Saat kelahiran bayi memang sentiasa dinantikan oleh semua pasangan suami isteri yang telah berumahtangga. Sepanjang tempoh kehamilan yang terkadang mengujakan dan terkadang memberi pelbagai cabaran, kini sudah masanya bayi kesayangan untuk keluar melihat dunia.

Dalam tempoh beberapa hari selepas bersalin, kebiasaannya ibu akan kelihatan agak lemah sebaik bertarung sepenuh jiwa bersama nyawa dan tenaga. Namun itu semua boleh terbalas dengan kelahiran si kecil yang sangat comel.

Dugaan bukan sekadar itu sahaja, ibu selepas bersalin perlu sabar menempuh fasa berpantang pula. Ada yang mudah melaluinya, tidak kurang juga yang sukar pengalamannya. Bagaimana jika luka bersalin lambat sembuh? Tentu menyukarkan bukan?

Mengapa Luka Bersalin Lambat Sembuh

Luka selepas bersalin (atau episiotomi) sememangnya lumrah terjadi bagi ibu-ibu yang bersalin normal tanpa pembedahan. Bergantung kepada amaun luka, masa yang diperlukan mungkin berbeza-beza bagi setiap ibu bersalin untuk luka itu sembuh.

Cepat atau lambatnya proses penyembuhan luka episiotomi ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

#1 – Diet Pemakanan

Penjagaan pemakanan ketika tempoh pantang adalah sangat penting. Dalam fasa ini, terdapat jenis-jenis makanan yang digalakkan dan ada juga yang ditegah untuk dimakan. Tujuannya sama ada untuk memberikan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, mengelakkan angin atau bentan, mengelakkan ketegangan urat, luka menjadi gatal atau bernanah.

Antara makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang dan berkait dengan luka bersalin lambat sembuh adalah:

  • Kulit ayam – Ia mungkin mengandungi antibiotik, hormon atau racun yang sukar dimusnahkan semasa memasak. Kesan sampingannya boleh membuatkan luka lambat sembuh, gatal atau bernanah
  • Makanan laut – ikan tongkol, ikan bawal, sotong dan udang. Ia mungkin mengandungi bahan seperti merkuri, dioksin dan PCB yang boleh membuatkan luka menjadi gatal dan menyebabkan alahan yang teruk.

#2 – Aktiviti Harian

Kurang bergerak, sentiasa berbaring atau terlalu banyak bergerak boleh menyebabkan luka bersalin lambat untuk sembuh. Sebaiknya jangan malas dan terlalu bermanja diri, lakukan sedikit aktiviti ringan bergantung kepada keupayaan diri.

Aktiviti biasa berjalan dalam ruang rumah dan sebagainya mampu membantu proses sirkulasi peredaran darah dengan baik. Darah membawa nutrien dan bahan penting untuk proses penyembuhan luka. Juga baik untuk mengelakkan kejadian kaki bengkak.

Namun, elakkan melakukan kerja-kerja berat yang mungkin boleh meregangkan luka, kemasukan angin atau pendarahan semula pada luka.

#3 – Penjagaan Kebersihan

Menjaga luka akibat bersalin adalah agak rumit dan memerlukan perhatian yang lebih. Belajar cara mencuci dan mengeringkan luka dengan betul mengikut panduan daripada jururawat bertauliah.

Jika dijaga dengan baik, gangguan dan jangkitan kuman boleh dielakkan. Penggunaan bahan mencuci, peralatan, persekitaran dan tertib yang betul adalah langkah yang baik semasa membersih untuk mengelakkan luka bersalin lambat sembuh.

#4 – Kondisi Luka Bersalin

Pastikan tempat jahitan sentiasa kering. Jika anda bersalin secara pembedahan, apabila berdiri dan berjalan, sentiasa tampung abdomen dengan postur badan yang betul. Pegang abdomen berhampiran luka semasa batuk, bersin atau ketawa (ketawa boleh dikawal).

#5 – Kurang Minum Air

Semasa berpantang, ibu lepas bersalin perlu minum air dengan secukupnya. Kekurangan air boleh menyebabkan masalah dalaman sistem tubuh. Kekurangan bendalir dalam badan, dehidrasi, masalah sembelit, lemah badan adalah antara simptom yang disebabkan oleh kekurangan pengambilan air.

Komplikasi masalah sembelit boleh menyumbang kepada masalah luka bersalin lambat sembuh. Banyak atau kuat meneran, duduk terlalu lama ketika membuang air besar dan  tekanan dalaman usus besar antara yang mungkin menyumbang secara langsung.

#6 – Ketidakseimbangan Zat Nutrisi

Dalam fasa berpantang, setiap makanan yang diambil perlu dijaga dan memenuhi kualiti nutrisi. Tidak semestinya mewah dan sedap, tetapi ia perlulah  kaya dengan sumber khasiat dan nutrien yang boleh memberikan tenaga dan mempercepatkan proses pemulihan badan termasuk luka bersalin.

Luka bersalin lambat sembuh biasanya berlaku apabila kita melanggar pantang larang pemakanan semasa tempoh ini. Makanan yang bersifat gatal, tajam, angin, sejuk sama ada dari sumber sayuran, buah-buahan dan sumber daging tertentu perlu dihindari.

Jika tidak, ia boleh sama ada melambatkan atau menyebabkan komplikasi lebih teruk kepada luka bersalin termasuk juga pelbagai masalah lain.

Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu Ibu Dalam Pantang

Beberapa siri produk Shaklee telah dirumus khas untuk membantu mengembalikan tenaga, kesihatan dan pemulihan badan bagi ibu berpantang. Termasuklah dari segi aspek pemulihan luka selepas bersalin.

Ibu berpantang disarankan supaya mengambil Set Lengkap Berpantang untuk hasil yang optimum. Dalam tempoh berpantang, ia juga baik dan selamat untuk diambil oleh ibu menyusu dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi (malah membantu meningkatkan pertumbuhan dan kesihatan bayi).

Set Lengkap Berpantang ini berfungsi dengan cara MEMBANTU:

  • Memberi keperluan nutrisi yang lengkap kepada ibu berpantang
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Ibu berpantang lebih bertenaga dan sentiasa cergas
  • Membantu kestabilan emosi  ibu berpantang dan mengelakkan stress
  • Menjadikan kulit berseri-seri, tidak kusam dan tidak pucat
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Penghasilan susu ibu lebih meriah dan berkualiti tinggi untuk keperluan pertumbuhan bayi
  • Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi supaya tahan lasak dan bebas ancaman penyakit

Bestnya Set Lengkap Berpantang Shaklee! Ini Kisah Saya: 

Assalamualaikum. Hai, nama saya Asilah. Berumur 27 tahun, ada 2 orang anak. Sorang boy dan sorang girl. Yang boy tu, dah 3 tahun 4 bulan. Yang girl tu pulak, baru 7 bulan lebih. Ok, saya nak share something yang best sangat dengan anda semua. Rugi sangat siapa yang tak baca sampai habis  perkongsian saya ni.

Saya ada pengalaman bersalinkan anak saya dengan cara yang berbeza. Si abg tu, bersalin secara czer. Yg si adik tu pulak, bersalin normal. Alhamdulillah anak2 saya sihat, saya pun ok. First time rasa betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee, sebab set pantang ni lah..Masa tu, saya baru beranakkan anak sulung saya. Firas Ammar dilahirkan secara czer seberat 3.5kg.

Dah balik rumah, kak ipar saya hadiahkan set pantang Shaklee ni. Tapi masa tu dia bagi VITALEA, ZINC, B COMPLEX dan VITA C je. Memang sebenarnya saya tak beli apa-apa set pantang lagi pun masa tu. Rezekii…Hehe…Tanpa sebarang jamu, saya hanya bergantung kat set pantang Shaklee ni 100%..

Saya tak join membership Shaklee lagi tau time ni, kak ipar saya je yang bergiat aktif dengan Shaklee. Dalam hati kata la jugak, ok ke Shaklee ni…Vitamin je pun…Selalu orang pantang amek jamu kan..huhu… 14 hari berpantang, berat saya turun, back to normal. Macam sebelum mengandung, 46kg…Sukaa sangat-sangat la..Dah bersalin czer, anak sulong pulak tu kan.Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada set pantang Shaklee.

Yang anak kedua ni pun, saya amalkan set pantang Shaklee. (Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Zinc, Ostematrix dan ESP) Walaupun bersalin normal, saya senang nak buang air besar. Seawal hari ke-3 berpantang, saya dah buang air besar. Ostematrix tu best, melembutkan najis dan sekaligus menyenangkan saya untuk ke toilet. Legaa sangat-sangat.

Set pantang ni bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan. Seriously saya cakap, set pantang ni memang best! Even malam-malam berjaga susukan baby, tapi bila siang tu, tak rasa sakit-sakit kepala pun..(B Complex hindar stress). ESP tu memudarkan strech marks tau..Tak la nampak perut tu hitam je dari kesan strech marks.

Bila saya share cerita set pantang ni dengan kawan-kawan saya, mostly memang akan pilih set pantang ni sebagai pilihan mereka ketika berpantang. Alhamdulillah, apa yang saya kongsikan ni, saya dah lalui dan rasa sendiri kehebatan Set Pantang Shaklee. Tq kepada semua yang baca kisah cinta saya dengan Shaklee ni sampai habis.

– Asilah Azmi, Kulim

luka bersalin lambat sembuh

Acanerr!? Best kan Set berpantang Shaklee ini. Bukan sahaja membuatkan luka ibu yang baru lepas melahirkan anak cepat sembuh. Malah, ia juga membantu ibu rasa bertenaga dan cergas sepanjang masa.

Mesti Cuba >> Set Lengkap tentang Set Berpantang Shaklee 

Adakah anda juga mengalami masalah luka bersalin lambat sembuh?. Dapatkan set ini segera. Inshaa Allah, luka jahitan bersalin anda akan cepat sembuh dan tempoh berpantang anda akan jadi lebih rileks.

Jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Anda akan diberi info lanjut berkaitan produk dan masalah serta konsultasi secara eksklusif. Untuk dapatkan harga bertuah untuk set ini juga pun boleh.

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Luka Bersalin Lambat Sembuh: Kisah Ibu Berpantang Yang Sangat Rileks

4 thoughts on “Luka Bersalin Lambat Sembuh: Kisah Ibu Berpantang Yang Sangat Rileks

  • January 30, 2016 at 1:28 am
    Permalink

    kalau lambat sembuh..

    mesti ada benda tak buat la tu.

    hoho

    Reply
    • January 30, 2016 at 12:24 pm
      Permalink

      Yupp mungkin. Ataupun memang dah nak terjadi. Ada yang boleh kita kawal dan ada juga yang di luar kawalan. Cuma jangan bersedih jika terkena, bersabarlah…

      Reply
    • April 2, 2017 at 5:36 pm
      Permalink

      Tahniah Pn Ainul. Bakal menunggu kelahiran anak ke-3. Semoga dipermudahkan segalanya. jangan takut-takut, awak kan supermom!.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.