Penyakit kencing tikus telah menyerang ramai mangsa tanpa diduga.

Akhir-akhir ini banyak kes telah direkodkan berkaitan dengan penyakit kencing tikus dan tidak kurang juga yang melibatkan kes kematian.

Mangsa yang dijangkiti pula tidak mengira had umur termasuk golongan veteran, dewasa, kanak-kanak, lelaki dan wanita.

Bahaya Penyakit kencing Tikus

Statistik  kes yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan angka kes berkaitan dari tahun ke tahun:

  • Tahun 2006 – 527 kes
  • Tahun 2007 – 929 kes
  • Tahun 2010 – 1976 kes (69 kes kematian)
  • Tahun 2014 – 3695 kes  (48 kes kematian)
  • Tahun 2015 – 2262 kes (22 kes kematian pada bulan-bulan pertama tahun ini)

Persoalannya, bagaimanakah penyakit ini boleh berada di dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini?

Setanding dengan penyakit berjangkit berbahaya lain yang melibatkan pembawaan haiwan seperti demam denggi, penyakit tangan kaki, kuku dan mulut serta H1N1.

Penyakit kencing tikus masih belum diklasifikasikan sebagai wabak yang meningkat secara mendadak namun membahayakan kerana boleh membawa maut.

Ketua Pengarah Ke­sihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,
Utusan Malaysia, 18 Jan 2015.

Penyakit Kencing Tikus Adalah Pembunuh Senyap

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang boleh berjangkit melalui pembawaan haiwan kepada manusia. Mangsa yang mengalami penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dari genus Leptospira.

Manusia boleh di­jangkiti bakteria ini melalui luka terbuka, termakan, terminum atau sentuhan secara terbuka kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan terjangkit. Malah ia juga boleh berjangkit melalui mata atau selaput lendir.

Antara haiwan yang berpotensi menyebarkan bakteria leptospirosis seperti tikus, kucing, anjing, tupai, haiwan ternakan, haiwan peliharaan atau haiwan liar lain.

Tikus dikatakan sebagai pembawa (perumah) utama untuk bakteria leptospira kerana kitaran hidup tikus yang cepat membiak, sukar dikawal dan terdapat di mana-mana membantu penyebaran bakteria itu.

Jadi tidak hairanlah jika penyakit ini mendapat nama utama dari keluarga tikus.

Siapakah Yang Berpotensi Terdedah Kepada Risiko Leptospirosis

Antara mereka yang berisiko terdedah kepada penyakit kencing tikus ini termasuklah mereka yang:

  • Melakukan pekerjaan secara terbuka kepada persekitaran – Petani, pekerja pembersihan, pengangkut sampah, pekerja rumah penyembelihan, mahupun tentera.
  • Melakukan aktiviti rekreasi air – mandi-manda, berenang, berkayak mahupun berbasikal di kawasan berair atau lopak air yang berisiko
  • Secara langsung terdedah kepada peralatan di rumah termasuk haiwan peliharaan atau haiwan ternakan.
  • Tidak mengamalkan kebersihan di dalam rumah, tempat kerja, premis makanan atau kawasan persekitaran sehingga menjadi lokasi utama pembiakan tikus
  • Mengambil makanan yang terdedah kepada persekitaran kotor dan digigit haiwan seperti tikus, tupai dan arnab
  • Terlibat di dalam kawasan banjir di mana air menjadi medium utama penyebaran wabak kencing tikus

Apakah Simptom-simptom Gejala Penyakit Tikus?

Lazimnya gejala Leptospirosis berlaku selepas 10 hari jangkitan bakteria leptospira (atau 2 hingga 26 hari tempoh pengeramam bakteria dalam tubuh).

Antara Gejala awalnya ialah:

  • Mengalami demam berlanjutan atau suhu badan melebihi suhu normal antara 38 hingga 40 darjah Celcius
  • Badan mengigil, sakit kepala dan sakit anggota tubuh
  • Mengalami batuk tidak berkahak
  • Berasa loya, muntah, cirit birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut
  • Mengalami radang pada selaput mata
  • Mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, otot menjadi keras
  • Mengalami demam kuning atau jaundice
  • Terdapat perubahan bunyi pada peparu, sesak nafas atau naik ruam pada kulit.

Ramai yang tidak sedar telah dijangkiti penyakit kencing tikus kerana menganggap fasa awalnya yang seperti sakit-sakit biasa.

Namun jika anda mengalami simptom-simptom di atas, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan lanjut, pengesahan awal dan seterusnya rawatan susulan.

Jika tanda-tanda ini tidak diambil kira secara serius, lebih-lebih lagi jika pesakit berusia lebih daripada 50 tahun ke atas, komplikasi serius yang bakal diterima adalah seperti:

  • Mengalami kerosakan ginjal
  • Mengalami Meningitis (radang selaput otak)
  • Mengalami komplikasi pernafasan
  • Mengalami kegagalan fungsi hati
  • Risiko kematian

Apa Yang Patut Dan Tidak Patut Diamalkan Sebagai Cara Untuk Mengatasi Penyakit Kencing Tikus?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil sebagai cara untuk mengatasi penyakit kencing tikus boleh dimulakan melalui diri kita sendiri.

Berikut adalah langkah yang patut (Do’s) dan tidak patut(Don’ts) diamalkan iaitu diantaranya:

Do’s:

  • Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun sebelum makan
  • Membersihkan diri selepas beraktiviti luar seperti berkebun, beriadah, bergotong royong dan apa jua aktiviti luar yang terbuka
  • Menyimpan makanan dan minuman dengan baik atau sentiasa tertutup supaya tidak tercemar
  • Sentiasa mengamalkan konsep kebersihan sama ada di rumah, tempat kerja atau kawasan persekitaran
  • pengurusan sampah yang betul; tempat pembuangan sampah yang tertutup dan tidak dibuang merata tempat
  • Minum dari sumber air yang dipastikan bersih
  • Mengamalkan pemakanan sihat yang boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Don’ts:

  • Beriadah di dalam air , berenang atau mandi dikawasan yang diwartakan mempunyai risiko penyebaran wabak penyakit kencing tikus
  • Tidak menggunakan alat perlindungan yang sesuai ketika menguruskan sisa sampah atau melakukan kerja-kerja pembersihan
  • Tidak menjaga kebersihan kawasan sekeliling yang berpotensi menjadi tempat pembiakan tikus
  • Minum atau makan makanan dalam tin, botol atau bekas yang tidak dibersihkan terlebih dahulu
  • Bermain-main dikawasan yang ditenggelami air atau banjir
  • Kerap makan diluar di premis makanan yang tidak bersih, kotor atau tidak mempunyai sistem pengurusan sampah dan sisa makanan yang baik
  • Tidak mendapatkan rawatan dengan segera apabila mendapat simptom-simptom sakit biasa yang berlanjutan

[Infografik] Pengenalan dan Cara Mengatasi Penyakit Kencing Tikus

cara atasi penyakit kencing tikus

Bagaimana Meningkatkan Sistem Imun Tubuh Melalui Nutrisi Suplemen

Anda juga boleh mencuba suplemen Shaklee di bawah bagi meningkatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh untuk melawan jangkitan bakteria berbahaya:

#1 – Nutriferon :

  • Penggalak sistem imun @ immune booster yang sangat hebat dan berkesan
  • Ia akan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan “pasukan cari dan musnah” dalam sistem imuniti badan

#2 – Vivix :

  • Membantu meningkatkan imun sistem tubuh
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh
  • Membaikpulih dan memelihara DNA tubuh untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik

#3 – Vitamin C :

  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Membersihkan salur darah
  • Melawan bakteria

Apa Kata Mereka Yang Pernah Mengalami Situasi Ini?

Mungkin beberapa kisah pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi ahli keluarga atau kenalan yang telah dijangkiti penyakit kencing tikus di bawah boleh diambil sebagai testimoni.

Langkah bijak mereka adalah yang pertama sekali mendapatkan rawatan daripada doktor dengan segera.

Dan keduanya, menyediakan pertahanan diri dengan nutrisi suplemen sebagai cara mencegah penyakit kencing tikus daripada menjadi lebih serius.

Testimoni 1:

Salam kak, Sekadar nak share. Ayah customer ida yang kena kencing tikus kena tahan wad icu.

Sebab dah 5 hari demam dan suhu 40 darjah celcius. dengan keizinan Allah, makan vivix 2 sudu, 2 kali sehari semalam.

Syukur hari ni dah boleh keluar wad. Doktor pun terkejut dan ambik darah 2 kali sebab tak percaya apa yang berlaku.

Hebatnya vivix shaklee ni… Allahuakbar!!

– Ida

Testimoni 2:

Vivix bagus. Nutriferon pun bagus. Hari tu adik mak saya yang admit wad sebab penyakit kencing tikus. Lepas ambil 4 sachet nutriferon, alhamdulillah makin ok.

– Zalmin Zakaria

Testimoni 3:

cara atasi penyakit kencing tikus

 

Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit kencing tikus seperti diatas, segera hubungi saya agar ia tidak melarat dan menjadi semakin teruk.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut dan konsultasi eksklusif, saya boleh dihubungi melalui :

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Ketahui Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus

4 thoughts on “Ketahui Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus

  • August 2, 2016 at 5:01 pm
    Permalink

    Assalam sis.. Nk tnyer.. Klo utk anak yg bawah umur 3thun boleh mkn x?

    Reply
    • August 2, 2016 at 10:12 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam En Saiful. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, suplemen yang sesuai dan disarankan ialah Nutriferon & Vita C (Chewable). Untuk 12 tahun ke atas boleh ambil Vivix, Nutriferon dan Vita C (SR atau Chewable). Saya boleh bantu dengan konsultasi lanjut dan penerangan secara mendalam, boleh Call | Whatsapp saya di 019 477 1733. Terima kasih.

      Reply
    • April 12, 2017 at 4:02 pm
      Permalink

      Salam Pn. Noriza.

      Penyakit kencing tikus memang sangat bahaya. Tanda-tanda awalnya nampak macam biasa-biasa sahaja. Sehingga betul-betul disahkan dijangkiti kuman leptospirosis melalui ujian darah oleh doktor.

      Begitu juga dengan kaedah jangkitan atau penyebarannya. Dan jumlah peningkatan kes individu yang menghidapinya pun semakin tinggi dan kerap didengari. Waspada itu pasti, lebih baik bersedia dengan langkah pencegahannya bermula dari awal lagi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge