Antara sumber asas dalam tubuh badan yang sangat penting dan amat diperlukan adalah Protein. Sumber protein terbaik dikenalpasti memainkan peranan penting dalam pembinaan asas struktur tubuh badan, sumber tenaga bagi mekanisma pergerakan dan juga memberi perlindungan kepada kesihatan tubuh.

Ia juga dikatakan sebagai asas kehidupan kepada organisma hidup. Namun perlu kita tahu apakah yang dikatakan protein itu dan dari manakah ia datang?

Apakah itu Sumber Protein Terbaik?

Protein adalah merupakan komponen binaan asas dalam semua organisma hidup. Terbentuk daripada rantaian 20 asid amino berbeza. Ia boleh terdapat dalam formasi sebagai enzim, antibodi, hormon, rambut, kuku, tulang, hemoglobin, neurotransmitter, kulit dan juga komponen asas dalam setiap sel tubuh.

Boleh dikatakan sebagai “memenuhi ruang”. Protein diperlukan oleh tubuh untuk membina, mengekal dan menggantikan tisu yang rosak. Otot, organ dan sistem imun juga terbina daripada unsur protein. Dari manakah datangnya protein dan sumber protein ini?

Tubuh memproses protein yang diambil dari pemakanan kita setiap hari untuk menghasilkan molekul protein tertentu bagi menjalankan tugas penting tubuh. Sebagai contoh, tubuh menggunakan protein untuk membentuk hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.

Sesetengah protein digunakan untuk membentuk otot kardio iaitu jantung. Secara fakta, sama ada anda sedang berlari atau berehat, protein berterusan menjalankan tugas penting bagi membantu pergerakan otot, kaki, paru-paru dan juga melindungi diri anda dari pelbagai penyakit.

Bagaimana Protein dihasilkan?

Apabila kita makan apa sahaja jenis makanan yang mengandungi protein, organ perut dan saluran usus akan merembeskan asid untuk memulakan proses penghadaman makanan. Protein dalam makanan akan dipecahkan dalam unit-unit asas yang dipanggil asid amino. Asid amino ini pula akan digunakan semula untuk menghasilkan protein yang penting bagi kegunaan mengekalkan kondisi tulang, otot, darah dan organ tubuh.

Secara visual, protein boleh diimaginasikan seperti rantai leher yang terdapat pelbagai bentuk manik dalam rantaianya. Setiap bentuk manik mewakili unit asas asid amino. Unit-unit asas asid amino ini boleh bergabung membentuk beribu-ribu jenis protein yang berbeza.

Para saintis telah menjumpai terdapat banyak jenis asid amino dalam protein, tetapi hanya 22 jenis daripadanya dikenalpasti amat penting dalam kesihatan tubuh manusia. Apakah yang dikatakan sebagai asid amino?

Baca Juga >> Takrif, Jenis & Fungsi Asid Amino 

Daripada 22 jenis asid amino tersebut, manusia dapat menghasilkan 13 jenis daripadanya di dalam tubuh tanpa kita sedari. Ia dikelaskan sebagai NEAA (Non-essential Asid Amino). Selebihnya (9 jenis asid amino) pula terhasil di luar kuasa tubuh badan manusia.

Biasanya terdapat sumber makanan yang kaya dengan unsur protein seperti sayur, daging, susu, kekacang dan juga ulat! 9 asid amino ini dikelaskan sebagai EAA (Essential Acid Amino) kerana ia adalah penting untuk diperolehi dalam makanan yang kita makan.

Jenis-Jenis Protein

Terdapat dua jenis protein iaitu protein lengkap dan protein tidak lengkap. Protein lengkap datang dari sumber haiwan seperti daging dan susu kerana ia lengkap mengandungi 9 asid amino-perlu (EAA).

Dalam sumber tumbuhan terutamanya sayur-sayuran, ia dikategorikan sebagai protein tidak lengkap kerana ia mungkin kekurangan satu atau lebih daripada 9 jenis EAA. Ini agak menjadi dilema bagi anda yang tidak boleh makan daging atau produk tenusu.

Namun bagi anda yang menjalani diet sebagai vegatarian, masih terdapat banyak jenis makanan berasaskan sayuran yang kaya dengan unsur EAA, cuma perlu pandai mengadunkannya.

Sebagai contoh, kita tidak boleh dapat keseluruhan 9 EAA yang kita perlukan dalam sumber kacang semata-mata, sebaliknya jika kita mempunyai sekeping dua roti bijirin bersalutkan jem peanut butter, mungkin ya.

Oleh kerana terdapat banyak sumber protein dalam pelbagai jenis makanan, kita tidak perlu risau dan perlu makan kesemuanya yang mengandungi EAA dalam setiap hidangan. Memadai jika anda prihatin kepada jenis sumber protein yang ada dan anda ambil sepanjang hari secara berhemah, selebihnya tubuh akan menjalankan kerja menyerap dan memproses protein tersebut.

Formula Mudah Protein

Untuk menentukan dengan mudah jumlah protein yang anak anda perlu ambil setiap hari adalah seperti berikut:

Ambil kira berat badan anak anda dalam unit kilogram (kg); Maka, anak anda perlu mengambil 1 gram protein bagi setiap kilogram berat mereka.

Contoh: Berat anak anda = 32kg
Maka, jumlah protein yang perlu diambil dalam sehari adalah bersamaan 32g !

Bagaimana Mahu Tentukan Jumlah Protein Yang Telah Diambil?

Anda boleh sahaja merujuk kepada label kandungan nutrisi yang tertera pada kotak makanan. Biasanya terdapat jumlah protein dinyatakan mengikut saiz hidangan. Atau boleh merujuk kepada jadual protein asas makanan di bawah. Sebagai contoh:

  • 2 sudu teh (15ml) peanut butter mengandungi 7g protein
  • 1 cawan (240ml) susu rendah-lemak mengandungi 8g protein
  • 1 oz. (30g) atau 2 potong domino pizza berkeju mengandungi 7g protein
  • 1.5 oz. (90g) dada ayam mengandungi 10.5g protein
  • 1/2 cawan (80g) brokoli mengandungi 2g protein

protein table

Jadual kandungan sumber protein terbaik

Facebook Comments:
1001 Tentang Sumber Protein Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published.