[Berita Utama] Ibu Idam Kembalikan Bentuk Badan Menarik Selepas Bersalin

Mengapa pentingnya kurus selepas bersalin?. Anda pasti tidak mahu senario seperti ini berlaku:

Kawan Kata: Ehh.. Ni gambar siapa? Muka serupa macam awak. Adik ehh!? (krikk krikk)

Kita Kata: Bukanlah Yong. Itu la saya 3 tahun lepas. Kenapa? (Pandang atas bawah macam tak puas hati)

Tetamu Datang: Pelik la. Apasal tak sama!? (sambil pandang balik atas bawah)

Kita (ngomel dalam hati): (Elehh..macam le dia selim bangat. sama naik je kita ni. Tunggu le 3 bulan lagi, baru awak tau langit tu tinggi atau rendah)


kurus lepas bersalin

Selepas kelahiran bayi, tentu ramai ibu-ibu yang ingin kembali mendapatkan bentuk asal tubuh seperti sebelum mengandungkan anak. Tidak kurang juga yang ingin memperbaiki bentuk badan walaupun asalnya sebelum mengandung memang dah ada berat badan yang tersedia terlebih.

Contohnya berat badan kita semasa mengandung ialan 88kg. Selepas bersalin, tolak berat baby yang keluar (normally 3kg) dan gitu-gini, tinggal 80kg. Berat badan idaman yang kita inginkan paling kurang pun 60kg. So, berat badan yang perlu kita kurangkan ialah sebanyak 20kg. Wow! banyaknya. Macam tak logik je. Boleh ke? Tak pernah dibuat orang agaknya.

Percaya tak? ada orang boleh turunkan berat badan 20kg selepas bersalin. Saya kata ada. Saya juga boleh katakan ia tidak mustahil. Caranya Macamana? Ok, kita tengok dulu puncanya mengapa wujud berat badan berlebihan ketika mengandung sehingga lepas bersalin.

Punca Pertambahan Berat Badan Ketika Hamil dan Selepas Bersalin 

Ada beberapa punca mengapa ibu hamil mengalami berat badan berlebihan selepas bersalin. Ketika hamil, berat badan meningkat secara semulajadi seiring dengan pertambahan berat bayi dalam kandungan. Selain pertambahan cecair amniotik dalam perut dan diet pemakan yang agak luarbiasa berbanding dengan tidak mengandung.

Juga persediaan tubuh untuk penyesuaian hormon mengumpul lemak dan air bagi menghasilkan susu ibu kelak selepas bersalin. Kesemuanya itu adalah normal.

Namun selepas bersalin, tidak semua berat badan berlebihan itu akan hilang begitu sahaja. Tidak semua ibu berjaya mengatasi masalah penyusuan bayi selepas bersalin serta tidak kurang juga yang tidak mempunyai susu langsung. Keadaan ini bergantung kepada keupayaan individu. Keadaan ini secara tidak langsung agak sukar untuk membantu proses penurunan berat badan.

Selebihnya bergantung kepada kawalan pemakanan dan aktiviti fizikal yang aktif. Jika tidak dipantau, bukan sahaja berat badan berlebihan sukar untuk diturunkan, malah mungkin tidak terkawal sehingga menyebabkan obesiti. Mungkin anda perlukan beberapa tips untuk kurus lepas bersalin dengan cepat bagi menghadapi masalah ini.

4 Tips Hilangkan Berat Badan Sehingga 20kg dan Tampil Cantik Menawan

Saya ada kawan bernama Puan Salwa. Dia berjaya kurus selepas bersalin dengan kehilangan 20kg berat badan. Cerita dia macam dalam video kat bawah ni:

Bagus Puan Salwa kita ni. Bijak kawal psikologi sehingga mampu berubah dari berat badan terlebih sampai hilang 2okg daripadanya. Tahniah, mesti dapat hadiah spesel dari suami ni.

Ok, saya kongsikan semula “4 Tips Kurus Lepas Bersalin” yang Puan Salwa ‘share’kan dalam video tadi. Antara ‘point’ pentingnya ialah:

Tips #1 – Ibu lepas bersalin perlu amalkan penyusuan bayi secara eksklusif (tanpa bantuan susu tepung)

Tips #2 – Amalkan pengambilan air tanpa kalori sebanyak yang mungkin(8 gelas atau 3 liter sehari sekurang-kurangnya)

Tips #3 – Jaga kalori makanan yang diambil setiap hari dan pastikan kalori yang diambil tidak melebihi keperluan

Tips #4 – Bantu pemakanan dengan nutrisi yang seimbang supaya sentiasa kekal bertenaga setiap hari

Bantuan Nutrisi Apa yang Sesuai Untuk Ibu Kurus Selepas Bersalin?

Nutrisi suplemen terbukti dapat membantu ibu selepas bersalin untuk di dalam pengurusan berat badan. Melalui gabungan tertentu produk Shaklee, terdapat beberapa set program yang sesuai dan khas bagi ibu selepas bersalin antaranya ialah:

Set Kurus : Bakar – Buang – Bina

  • Lecithin : Berfungsi mengemulsi atau memecahkan lemak dari makanan yang dimakan dan dibuang melalui saluran perncernaan
  • OmegaGuard : Membantu membakar lemak termendap di dalam salur pencernaan untuk dinyahkan dari tubuh
  • Alfalfa Complex: Membantu menyingkirkan toksin dari badan, melawaskan pembuangan dan menyingkirkan lemak dan kolesterol
  • Energizing Soy Protein, ESP : Membantu diet pemakanan dan rasa kenyang lebih lama (meal replacement). Juga membantu memberi tenaga, membina otot dan membentuk sel-sel baru untuk tubuh

Bakar-Buang-Bina

Set Kulit Cantik :

  • Vita-E Complex : Membantu mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas, melambatkan proses penuaan, awet muda, mengurangkan kedutan dan garis halus, memudarkan parut dan jerawat, menghalang pembentukan melanin dan jeragat
  • Vita-C Plus: Membantu penghasilan kolagen dan kulit yang lebih anjal dan cerah, menghalang kerosakan sel kulit disebabkan oleh radikal bebas, mengurangkan kerosakan kulit disebabkan oleh matahari, menghalang pigmentasi (punca jeragat), menjadikan kulit lebih sihat dan lembut berseri
  • B-Complex : Membantu mengatasi masalah kulit kusam, mengelakkan pigmentasi dan tona kulit tidak sekata, mengurangkan masalah jerawat, melembabkan kulit, mengurangkan stress yang menjadi punca jerawat

Vita-E

 

Dengan pengambilan suplemen shaklee yang konsisten, Puan Salwa bukan sahaja dapat kulit yang cantik berseri tetapi juga berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Disamping mengamalkan pengambilan suplemen di atas, ternyata susu badan beliau bukan sahaja tak merudum dan mampu menyusu bayi sepenuhnya, malah siap ada 2 anak susuan lagi. Hebatkan?

Jika anda menginginkan bantuan suplemen untuk kurus selepas bersalin, malah cantik berseri lagi, tambah susu juga; sila hubungi saya segera untuk keterangan lanjut dan konsultasi eksklusif.

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
4 Tips Kurus Selepas Bersalin Sehingga Berat Badan Hilang 20kg!?

Leave a Reply

Your email address will not be published.