Harga Retail: RM 298.00

Apakah itu Kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein unik dan komponen binaan asas sel di seluruh tubuh badan termasuk rambut, kulit, kuku, mata, gigi, tisu rawan, tulang, tendon, organ, salur arteri, dinding salur darah, hemoglobin dan juga sel dalam sistem imun.

Kolagen bertanggungjawab terhadap 80% tisu penghubung dan 75% lapisan kulit. Tanpa sumber kolagen semulajadi yang mencukupi dalam tubuh, sudah tentu keupayaan hampir majoriti organ tubuh akan mengalami tekanan dan menjejaskan kesihatan individu. Di sinilah peranan kolagen menjalankan fungsinya.

Namun bukan itu sahaja, kadar kemerosotan kolagen juga boleh disebabkan oleh kerosakan kolagen itu sendiri. Apakah punca-punca yang mungkin menyebabkan kerosakan kolagen? Nantikan kupasannya di sini.

Cabaran Mendatang

Berapakah usia anda hari ini? Ya, faktor usia memang ada kaitan dengan sumber kolagen semulajadi dalam tubuh. Penghasilan kolagen akan merosot berkadar dengan usia setiap individu.

Proses penuaan semulajadi manusia bermula dengan pantas seawal umur 30 tahun, di mana kita akan mula kehilangan 1.5% simpanan kolagen semulajadi setiap tahun selepas itu.

Apabila mencapai umur 40, semasa kebanyakan individu terutamanya wanita akan mengalami perubahan hormon dan fizikal, tubuh sudah kehilangan hampir 15% daripada simpanan kolagen semulajadi.

Kesan kemerosotan kolagen boleh jelas dilihat apabila kulit mula kelihatan kusam, berkedut, timbul garis-garis halus, kuku mudah pecah, rambut gugur dan sendi mudah sakit.

Jika kecekapan tubuh semakin lemah dan tidak ditangani dengan baik demi menghadapi kesan kemerosotan kolagen semulajadi, tidak mustahil kita boleh kelihatan tua di usia muda. Memang menakutkan bukan?

Kehilangan kolagen semulajadi boleh diatasi dengan pengambilan suplemen. Pengambilan kerap dan betul kolagen dalam bentuk pemakanan tambahan mampu menggantikan kehilangan kolagen semulajadi dalam tubuh dan memberi pelbagai khasiat kepada kulit.

Manfaat suplemen kolagen termasuklah mengembalikan keremajaan dan kesihatan kulit, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus penuaan, menguatkan kuku serta memperbaiki kondisi rambut.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder adalah sumber kolagen berasaskan suplemen yang mengandungi 4000 mg sumber terbaik kolagen RSS (Red Snapper Scale) yang tulen dan berkualiti tinggi.

Keistimewaan kolagen shaklee yang mempunyai jisim molekul yang sangat rendah hampir 1000 Dalton*, memberikan ciri-ciri mudah diserap oleh tubuh dan membantu mempercepatkan sintesis kolagen di lapisan dermis kulit dengan berkesan.

Shaklee Collagen Powder adalah mudah larut dan enak dicampurkan dengan pelbagai makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam bentuk sachet untuk mempermudahkan pengambilan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

* Dalton (u) – unit standard bagi jisim molekul atau atom (1 u = 1.66 x 10-27kg)

Kandungan Utama Shaklee Collagen Powder

Berikut adalah 7 komponen utama bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Shaklee Collagen Powder bagi membantu menambah keberkesanan dan keupayaan kolagen semulajadi dari dalam dan luar tubuh:

  1. Red Snapper Scale (RSS) – sumber kolagen terbaik yang diekstrak dari sisik ikan merah dengan fungsi kebolehserapan tinggi oleh tubuh dan kurang bahan tercemar berbanding sumber haiwan lain

  2. Ekstrak biji camellia japonica – mengandungi asid oliek yang sangat baik untuk melembabkan dan melembutkan kulit, dan antioksidan isoflavone semulajadi yang menghalang serangan radikal bebas

  3. Vitamin C dan vitamin B – vitamin C adalah unsur penting merangsang penghasilan kolagen selain bertindak sebagai anti antioksidan, manakala vitamin B, karbohidrat, lemak dan metabolisma protein bekerjasama menghasilkan tenaga bagi keperluan proses pembentukan kolagen di dalam sel

  4. Ekstrak Pfaffia – dikenali juga sebagai Ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji camellia japonica membantu menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Terkenal dengan keupayaannya untuk mengikat sejumlah besar molekul air dan asid hyaluronic berperanan dalam hidrasi tisu tubuh bagi menjadikan kulit lembut, licin dan lembab.

  5. Ekstrak Shellfish – mengandungi glokusamine yang penting dalam sintesis bendalir synovial untuk memberikan kesan pelinciran kepada sendi dan hidrasi mata untuk melegakan ketidakselesaan

  6. Elastin – sumber daripada kolagen ikan yang berfungsi menjadikan kulit lebih fleksibel dan tegang, memberikan kesan keanjalan dan elastik apabila kulit ditekan.

  7. Lactobacillus asidophilus – Sejenis bakteria baik yang membantu keseimbangan dalam saluran pencernaan bagi menambah kecekapan tubuh dalam proses penyerapan kolagen

Order Sekarang!

8 Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder

  1. Anti penuaan – membantu melindungi dan memelihara kesihatan sel dan mengurangkan kesan penuaan sel seperti mengecilkan liang pori-pori, kedutan kulit dan garis-garis halus di muka

  2. Memperbaiki hidrasi sel – membantu mengekalkan kelembapan kulit agar sentiasa segar dan nampak lebih muda

  3. Mengembalikan keanjalan kulit – membantu memperbaiki fleksibeliti dan elastisiti kulit yang memberi kesan ketegangan dan mengelakkan kedutan pada kulit; termasuk membantu keanjalan payudara bagi wanita.

  4. Awet muda – membantu regenerasi sel bagi menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan segar bagi memelihara kesan kulit tegang, lembut, licin dan lembab; 4 aspek wajib kelihatan muda sentiasa

  5. Kesihatan kuku dan rambut – membantu memperbaiki kekuatan kuku agar tidak mmudah pecah serta membantu penghasilan keratin bagi kesihatan rambut dan mengelakkan kekeringan kulit kepala.

  6. Menyokong Kesihatan tulang dan sendi – membantu memelihara komposisi struktur matrik tulang daripada kehilangan jisim akibat penuaan dan membantu mengatasi masalah kesakitan sendi serta inflamasi otot

  7. Menyerlahkan kecerahan kulit – membantu mengurangkan simptom-simptom penuaan kulit seperti ketidakstabilan pigmentasi, jeragat kulit dan tona kulit tidak sekata.

  8. Menganjalkan Aset Wanita – membantu menegang dan menganjalkan payudara mengembalikan rahsia keremajaan setiap wanita

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di atas atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan, sila isikan maklumat anda di bawah dan hantarkan kepada kami:

Nama Anda*

Alamat Email Anda*

No. Telefon (Optional)

Perkara*

Ringkasan Order/Pertanyaan