanda hendak demam, segera ambik suplemen / ubat berkaitan yang boleh meningkatkan imun tubuh dari sebarang jangkitan / serangan. Sama ada ia ada kaitan dengan denggi atau tidak. Pada fasa awal jangkitan / serangan penyakit tubuh sangat memerlukan sokongan untuk tindakbalas sistem imun bagi melawan infeksi bakteria atau virus.

      Untuk info lebih lanjut dan konsultasi, boleh hubungi saya di 019 477 1733. Terima kasih.

      Reply
  • February 4, 2017 at 7:25 pm
    Permalink

    Assalammualaikum saya demam dah panas dah empat hari.. Kadang2 suhu badan mcm nak ok dah lepas makan panadol lepastu badan panas balik yg sangat panass.. Hari keempat tu pulak saya period Dan rasa sakit2 sendi… Adakah ini denggi ataupun disebabkan oleh period?

    Reply
    • February 4, 2017 at 9:43 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Cik Puan Unknown;

      Segera berjumpa doktor adalah langkah terbaik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut berkenaan masalah demam yang puan alami. Meskipun bukan disebabkan oleh denggi, demam panas berlebihan bolem menyebabkan komplikasi serius yang lain.

      Panadol hanya untuk kelegaan sakit kepala sementara. Untuk membantu menguatkan daya tahan tubuh melawan sebarang jangkitan puan memerlukan kaedah pengubatan yang bersesuaian atau bantuan nutrisi kesihatan.

      Untuk dapatkan suplemen khas bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh, sila hubungi saya di 019 477 1733. Saya akan berikan keterangan lanjut dan konsultasi eksklusif berkenaan masalah puan. Terima kasih.

      Reply
  • February 6, 2017 at 3:38 pm
    Permalink

    Suami saya kena denggi,admit 1 minggu kat wad,then da balik rumah,tapi setiap minggu jumpa dctr ambil darah,katanya semua k,hnya Hati fungsi x ok ,tinggi…turun sikit 2 bila makan ubat hati…da skrg doctor suruh ambil ultrasound scan…I takut sangat…ada x ni sebab demam denggi..skrg da nak masuk 1 bulan psl denggi ni…sebab ape ye?

    Reply
    • February 6, 2017 at 7:13 pm
      Permalink

      Salam Puan Anonymus,

      Kesan ketara demam denggi berkaitan masalah platlet darah yang menurun secara mendadak.

      Namun ada juga beberapa penyakit lain yang mirip sama dengan masalah platlet darah seperti denggi.

      Saya pernah terima pengguna vivix yang pada mulanya suspek denggi, namun setelah kajian doktor dia disahkan mengalami ITP (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura) atau masalah autoimun.

      Alhamdulillah Vivix membantu beliau meningkatkan masalah platlet darah rendah.

      Bagi masalah puan, penelitian doktor amatlah penting. Jika berminat untuk mencuba Vivix, sila hubungi saya di 019 4771733. Terima kasih.

      Reply
  • March 10, 2017 at 4:43 pm
    Permalink

    Sy ex patient denggi berdarap tahap 4 DHF tu. Seksa woo dekat 2 bulan duduk hospital n tanda2 yg diberikan tu sebijik2 sama mcm sy alami dulu. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk hidup. Tp yg buat sy risau sekarang ni jiran belakang rumah kena denggi, dulu Dr pernah pesan kalau sy kena lg harapan nak survive tipis :3 cukuplah sekali, tersangat2 sakit.

    Reply
    • March 11, 2017 at 12:33 am
      Permalink

      Terima kasih atas perkongsian En Panda.

      Alhamdulillah dapat dikbalikan semula kesihatan tuan seperti sediakala. Yang penting kuat tawakkal dalam segala usaha.

      Demam biasa pun dah berat apatah lagi demam denggi berdarah tahap 4. Namun kesembuhan hanya milikNya.

      Reply
  • May 15, 2017 at 12:59 pm
    Permalink

    Hari pertama saya demam sewaktu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Hari ke 2 saya ke klinik kesihatan. Doktor cakap suhu saya 39 dan saya kena test darah tapi tak de apa2.
    Doktor minta saya ke hospital untuk test darah semula jika saya demam lagi esok tapi alhamdulillah demam saya hilang. Yang ada hanya sengal2 di bahagian betis kalau saya berdiri agak lama dan batuk.
    Tapi hari esoknya badan saya ada gatal2 di bahagian tangan , peha dan belakang lebih2 lagi bila berpeluh. Saya letak bedak Alken dan gatal2 hilang. Adakah bintik merah akibat denggi rasa gatal bila berpeluh ?

    Reply
    • May 15, 2017 at 2:35 pm
      Permalink

      Salam Cik Amy, Alhamdulillah penelitian hasil ujian darah lebih baik untuk mengenalpasti masalh yang dihadapi dengan simptom demam. Demam juga membawa tanda tubuh sedang memberi respon melalui antibodi melawan jangkitan bakteria atau virus. Perihal simptom-simptom lain yang Cik Amy alami tidaklah dapat saya berikan penjelasannya, kerana saya bukanlah ahli perubatan. Kegatalan kulit yang Cik Amy alami mungkin disebabkan alergi, bukan denggi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.