Tauhu jepun ni kegemaran saya. Juga kegemaran arwah ayah saya. Kami kalau keluar makan di kedai, mesti akan pesan menu ni. Owh, rindunya pada ayah. Dulu ingatkan susah nak buat. Rupa-rupanya mudah aje. Banyak versi. Tapi hari ni saya share resepi tauhu jepun simpe aje. Sangat mudah nak disediakan tapi sedap.

resepi tauhu jepun simple

Resepi tauhu jepun simple

Bahan-bahan :

2 tube Tauhu jepun – dipotong
1/2 cube Stok ayam – saya guna cube ayam knorr (bersama 2 cawan air)
2 sudu Kicap pekat
1 sudu Sos tiram
2 ulas Bawang putih – dihiris
2 ulas Bawang merah – dihiris
2-3 sudu Minyak masak – untuk menumis
1bj Telur ayam
Tepung jagung untuk memekatkan kuah

Cara-caranya :

1. Goreng sebentar tauhu jepun dan angkat
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih
4. Setelah layu, masukkan air stok ayam
5. Masukkan kicap dan sos tiram
6. Masukkan tepung jagung
7. Masukkan telur dan dikacau
8. Setelah secukup rasa, masukkan tauhu jepun.
9. Sedia untuk dihidang

* Anda juga boleh masukkan lobak, cendawan, udang atau ayam untuk tambah lebih kesedapan pada resepi tauhu jepun anda.

Selamat mencuba.

Anda mesti baca tentang resepi:

  1. Rahsia buat Durian Crepe yang Sedap
  2. 5 Sebab Isteri Perlu Masak Di rumah

 

Facebook Comments:
Resepi Tauhu Jepun Simple Tapi Sedap
Tagged on:

4 thoughts on “Resepi Tauhu Jepun Simple Tapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge