Kehidupan Ibarat Menu Restoran Mewah

Pernah makan di restoran? Saya pasti hampir semua yang membaca artikel ini pasti pernah merasa makan masakan restoran. Tidak kira sama ada di restoran yang biasa-biasa sahaja atau di restoran mewah berprestij di seluruh dunia yang pernah kita pergi. Juga mesti ada di antara kita yang pernah atau biasa makan di premis hotel.

Cuba imaginasikan semula pengalaman itu. Kita pergi ke sebuah restoran mewah dan sebaik sahaja kita duduk, datang seorang pelayan menghulurkan sekeping menu dengan senyuman.

hidup ibarat menu restoran

 

Apakah perkara pertama sekali kita lalukan apabila melihat menu? apakah benda yang paling menarik perhatian?

Kebiasaannya, kita akan tengok, menu mana yang paling unik dan mahal. Ataupun yang paling istimewa. Betul tak?

Owh… Grill T-Bone Steak.. RM88.00 tidak termasuk GST.

Kemudian kita terus scroll mata kita ke bawah untuk lihat menu apa lagi yang ada. kan?

At the end, setelah berfikir sambil mengesat air liur yang menjejes dan beberapa kali check duit dalam wallet…kita hanya  pesan nasi goreng. krik krikk

“Saya teringin nasi gorenglahh”

Padahal?? kita pilih nasi goreng kerana ia menu paling murah.

Di dalam hati tu betapa teringinnya untuk merasai makanan paling mahal yang ada iaitu Grill T-Bone Steak… tapi terasa diri kurang mampu.

Pernah rasa begitu? jika tidak pernah..tidak mengapa… mungkin kerana anda seorang yang banyak duit.. tapi saya biasa ada perasaan begitu. Teringin nya.. tapi selalu rasa tidak berbaloi dan tahan rasa tu.

Begitulah hidup kita. Kehidupan ibarat menu makanan. Ia boleh jadi mahal, ia juga boleh jadi murah. Perasaan mahal atau murah itu, kita yang perlu pilih. Mahal atau murah itu subjektif.

Bagi anda yang berpendapatan RM10,000 sebulan.. akan berkata… makanan RM88.00 itu murah. Tapi bagi anda yang berpendapatan RM2000 sebulan tentulah akan berkata makanan RM88.00 itu mahal.

Apa yang saya ingin tekankan disini… Kita yang seharusnya membuat pilihan. Mahu berada di dalam golongan yang berfikir menu itu murah atau golongan yang berfikir menu itu mahal.

Buatlah pilihan yang betul.

Jika mahu berada di dalam golongan “makanan itu murah”, berubahlah.

Sebenarnya, di dalam kehidupan ini, tiada benda yang mahal. Apa yang ada hanyalah yang murah.

       Jadilah seorang yang mahal. Kita buat kerja yang mahal (kerja mahal perlukan usaha dan kesabaran) dan lihatlah.. semua benda akan jadi murah.

Jika kekayaan yang ingin anda tarik, anda sendiri perlu meletakkan faktor Kekayaan itu ke dalam minda anda kerana semuanya bermula dari dalam minda anda.

Jika anda percaya anda kaya, maka kayalah anda. Sekalipun jika anda belum lagi betul-betul kaya dan berjaya, sekurang-kurangnya minda anda telah mempunyai kepercayaan yang baru iaitu anda sekarang ialah seorang yang kaya dan berjaya. Untuk jadikan ia satu kenyataan, anda perlu hanya bertindak dan fokus kepada matlamat anda.

Katakan: “Saya Kaya dan Berjaya”

– Dr. Azizan Osman –

Saya doakan anda Berjaya di dunia dan juga di akhirat. Menjadi jutawan di dunia dan juga jutawan di akhirat. Amiin

Jika anda sedang berfikir untuk mencari pendapatan samada sampingan ataupun sepenuh masa, dan betul-betul mahu mengubah taraf kehidupan ke arah yang lebih baik dari sedia ada, anda boleh hubungi saya untuk saya tunjukkan caranya. InsyaAllah

Salam Sayang

Master Norhanita

019-4771733 atau norhanita@yourfabulousmama.net

Facebook Comments:
Kehidupan Ibarat Menu Restoran Mewah
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge