Seorang rakan saya sering mengeluh dan mengadu sakit kepala belakang leher. Sebelum ini katanya tidak biasa alami masalah tersebut. Adakah anda pun pernah rasa begitu?

Kebiasaannya, apabila rasa sakit kepala kita akan terus mengambil ubat sama ada yang dah lama kita simpan di dalam peti simpanan ubat atau baru sahaja kita beli di farmasi. Boleh, tiada masalah mengambil ubat, cuma tidak digalakkan diambil dengan terlalu kerap.

Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang tips bagaimana nak atasi masalah sakit kepala belakang leher tanpa bergantung dengan ubat semata.

Jom kita dapatkan alternatif penyelesaiannya di dalam artikel ini…

Masalah Sakit Kepala Belakang Leher Ringan

Owh.. berbalik kepada masalah rakan saya tadi. Setelah dia berkongsi cerita, baru saya sedar punca masalah utama kenapa dia kerap kena sakit kepala belakang leher ini.

Dia baru sahaja membeli smartphone. Al maklumlah handphone baru yang canggih ni kita perlukan masa untuk memahami penggunaannya, bila dah faham mula seronok dengan aplikasinya. So mula daripada situ, di mula sibuk dengan aktiviti chit chat media sosial atau bermain game.

Baring, duduk, berjalan hampir setiap kali diselitkan dengan memegang dan mata tertumpu kepada handphone. Senang cerita, tak lekang dek tangan.

Apabila terlalu kerap fokus kepada smartphone, pastinya kita sering terpaksa menunduk untuk melihat skrinnya. Akibatnya otot di bahagian belakang kepala terutamanya dekat leher mula menjadi tegang dan kaku. Jadi, ini mungkin punca utama mengapa terjadinya masalah sakit kepala dan belakang leher.

Cara mudah untuk menangani masalah sakit belakang kepala ringan seperti ini ialah dengan mendapatkan kerehatan atau kelegaan otot.

Berhenti, kurangkan masa bersama handphone seketika buat beberapa hari. Lakukan senaman leher, dapatkan urutan, sapuan minyak angin atau letakkan ais di belakang leher mampu mengatasi masalah ini.

Punca Masalah Sakit Kepala Belakang Leher

Selain itu, sakit kepala belakang leher juga petanda anda menghidapi stress dan kepenatan yang melampau. Cuba periksa adakah tekanan darah anda normal. Jika tidak, cuba elak diri dari berasa terlalu stress, bertenang dan mandi air suam. ia mampu memberikan ketenangan kepada tubuh anda.

Kadangkala, sakit kepala juga hadir sebagai simpton petanda kita menghidapi penyakit lain. Salah satunya adalah petanda anda menghidapi kolesterol tinggi.

Bagaimana ia terjadi? Apabila kadar kolesterol tinggi dalam darah, darah akan menjadi pekat dan kadar oksigen dalam darah akan berkurangan. Otot akan menjadi kaku dan tegang di tengkuk atau bahagian belakang leher.

Untuk kepastian, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan tekanan darah dan kadar kolesterol anda.

Cara Atasi Sakit Kepala Belakang Leher Tanpa Ubat

Aspirin, Paracetamol dan Ibuprofen antara kategori ubat painkiller yang biasa diambil untuk menangani masalah kesakitan seperti sakit kepala.

Namun pengambilannya memerlukan panduan dos yang tertentu daripada pakar kesihatan. Pengambilan dos berlebihan dan tanpa kawalan dalam masa yang panjang boleh membawa kesan negatif kepada individu.

Jika anda cuba untuk mengelak pengambilan ubat, anda juga boleh mencuba vitamin tertentu untuk mengatasi masalah sakit kepala dan belakang leher. Ia mudah didapati di farmasi.

Cuma pastikan ia semulajadi bukan sintetik, kandungan vitamin yang mencukupi tanpa bahan tambahan dan paling penting ia terbukti selamat dan bekesan melalui sokongan penyelidikan klinikal.

Suplemen Terbaik Untuk Atasi Sakit kepala & Belakang Leher

Saya syorkan pengambilan suplemen Shaklee untuk penyelesaian masalah ini. Selain kandungan pelbagai vitamin yang baik untuk manfaat sistem tubuh kita, ia juga boleh diamalkan untuk tujuan membantu fokus masalah kesihatan yang kita hadapi.

Antara Suplemen vitamin berkaitan yang mampu membantu mengatasi sakit kepala dan belakang leher ialah:

#1 – Minyak Ikan Omega-3 (Omegaguard) : membantu untuk memberi kelegaan pada saraf, menurunkan paras kolesterol dalam tubuh (jika ada).

#2 – Vitamin B complex : anti-stress. untuk fungsi saraf. membantu untuk menjaga emosi kita supaya lebih tenang, beri tenaga

#3 – Kalsium (Ostematrix) : bagus untuk fungsi saraf. mengelakkan berlakunya pengecutan otot yang terlalu cepat yang boleh menyebabkan cramp atau kekejangan otot.

vitamin untuk atasi sakit kepala dan belakang leher

Bergantung kepada masalah anda, jika anda menghidapi sakit kepala belakang leher kerana otot yang tegang, anda boleh ambil omega, ostematrix dan B complex.

Tetapi sekiranya ia terjadi disebabkan oleh masalah kolesterol, teruskan bacaan anda di Penyebab Kolesterol Tinggi dan Cara Atasinya

Saya ada seorang pelanggan, yang membeli omegaguard untuk dirinya sendiri. Feedback yang diberi selepas beberapa hari, sakit kepala belakang leher dah hilang, badan rasa lebih ringan, kepala juga rasa lebih ringan selepas mengambil omegaguard ini.

Alhamdulillah. Sebab dah jatuh cinta… dia tambah lagi vitamin C dan vitamin E. untuk kulit nak kasi cantik dan gebu.

sakit kepala bahagian belakang

Penyakit dalam tubuh ni memang lah kita tak nampak. Kalau buat check up baru tahu. Tapi kadang-kadang nak buat check up pun kita takut. Bila sakit menyerang, serba tak kena jadinya. Rasa nak marah aje sepanjang masa.

Bila tak tahan, terus ambil keputusan tidur. Hari itu akan jadi hari yang kurang produktif untuk kita. Kalau ada anak-anak lagi kesian. takkan nak biarkan mereka terabai kan? mesti nak kena tengok juga.

Untuk dapatkan info lanjut berkaitan produk beserta konsultasi eksklusif berkenaan masalah kesihatan anda, dengan segera sila:

– HUBUNGI –

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

 SMS / Call / Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Facebook Comments:
Sering Sakit Kepala Belakang Leher? Ini Penyelesaiannya

12 thoughts on “Sering Sakit Kepala Belakang Leher? Ini Penyelesaiannya

  • December 12, 2015 at 1:49 am
    Permalink

    otot leher belakang yang tegang, prod apa utk ambil omega, ostematrix dan B complex..
    Tksh

    Reply
    • February 5, 2016 at 3:21 pm
      Permalink

      Saya syorkan:
      1. OmegaGuard – untuk kawal masalah darah tinggi akibat kolestrol yang menyekat peredaran darah. Kekurangan darah ke otak antara punca sakit belakang kepala.
      2. B complex – untuk bantu atasi sakit kepala akibat stress dan juga bantu melancarkan peredaran darah.
      3. Ostematrix – untuk bantu kekuatan sendi dan tulang leher untuk atasi masalah mekanikal dan kemerosotan jisim tulang.

      Reply
  • June 24, 2016 at 11:51 am
    Permalink

    saya mengalami sakit tengkuk dan bahu..apakah supplement yang bole membantu untuk menghilangkan rasa sakit tersebut

    Reply
    • June 26, 2016 at 11:40 am
      Permalink

      Sakit tengkuk boleh disebabkan beberapa faktor seperti stress otot, ketegangan urat, gangguan aliran darah dan sebagainya. Bagi kes-kes biasa bagi sakit bahu dan tengkuk, ia boleh hilang (sembuh / lega) sendiri setelah beberapa ketika.

      Namun, jika masalah kian berpanjangan dan semakin serius, ia perlukan pemeriksaan dan nasihat doktor. Secara nutrisi suplemen seperti minyak ikan, kalsium dan b kompleks boleh membantu untuk penyelenggaraan kesihatan disamping diet pemakanan sihat seharian.

      Untuk konsultasi lanjut, puan Faizah boleh hubungi saya secara terus sama ada Call atau whatsapp di talian 019 – 477 1733. Penerangan mengenai suplemen dan penggunaan secara lebih detail akan diberikan.

      Reply
  • July 27, 2016 at 10:00 pm
    Permalink

    Saya sering sakit kepala.Dan masalah sakit bahu.kadang sampai menganggu keje harian Dan tido.apa supplement yg dpt Bantu utk hilangkan skit ni..

    Reply
    • July 27, 2016 at 11:36 pm
      Permalink

      Sakit kepala beserta sakit bahu MUNGKIN disebabkan oleh faktor masalah berkaitan saraf, darah tinggi, komposisi tulang lemah, kolesterol tinggi atau sebagainya (rujuk pemerhatian doktor). Saya sarankan ambil B Complex, ostematrik (kalsium), omegaguard (minyak ikan) dan Vivix. Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & masalah cik farah, terus hubungi saya SMS | Call | Whatsapp ke 019 – 477 1733. Saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda.

      Reply
  • August 9, 2016 at 12:54 am
    Permalink

    Saya ada penyakit darah tinggi n jantung coronary. Masalah Saya sekarang ialah saya kerap sakit bhg tengkuk setelah dr tukar ubat darah tinggi kerana tekanan tak terkawal. Rasa sakit itu akan mulai terjadi waktu tengahari hingga terpaksa ambil ubat tahan sakit jika tidak sakitnya akan berlarutan. Suppliment apa yg bagus utk masalah saya ini. Terima kasih

    Reply
    • August 9, 2016 at 9:56 pm
      Permalink

      Ketiga-tiga suplemen yang dinyatakan di atas sesuai untuk puan. Untuk sakit berkaitan jantung, elok juga ambil VIVIX untuk membantu kawal tekanan darah dengan lebih cepat. Untuk maklumat lanjut puan Rozana boleh hubungi atau Whatsapp saya di talian 019 – 477 1733. Insha Allah saya bantu puan dengan penyelesaian terbaik.

      Reply
  • December 10, 2016 at 3:35 am
    Permalink

    Salam,
    Saya mengalami sakit tenggkuk sebelah kanan terutama jika ada sesuatu perkara yang menyebabkan saya berfikir secara pantas. Ianya berlaku sudah hampir 2 bulan selepas saya pergi berurut di sebuah pusat urutan tradisonal. Saya tidak pasti adakah disebabkan berurut tersebut atau ada faktor-faktor lain yang menyebabkan ianya berlaku. Apa saranan product yang sesuai untuk saya amalkan. Sekian terima kasih. Jika tiada keberatan, boleh terus whatsapp saya di nombor 0162588323

    Reply
    • December 10, 2016 at 1:24 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam tuan Zainal. Terima kasih kerana bertanya, saya akan berhubung dgn tuan melalui WA ye…

      Reply
  • December 29, 2016 at 4:05 am
    Permalink

    Saya alami slipped disk L4 & L5 di mna area sblh kiri sy dr pinggang ke kaki lemah dan jari kaki x berfungsi..betis sy juga mula mengecil..apa yg perlu sy ambil ye..lepas tu.leher ke tengkuk kiri ke belikat kiri sy juga sakit…

    Reply
    • December 29, 2016 at 11:17 am
      Permalink

      Salam Puan Suhailah,

      Terima kasih atas info yang agak detail mengenai masalah slipped disc puan. Saya akan hubungi pun untuk konsultasi lanjut.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.