Mencuci pakaian merupakan rutin harian yang tidak dapat kita elak. Zaman moden ini, aktiviti mencuci pakaian sudah menjadi sangat mudah, bersih dan cepat. Ia antara peralatan di rumah yang sangat penting kepada kita. Oleh itu, kita harus menjaganya agar tahan lama dan tidak mudah rosak.

Umumnya, penyebab utama yang menyumbangkan kepada kerosakan pada mesin basuh adalah kerana terdapatnya karat yang “menempel”  pada komponen di dalam mesin basuh.

Mengapa karat boleh terjadi di dalam mesin basuh?

Di dalam mesin basuh sebenarnya terdapat sejumlah komponen termasuklah unsur besi. Besih basuh pula adalah mesin yang kerap bertemu secara langsung dengan air. Besi atau logam adalah bahan yang sangat mudah untuk berkarat dan terhakis apabila terkena air yang telah dicampur dengan sabun pencuci pakaian.

Jika kita lihat dari luar, memang kita tidak akan dapat lihat bahagian yang berkarat tersebut kerana ia terlindung dari penglihatan kita. Jika dibiarkan, lama kelamaan ia boleh mempengaruhi “performance” mesin basuh itu sendiri.

Apakah usaha yang boleh dilakukan?

1 – Pilih mesin basuh baju dari kualiti terbaik

Mesin basuh berkualiti tinggi biasanya mempunyai komponen anti-karat.

2 – Gunakan lemon

Lemon  adalah bahan semulajadi yang biasa digunakan untuk menghilangkan karat.  Caranya cukup mudah. Perah lemon sebanyak 2 gelas. Kemudian, tuangkan cairan tersebut ke dalam mesin cuci dan hidupkan mesin cuci tersebut. Jangan lupa untuk memilih suhu air yang paling tinggi (jika ada).

3 – Menggunakan cecair pembersih karat

Cecair pembersih karat ini boleh dibeli di kedai-kedai dan pasaraya yang menjual peralatan harian rumah. Oleh kerana ia bersifat “keras”, maka berhati-hatilah semasa menggunakannya.

4 – Menggunakan sabun cuci baju yang bagus

Sabun pencuci pakaian yang baik mampu menjaga kualiti pakaian. Ia juga sepatutnya selamat untuk kita dan alam sekitar dan dalam masa yang sama mampu menjaga jangkahayat mesin basuh kita.

Saya ingin tekankan perkara nombor (4) di atas. Baru-baru ini kami menghadiri Health & Wellness Day di Shaklee Penang. Pada hari itu, mereka ada membuat demo untuk Set Get Clean Home Shaklee (penjaggan rumah). Di dalam set ini termasuk lah sabun pencuci pakaian Shaklee iaitu Fresh Laundry Concentrate.

Baca Juga >> 8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee Selamat

Demo Shaklee : Paku Berkarat

Sebatang paku (besi) telah dimasukkan kedalam 1 balang air yang mengandung pencuci pakaian jenama X. Sebatang paku lagi dimasukkan kedalam balang ke-2 yang mengandungi Fresh Laundry Concentrate.

Balang tersebut di simpan selama 6 bulan untuk melihat hasilnya. Selepas 6 bulan, paku didalam balang pertama (yang mengandungi pencuci jenama X) telah di dapati  berkarat manakala paku di dalam balang yang mengadungi Fresh Laundry Concentrate kekal tidak terhakis sama seperti ketika dimasukkan 6 bulan dahulu.

Anda boleh lihat buktinya daripada gambar dibawah.

sabun cuci baju yang bagus

Fresh Laundry Concentrate juga telah diuji keberkesanannya, keselamatannya dan juga kekal sebagai bahan pencuci yang sentiasa mesra alam.

Ia juga sangat bagus jika diguna bersama Soft Fabric Concentrate, yang bukan sahaja melembutkan pakaian, tapi mempunyai manfaat lain juga.

Sabun Cuci Baju Yang Bagus

Owh, dan penting juga, ia mampu menjaga ketahanan dan jangkahayat mesin basuh anda dengan cara mengurangkan dan melambatkan penghasilan karat di dalam mesin basuh anda. Dapatkan Fresh Laundry Concentrate anda secepat mungkin.

– Buat Belian Melalui Esell –

Order-Now

– Atau Hubungi –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Sabun Cuci Baju Yang Bagus Mampu Menghalang Penghasilan Karat

Leave a Reply

Your email address will not be published.