Order Sekarang!

Menyokong Pemuliharaan dan Penjagaan Kesihatan Tubuh Badan Anda

Zinc (Zn) adalah unsur mineral surih yang penting kepada haiwan dan tumbuhan termasuk manusia. Ia diperlukan untuk mengaktifkan pelbagai fungsi biologi dan memainkan peranan penting kepada lebih 300 enzim di dalam tubuh badan manusia.

Tubuh seorang dewasa mempunyai lebih kurang 2 – 3g kandungan zinc. Ia terdapat pada kebanyakkan bahagian tubuh seperti di organ dalaman, tisu, tulang, bendalir tubuh dan sel.

90% daripada kandungan zinc dalam tubuh terdapat pada otot dan tulang.

Manakala kepekatan zinc yang tinggi terkandung di dalam kelenjar prostat dan air mani individu lelaki yang berkaitrapat dengan aspek kesuburan.

Sumber Zinc Semulajadi

Zinc boleh didapati secara meluas di dalam sumber makanan.

Tiram mempunyai kandungan zinc yang lebih tinggi dalam kategori makanan laut. Daging lembu menjadi sumber diet kegemaran dan popular dalam kalangan orang ramai untuk mendapatkan zinc.

Avocado dan delima terpapar dalam senarai utama kategori buah-buahan yang mengandungi kandungan zinc tertinggi. Kategori sayuran pula di dahului oleh kobis dan kekacang legume.

Namun, sumber zinc dalam diet terbaik adalah dari daging kerana ia lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding makanan berasaskan tumbuhan.

Sumber utama zinc dalam makanan ialah:

  • daging lembu
  • daging ayam
  • ikan
  • makanan laut
  • buah avocado
  • pisang
  • Anggur kering dan prunes (10 makanan kaya dengan zinc)
  • sumber kekacang dan legume

Sumber Zinc Dalam Suplemen

Shaklee Zinc Complex adalah sumber zinc berasaskan suplemen yang diciptakan khas untuk memberi keperluan zinc kepada tubuh kita seharian.

Ia memainkan perananan dalam menambahkan faktor penjagaan kesihatan serta membantu metabolisma karbohidrat, protein dan lemak.

Ia turut membekalkan sumber kalsium sampingan untuk menambahbaik Zinc Complex menjadi produk yang lengkap untuk penjagaan kesihatan yang berkesan.

Diperbuat daripada zinc glukonat dan digabungkan dengan beberapa mikronutrien semulajadi lain seperti alfafa dan kalsium untuk membantu keberkesanan penyerapan zinc ke dalam tubuh.

Zinc glukonat digunakan meluas untuk tujuan perubatan sejak lama dahulu untuk mengatasi masalah kekurangan zinc di dalam tubuh dan merawat demam selesema.

Zinc Complex sesuai untuk pengambilan jangkamasa panjang. Ia berkesan membantu menyingkirkan toksik logam berat seperti kadmium dan plumbum yang mungkin terdapat di dalam tubuh dan amat membahayakan kesihatan.

Terdapat 120 tablet di dalam satu botol Zinc Complex; mengandungi 120mg kalsium (kalsium fosfat) dan 15mg zinc (zinc glukonat) di dalam setiap tablet.

Bebas gluten, tiada perasa, pemanis dan pewarna tambahan untuk memberikan sumber zinc semulajadi kepada tubuh anda.

Keperluan dan Manfaat Zinc Untuk Tubuh

  1. Membantu pertumbuhan dan perkembangan sel
    • Zinc sangat diperlukan oleh ibu sedang mengandung untuk pertumbuhan fetus dimana ia adalah fasa sel sangat cepat membahagi dan membentuk organ dan sifat-sifat fizikal janin.

    • Zinc juga membantu masalah ketidaknormalan jantung bayi (kongenital abnormalities) dan masalah kelahiran pra-matang.

    • Selain itu, zinc turut diperlukan memelihara pertumbuhan aktif – ketinggian, berat badan dan perkembangan tulang – bagi bayi, kanak-kanak & remaja.

  2. Membantu kesuburan lelaki dan wanita
    • Kehadiran unsur zinc dalam tubuh amat membantu sistem kesuburan bagi lelaki. Ia membantu melindungi kesihatan prostat daripada jangkitan (prostatitis) dan pembengkakan luarbiasa (prostatic hypertrophy).

    • Zinc juga berupaya membantu menambah kepekatan air mani dengan menambah bilangan sperma menggalakkan pergerakan aktif sperma disamping mengekalkan tahap normal serum testosteron.

    • Bagi wanita, zinc membantu mengurangkan gejala akibat kedatangan haid dan meringankan sindrom premenstrual (PMS – Premenstrual syndrome)

  3. Membantu kekuatan sistem imun
    • Diantara semua vitamin dan mineral, zinc menunjukkan kesan paling aktif terhadap sistem imun manusia. Ia memainkan peranan penting terhadap T-sel. T-sel (L limfosit atau sel thymus atau sel darah putih) ialah sel yang bertanggungjawab terhadap tindakbalas imun dan penyesuaian imun terhadap serangan penyakit. Kandungan zinc yang rendah mengakibatkan kelemahan t-sel dan mengurangkan keupayaan sistem imun untuk mengenalpasti dan melawan jangkitan tertentu yang menyerang tubuh.

    • Keberkesanan zinc terbukti di dalam mencegah pneumonia dan diarrhea serta beberapa masalah jangkitan lain.

    • Zinc juga membantu memendekkan tempoh waktu dan mengurangkan kesan gejala demam selesema.

  4. Membantu merangsang deria bau, rasa dan selera makan
    • Zinc membantu mengaktifkan kawasan dalam otak yang menerima dan memproses maklumat dari deria pengesan berkenaan rasa dan bau. Paras zinc dalam plasma darah membantu kesan zinc terhadap nutrien lain seperti kuprum dan mangan yang mempengaruhi kecenderungan selera makan.

    • Selain itu, ia turut membantu dalam merawat aneroksia iaitu kehilangan selera makan dan takut gemuk.

  5. Membantu memelihara kesihatan kulit, kuku dan rambut
    • Zinc amat membantu di dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Ia berperanan di dalam penyembuhan luka atau kulit cedera, merawat jerawat, psoriasis dan neurodermitis.

    • Zinc membantu kesihatan rambut, Kesan kekurangan zinc boleh menyebabkan rambut gugur, rambut rosak dan bertukar perang lebih awal berbanding usia. Kebanyakkan syampu penjagaan rambut mengandungi zinc untuk menghalang kelemumur.

  6. Membantu memelihara sistem penglihatan mata
    • Kepekatan zinc yang tinggi juga terdapat di dalam retina mata. Apabila umur mulai lanjut, tahap kandungan zinc retina juga turut menurun. Ia berpotensi membawa kepada risiko AMD (Age rekated Macular Regeneration) atau lebih teruk lagi akan menyebabkan kehilangan daya penglihatan.

    • Zinc juga berfungsi melindungi mata daripada masalah rabun dan pembentukan katarak.

Order Sekarang!

Siapakah Yang Memerlukan Zinc?

Semua individu memerlukan unsur zinc untuk keperluan tersendiri tubuh badan termasuk:

  • Kanak-kanak dan bayi membesar

  • Remaja aktif dan ingin cantik

  • Dewasa untuk kesihatan dan kelihatan muda

  • Ibu mengandung dan ibu menyusu untuk perkongsian kebaikan

  • Atlet sukan untuk perlindungan

  • Vegetarian untuk keseimbangan

  • Warga tua untuk kestabilan dan keselesaan

Untuk keterangan lanjut dan konsultasi produk secara eksklusif, hubungi segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di atas atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan, sila isikan maklumat anda di bawah dan hantarkan kepada kami:

Nama Anda*

Alamat Email Anda*

No. Telefon (Optional)

Perkara*

Ringkasan Order/Pertanyaan