Assalamualaikum & Hai Semua!

Alhamdulillah, musim cuti sekolah dah pun tiba untuk penghujung tahun 2015. Tentu ramai yang tercari-cari atau sudah siap merancang untuk memilih lokasi percutian yang best untuk anak-anak dan keluarga. Ke mana pilihan destinasi anda?

Tentu ramai juga di antara kita yang memilih untuk bercuti di dalam negeri. Beruntung kita di bumi Malaysia ni, kerana banyak tempat menarik yang sangat sesuai untuk dilawati, bersantai dan bercuti seisi keluarga.

Apa kata bagi yang belum pernah pergi atau yang dah lama tak pergi, kali ini kita bercuti ke Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highland!.

Wow, mesti best kan. Tempat yang  memiliki udara yang ala-ala sejuk, bunga-bungaan yang cantik, buah-buahan dan sayuran yang segar, kaktus yang menyucuk mata dan tempat pemandangan ladang teh tercantik dan terbaik di Malaysia. Tentu menarik bukan!?.

Apa yang menarik di Cameron Highland? OK, dalam entri kali ini, kami nak highlight salah satu aktiviti terbest di Cameron Highland yang mungkin semua orang suka terutamanya kanak-kanak, iaitu “Pick Your Own Strawberry“.

Petik Strawberi di Cameron Highland

Perjalanan ke Cameron Highland dibuat agak ‘on the spot’, bertujuan nak bawa anak-anak dan mak jalan-jalan sebelum kami (suami isteri) bertolak mengikuti Umrah Ziarah Abu-Dhabi Disember nanti. Konsepnya “balik hari” kerana rumah mak kami hanya terletak di Sungkai, Perak; kira-kira 2 jam perjalanan untuk ke Cameron Highland.

Budak-budak memang sangat suka makan strawberi. Selalu kalau beli dekat fresh market harga agak mahal dan rasa masam serta kurang fresh. So, kami plan bawa mereka untuk petik sendiri buah strawberi di sini. Dan kebetulan banyak ladang strawberi yang menawarkan aktiviti seperti ini.

Kami pergi waktu hari bekerja, so tak ramai orang sangat. Agak relaks sikit perjalanan. Selepas bersarapan di Bharat Tea Plantation (selalunya penuh kalau lalu sini dan memang takde can), kami terus mencari ladang strawberi yang sesuai untuk beraktiviti. Plan nak cari buah strawberi yang kualitinya best dengan tanah ladang yang tak begitu curam dan sulit. Maklumlah musim hujan kan, jalan licin tentu sukar untuk kanak-kanak.

bharat-tea-plantation

Alhamdulillah, survey punya survey, terjumpalah Ladang Soon Cheong ni. Strawberi dia memang besar-besar gred A. Kawasan memetik pun tak la bercuram sangat, mesra kanak-kanak dan kawasan memetik yang tak perlu pergi jauh (bergantung kepada pola musim menuai ladang tertentu).

ladang-strawberi

Harga ditawarkan RM35.00 sekilo, lebih kurang sama dengan kebanyakan ladang lain. So, “on” kan je. Kami diberikan 2 bilah gunting dan sebiji bakul anyam. Selepas penyelia ladang (abang bangla) bagi guide kawasan untuk petik, maka bermula la aktiviti “Pick Your Own Strawberry”.

Tengok buah strawberi dia memang mengancam. Saiz yang besar-besar dan warna merah mengaum sangat menggeramkan hati. Cuma tak boleh rasa kat situ, kena petik-timbang-bayar dulu baru boleh rasa.

Pick-Strawberi
Si abang pandai petik sendiri
pick-strawberi-dhani
Si adik kena perhati sikit, jangan salah petik
strawberi-basket
Wow besar kan!? Nampak sikit, tapi berat lebih dari sekilo.

Jangan Overdose Petik Strawberi

Petik strawberi memang seronok. Cuma kena perlu perhati anak-anak dan pandai agak banyak mana perlu strawberi yang kita nak. Harga agak mahal, kalau terlebih petik rabaklah poket. Tempat lain banyak lagi nak pergi. Hehe…

Istimewanya strawberi kat ladang ni memang manis-manis belaka. Bawak balik rumah kat tanah rendah pun rasanya pun still tak kurang beza. Memang berbaloi petik strawberi di Cameron Highland kat ladang Soon Cheong ni. Saya bagi 5 bintang!.

Bagi yang minat sangat dengan strawberi coklat, boleh beli coklat kat pasar Brinchang kalau nak buat sendiri. Memang ada banyak di jual. So bawak balik, letak strawberi dalam peti sejuk. Panaskan coklat dan tuang atas strawberi kalau nak makan. Tapi rasa natural dia dah terlajak sedap, mungkin sesuai untuk strawberi yang rasanya agak masam.

OK, sampai di sini je. Kalau ada pengalaman lain nanti orang share kat sini. Selamat Bercuti!

Facebook Comments:
Tempat Petik Strawberi Di Cameron Highland Yang Paling Best

16 thoughts on “Tempat Petik Strawberi Di Cameron Highland Yang Paling Best

  • June 16, 2016 at 10:03 am
    Permalink

    Betul tu, strawberi di supermarket & yg atas kek slalunya masam. Bestnya dapat petik sendiri & mkn strawberi manis. Walaupun agak mahal, sekurang2nya puas hati.

    Reply
    • June 16, 2016 at 5:00 pm
      Permalink

      Thanks Zurianny singgah ke sini. Aspek rasa tu satu, pendedahan kepada anak-anak tentang buah, pokok dan persekitaran penanamannya juga sama penting. Bagi anak-anak happy juga satu amal baik.

      Reply
  • September 9, 2016 at 4:15 pm
    Permalink

    Pergi cameron dah banyak kali, tp x pernah lagi pergi kutip strawberry *sobs*

    Reply
    • September 9, 2016 at 10:18 pm
      Permalink

      Alala sianya..ada aktiviti lain lebih best kut Puan Pink selalu buat kat sana. Next time, senang-senang boleh cuba petik strawberi sendiri…

      Reply
  • October 18, 2016 at 10:34 pm
    Permalink

    besarnya strawberi..geram pulak tgok..hihi

    rindu nak pergi cameron lagi…last cik tom pergi tu semua buah kecik lagi…takleh nak petik..sedih..sob2..

    Reply
    • October 18, 2016 at 11:01 pm
      Permalink

      Haa elok le tu kalau cik puan Tom melawat cameron highland. Awal waktu berumhtangga ni memang sesuai honeymoon kat sini. Banyak tempat boleh layan sesi romantik. Hehe

      Reply
  • October 25, 2016 at 12:03 pm
    Permalink

    Harga satu kilo sudah RM 50 wooo..haha

    Reply
  • December 21, 2016 at 5:32 pm
    Permalink

    bulan berapa ya straberi ni masak dan
    boleh di petik?

    Reply
    • December 21, 2016 at 9:08 pm
      Permalink

      Rasanya buah strawberi tiada musim & ditanam secara berpola.

      Sebelum nak petik kat mana-mana ladang, boleh tengok buah yang diorang jual dulu (biasa ada display atas meja untuk dijual). Atau jeling-jeling kat pokok dia. Hehe.

      Kalau buahnya cantik, besar, lebih merah dari putih pangkalnya boleh dipertimbangkan. But tanya harga dulu, kang menyesal. Haha.

      Reply
  • May 11, 2017 at 7:13 pm
    Permalink

    Saya dah pergi cameron highlands ni, baru saya tahu ada banyak tempat petik strawberry, jadi agak keliru juga mana tempat yang best

    Reply
    • May 11, 2017 at 9:38 pm
      Permalink

      Salam Mr. Rujukan. Memang ada banyak tempat yang offer “pick your own strawberry”, kalau pergi pertama kali memang agak keliru nak pilih yang mana satu. kena survey satu-satu.

      Reply
  • July 21, 2017 at 12:03 pm
    Permalink

    pegi sana malas nak petik..makan yang dah siap petik kat Taman Sedia tu..sambil makan scones

    Reply
    • July 21, 2017 at 11:20 pm
      Permalink

      Off course pegi Cameroon mesti cari skon kat taman sedia. Paling suka yang duduk atas bukit tu. Kedai lain pun best juga. Nak petik strawberi kena tengok musim juga. Time banyak hasil ok le. time takde hasil, nengok je el. Hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge