Setiap manusia normal memiliki satu set buah pinggang. Buah pinggang adalah organ berbentuk seperti kacang merah yang terletak di sisi kanan dan kiri tulang belakang di atas bahagian pinggang kita.

Fungsi asas buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah.

Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikumuh keluar dengan sempurna melalui air kencing.

Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh masalah diabetes atau kencing manis dan obesiti. Gemar mengambil makanan dan minuman manis atau minuman berkarbonat juga antara penyumbang utama masalah ini.

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai gangguan kepada fungsi tubuh. Akibatnya, pelbagai komplikasi mulai muncul secara berperingkat mengikut kadar kerosakan buah pinggang.

Apakah tanda-tanda awal penyakit buah pinggang? Ok kita akan bincangkan senarainya di dalam artikel ini. Sila ambil perhatian!

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

+1 – Masalah badan lemah, tidak bertenaga dan fikiran terganggu

Buah pinggang yang sihat mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilakan lebih sel darah merah untuk fungsi mengangkut oksigen.

Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini juga disebut sebagai anemia.

Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.

+2 – Masalah susah hendak tidur

Ini bukan berkaitan kerap diganggu hantu atau makhluk halus. Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea).

Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia.

Kesemua gangguan ini  menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.

+3 – Masalah kulit kering dan gatal-gatal

Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.

Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid.

Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.

Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.

Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

+4 – Masalah kencing terlalu kerap di waktu malam

Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung.

Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap.

Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.

+5 – Masalah air kencing berdarah atau kencing kotor

Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah.

Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor.

Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.

+6 – Masalah air kencing berbuih

Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome.

buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting.

Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.

+7 – Masalah mulut berbau dan hilang selera makan

Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan.

Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah

+8 – Masalah bengkak kaki dan mata

Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang.

Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata.

Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.

+9 – Masalah kekejangan otot

Kekejangan otot atau “muscle cramp” adalah petanda biasa berkaitan penyakit buah pinggang. Ia menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau beberapa minit. Kebiasaannya berlaku di bahagian belakang betis kaki.

Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dan elektrolit tubuh atau berlaku kerosakan saraf atau juga disebabkan masalah aliran darah. Kesemuanya melibatkan fungsi kerja buah pinggang.

Facebook Comments:
9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

10 thoughts on “9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Kita Tahu

  • April 1, 2017 at 10:31 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.

    Sakit buah pinggang sangat merisaukan. Jadi dari awal kita mesti amalkan gaya hidup yang sihat dan banyakkan minum air kosong banyak. Bagus untuk singkirkan toksin dalam bafan kita.

    Ilmu yang bagus. Terima kasih.

    Fb saya: kalsom ali

    Reply
    • April 2, 2017 at 5:34 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Cik Som, terima kasih kerana melawat ke laman ini. Betul sangat tips minum air tu. Seimbangkan pemakanan harian dengan banyak minum air kosong. Sangat baik untuk perut & semua organ tubuh.

      Reply
    • September 8, 2017 at 10:35 pm
      Permalink

      Saya melihat ank saya bahagian muke mcm sembab 1 hari 2 ni..

      Reply
      • September 9, 2017 at 5:45 pm
        Permalink

        Salam Tuan/Puan Anonymus,

        Muka sembab atau bengkak mungkin petanda biasa disebabkan pengumpulan cecair badan. Selepas bangun daripada tidur contohnya. Masalah alergi juga boleh menyebabkan bengkak muka yang tidak serius. Ia akan hilang secara semulajadi selepas beberapa ketika.

        Namun jika bengkak muka disertai beberapa simptom lain seperti bengkak yang terlalu ketara, lemah tubuh badan, sakit, demam atau bengkak pada telinga, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Diagnosis mampu memberikan petanda punca bengkak dimuka dengan lebih jelas bagi mengelakkan risiko bahaya.

        Reply
  • July 17, 2017 at 3:24 am
    Permalink

    saya baru 1 tahun lepas opret jantung injap ganti,masalahnya skrng saya selalu sakit dibawah pinggang sebelah kiri,apakah itu tanda2 sakit buah pinggang?

    Reply
    • July 17, 2017 at 11:31 am
      Permalink

      Salam Pn Mariani. Sakit bahagian pinggang bawah sebelah kiri boleh disebabkan oleh beberapa masalah antaranya masalah kolon, masalah peranakan wanita, masalah saluran kencing atau buah pinggang. Ia boleh ditandai dengan simptom-simptom tertentu. Jika masalah berlarutan, puan perlu dapatkan pemeriksaan doktor secara terperinci bagi mengelak masalah yang lebih serius.

      Reply
  • July 30, 2017 at 8:39 pm
    Permalink

    Sy mengalami gatal pd kulit.pada asalnya ia bengkak merah yg kecil d merasa miang.apabula di garu ia menjadi bengkak lbh besar ckt.ianya terjadi pada waktu mlm shj.adakah ia petanda penyakit buah pingang? Perlukh sy membuat pemeeiksaan doktor?

    Reply
    • July 31, 2017 at 11:22 am
      Permalink

      Assalamualaikum Puan Mai Rabiayah.

      Masalah bengkak kemerahan pada kulit disertai rasa gatal yang puan hadapi mungkin petanda masalah Urticaria. Ia timbul akibat reaksi alergi tubuh terhadap makanan, ubatan, suhu/cuaca, alergen (bulu/debu/debunga/dll), jangkitan bakteria, gigitan serangga dan sebagainya.

      Waktu malam, gatal menjadi semakin aktif akibat perubahan suhu yang dingin atau panas (berpeluh). Jika berlarutan dan semakin teruk (naik satu badan dan berdarah), ada baiknya puan dapatkan pemeriksaan & rawatan doktor. Juga dapatkan khidmat nasihat serta kenalpasti punca alergi adalah lebih baik.

      Untuk redakan masalah gatal-gatal kulit secara luaran, puan boleh cuba krim Herbal blend.

      Dari segi nutrisi untuk pencegahan, puan boleh atasi masalah alergi dengan suplemen Alfalfa, vitamin C & B-Complex. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 019 – 477 1733

      Reply
  • September 18, 2017 at 4:56 pm
    Permalink

    saya berumur 66 tahun, masih aktif bekerja free lance. saya memang ada penyakit tiga serangkai tapi dimantau oleh doktor saya cuma yang mengrisaukan saya, kencing saya selalu berbuih dan saya akan kencing 4 or 5 kali dalam sehari.

    saya risaukan kencing berbuih?? kenapa ya…Saya mohon panduan dari pihak tuan/puan.
    terima kasih banyak.

    Reply
    • September 19, 2017 at 10:52 am
      Permalink

      Assalamualaikum Puan Narimah,

      Alhamdulillah puan masih masih kuat di usia emas ini. Penyakit 3 serangkai juga berkaitan dengan masalah buah pinggang. Kekerapan kencing dan kencing berbuih adalah antara tanda-tandanya. Kencing berbuih biasanya diakibatkan oleh kebocoran protein albumin dalam buah pinggang. Jika kencing kotor mungkin disebabkan percampuran darah, asid urik berlebihan atau mineral yang disingkirkan bersama air kencing. Tanda-tanda ini boleh disebabkan oleh masalah hidrasi (kekurangan minum air), kesan pengambilan ubatan/dadah atau kerosakan buah pinggang.

      Pada ketika ini, ikuti nasihat doktor, ambil ubat dan jaga pemakanan dengan terkawal dan sebaiknya. Jika masalah berlarutan sehingga beberapa hari secara berterusan, rujuk masalah kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kencing kerap tidak mengapa, cuma jangan kerap menahan kencing terlalu lama.

      Jika puan ingin mendapatkan Vivix untuk membantu memperbaiki kesihatan puan boleh hubungi saya di 019 – 477 1733. Penerangan lanjut dan konsultasi eksklusif akan diberikan. Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.