Datang haid ketika mengerjakan ibadah umrah atau haji sememangnya akan membuatkan wanita berasa kurang selesa dan rasa terganggu. Berpeluang mengerjakan kedua-dua ibadah ini adalah satu rahmat dan memerlukan ketepatan dan kualiti waktu.

Dalam waktu yang terhad, kita tentu sedaya upaya cuba mengawal keadaan ini (kedatangan haid) supaya tidak menganggu perjalanan ibadah ketika sampai waktunya. Untuk perkongsian, saya senaraikan beberapa doa yang boleh kita amalkan bagi menghadapi situasi sebegini.

In Shaa Allah dengan keizinan-Nya, doa ini boleh dijadikan sebagai ikhtiar untuk memberi kemudahan dan kelancaran kepada kita sewaktu ingin menunaikan ibadah umrah atau haji kelak. Semoga bermanfaat.

doa berhenti haid

Amalan dan doa berhenti haid untuk sementara waktu :

(1) Doa : Ikhtiar menangguh dan menghentikan haid untuk sementara waktu

doa berhenti haid

(2) Surah al-Masad : 1

doa berhenti haid 2

(3) Surah Yasin : 38

doa berhenti haid 3

(4) Surah Hud : 44

doa berhenti haid 4

(5) Surah al-Ikhlas :1-4

doa berhenti haid 5

(6) Selawat Nabi

doa berhenti haid 6

Doa di atas dibaca :

  • Selepas kitaran haid terakhir.
  • Dibaca selepas setiap kali waktu solat fardhu.
  • Apabila selesai membaca ayat 2, 3 & 4, tekankan lidah ke lelangit. Tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon Allah hentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji/umrah) lalu di hembuskan ke dalam air.
  • Teruskan dengan membaca surah al-Ikhlas. Ketika berhenti pada setiap hujung ayat, hendaklah disebut niatnya dalam hati disitu. Contohnya “Ya Allah, Hentikanlah darah haid ini untuk sementara waktu”. Lalu di tiup ke dalam air.
  • Akhiri dengan membaca selawat Nabi lalu dihembuskan kedalam air
  • Minum air tersebut.

Amalkan dengan yakin. Insya Allah dengan izin Allah dipermudahkan urusan semasa mengerjakan umrah ataupun haji nanti. Ini adalah usaha kita. Setelah berusaha, kita serahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t. Sekiranya Allah memberi keizinan, kitaran haid akan beranjak ke belakang ke suatu masa yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Kemudian, setelah selesai segala urusan. Bagi mengembalikan semula kitaran haid ke kitaran normal, bacalah doa Nabi Muhammad s.a.w. seperti di bawah (Surah Isra’:80) :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

(waqul rabbi adkhilnii mudkhala shidqin wa-akhrijnii mukhraja shidqin waij’al lii min ladunka sulthaanan nashiiraan)

Dan katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua wanita yang bakal mengerjakan umrah dan haji. Amiin ya Rabb al-‘Alamiin.

Facebook Comments:
Panduan Umrah : Amalan & Doa Berhenti Haid Untuk Sementara Waktu
Tagged on:     

6 thoughts on “Panduan Umrah : Amalan & Doa Berhenti Haid Untuk Sementara Waktu

  • May 11, 2017 at 5:16 pm
    Permalink

    Apabila selesai membaca ayat 1-3, tekankan lidah ke lelangit..

    Ayat yg mna 1 ye.. Xbrape nk clear. .
    Surah Al Ikhlas ke..
    Tq..

    Reply
    • May 11, 2017 at 8:58 pm
      Permalink

      Salam Puan Ezzaty. Maaf atas kesilapan saya. Maksudnya selepas baca ayat no. 2, 3 & 4. Pembetulan sudah dibuat. Terima kasih atas ingatan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.