Setahun yang lalu, saya telah di hubungi oleh seorang wanita yang suaminya penghidap penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP).

Pada masa itu, ITP merupakan penyakit yang sangat asing kepada saya kerana semasa saya ke rumah beliau untuk menghantarkan vivix, baru saya tahu bagaimana ITP tu sebenarnya.

Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) adalah sejenis kecelaruan kepada sistem tubuh yang boleh menyebabkan pendarahan dan lebam yang berlebihan.

Pendarahan yang berlebihan berlaku kerana keadaan platelet yang sangat-sangat rendah. Untuk makluman anda, platelet merupakan sel yang membantu proses pembekuan darah.

Siapa Yang Boleh Terkena Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

ITP yang juga dikenali sebagai Imun Thrombocytopenic Purpura boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia termasuklah golongan kanak-kanak dan golongan dewasa.

Namun begitu, terdapat 2 faktor yang meningkatkan risiko untuk terkena ITP iaitu :

  • Jantina: Wanita mempunyai risiko 2 kali ganda untuk menghidapi ITP berbanding lelaki.
  • Jangkitan virus: Ramai kanak-kanak menghidapi ITP selepas terkena virus penyakit seperti beguk, campak ataupun jangkitan pada saluran pernafasan.

Biasanya kanak-kanak yang terkena ITP akibat jangkitan virus, akan pulih semula tanpa rawatan. Namun, berbeza bagi orang dewasa, masalah kecelaruan sistem tubuh akan menjadi lebih kronik.

Rawatan Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura

Rawatan Idiopathic Thrombocytopenic Purpura bergantung kepada simptom-simpton yang anda hadapi, kiraan platelet dan umur anda.

Andaikata anda tidak mempunyai tanda-tanda pendarahan dan kiraan platelet tidak terlalu rendah, rawatan untuk ITP biasanya tidak perlu.

Jika kes anda lebih serius, anda akan dirawat dengan ubat-ubatan. Jika anda dalam keadaan kritikal, pembedahan mungkin akan dilakukan.

Simptom-simptom Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)

ITP mungkin tidak mempunyai simptom-simptom tertentu. Namun apa yang boleh diperhatikan adalah :

  • Kulit mudah lebam dan lebam secara berlebihan.
  • Pendarahan dipermukaan kulit yang kelihatan seperti bintik merah-ungu, kebiasaannya pada bahagian bawah kaki.
  • Pendarahan yang berpanjangan apabila luka.
  • Pendarahan tiba-tiba dari hidung
  • Gusi mudah berdarah terutama selepas membersihkan gigi
  • Darah dalam air kencing atau najis
  • Aliran haid yang luar biasa
  • Keletihan

Jika anda atau anak anda mempunyai pendarahan yang tidak normal, lebam, bintik-bintik merah-ungu, saya menyarankan anda untuk berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Jika anda seorang wanita yang semakin meningkat usia dan mempunyai pendarahan haid yang agak luar biasa banyaknya, anda juga perlu mendapatkan nasihat dari doktor perubatan.

Ini kerana ia mungkin boleh menjadi tanda anda menghidap ITP.

Punca Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)

Punca sebenar ITP tidak diketahui. Kerana itulah ia dirujuk sebagai idiopathic yang bermaksud “sebab yang tidak diketahui”.

Namun begitu, apa yang kita tahu, bagi individu yang menghidap ITP, sistem imun mereka tidak berfungsi dengan baik dan ia akan mula menyerang platelet seolah-olah mereka adalah bendasing.

Antibodi yang dihasilkan oleh imun sistem anda akan menempel pada platelet, memberi tanda yang ia perlu dimusnahkan. Limpa yang membantu tubuh melawan jangkitan akan mengiktiraf antibodi dan akan mula membuang platelet dari sistem tubuh anda.

Kesilapan yang dilakukan oleh antibodi dan limpa akan menyebabkan bilangan platelet yang berada dalam darah menjadi lebih rendah daripada biasa. Kiraan platelet  normal sepatutnya melebihi 150,000 platelet bagi setiap microliter darah.

Individu yang menghidapi ITP biasanya mempunyai platelet dibawah 20,000. Jika platelet anda jatuh di bawah 10,000 setiap mikroliter, pendarahan dalaman boleh terjadi walaupun tanpa apa-apa kecederaan.

Komplikasi Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)

Komplikasi terbesar ITP adalah pendarahan terutamanya pendarahan ke dalam otak yang boleh membawa maut. Namun, ia adalah sangat jarang berlaku.

Selain itu, komplikasi lain biasanya terjadi berpunca daripada rawatan yang diterima terutama untuk kes ITP kronik.

Rawatan utama ITP kronik adalah menggunakan kortikosteroid. Ia digunakan bagi membantu mengurangkan serangan sistem imun pada platelet.

Namun begitu, penggunaan kotikosteroid untuk jangkamasa panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk kehilangan kepadatan tulang (osteoporosis), katarak dan tahap gula dalam darah yang tinggi yang boleh berakhir dengan diabetes jenis 2.

Andaikata kortikosteroid tidak berkesan, pembuangan limpa akan dilakukan untuk membantu mencegah kehilangan platelet.

Walaubagaimanapun, pembuangan limpa juga akan membuatkan anda kekal lebih terdedah kepada jangkitan.Namun begitu, risiko untuk mendapat jangkitan setelah pembuangan limpa adalah renda jika anda seorang yang sihat.

Tips Kesihatan Untuk Anda

Jika anda merupakan pengidap ITP, saya ingin berkongsi dengan anda langkah berjaga-jaga yang anda perlu tahu :

  • Elakkan mengambil ubat-ubatan yang menjejaskan fungsi platelet terutamanya ubat yang boleh dibeli di farmasi atau dikedai-kedai yang tidak memerlukan perskripsi doktor seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin IB dan lain-lain)
  • Pilih aktiviti fizikal berimpak rendah. Elakkan melakukan sukan kompetitif atau aktiviti ekstream yang boleh meningkatkan risiko kecederaan dan pendarahan.
  • Perhatikan tanda-tanda jangkitan termasuk demam. Segera dapatkan rawatan doktor. Jangkitan kepada anda yang telah membuang limpa mungkin menjadi lebih teruk, lebih lama dan implikasi yang lebih serius berbanding mereka yang masih mempunyai limpa.
  • Kekalkan sistem pencernaan tubuh yang sihat dan minimakan inflamasi (mempunyai kaitan dengan ITP) dengan mengamalkan diet yang sihat dan mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi.

Bantuan Nutrisi Untuk ITP

Selain daripada rawatan hospital, anda juga boleh berikhtiar dengan mengambil suplemen tambahan semulajadi. Di antara suplemen yang membantu pesakit ITP adalah :

  • Vivix Gabungan resveratrol dan polyphenols
  • Omegaguard – Asid lemak omega-3
  • GLA ComplexAsid lemak omega-6

Resveratrol, omega-3 dan omega-3 mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi yang sangat baik. Ia membantu mengatasi masalah keradangan yang biasa dihadapi oleh pesakit ITP.

Kelebihan vivix Shaklee adalah, ia merupakan teknologi terkini dan terhebat daripada Shaklee dimana ia mampu memperbaiki sel tubuh anda sehingga ke peringkat DNA. Tiada suplemen lain setara dengannya.

Pengalaman Penghidap ITP

Kisah dibawah adalah sangat jarang berlaku. Kebiasaannya, ITP akan terjadi kepada wanita. Namun begitu, pesakit yang diceritakan dibawah adalah seorang lelaki yang berumur 51 tahun.

Pertama kali saya berjumpa isteri beliau, beliau sedang berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)

Jika anda salah seorang penghidap ITP dan berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee di atas, hubungi saya untuk konsultasi lanjut. Anda berhak mendapat yang terbaik.

Eksklusif hanya di Yourfabulousmama.Net

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Penyakit Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) Akibat Kecelaruan Autoimun Dalam Sistem Tubuh

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge