kulit muka rosak akibat kosmetik

Baru-baru ini saya menerima aduan daripada seorang remaja yang mengalami masalah untuk pulihkan kulit rosak akibat kosmetik . Saya agak terkejut apabila mendapat mesej ‘Whatsapp’ pertama daripada beliau:

       Assalamualaikum kak. Boleh tolong saya tak. Sekarang kulit muka saya rosak teruk. Cuba akak tengok muka saya ni (melihat pada foto ‘Whatsapp’). Saya nak keluar rumah pun malu kak…

– Lia(Bukan Nama Sebenar) –

Kulit rosak akibat kosmetik

Kalau dilihat pada fotonya agak kritikal juga ni. Tidak mengapa, saya teruskan dengan sesi konsultasi dan fokus tentang masalah beliau.

Alkisahnya bermula daripada percubaan menggunakan pelbagai produk pengelupasan kulit wajah untuk mencerahkan kulit muka.

Setelah beberapa kali tukar ganti pakai produk yang berlainan, maka kini beliau sedang mengalami komplikasi kesan sampingan yang agak teruk.

        Saya menyesal kak. Tapi, nak kata apa lagi. Benda dah terjadi. Sekarang saya nak usaha pulihkan kembali kulit wajah yang rosak ni. Tak mahu dah guna produk yang macam-macam tu…

 

Faktor dan Punca Kulit Rosak 

Dalam hal ini, agak sukar menentukan punca sebenar mengapa masalah kulit rosak seperti dihadapi Lia boleh berlaku.

Mungkin disebabkan alahan kulit, ketidakserasian produk, cara pemakaian yang tidak betul atau waktu pengunaan yang kurang sesuai.

Atau lebih buruk lagi, mungkin sebab daripada bahan kimia yang terdapat di dalam produk itu sendiri.

Hmm..mungkin kita perlukan tips pemilihan produk kosmetik yang betul atau pilih sahaja produk kecantikan daripada bahan semulajadi.

Kajian menunjukkan terdapat sesetengah bahan kimia yang terdapat di dalam produk kosmetik boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Antaranya adalah merkuri dan hydroquinone.

Merkuri yang terdapat di dalam produk kosmetik boleh mencetuskan sel kanser kulit.

Hydroquinone pula, jika digunakan secara berlebihan (melebihi 10%) akan menyebabkan gangguan pada kulit wajah seperti jerawat, jeragat, hiperpigmentasi dan juga kanser kulit.

6 Tips Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik

Bagi membantu mengatasi masalah kulit Lia, saya syorkan beberapa langkah pencegahan dan pemulihan yang boleh diamalkan. Berikut adalah 6 tips yang telah saya telah kongsikan kepadanya:

#1 – Berhenti dan elakkan memakai  produk kosmetik pada muka

Kulit  sangat sensitif terhadap unsur dari luar terutamanya bahan kimia, lebih-lebih lagi ketika sel kulit sedang rosak atau mengalami iritasi.

Buat masa ini, hentikan sebarang penggunaan produk kosmetik sama ada yang sudah terbeli atau ingin mencuba yang lain.

Ini dapat mencegah kulit daripada terus terjejas dan mengalami komplikasi yang lebih buruk.

#2 – Berikan tempoh bertenang & dapatkan nutrisi vitamin untuk kulit

Berikan masa rehat pada kulit muka yang terjejas melakukan proses pembaikpulihan secara semulajadi tanpa pengunaan makeup asas termasuk bedak dan pembersih muka.

Dalam masa itu, amalkan diet yang boleh membekalkan sumber kepada proses pembaikan sel. Antaranya makanan yang kaya dengan kandungan vitamin A, biotin, vitamin C, vitamin E dan mineral zink.

Pemakanan melalui suplemen turut boleh membantu untuk mendapatkan kesemua sumber vitamin ini dengan kadar mencukupi dan konsisten.

#3 – Awas bahaya terdedah kepada sinar matahari

Terdedah secara langsung dan berlebihan kepada sinar matahari boleh memyebabkan kulit muka yang rosak terasa pedih.

Juga boleh menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di dalam kulit yang bakal menyebabkan berlakunya pigmentasi.

Kesannya mungkin akan menyebabkan tona warna kulit menjadi tidak sekata atau komplikasi jeragat di muka.

#4 – Jangan picit jerawat!

Jangan pelik jika tumbuh jerawat di muka, lebih-lebih lagi di kawasan kulit yang rosak itu. Awas! Ia sering muncul secara tiba-tiba tanpa dikehendaki. Biarkan ia, jangan dipicit atau dipecahkan.

Bakteria di dalam jerawat mungkin boleh memburukkan lagi proses pemuliharaan kulit yang rosak jika dilepaskan keluar.

#5 – Minum air kosong 8 gelas sehari

Air adalah sangat penting untuk badan. Selain untuk membantu proses perkumuhan,  ia juga penting untuk proses detoksifikasi. Detoks merupakan proses penyingkiran toksin yang berlebihan di dalam tubuh.

Semakin banyak air anda minum, lebih banyak toksin yang akan disingkirkan melalui urin dan peluh. Elok untuk membuang segala sisa kimia yang mungkin tersimpan di bawah kulit atau dalam badan.

#6 – Dapatkan sumber protein dan kolagen

Protein dan kolagen bertanggungjawab membantu proses regenerasi sel untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Protein boleh diperolehi dari sumber pemakanan. Manakala kolagen adalah unsur semulajadi di dalam tubuh yang akan semakin berkurang apabila usia semakin meningkat.

Untuk sumber yang mencukupi bagi keduanya, pemakanan nutrisi suplemen sememangnya amat membantu.

 

Nutrisi Suplemen Membantu Kulit Rosak

Setelah menjalani konsultasi eksklusif, sekarang, Lia sedang mengamalkan pengambilan produk Shaklee khas untuk kulit. Antara suplemen yang saya syorkan adalah:

  • ESP – Sumber protein yang penting untuk pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat
  • Gla Complex – Untuk membantu menstabilkan hormon dalaman wanita dan memulihkan kulit yang rosak
  • Vita-C Plus – Membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit yang rosak, membantu penghasilan kolagendan menjalankan fungsi antioksidan
  • Alfalfa Complex – Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh, komposisi darah dan saluran usus
  • Vita-Lea – melengkapkan keperluan nutrisi tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik
  • Collagen Powder – Sumber kolagen premium yang diperlukan untuk proses penyembuhan dan pemulihan kulit rosak
  • Vita-E Complex – Membantu melembapkan kulit, melawan serangan radikal bebas serta memudarkan parut di kulit.
  • Vivix – Membantu memulihkan sel yang rosak sehingga ke Peringkat DNA. Tinggi resveratrol dan polyfenols, antioksidan yang hebat.

 

set kulit cantik shaklee

Ini adalah Set Lengkap Untuk Kulit untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat. Perlu ambil semua ke? Bagus jika ambil semua kalau anda tidak kisah tentang budget. tetapi jika anda ada kekangan budget, hubungi saya untuk bantuan pemilihan mengikut bajet anda. Saya akan bantu anda.

 

     Kak, terima kasih bagi nasihat. Saya memang menyesal kak. Lepas ni saya tak mahu dah guna produk-produk yang pelik-pelik tu. Saya cuba nak konsisten dengan Shaklee aje…

 

Alhamdulillah, dari feedback Lia hari ini, kulit dia dah nampak semakin positif. Walau baru sebulan guna. ESP tu pula baru je seminggu je dia ambil.

 

Testimoni Pengguna Yang Lain

Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.

Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.

Selepas itu, saya memberanikan diri untuk mencuba satu jenama kosmetik tempatan. Kulit muka semakin pulih dan apabila saya berhenti menggunakannya, kulit muka ditumbuhi jeragat dan juga jerawat.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.

Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang

2. Pori-pori mengecil

3. Parut jerawat cepat pudar

4. Jerawat susah nak tumbuh

5. Kulit muka lebih lembut dan lembap

6. Keluar rumah tanpa mekap!

Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi. . Rangkaian Shaklee pilihan saya dan berjaya menjadikan saya lebih yakin dengan kulit saya sekarang. Alhamdulillah.

WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD


pulihkan kulit rosak akibat kosmetik

Encik ini hanya mengambil vivix sahaja. Sesuai untuk anda yang tidak suka mengambil suplemen yang banyak.  Program Cell Detox 14 hari ini memerlukan pengambilan sebanyak 7 botol vivix untuk mendapatkan kesan yang optimum. Cantik sangat kulit encik ni. Berbezakan berbanding sebelumnya. Regime pemakanan vivix 14 hari ini adalah satu program khas. Suplemen dengan teknologi paling hebat dan terbaik di Shaklee. Tiada yang setaranya.

tips pulihkan kulit rosak

Memang fitrah wanita, mudah tertarik dengan tawaran cantik, putih, mulus, gebu, cerah, tegang, kan? Berhati-hati memilih produk kecantikan. Kualiti tidak hanya bersandarkan kepada rupabentuk, harga dan testimoni pengguna semata-mata. Nasihat saya, pilihlah produk yang terbukti secara klinikal semulajadi, selamat dan berkesan. Inshaa Allah kita selamat.

Mengapa Shaklee Bukan Produk Kulit Yang Lain

Set Kulit ini dijamin 100% selamat oleh Shaklee. Semua bahan yang terdapat di dalam produk Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi. Setiap bahan yang digunakan juga telah diuji lebih daripada 350 kali untuk memastikan ia bebas dari pencemaran dan bahan berbahaya. Ia sangat selamat dan terbukti mampu memulihkan kulit yang rosak dengan berkesan.

 

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK ada pada produk Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

 

Anda Perlu Baca :

8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee Adalah Selamat

Berkesankah Produk Shaklee? Apakah Jaminan Pengambilannya Untuk Jangkamasa Panjang?

 

Beli Dari Pakar Bukan Dari Main Tangkap Muat Aje

Untuk mendapatkan hasil dan kesan yang memuaskan, belilah dari pengedar Sah Shaklee yang mempunyai ilmu berkaitan nutrisi dan mampu memberikan konsultasi yang mantap dan berterusan. Pengedar Sah Shaklee yang mampu menjawap setiap pertanyaan anda. Pengedar Sah Shaklee yang boleh berikan tips bagaimana nak jadi lebih cantik dengan cepat dan selamat.

Di antara motivasi saya berShaklee adalah saya mahu semua yang datang kepada saya mempunyai kulit yang lebih cantik kerana saya faham, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Namun, saya mahu semua wanita kelihatan cantik bukan sekadar cantik diluar, tetapi juga sihat di dalam. Itu yang Shaklee mampu tawarkan kepada anda.

Dan saya sangat bersyukur kerana ramai yang suka dengan konsultasi yang saya berikan. Bukan mudah untuk mencadangkan produk yang sesuai dengan masalah dan keperluan pengguna jika tidak cukup ilmu di dada.Saya siap pergi ke kelas-kelas ilmu yang berbayar demi melengkapkan diri dengan ilmu nutrisi.

 pengedar shaklee kulim

Menjadi kepantangan saya mendengar pelanggan bercerita mereka membeli dengan pengedar lain tetapi kemudiannya di suruh untuk google untuk tahu cara pengambilan suplemen yang ada. Tak patut kan? Sepatutnya, harga yang anda bayar disertakan sekali dengan konsultasi.

Jadi, tepuk dada dan tanya selera anda. Anda berhak memilih yang terbaik.

 

Pertanyaan | Order

Jika anda mengalami permasalahan yang sama seperti di atas, segera hubungi saya. Dapatkan Set Kulit mengikut bajet anda. Sayangi diri anda,  Kerana Dirimu Begitu BerhargaOrder-Now

– Atau Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik Dengan Set Kulit Shaklee

28 thoughts on “Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik Dengan Set Kulit Shaklee

  • March 6, 2016 at 11:06 pm
    Permalink

    Salam kak..saya nak tanya..jika menghadapi masalah kulit muka yang agak nipis akibat pemakaian produk yang menghakis kulit. Adakah ianya boleh sembuh dan menebalkan balik kulit muka jika konsisten mengikut tips2 diatas?

    Reply
    • March 6, 2016 at 11:29 pm
      Permalink

      Inshaa Allah boleh Aida. Pendekatannya lebih kepada Stop – Rest – Rebuild.

      Untuk penerangan lanjut Whatsapp akak di 019 – 477 1733. Kita diskas detail kat sana ya.

      Reply
  • March 13, 2016 at 2:44 pm
    Permalink

    Akak.. Skiranya kulit nipis dan mudah bjerawat, shaklee jnis apa yg amat sesuai d gunakan?

    Reply
    • March 16, 2016 at 5:25 pm
      Permalink

      Produk yang sesuai utk kulit nipis dan mudah berjerawat: Vivix + ESP + Vita-C. Untuk keterangan lanjut & konsultasi boleh whatsapp akak kat 019-477 1733. Juga boleh dapatkan produk tertentu pada harga promo!

      Reply
  • April 6, 2016 at 10:32 pm
    Permalink

    assalam sis…saya wax upper lips saya guna satu krim ni..lepas wax saya perasan kulit upper lips saya ni lagi putih dari kulit asal muka saya.memang ketara sangat..orang boleh nampak seakan macam misai putih sebab kulit upper lips saya lebih putih dari kulit muka saya..shaklee yang mana patut saya ambil…mohon sis bantu saya..

    Reply
    • April 6, 2016 at 11:54 pm
      Permalink

      Wsalam sabila. Mohon sabila Whatsapp saya di 0194771733 untuk konsultasi lanjut. Terima kasih 🙂

      Reply
  • August 15, 2016 at 10:56 am
    Permalink

    Salam kak .. saya ada masaalah kulit pada muka .. kadang3 kemerahan dan ada mcm ruam di muka . produk apa ptut sy guna ..dan pencuci muka mcm mana yg bagus untuk sy

    Reply
    • August 17, 2016 at 11:50 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Syuk. Kulit muka bermasalah boleh di atasi secara dalaman dan luaran. Untuk dalaman saya sarankan vitamin untuk kulit muka. Untuk luaran, ada dua jenis set pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Akak perlukan sedikit info tentang masalah dan jenis kulit muka Syuk sebelum konsultasi boleh dibuat. Hubungi akak di SMS |Whatsapp | Call : 019 477 1733. Insha Allah akak yang beri yang terbaik untuk Syuk.

      Reply
  • October 6, 2016 at 6:29 am
    Permalink

    Sgt2 membantu..sy pn prnh minum esp.. if korang ade mslh jerawat/jeragat/parut /kusam/gelupas dll blh wsp sy 0182500849..sy beauty consultant Mary Kay berdaftar..or blh view ig sy at fiera.mary.k tq

    Reply
    • October 26, 2016 at 4:45 pm
      Permalink

      Akak ada blog or kedai online FB/Insta tak? Boleh tengok produk atau kosmetik yang sesuai untuk masalah kecantikan ni. Boleh exchange link sekali.

      Reply
  • October 11, 2016 at 10:29 am
    Permalink

    As Salam kak.Sejak saya berumur 10 tahun sehingga kini berusia 19 tahun. Pelbagai pencuci muka bertukar2. Sampai saya tngok wajah saya bnyk lubang2 halus. Pakai apa2 produk utk putih pun kulit semakin gelap.

    Reply
    • October 11, 2016 at 1:38 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Cik Khairunisa. Zaman meningkat remaja memang masanya kita sangat suka mencuba. Kalau dari segi kecantikan kita rajin mencuba bahan kosmetik, pencuci muka, syampu rambut dan macam-macam lagi. Mencuba tak salah, cuma mungkin ada sebab & akibat yang perlu kita tanggung.

      Merujuk kepada masalah kulit Cik Khairunisa, kakak perlukan detail sikit untuk sesi konsultasi eksklusif. Hubungi kakak di WA 019 477 1733.

      Dari segi umumnya, untuk memperbaiki masalah kulit ada dua perkara perlu dilakukan. Pertama, merawat dari dalam melalui nutrisi untuk kulit. Kedua, penjagaan & pemeliharaan kulit dari luaran.

      Cantik itu satu anugerah, jangan dipaksa. Cuma, mengembalikan semula kesihatan & keremajaan kulit itu lebih penting.

      Reply
  • November 7, 2016 at 2:27 am
    Permalink

    Salam. Masa rehatkan muka sis sebut jangan pakai apa² termasuk bedak. Kalau sunblock pun tak perlu ke?

    Reply
    • November 7, 2016 at 10:12 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Amira. Jika kulit muka tidak rosak teruk, sensitif atau rasa pedih, boleh guna bedak & sun block yang bersesuaian. Juga pilih yang tidak mengandungi bahan kimia yang merengsa & berbahaya.

      Reply
  • December 3, 2016 at 8:50 pm
    Permalink

    akak saya nak muka saya putih seperti duly boleh kak

    Reply
    • December 6, 2016 at 2:06 am
      Permalink

      As salam Tuan Mohd Nor Fasra.Inshaa Allah dengan izin Nya. Saya perlukan maklumat lanjut mengenai masalah kulit muka tuan sebelum saya berikan konsultasi lajut. Hubungi saya segera, SMS | Call | Whatsapp di 019 477 1733. Terima kasih.

      Reply
  • January 7, 2017 at 6:02 am
    Permalink

    Assalam kak. Saya ad masalah kulit muka berubah menjadi merah. x kira sejuk atau panas muka sy pandai berubah warna kpd merah. mcm kena sunburn saja. ramai org tegur knp merah. pliss kak, boleh bantu saya. saya nak kulit normal mcm org lain. sy x nak putih pun. janji kulit saya x merah. tq kak.

    Reply
    • January 7, 2017 at 11:08 pm
      Permalink

      Salam Cik Marianna,

      Wow ini kes “flush face” orang putih kata. Ia berkaitan tindakbalas penyaluran lebih darah ke muka ketika suhu tertentu.

      Normal apabila kulit muka bertukar warna kemerahan ketika waktu cuaca panas atau hangat. Dan bertukar kebiruan ketika cuaca sejuk.

      Namun, masalah menjadi merah ketika sejuk mungkin disebabkan oleh faktor tertentu.

      Akak perlukan lebih detail mengenai masalah Marianna. Hubugi akak segera di 019 477 1733.

      Reply
  • January 7, 2017 at 6:50 pm
    Permalink

    Salam akak..nak tnya klau kulit muka rosak tu boleh x guna sabun..sy mmg xpkai ape ape dh tp still pkai sabun sebab klau x pkai mmg brmnyak n x selesa..

    Reply
    • January 7, 2017 at 11:15 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Watie,

      Kalau selepas pakai sabun tiada rasa pedih, kering atau kulit mengelupas teruk, it’s ok kalau nak teruskan.

      Kalau nak konsultasi untuk pembaikpulihan kulit muka, boleh hubungi akak segera,

      SMS | Call | WA : 019 477 1733

      Reply
  • January 22, 2017 at 4:15 pm
    Permalink

    takut kalo salah pilih produk…mcm shaklee ni bahan semuljadi, maka bagus dan x rosak kulit

    Reply
  • January 30, 2017 at 10:32 pm
    Permalink

    Salam akak. Sy ada masalah kulit muka rosak. Muka belang2 . Sunburn teruk. Dah 3tahun dh mcm ni. Sy malu nk keluar dgn kwn2 sbb yg lain semuanya cantik. Kulit sy sensetif sngt dengan matahari, kulit makin menipis. Sedih kalau tengok kulit muka sy sekarang. Sy harap akk dpt bantu sy. Wssp sy 010 – xxx xxx61

    Reply
    • January 30, 2017 at 11:10 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Fatin,

      Nampaknya seperti masalah kulit sensitif. Inshaa Allah akak akan bantu sebaik mungkin. Kita chit chat di whatsapp ya.

      Reply
  • February 12, 2017 at 4:22 pm
    Permalink

    Assalam kak .saya nak stop gune produk sy yg sy gune skrg sbb sy baru dpt tahu produk tuh ad bahan kimia yang sangad banyak. Tapi saya takot nk stop sbb takot muke jadi terokkk. Sy dah pakai produk tuh lama dah.dah nak masok 3tahun tak stop . Boleh tak akk tlg :'(

    Reply
    • February 12, 2017 at 5:54 pm
      Permalink

      Salam Cik Syiefa,

      Boleh tiada masalah. Hubungi saya di 019 – 477 1733. Inshaa Allah saya akan berikan nasihat dan bantuan terbaik.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.