Sambil saya duduk-duduk melayan karenah anak-anak, mata ralit melihat kulit sendiri. Terlintas beberapa persoalan di fikiran saya, adakah sel kulit saya sihat? Macamana nak tahu sel kulit saya sihat? Apakah rahsia untuk dapatkan kulit yang sihat dan kekal cantik?

Setelah membuat beberapa pembacaan lanjut, saya dapati rahsia kulit cantik, licin dan berseri; kunci utamanya ialah dengan menjaga kesihatan tubuh dan berusaha mengekalkannya pada tahap yang optimum. Aspek pemakanan dan penjagaan luaran tubuh amatlah penting. Apabila dalaman kita sihat, ia akan terserlah ke pandangan dari luaran.

Tahukah Anda? Lebih kurang sejumlah 40,000 sel kulit mati akan hilang dari kulit pada setiap minit tanpa kita sedari!?


Rahsia Kulit Cantik

Mekanisme Gantian Sel Kulit Mati

Sistem tubuh kita dicipta dengan sangat sempurna. Kitaran regenerasi sel kulit berlaku setiap 28 hari. Apabila sel baru terbentuk, sel lama atau sel mati akan diganti dipermukaan paling luar kulit. Bagi menggantikan sel kulit yang telah mati, beberapa proses tertentu akan berlaku pada sel tubuh iaitu :

  1. Membina Semula – Lapisan epidermis sentiasa menghasilkan sel kulit baru untuk menggantikan sel lama yang telah mati.
  2. Memperbaiki Sel – Sel kulit (fibroblas) mampu menghasilkan kolagen. Fibroblas menggantikan fiber kolagen yang rosak dengan yang baru apabila diperlukan

Namun begitu, seiring dengan peningkatan usia, penuaan kulit akan terjadi. Keupayaan untuk tubuh membaiki dan membina semula sel menjadi semakin kurang efisien.

Sebelum itu, mari kita fahami dahulu apakah punca utama berlakunya penuaan kulit. Ia terbahagi kepada faktor luaran dan dalaman iaitu :

1 – Luaran (ekstrinsik)

  • Radiasi UV
  • Pemakanan tak sihat
  • Pencemaran
  • Merokok
  • Alkohol

Nota: Faktor luaran akan mempengaruhi faktor dalaman

2 – Dalaman (intrinsik)

  • Penuaan sel
  • stress oksidatif (radikal bebas)

Nota: Penuaan kulit secara intrinstik ditentukan oleh faktor genetik dan hasil metabolik seperti stress oksidatif

Tanda-tanda Penuaan Kulit & Cara Mengatasinya

Antara tanda-tanda penuaan kulit yang biasa terjadi adalah seperti berikut:

  • Kulit semakin menipis
  • Kulit berkedut
  • Kulit hilang keanjalan
  • Tona warna kulit tidak sekata
  • Kulit berjeragat
  • Kulit mudah dijangkiti penyakit

Proses penuaan kulit sememangnya tidak dapat dielakkan seiring dengan peningkatan usia individu. Bantuan secaa kosmetik seperti solekan, pembedahan plastik, suntikan serum, rawatan laser dan sebagainya mampu mengatasi penampakan kesan penuaan. Namun, adakah ini jalan yang terbaik atau sekadar samaran sementara?

Sudah tentu jika boleh, kita mahu mengekalkan keremajaan kulit selama yang boleh. Kita tidak mahu kelihatan tua sebelum usianya (umur muda tapi nampak tua). Dan cara semulajadi adalah yang terbaik yang kita juga mahu.

Pendekatan terbaik adalah memahami keperluan nutrisi untuk sel kulit kita. Ya! sel kulit kita juga memerlukan nutrisi vitamin dan mineral untuk aktif. Sesetengahnya disintesis di dalam tubuh kita, dan setengah lagi diambil dari sumber luar melalui pemakanan. Apakah rahsia kulit cantik yang perlu kita tahu?

rahsia-kulit-cantik-follow-ig

Rahsia Kulit Cantik Berseri Dengan Nutrisi Vitamin Semulajadi

Berikut adalah antara produk Shaklee yang boleh diguna secara khusus membantu memenuhi keperluan nutrisi untuk kulit. Kandungan vitamin dan mineral yang penting untuk menyokong aktiviti sel kulit terkandung di dalam ramuan khasnya.

#1 – Vivix 

Penuaan adalah proses selular. Apa yang kita lihat dibahagian luar, adalah refleksi terhadap apa yang berlaku di dalam sel. Vivix kaya dengan khasiat phytonutrien dan agen antioksidan yang membantu:

  • Membaiki sel DNA tubuh yang rosak dan mengurangkan inflamasi – Reseveratrol adalah antioksidan yang melambatkan kitaran sel dan kematian sel. Dengan itu, proses penuaan dapat dilambatkan. Ia juga membantu inflamasi dan meningkatkan ketahanan antioksidan untuk kulit yang lebih sihat.
  • Meningkatkan penghasilan tenaga – Vivix membekalkan khasiat untuk kulit, menyahtoksin kulit dan memberi tenaga dan kekuatan kepada badan. Hasilnya, kulit akan tampak lebih berseri dan bersinar.
  • Mengelakkan akumulasi protein AGE –  Peningkatan protein AGE akan menyekat penghasilan dan fungsi kolagen dan elastin. Lagi banyak protein AGE dalam badan, lebih mudah kulit mejadi teruk akibat kerosakan oleh cahaya matahari. Vivix menghalan pembentukan Protein AGE.

#2 – Collagen Powder

Membekalkan sumber kolagen luaran untuk menyokong penghasilan kolagen di dalam tubuh bagi membantu fungsi:

  • Anti penuaan : mengecilkan liang pori-pori yang kelihatan.
  • Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengembalikan keanjalan : menjadikan kulit lebih tegang, lebih anjal dan lebih lembut
  • Melembap :  Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka
  • Meningkatkan pergerakan : menyokong kesihatan sendiri dan kekuatan tulang
  • Mencerah : mengurangi pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata
  • Menegang : membantu menegang dan menganjalkan payudara
  • Menyubur : menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar

Collagen Powder daripada Shaklee terbukti dapat memperbaiki tekstrur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Statistik menunjukkan 71% orang merasa tekstrur kulit bertambah baik selepas menggunakan collagen powder Shaklee selama 8 minggu.

#3 – Sustained Released Vita-C

Membantu mengurangkan oksidasi dan menyokong penghasilan kolagen. Vitamin C dan kolagen berfungsi bersama-sama di mana vitamin C membantu menggalakkan penghasilan kolagen. Tanpanya, penghasilan kolagen akan berhenti. vitamin C juga membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas dimana radikal bebas akan menyebabkan kerosakan kolagen, kulit kering, garis halus dan kedutan.

Sumber utama vitamin C Shaklee adalah daripada ekstrak kanji jagung. Ia mempunyai kadar keasidan yang lebih rendah dan sesuai untuk mereka yang mengalami masalah gastrik. Mengandungi bahan semulajadi bioflavanoid, hesperidin dan tambahan ekstrak rose hips untuk meningkatkan keberkesanan fungsi vitamin C.

Dipertingkat dengan teknologi sistem pelepasan berperingkat, dimana 100mg SR Vita-C (lebih kurang 1 setengah biji oren) akan dilepaskan dalam tubuh setiap 1 jam sekali dalam tempoh masa 5 jam.

Apa Kata Mereka Yang Telah Mencuba Shaklee?

Saya guna Collagen Powder Shaklee untuk atasi kulit muka yang berjerawat dan berparut. Kesannya memang puashati!

Azlina Aziz


Alhamdulillah. Jeragat semakin hari semakin pudar. Dulu takut yang lihat muka sendiri pada cermin. Sekarang, ramai rakan yang bertanya tentang rahsianya. Jawapannya ada pada Collagen Powder Shaklee.

Wan Marziana


Rakan saya berumur 40-an. Mula guna 1 kotak Collagen Shaklee, sekarang dah masuk yang kedua. Memang nampak perubahan pada kulit muka dia dari kelihatan kusam kehitaman jeragat kepada lebih cerah kemerahan dan nampak pinkish sikit. Alhamdulillah. Dia minum campur dengan jus contohnya sunquick botol atau yang dalam kotak tu.

Nur Liyana Mat Daut


Untuk kurangkan jerawat; ambil Alfalfa untuk detox, Zinc untuk sembuhkan luka dan GLA untuk regulasi hormon (jerawat biasanya berkaitan hormon). Konsisten ambil dan jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Nak kulit lebih cantik, baru tambah Vita-C, Vita-E, Collagen dan Vivix.

Fadhilah Hussin



Jom ! bongkarkan rahsia kulit cantik dengan Vivix, Collagen Powder dan SR Vita-C Shaklee sekarang!.

Hubungi saya untuk konsultasi eksklusif dan maklumat lanjut.

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “mahal” harganya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Rahsia Kulit Cantik Berseri Dan Bebas Cela
Tagged on:                     

2 thoughts on “Rahsia Kulit Cantik Berseri Dan Bebas Cela

  • December 9, 2015 at 4:15 pm
    Permalink

    Sangat betul tue.
    Umur bila makin meningkat banyak sel sel dalam badan rosak kan.
    Pencegahan awal lebih baik kan.

    Reply
    • December 9, 2015 at 11:29 pm
      Permalink

      A ah..Hari tua pasti datang, cuma kena sedia dan dilalui dengan tenang. Ramai juga yang umur nampak tua tapi kudratnya still macam orang muda. Tu kena bersungguh-sungguh jaga badan & pemakanan sejak sedari muda atau sekarang.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.