Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu merupakan nutrisi terbaik kepada bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Tiada siapa yang boleh menyangkalnya.

Saya akui, semasa anak saya yang pertama, saya juga naif dan banyak buat silap. Saya juga terlepas pandang tentang kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Mungkin kerana pada masa itu dimomokkan dengan ayat-ayat daripada syarikat susu formula yang menggunakan kata-kata “manfaat susu formula hampir setara dengan susu ibu”. Naif, memang naif. Sedangkan masih banyak kita tidak tahu tentang susu ibu.

Hakikatnya, walau sebanyak mana pun penyelidikan dan inovasi yang dilakukan, susu formula tidak akan langsung hampir kepada susu ibu. Jom buka minda kita dengan meneruskan pembacaan di bawah.

kelebihan susu ibu berbanding susu formula

perkara paling utama yang ada pada susu ibu tetapi tiada pada susu formula adalah :-

  • antibodi dan imuniti.
    • Ia sangat penting kepada bayi untuk membantu melawan jangkitan.
  • komposisi susu ibu berubah-ubah mengikut keperluan bayi
    • komposisi susu formula kekal sama

Mengapa ya komposisi susu ibu ni kena berubah-ubah? tak boleh ke sama aje sepanjang masa?

Ketahuilah bahawa keperluan setiap bayi tidak sama. Susu ibu akan berubah-ubah mengikut keperluan bayi.

  • usia bayi
    • susu ibu untuk bayi pramatang mempunyai kandungan protein yang tinggi. susu ibu untuk bayi berumur 8 bulan mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi dari bayi berumur 1 bulan.
  • cuaca
    • dalam cuaca yang sangat panas, susu ibu akan mengandungi banyak air. dalam cuaca lebih sejuk, susu ibu akan mengandungi lebih banyak lemak
  • rasa
    • susu ibu berubah rasanya mengikut apa yang ibu makan. Jadi sebenarnya bayi telah di dedahkan kepada rasa yang berbeza sepanjang bulan-bulan awalya.

uniknya susu ibu ini kan? Bagaimana? Banyakkan kebaikan susu ibu berbanding susu formula.

Pengalaman lepas biarkan berlalu. Jika anda merancang untuk hamil, sedang hamil, baru melahirkan bayi, usahalah mencari ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Tiada apa yang mustahil di dunia ini jika kita mahu.

Mungkin ada yang berkata, bermacam usaha saya dah buat, tetapi susu masih kurang. Baca Checklist Penyusuan : Mengapa Susu Ibu Kurang

saya sertakan ” Surat Untuk Ibu”, buat penguat semangat anda

kelebihan susu ibu berbanding susu formula

kelebihan susu ibu berbanding susu formula

Jumpa Lagi di lain Artikel.

Salam sayang,

Norhanita

~ Completing my BF Journey for Dania Hani. InsyaAllah..

Facebook Comments:
Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula Yang Ramai Ibu Terlepas Pandang

Leave a Reply

Your email address will not be published.