Kami tidak akan bazirkan masa anda untuk penerangan perkara yang remeh-temeh. Tetapi maklumat yang bakal diperolehi ini adalah sangat penting untuk anda ambil tahu dan ambil peduli.

     Ada 2 orang wanita mengandung yang sedang mengalami komplikasi seperti Hb (Hemoglobin) rendah, anemia, kaki sembab, masalah sembelit, kulit kusam, cepat letih dan selalu sakit-sakit badan. Seorang daripadanya telah berjaya menjumpai penyelesaian manakala seorang lagi tidak, dan masih menggaru-garu kepalanya untuk mencari sebab dan pokok pangkal punca masalah tersebut .

Bayangkan anda juga mengalami situasi ini. Mana satu yang anda nak jadi?

Suplemen Untuk Ibu Hamil

Jika anda nak jadi wanita hamil yang berjaya selesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan seperti di atas tadi, teruskan pembacaan dan saya akan tunjukkan bantuan jalan keluar bagi masalah – masalah tersebut.

      Tahukah anda bahawa, seiring dengan peningkatan usia kandungan, keperluan nutrisi ibu hamil juga akan meningkat terutama setelah memasuki trimester ke-dua kehamilan?

Mengapa? Ini kerana, pada ketika itu, janin sedang berkembang dengan pesat. Terutamanya pada segmen perkembangan otak dan penyusunan sistem saraf, yang memerlukan sumber bekalan nutrisi  penting secara optimum dan konsisten.

9 Nutrisi Penting Ibu Mengandung

Nutrisi yang amat diperlukan oleh seorang ibu mengandung adalah termasuk:

  1. Karbohidrat : sebagai sumber tenaga untuk pembinaan, perkembangan dan pemulihan sel. Ia juga memastikan bahagian badan seperti jantung, otak dan hati berfungsi dengan baik.

  2. Lemak : sebagai sumber zat blok binaan untuk sel membran dan hormon, membantu penyerapan vitamin larut lemak dan sumber tenaga simpanan.

  3. Protein : Sebagai sumber blok binaan untuk tubuh. Ia bantu bina dan “maintain” struktur komponen di dalam tubuh.

  4. Mineral : sebagai zat untuk membantu proses perkembangan dan pertumbuhan di dalam tubuh

  5. Vitamin B Complex : membekalkan tenaga, membantu ibu rasa lebih tenang (anti-stress), membantu atasi anemia, membantu mengurangkan kecacatan saraf pada bayi, menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal, untuk kecantikan dan kesihatan kulit, rambut, kuku dan tona kulit.

  6. Vitamin D : berguna untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Ia juga membantu untuk mengelakkan masalah osteoporosis si ibu di masa hadapan.

  7. Asid Folik : berguna untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah. Keperluan asid folik atau vitamin B9 dalam tempoh kehamilan adalah 800mcg per hari, terutama pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan asid folic mungkin akan mengganggu pembentukan otak bayi, dan mampu menyebabkan kecacatan saraf pusat dan otak janin.

  8. Zat besi : diperlukan oleh ibu hamil untuk mengelakkan anemia dan masalah Hb rendah.

  9. Kalsium : diperlukan untuk pertumbuhan struktur tulang janin, serta melindungi ibu hamil dari gejala osteoporosis. Jika jumlah pengambilan kalsium oleh ibu hamil tidak mencukupi, maka sumber kalsium utama bayi adalah daripada kalsium yang terdapat di dalam tulang ibu.

      Ibu mengandung sering mengalami pelbagai dilema mengenai pemakanan: Apakah yang sebaiknya perlu dimakan dan tidak boleh dimakan? atau Perlukah seorang ibu mengandung mengubah diet pemakanan? atau Kena makan lebih ke kita ni?

Anda tidak perlu bimbang. Kita boleh dapatkan semua sumber nutrien penting di atas melalui sumber pemakanan seharian kita sendiri. Namun, adakah kita yakin bahawa ia mampu memberi nutrien mengikut kadar saranan yang diperlukan? lebih-lebih lagi jika anda atau saya sendiri baru sahaja menerima berita gembira tentang kehamilan anak yang baru.

Siapa yang tidak sayangkan bayi yang kita bakal kandungkan. Sudah tentu kita bermati-matian ingin memberikan yang terbaik buat si intan permata comel yang kita sayangi. Kita sanggup berusaha menukar tabiat pemakanan yang tidak seberapa dan tidak sihat kepada yang lebih seimbang. Tetapi setiap suatu usaha kita itu pasti bakal ada halangannya.

Loya, sakit badan, ketidakselesaan perut dan perubahan hormon sudah tentu mempengaruhi tabiat pemakanan kita. Suka yang masam-masam, alergi kepada bau ikan, geli dengan taugeh dan sebagainya sudah tentu mengganggu keperluan nutrien untuk diri sendiri dan bayi kita.

Ehh, kawan kita yang seorang tadi tu katanya berjaya atasi segala cabaran dan halangan ni. Macamana? Ohh ya setelah dikajiselidik dan diwawancara rupa-rupanya dia telah mengambil sumber pemakanan tambahan tertentu. Patutlah Hb dia cantik je. Nurse pun tak banyak bunyi masa temujanji check up kehamilan, siap sekolahkan nurse lagi dia ni.

Apa yang sebenarnya dia ambil? Nak kena cukupkan satu-satu nutrien kat atas tu bukan calang-calang, banyak yang nak kena jaga pasal makan, especially kena tutup mata dan hidung. Kalau dia mampu kita juga mesti mampu, atau buat-buat mampu.

nutrisi untuk ibu hamil muda
Klik Untuk Besarkan Imej

Suplemen Untuk Ibu Hamil dalam Set Kehamilan Shaklee

Ok. Sebenarnya apa yang kita perlukan adalah Set Lengkap Kehamilan melalui produk Shaklee. Set ini terdiri daripada gabungan produk-produk nutrisi asas Shaklee yang amat sesuai untuk ibu mengandung dengan faedah dan manfaat tersendiri. Komponen utama produknya ialah:

  1. ESP – Soy Protein Isolate Powder
    • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
    • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
    • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
  2. B-Complex
    • B-Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah dilengkapi dengan asid folik dan juga 8 kumpulan utama vitamin B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
    • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
    • Selain itu, B complex mampu membuat si ibu rasa lebih tenang dan gembira. dan memberikan tona wajah yang lebih berseri-seri. Ia juga mampu buatkan ibu rasa lebih bertenaga.
  3. Vita-Lea® 
    • Vita-Lea® adalah multivitamin (selayaknya tak perlu obimin). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berkaitan tentang masalah kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah yang berupaya merencat fungsi pengangkutan zat besi dan oksigen di dalam salur darah. Ini amat berbahaya kepada anak dan ibu disepanjang tempoh kehamilan dan ketika bersalin kelak. P
    • Pengambilan multivitamin amat penting dan disarankan semasa mengandung. Ia juga mampu membantu kita mengatasi masalah Hb rendah dan keletihan melampau. Di dalamnya terdapat bekalan folic acid, yang sangat penting untuk bayi anda di awal-awal pembentukan janin bagi mengelakkan kecacatan tiub neural.
  4. Sustained Release Vita-C Plus
    • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
    • 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren.
    • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  5. Ostematrix
    • Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
    • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
    • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
    • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (cramp kaki) terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
    • Kekurangkan kalsium bagi ibu mengandung akan membawa risiko menjejaskan pertumbuhan bayi, penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. Ostematrix juga boleh membantu melawaskan pembuangan seterusnya dapat membantu mengatasi masalah sembelit.
  6. OmegaGuard
    • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan fungsi otak bayi sedari peringkat awal pembentukan struktur asas bahagian otak.
    • Mengandungi DHA dan EPA dari Omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan organ penglihatan bayi.
    • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan dan membantu memperbaiki sistem pengaliran darah.

set lengkap kehamilan shaklee

Apa Kata Pengguna Shaklee

vitamin untuk ibu hamil

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Nama saya Liza. Saya mula mengambil ESP bermula dari mengandungkan anak yang sulung. . Saya dapat tahu saya hamil dalam bulan Oktober 2012. Mula-mula saya minum ESP ni sebab nak anak kulit bersih putih dan merah-merah.

Alhamdulillah, memang tak sia-sia usaha saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah swt. Baby girl saya lahir pada 15.06.2013 di usia kandungan 37 minggu. Kulit baby putih merah gitu. Saya amalkan ESP dari hamil sampai menyusukan baby. . Badan baby pun mantap sangat-sangat..alhamdulillah kekenyangan hehee..

Ostematrik + vitalea anak ke2 Waktu anak pertama umur 8-9 bulan, saya diberikan khabar gembira! Saya dapat tahu yang saya hamil lagi. Subur betul lepas makan ESP agaknya! Pada masa yang sama, saya masih menyusu sepenuhnya. Anak saya putus susu badan selepas umurnya setahun.

Walaupun terkejut, syukur alhamdulillah rezeki Allah nak bagi. Dalam keadaan hamil tu, Saya hantar anak yang pertama di rumah pengasuh yang terletak di tingkat 5 setiap hari. Terpikir juga samada larat ke tidak nak panjat sampai tgkt 5 ni. Saya tambah pula ostematrik + vitalea, alhamdulillah kaki pun tak sakit dan lebih bertenaga nak panjat tgkt 5 tu hehehe..kaki pun tak bengkak time hamil ni.

Pengalaman hamil anak ke2 ni saya betul-betul tak lalu nak minum susu. Sekali je saya beli susu XXXXX, itupun susah sangat nak perabisnye. Waktu ni pun saya tak boleh terima ESP. Jadi saya ambil oste untuk dapatkan tulang kuat. Yang vitalea ni sebab dah ada kalsium, iron dan lain-lain nutrisis dlm ni maka bacaan Hb saya pun cantik sangat!

Alhamdulillah baby ggurl lagi lahir pada 30.10.2014 (40w 2days) Walaupun keluar tak secerah kakak die tapi bdn baby keras dah (tulang kuat katakan sebab ambil oste kan hehehee) Badan mantap! Nak pegang pun tak takut sgt sebab badan tak lembik. Selepas baby beberapa bulan baru start ambil esp balik sebab terpikir banyak khasiatnya..

Opps lupa..2bln ni dah start ambil VIT-C nak muka cantik! hehee.. Tapi yang penting makan makanan berkhasiat tu yang bagus..

Sekian kisah saya, Nama saya Liza, saya suka ESP!

TERIMA KASIH.

LIZA

.

Pengalaman mengandungkan bayi anda, In Shaa Allah tidak akan sama seperti sebelumnya apabila anda sudah membuat keputusan untuk mencuba Set Ibu Hamil Cergas Shaklee ini.

Serius anda tidak akan menyesal di kemudian hari. Saya telah mencuba dan merasakan kesannya hingga ke hari ini. Anda bila lagi?

Dapatkannya sekarang! Lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda dapat merasakan kesannya.

Hubungi saya segera untuk bantuan konsultasi percuma berkenaan mengatasi komplikasi ibu mengandung. In Shaa Allah kita akan sama-sama mencari penyelesaiannya.

Hubungi Segera:

Norhanita Mohd Yusof
Shaklee Certified Product Trainer

SMS | Call | Whatsapp:
019 – 477 1733

Email:
norhanita@yourfabulousmama.net

Shaklee ID:
866451

Kenyataan di dalam halaman ini tidak dinilai oleh badan FDA (Food and Drug Administration).
————————————
Ia tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat  atau mencegah sebarang jenis penyakit

Facebook Comments:
Suplemen Untuk Ibu Hamil: Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan

Leave a Reply

Your email address will not be published.