penyakit tangan kaki dan mulut

Penyakit tangan kaki dan mulut [HFMD] adalah penyakit endemik yang biasa berlaku kepada kanak-kanak di Malaysia. Dikatakan hampir setiap kanak-kanak pasti akan terjangkit penyakit jenis ini. Apakah itu HFMD, bagaimana ia menyerang kanak-kanak dan apakah langkah kawalan dan  pencegahannya?

     Sehingga penghujung April tahun 2015, sebanyak 13,497 kes HFMD telah direkodkan bagi seluruh Malaysia dengan purata 964 kejadian kes dalam seminggu. Manakala bagi tempoh sama tahun 2014 pula, 7,368 kes telah direkodkan dengan purata 526 kes seminggu. Ini menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 83% kes yang dilaporkan antara tempoh dua tahun berkenaan.

Situasi Semasa Kejadian HFMD di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia

Apakah Punca Penyakit Kaki Tangan dan Mulut [HFMD]?

HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang merebak disebabkan oleh jangkitan enterovirus virus seperti poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

Lazimnya penyakit ini tidak berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun. Walaupun begitu, ia sebenarnya boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Coxsackie virus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya. HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak, masalah jantung  dan jangkitan paru-paru berair.

     Penyakit HFMD selalu berlaku di kalangan kanak-kanak kecil berumur kurang dari 10 tahun. Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kecil. Masa inkubasi adalah 3 ke 6 hari. Masa yang paling bahaya (infectious) adalah dalam masa yang singkat sebelum dan selepas gejalanya timbul.

 

Insiden HFMD tidak diketahui di Malaysia sehingga pada tahun 1998, survelan penyakit ini dimulakan berikutan kejadian wabak HFMD di Sarawak pada tahun 1997. Wabak ini telah melibatkan 2628 kes dengan 31 kematian di mana 29 dari kematian tersebut disahkan disebabkan oleh EV71.

 

Pelan Tindakan Bersepadu Mencegah dan Mengawal HFMD
Ministry of Health, Malaysia

Bagaimana HFMD Merebak dan Menjangkiti Kanak-Kanak?

Penyakit kaki tangan dan mulut ini merebak melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak, air liur, cecair daripada lepuhan tangan dan kaki atau melalui najis mereka yang telah dijangkiti virus ini.

Mereka yang dijangkiti penyakit kaki tangan dan mulut ini berkemungkinan besar akan mengalami komplikasi berbahaya yang boleh membawa maut seperti jangkitan pada sistem saraf (meningitis dan ensefalitis) dan terjadi radang pada otot jantung (myocarditis). Namun ianya jarang berlaku.

penyakit tangan kaki dan mulut

Apakah Simptom HFMD yang Perlu Kita Tahu?

Kita harus memberikan perhatian yang serius apabila anak-anak kita mula mengalami simptom sakit kaki tangan dan mulut seperti di bawah. Dan paling penting, segera bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

  • Tidak membuang air kecil lebih daripada 8 jam
  • Tidak sihat seperti kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah, meragam, tidak dapat tidur atau berpeluh dingin
  •  Sakit kepala, panas badan atau demam dengan suhu badanmelebihi 39°C yang berpanjangan melebihi 3 hari
  • Sakit dalam mulut atau ulser mulut yang semakin teruk
  • Mengalami lemah otot kaki dan tangan
  • Jangkitan salur pernafasan dan ulser tekak
  • Ruam atau berbintik merah bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
  • Hilang selera makan
  • Badan lemah atau letih serta lenguh-lenguh badan
  • Jangkitan mata (tompok atau bintik merah sekitar mata)
  • sakit perut atau cirit-birit
  • Sesak nfas atau bernafas kencang
  • muntah-muntah

Apakah Langkah Kawalan dan Pencegahan HFMD Yang Boleh Diambil?

Ibu bapa hendaklah lebih berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan oleh doktor jika anak sedang dijangkiti HFMD. Sebagai langkah pencegahan untuk mengawal penyakit daripada merebak, berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil :

  • Berikan ruang rehat dengan penjagaan terbaik, tidak membawa anak ke tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan bayi dan lain-lain.
  • Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh atau merawat lepuh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.
  • Membersihkan permainan anak, pakaian kotor serta lantai rumah terutama tandas dengan bahan pencuci pembasmi kuman yang sesuai.
  • Tidak berkongsi barang kegunaan harian seperti peralatan makanan, tuala mandi, berus gigi dan pakaian.
  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  • Sepanjang tempoh kuarantin, elakkan anak daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga  disahkan bebas dari virus HFMD oleh doktor
  • Tingkatkan sistem imunisasi tubuh anak bagi melawan serangan virus HFMD.

Bagaimana  Meningkatkan Sistem Imun Tubuh Kanak-kanak Melawan Penyakit HFMD?

Sehingga kini, tiada perubatan khas untuk menyembuhkan Penyakit tangan kaki dan mulut [HFMD] melainkan hanya untuk melegakan ketidakselesaan gejalanya. Kebanyakan HFMD tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendiri dalam tempoh kebiasaanya 5 hingga 7 hari atau lebih cepat tanpa pengambilan ubat.

Ia 100% bergantung kepada kekuatan tubuh pesakit melawan komplikasi virus.

Salah satu cara mengatasi penyakit kaki tangan dan mulut adalah dengan meningkatkan sistem imunisasi anak dan keluarga melalui kaedah nutrisi vitamin. Di antara suplemen yang tersedia di Shaklee untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan pelbagai serangan penyakit termasuk HFMD ialah:

  • Nutriferon – Berfungsi membantu meningkatkan imun sistem tubuh melalui pengaktifan penghasilan interferon semulajadi dalam tubuh bagi melawan serangan virus.
  • Chewable Vita-C 100mg : Berfungsi membantu mengurangkan dan memendekkan tempoh masa demam. Vitamin C meningkatkan aktiviti sel darah putih, sel antibakteria dan sel pembunuh semulajadi.
  • Mealshake : Protein yang terkandung di dalam Mealshake akan menghasilkan enzim dan immunoglobulin yang akan membantu menghasilkan sel imun seperti antibodi.
  • Performance Drink : Membantu mengekalkan tahap bendalir dalam badan bagi membantu kecergasan dan mengelakkan kelesuan. Kekurangan bendalir dalam badan akan menyebabkan kesihatan anak semakin merosot, letih dan tidak bermaya.

Testimoni Ramai Ibu Bapa Menghadapi Anak Yang Diserang HFMD

Anak saya kena kena HFMD last month..Saya nekad beri 1/4 daripada 1 stick Nutriferon pada adik. Alhamdullillah, dia dah tak demam cuma naik bintik2 je..Si abang umur 2 1/2 tahun, juga demam dan terus saya bagi 1/2 peket.. So, dah ok.. Owh ye!.. saya mandikan dengan Basic H juga..

Foey D BattleCook

 

Salam..nak share pasal Mealshakes dan ESP.. Kulit Wafa lepas HFMD, banyak yang mengelupas dan salin baru. Alhamdulillah sepanjang HFMD saya bagi Mealshakes dan ESP sahhja. Doktor ada bg multivitamin dan ubat gatal untuk diminum jgk, tapi saya tak beri pun kat Wafa. Hihi.. Sebab Mealshakes dah sedia terkandung multivitamin dan mineral yang diperlukan wafa.. Lagipun kandungan protein dalam Mealshakes dan ESP bantu cepatkan proses pemulihan kulit Wafa, Alhamdulillah.. Selesema Wafa pun cepat sembuh sekarang.. Sesudu sehari Mealshakes dan sedikit ESP bantu sihatkan Wafa setiap hari..#sangat in love dengan Shaklee..Terima kasih

Norliza Abdwahab

 

penyakit kaki tangan dan mulut

Alhamdulillah… Danish bebas dari HFMD… Sabtu lepas ada tanda2 jangkitan HFMD, ulser kat lelangit dan bintik-bintik merah kat tapak tangan… Hari ni check, ulser yang 2 bijik dan bintik2 kat tapak tangan dah hilang…Saya berikan Danish Mealshakes dan Chewable Vita-C 2x sehari, dan juga pastikan dia minum banyak air

Tariniwati Badron

Vitamin Untuk Atasi HFMD

 

Jika anak anda menunjukkan simptom-simptom seperti di atas, dapatkan segera Set HFMD (4 produk di atas) bagi membantu meningkatkan imun sistem anak anda dengan segera. Bebaskan anak kita dari jangkitan HFMD. Hubungi saya untuk maklumbalas segera.

ORDER-SEKARANG

– ATAU HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD): Punca Dilemma Si Ibu Beranak Kecil

4 thoughts on “Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD): Punca Dilemma Si Ibu Beranak Kecil

  • September 21, 2016 at 3:54 pm
    Permalink

    I am really impressed with your writing skills as well as with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself? Either way keep up the excellent quality writing, it is rare to see a great blog like this one nowadays..

    Reply
  • December 11, 2016 at 6:44 am
    Permalink

    Rattling fantastic visual appeal on this website, I’d value it 10.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.