Aduhh… Sengsaranya kena GOUT hanya Allah sahaja yang tahu. Macam ada bebola besi berduri dalam sendi tangan dan kaki ni. Banyak makanan kena pantang.

Tapi, boleh tak saya tahu makanan untuk penderita gout yang sesuai? Takut rasanya kalau tersilap makan.

Itu adalah ayat dari seorang pesakit gout sendiri. Memang tidak dinafikan, punca utama gout adalah dari sebab “MAKAN“.

Gout juga tidak terjadi dalam masa 1 atau 2 hari. Ia melibatkan proses yang lama dan panjang. Sebab itu, penghidap gout biasanya terdiri daripada golongan dewasa dan veteran. Mengapa?

Apabila kita tidak ambil berat atau peduli tentang diet pemakanan yang kita ambil sekarang, ia mungkin akan memberi suatu hasil di masa akan datang. Jika ia hasil yang baik, Alhamdulillah.

Jika melibatkan komplikasi yang tidak baik, tentu agak menyusahkan bukan. Ia umpama musuh yang sengaja keluar disaat kita di dalam keadaan yang semakin lemah, dimamah usia umpamanya.

Hari ini, banyak makanan segera atau makanan proses yang terdedah kepada penggunaan bahan kimia. Ia boleh sama ada berbahaya atau tidak, mudah dimusnahkan atau kekal tinggal di dalam sistem tubuh kita.

Dari hari ke sehari, ia akan berkumpul dan memberi kesan tidak baik, ia akan mula mencemari dan membunuh sel tubuh.

Tubuh yang sihat sentiasa bersedia untuk melawan dan menyingkirkan fungsi ini. Namun, apabila kita sering diasak dan pertahanan tubuh menjadi lemah ia mula akan memberi bebanan kepada tubuh.

Ia umpama “BOM JANGKA” yang meletup dan memusnahkan banyak sel-sel badan.

Sel-sel yang mati ini akan terurai dan membentuk asid urik dan jika berlebihan akan menyebabkan ia dominan di dalam saluran darah.

Ia mudah tertumpu kepada bahagian anggota yang banyak begerak seperti sendi tulang dan otot. Pheww..itulah punca kepada penyakit GOUT.

Makanan Untuk Penderita Gout

Antara nasihat yang diberikan oleh doktor kepada penghidap gout adalah serius dalam menjaga pemakanan.

Berhati-hati terhadap setiap makanan yang diambil boleh mengurangkan atau menghentikan risiko gout semakin teruk. Sementara ubat-ubatan dan rawatan tertentu mungkin perlu diambil untuk menyingkirkan masalah gout sedia ada.

Antara makanan yang boleh atau perlu diambil untuk pesakit gout ialah:

+1 – Buah dan sayur

Lobak putih, daun saderi, daun sup, buah ceri dan cuka epal adalah buah dan sayur yang berkesan untuk penyakit gout. Anda juga boleh mengamalkan alfalfa kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien yang boleh mengurangkan asid urik di dalam darah.

Makanan lain yang boleh diambil adalah peria, peria katak, sawi pahit, kacang botor, kailan, ulam raja, pucuk gajus dan pegaga, epal hijau dan buah delima.

+2 – Protein

Ganti ayam daging kepada ayam kampung atau ayam organik. Ayam kampung atau ayam organik mempunyai kadar keasidan yang lebih rendah berbanding ayam daging komersial.

Namun begitu, pengambilannya masih perlu dihadkan kerana ia termasuk dalam kategori makanan berasid. Pesakit gout juga dinasihati agar mengelakkan daging lembu kerana ia mengandungi purin yang tinggi.

Purin adalah zat yang menjadi penyumbang terbesar di dalam pembentukan asid urik. Sumber protein lain yang boleh diambil adalah daging burung merpati dan puyuh, daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak dan arnab.

+3 – Lemak dan minyak

Ganti marjerin, lemak sayuran, krimer minyak sayuran dan minyak sayuran terhidrogen kepada mentega susu asli atau minyak sapi asli.

+4 – Gula

Kopi atau teh tanpa gula amat pelik bagi warga Malaysia. Umpama tiada rasa dan kurang nikmat. Ganti gula pasir bertapis yang biasa dibeli kepada gula merah, madu, gula nipah, gula kabung atau gula kelapa asli sebagai penyedap minuman.

Lebih baik kalau mintum air kosong atau mineral untuk elakkan risiko gout.

+5 – Garam

Ganti garam biasa makanan dengan garam yang lebih baik mutunya seperti garam bukit atau Himalaya salt dan sebagainya. Pernah dengar garam Epsom? Ia bukan untuk dimakan tetapi untuk buat mandi.

Mandi dengan campuran air suam dengan garam epsom sebagai terapi untuk kelegaan meredakan ketegangan otot yang sakit.

+6 – Makanan berminyak / bergoreng

Bukan tak boleh makan makanan bergoreng. Tetapi lebih baik kurangkan. Gantikan penggunaan minyak masak kepada minyak makanan yang lebih sihat seperti minyak zaitun.

Lebih baik gantikan acara masakan menggoreng kepada jenis rebusan atau kukus yang ternyata kurang penggunaan minyak.

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Nampaknya banyak je makanan yang boleh dimakan oleh pesakit gout. Cuma konsepnya KURANGKAN dari kuantiti biasa atau cari ALTERNATIF lain. Ia hanya melibatkan permainan psikologi.

Kuatkan ketahanan diri dari pujukan makanan yang nampak sedap tapi pro-gout (asal makan je gout datang) terutamanya di rumah-rumah kenduri atau musim perayaan.

Ye, percuma dan cuma perlu suap dalam mulut je, tapi AWAS dan hati-hati dengan paras GOUT anda!

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang menghidapi penyakit gout.

Selain daripada menjaga pemakanan, pesakit gout juga dinasihatkan untuk mengambil air kosong yang banyak setiap masa bagi membantu perkumuhan asid urik daripada menjadi batu karang.

Facebook Comments:
Makanan Untuk Penderita Gout Yang Paling Sesuai Kalau Nak Cepat Sembuh

2 thoughts on “Makanan Untuk Penderita Gout Yang Paling Sesuai Kalau Nak Cepat Sembuh

  • March 16, 2017 at 12:10 am
    Permalink

    Pantang silap makan sikit je, gout datang.
    Kesian juga.

    Reply
    • March 16, 2017 at 12:23 am
      Permalink

      Salam Puan Ros,

      Ya, masalah GOUT datang secara kumulatif. Ambil masa bertahun-tahun mengikut perkadaran pemakanan kita. Waktu muda, tubuh berupaya menapis & memelihara tubuh daripada zat bendasing yang tidak diperlukan.

      Sampai masanya, apabila sistem ini semakin lemah, zat bendasing akan mengumpul dalam badan. Contohnya seperti asid urik penyebab gout. Akhirnya, “MAKAN’ itu sendiri jadi fobia buat kita. Pantang tersilap sikit, GOUT datang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.