Tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk memberi perkongsian tentang alternatif rawatan penyakit Bell Palsy. Ia bermula dengan kisah salah seorang rakan Shaklee kami yang telah diuji dengan serangan penyakit Bell Palsy baru-baru ini.

Ia datang secara tiba-tiba dan menyebabkan beliau terpaksa berusaha pelbagai rawatan untuk kembali sembuh. Emm.. Sebelum itu, adakah anda tahu mengenai penyakit Bell Palsy? Saya pun baru tahu perkara ini.

Sebelum kita pergi lebih dalam, saya boleh katakan Bell Palsy adalah suatu penyakit yang serius. Secara amnya, ia dikaitkan dengan kelumpuhan otot sekitar sebelah muka pesakit. Biasanya kelihatan seolah-olah muka kaku atau mengherot sebelah.

Adakah orang-orang tertentu sahaja yang bakal mengalaminya? atau mungkinkah kita juga pernah ada tanda seakan-akan mengalaminya? Jom, kita selami dulu info penyakit ini.

Apakah Itu Bell Palsy?

Penyakit Bell Palsy adalah sejenis penyakit berkenaan kelumpuhan atau kelemahan otot pada hanya sebelah muka.

Ia disebabkan oleh kerosakan saraf yang mengawal otot muka dan menjadikan muka terasa berat sebelah (tiada reaksi otot atau kaku untuk kawalan ekspresi muka).

Masalah kerosakan saraf ini juga mungkin boleh menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa, masalah pengeluaran air mata dan air liur.

Menurut pakar, penyakit ini boleh terjadi dalam masa semalaman sahaja dan mungkin memerlukan beberapa minggu untuk ia kembali normal bergantung kepada tahap keseriusan masalah saraf yang dihadapi pesakit.

Bell Palsy Tiada Kaitan Dengan Serangan Stroke

Bila dengar tentang kelumpuhan sebelah muka, kita mungkin kaitkannya dengan serangan Stroke. Itu mungkin tanggapan pertama kita. Namun, menurut sumber laman WebMD, Bell Palsy dikatakan tiada kaitan dengan Stroke.

Walaupun Stroke juga boleh menyebabkan kelumpuhan otot muka, ia tidak ada kaitan antara keduanya. Namun jika anda mengalami masalah kaku sebelah muka, jangan ambil risiko!

Jalan terbaik ialah mendapatkan pengesahan dan rawatan daripada doktor pakar. Ia mungkin tanda anda mengalami Bell Palsy, atau juga mungkin tanda masalah penyakit lain yang lebih serius.

Bagaimana Bell Palsy Boleh Datang Dengan Tiba-tiba?

Sehingga ke hari ini, punca terjadinya Bell Palsy masih lagi tidak diketahui. Jelasnya ia dipercayai terjadi akibat masalah gangguan atau tekanan saraf yang mengawal otot pada muka.

Gangguan saraf ini pula mungkin disebabkan oleh keradangan akibat infeksi virus seperti herpes simplex, varisela zoster, Treponema lallidum (penyebab sifilis) atau Epstein-Barr (penyebab demam kalenjar).

Sebenarnya ada banyak masalah penyakit lain yang boleh menyebabkan kelumpuhan dan kelemahan otot muka sebegini. Cuma apabila puncanya sukar dikenalpasti, ia akan dikaitkan dengan penyakit Bell Palsy.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy

Umumnya, Bell Palsy kerap kali terjadi kepada:

  • Wanita hamil dan memasuki fasa trimester ketiga
  • Wanita yang baru lepas melahirkan bayi
  • Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah diserang Bell Palsy
  • Penderita diabetes
  • Penghidap HIV

Gejala dan komplikasi Bell Palsy

Gejala setiap seorang mungkin tidak sama. Di antara gejalanya adalah :

  • Kelumpuhan atau kebas pada sisi wajah
  • Mulut dan kelopak mata tidak dapat di buka atau ditutup.
  • Gangguan pada mata seperti masalah mata kering
  • Masalah sakit telinga pada sebelah muka yang mengalami kelumpuhan seperti sensitif kepada bunyi atau berdengung
  • Rasa berdengung pada salah satu telinga atau kedua-duanya
  • Bahagian mulut yang terjejas akan mudah berair liur
  • Mulut terasa kering
  • Sakit dan pening kepala
  • Kesukaran untuk makan, minum dan bercakap
  • Kelemahan atau kelumpuhan otot secara terus menerus
  • Otot wajah berkedut
  • Kemampuan deria rasa menurun

Rawatan Penyakit Bell Palsy

Teknik rawatan tertentu dikatakan mampu merawat penyakit Bell Palsy. Ia sama ada tertumpu kepada merawat punca utama gangguan saraf yang terjejas atau mengawal kesan sampingan akibat Bell Palsy.

Antara rawatan penyakit bell palsy adalah seperti berikut:

#1 – Ubat kortikosteroid seperti prednisolone : Untuk mengurangkan bengkak yang terjadi pada saraf wajah

#2 – Ubat titis mata : Penderita bell palsy akan mengalami kesukaran untuk menutup mata. Maka mata akan menjadi kering dan mudah terkena infeksi. Ubat titis mata akan digunakan bagi mencegah masalah yang mungkin timbul di mata akibat mata yang tidak dapat ditutup.

#3 – Pembedahan plastik : Pembedahan ini tidak akan mampu mengembalikan fungsi saraf seperti biasa. Ia akan melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta meningkatkan fungsi wajah yang kaku dan layu. Kebiasaanya, pembedahan plastik ini dilakukan untuk memperbaiki fungsi kelopak mata, memperbaiki posisi mulut, membantu dalam percakapan, makan, minum serta memperbaiki keseimbangan bentuk wajah.

#4 – Fisioterapi : Ahli fisioterapi akan membantu dan mengajar latihan-latihan yang boleh menguatkan otot-otot wajah.

#5 – Suntikan botox : Kebiasaannya dilakukan kepada penderita bell palsy kronik. Ia berfungsi untuk meningkatkan penampilan wajah secara keseluruhan dan dilakukan setiap 4 bulan sekali.

#6 – Alternatif Rawatan Lain : Teknik relaktasi, akupuntur dan rawatan dalaman mampu mempercepatkan pemulihan Bell Palsy dan mampu mengembalikan fungsi saraf wajah.

Bagaimana Peluang Pesakit Bell Palsy Untuk Kembali Sembuh?

70% daripada pesakit bell palsy biasanya akan kembali pulih selepas 2-3 minggu. Namun, bergantung kepada tahap kerosakan saraf yang di alami, kesedaran dan tindakan pesakit untuk mendapatkan rawatan. Ia mungkin memakan masa sehingga 10 bulan untuk ulih sepenuhnya atau lebih lama lagi mengikut kondisi pesakit.

Alternatif Pemulihan Bell Palsy Secara Nutrisi

Selain tertumpu kepada kaedah rawatan utama, tahukah anda Bell Palsy boleh diatasi melalui kaedah nutrisi.

Ia tetap tertumpu kepada masalah berkaitan saraf pada otot muka. Untuk mempercepatkan pemulihan, mungkin kaedah memperbaiki sel saraf secara dalaman dapat membantu.

Saraf yang rosak mahupun bahagian organ yang terjejas akibat kesan sampingan Bell Palsy amat memerlukan sumber nutrien yang dapat mengembalikan kesihatan sel dan fungsinya.

Antara sumber yang diperlukan terkandung di dalam set nutrisi Shaklee di bawah:

#1 – Vivix : mengurangkan keradangan. Ia membaikpulih DNA, menggalakkan penghasilan tenaga sel dan mencegah pengumpulan AGE protein. Sangat baik untuk memperbaiki sel saraf.

#2 – B Complex : Ia sangat efektif dalam mengurangkan kesakitan akibat kerosakan saraf dengan cara meningkatkan pengeluaran serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter (penghantar saraf) yang terlibat dalam pengawalaturan salur darah. Paras serotonin yang rendah akan menyebabkan gangguan saraf pada otak.
B Complex juga terlibat dalam fungsi imun dan emosi. Ia mampu menghilangkan kekejangan dan kekakuan pada bahagian tubuh. Ia juga mengawal stress atau tekanan dan melancarkan peredaran darah

#3 – OmegaGuard : Omega-3 berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti radang. Ia akan mengurangkan bengkak pada saraf dan membantu melancarkan aliran darah. Ia juga membantu meningkatkan imun sistem tubuh seterusnya menghalang radang dari menjadi lebih teruk.

Syukur Alhamdulillah: Saya Kembali Pulih Daripada Bell Palsy!

Dalam info di atas, saya ada kongsikan bahawa 70% pesakit Bell Palsy berupaya kembali normal dalam tempoh 2 ~ 3 minggu. Itu tempoh yang mungkin paling cepat.

Rakan saya ini mengambil masa sehingga 90 hari (kira-kira 13 minggu) untuk sembuh! Apa yang beliau alami mungkin boleh memberi kesedaran dan kita boleh ambil iktibar daripadanya.

Malah dalam respon rakan-rakan yang lain, ada antara ahli keluarga yang hampir berpuluh tahun baru dapat sembuh daripada penyakit Bell Palsy. Kita usaha, Inshaa Allah Dia akan temukan jodoh penawarnya.

BILA SEBELAH MUKA KU KAKU a.k.a BELLPALSY

2  Oktober 2015

Alhamdullilah .

Saya bangun tidur, sebelah muka dah jatuh dan tak boleh senyum. Mata tak boleh tutup. Air mata mengalir tak terkawal macam menangis. Sakit muka rasa tegang je.

Diagnosis doktor sahkan saya diserang BELL PALSY. Bukan STROKE tapi kelemahan sebelah otot muka. Saya di STEROID. Punca UNKNOWN. Tapi mungkin sebab saya menyusukan anak dan baru lepas bersalin.

Saya tidak mengambil sebarang STEROID lagi selepas tu. Saya consume SPECIAL DOSE VIVIX dan consume OmegaGuard, B Complex, Vita-E Complex dgn EXTREME. Saya juga menjalani fisioterapi. Alhamdullilah selepas 90 hari Saya diberi kesempatan untuk SENYUM kembali.

Share la, saya izinkan. Kalau ada ahli keluarga / sahabat handai yang mengalami penyakit ini, berikan mereka SUPPORT.

Ia bukan mudah seperti dijangka. Hanya yang pernah mengalaminya seperti saya dan sahabat ‪ BELL PALSY sahaja yang tahu apa yang kami rasa.

Actually “it’s more to self confidence / esteem”. Tapi serius ia MANIS untuk diingati Dalam kalender kehidupan jika kembali pulih daripadanya.

Hadiah dari Allah. Harap ia dapat menghapus segala dosa-dosa…

– Faiza Suhada

atasi penyakit bell palsy

[TESTIMONI] Perkongsian yang lain 

Testimoni Penyakit Bell Palsy

Suami saya mula ambil Vivix Shaklee pada minggu kedua selepas diserang Bell’s Palsy. Selepas 2 atau 3 hari, dah nampak perubahan yg sangat ketara.

Sehinggalah beliau bebas sepenuhnya dari penyakit Bell’s Palsy pada minggu ketiga sehinggalah sekarang. Alhamdulillah.

– Shafini Zain

Adakah Shaklee Selamat!?

Persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran pelanggan kami, adakah suplemen Shaklee ini selamat? Terdapat lambakan produk di luar sana yang menawarkan penyelesaian kepada masalah bell palsy ini. Walau produk-produk itu dikatakan berkesan, namun, adakah ia benar-benar selamat?

Shaklee merupakan jenama terunggul di dunia, melebihi 100 tahun di pasaran. Produk yang tidak berkualiti tidak mampu untuk  bertahan selama itu. Jaminan Shaklee, Semua produk Shaklee “Safe, Proven, Effective“.

Setiap bahan di dalam produk Shaklee telah melalui 350 ujian bagi setiap kandungan,  100,000 ujian kualiti produk dan 23,000 ujian keaslian dan keselamatan.

Apabila kami mengatakan ia berkesan, kami bukan sekadar bergantung kepada testimoni pengguna semata-mata. Tetapi kami sertakan dengan bukti.

Untuk makluman, Shaklee merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang mempunyai Kajian Landmark Study (KLIK untuk bacaan lanjut).

Kajian ini merupakan penanda aras kepada revolusi pemakanan tambahan yang ada di dunia. Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga, bukan oleh pihak Shaklee sendiri.

Segala hasil kajian samada yang baik atau yang buruk akan dipaparkan kepada umum. Maka, tiada syarikat yang berani untuk membenarkan kajian ini dilakukan, selain dari Shaklee.

Beli Dari Yang Pakar Bukan Dari Sesiapa Sahaja

Pengambilan suplemen perlukan bimbingan. Harga yang anda bayar termasuk konsultasi berterusan. Pengalaman saya melebihi 5 tahun di dalam bidang nutrisi dan pemakanan tambahan ini, insya Allah mencukupi untuk saya berikan servis terbaik buat pelanggan saya.

Saya juga merupakan salah seorang Shaklee Certified Product Consultant, mendapat bimbingan terus dari Shaklee sendiri.

Niat saya di dalam Shaklee ini adalah untuk membantu anda dan keluarga anda mendapat kesihatan yang lebih baik dan membantu anda dan keluarga anda menyelesaikan masalah kesihatan anda.

Saya menyediakan konsultasi berterusan termasuk panduan pengambilan suplemen khas untuk pembeli yang membeli dengan saya sahaja. Selama lebih 5 tahun dengan Shaklee ini, saya sudah membantu ramai orang di luar sana berkaitan masalah bell palsy ini.

Konsultasi eksklusif, khas untuk pelanggan saya sahaja.

Alhamdulillah. Saya biasa menguruskan penghantaran melalui courier di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Malahan saya juga biasa membuat penghantaran ke luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak.

Set Bell Palsy

Pilihan Set untuk Bell Palsy terdiri daripada :

  1. Set Lengkap : Vivix, Omegaguard, B Complex (Harga Pasaran : RM704.64)
  2. Pack Mini : Vivix (Harga Pasaran : RM503.50)

Beri peluang kedua dengan Vivix

Hubungi saya untuk mendapatkan lebih penjimatan. Anda boleh jimat sehingga 20%. Wow! hubungi saya sekarang!

 

Info Lanjut & Konsultasi Eksklusif

Hubungi saya segera untuk mendapatkan Set Slipped Disc anda. Inshaa Allah saya akan bantu anda sebaik mungkin.

Duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu lebih “MAHAL” harganya.

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Rawatan Penyakit Bell Palsy. Bolehkah Saya Sembuh Sepenuhnya?

8 thoughts on “Rawatan Penyakit Bell Palsy. Bolehkah Saya Sembuh Sepenuhnya?

  • May 14, 2016 at 4:17 pm
    Permalink

    peh..

    kalau kena sakit ni..memang tak best la dibuatnya.

    serba-serb tak kena aje.

    Reply
  • December 19, 2016 at 7:17 am
    Permalink

    Saya pn salah seorang penghidap bell palsy…it’s been 2 years already,only 30 percent recovery… 🙁

    Reply
  • February 3, 2017 at 3:52 pm
    Permalink

    Mcm mana nak dapat ubat ya ye.100% ble sembuh ke. sbb kmrin sya baru jek jd gni. ada apa2 tak cadangan baik utk saya. 014 – xxx xx62

    Reply
    • February 3, 2017 at 6:50 pm
      Permalink

      Hi Mr Leon,

      Terima kasih kerana melawat ke page ini.

      Vivix bukanlah sejenis ubat. Ia hanya suplemen yang diperkaya dengan sumber polifenol & resveraterol yang sangat kuat bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan individu.

      Saya boleh katakan vivix sangat selamat, berkesan dan semulajadi. Sukar untuk katakan ia boleh mengatasi penyakit tuan 100%. Tetapi, In shaa Allah ia boleh membantu mengurangkan masalah penyakit yang tuan sedang alami.

      Tuan boleh hubungi saya di 019 477 1733 untuk keterangan dan konsultasi lanjut.

      Reply
  • February 21, 2017 at 3:24 pm
    Permalink

    if dah bertahun tahun terkena bell palsy ni, berapa lama boleh recover while consume vivix?

    Reply
    • February 21, 2017 at 11:17 pm
      Permalink

      Salam Puan Rara,

      Kadar penyembuhan bergantung kepada keupayaan tubuh individu. Namun puan boleh mencuba untuk 120 hari pertama dengan Vivix kerana kadar pemulihan sel tubuh mengambil tempoh masa berkenaan.

      Jika pembaikpulihan sel berlaku dengan baik, maka puan boleh meneruskan pengambilan Vivix. Sebaliknya, jika puan tidak mengalami sebarang kesan positif.

      Puan boleh hubungi saya di 019-477 1733 untuk dapatkan Vivix. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk puan secara berterusan.

      Terima Kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.