Apa itu Platelet Darah Rendah?

Jumlah platelet normal dalam darah tubuh manusia ialah sekitar 150,000 hingga 450,000 platelet per mikroliter darah.

Jumlah platelet darah yang rendah berbanding platelet normal disebut sebagai Thrombocytpenia.

Jumlah platelet darah yang tinggi berbanding platelet normal disebut Thrombocytosis.

Darah terbina daripada beberapa kumpulan sel utama. sel-sel yang terkandung dalam darah ini disebut plasma. Jenis-jenis sel tersebut ialah:

  • Sel darah merah
  • Sel darah putih
  • platelet atau trombosit (thrombocyte)

Platelet (thrombosit) adalah sel darah yang tidak berwarna yang berfungsi membantu pembekuan darah normal.

Apabila kulit kita luka; akibat kecederaan, terbakar atau inflamasi kulit, platelet akan menggumpal membentuk darah beku bagi menjalankan fungsi menghentikan pendarahan.

Apabila jumlah platelet tidak mencukupi dalam darah, maka pendarahan menjadi lambat atau sukar untuk dihentikan. Jumlah platelet darah rendah ini disebut sebagai Thrombocytpenia.

Kondisi platelet darah rendah dikategorikan kepada dua tahap; tahap ringan (mild) dan tahap serius (severe). Kedua-duanya bergantung kepada punca yang menyebabkannya berlaku.

Punca Platelet Darah Rendah

Thrombocytpenia biasanya berlaku disebabkan oleh kondisi medikal tertentu seperti:

  • Leukemia
  • Jangkitan virus
  • Masalah sistem imun
  • Kesan sampingan ubat tertentu

Apakah Tanda-tanda Platelet Darah Rendah?

Secara asasnya, bacaan platelet darah secara klinikal adalah tanda aras utama untuk menentukan pesakit mengalami masalah thrombocytpenia atau tidak; berat ataupun ringan.

Namun beberapa tanda amaran awal mungkin boleh memberi petunjuk kepada permulaan masalah platelet darah rendah.

Bagi sesetengah keadaan tertentu, thrombocytpenia mungkin tidak memberikan sebarang simptom yang jelas. seperti kes jumlah platelet menurun semasa dalam fasa kehamilan tertentu, ia tidak menunjukkan simptom.

Namun bagi sesetengah keadaan lain pula, thrombocytpenia menunjukkan tanda-tanda pendarahan yang serius yang memberi komplikasi lebih buruk jika tidak dirawat segera.

Tanda-tanda platelet darah rendah boleh dikenalpasti secara fizikal jika berlaku beberapa kemungkinan gejala seperti berikut:

  1. Tanda lebam merah, ungu atau perang coklat muncul pada beberapa bahagian badan; disebut “purpura”
  2. Ruam bintik-bintik merah atau ungu pada permukaan kulit; disebut “Petechiae”
  3. Pendarahan hidung
  4. Pendarahan gusi
  5. Pendarahan yang berpanjangan atau sukar untuk berhenti sendiri sama ada luka kecil atau besar pada kulit
  6. Pendarahan berat yang tidak normal ketika haid
  7. Pendarahan pada rektum atau dubur
  8. Pendarahan pada najis atau air kencing
  9. Pembengkakan limpa
  10. Jaundis – demam kuning

Dalam kes yang lebih serius pula, pendarahan organ dalam mungkin telah berlaku melalui gejala berat berikut:

  1. Keluar darah bersama najis atau air kencing
  2. Muntah darah atau muntah berwarna gelap pekat

Bertindak Segera! Jangan Tunggu Tanda Amaran Menjadi Serius

Jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti yang dinyatakan di atas, pesakit perlu segera berjumpa doktor. Pemeriksaan dan rawatan doktor adalah langkah utama untuk mengelakkan komplikasi yang lebih buruk daripada berlaku.

Pemeriksaan doktor boleh memberi pengesahan secara klinikal sama ada kita sedang mengalami thrombocytpenia atau masalah tertentu yang lain yang mungkin mempunyai simptom yang hampir sama.

Jika bernasib baik, risiko kematian mungkin boleh dielakkan. Wallahu a’lam bis showab.

Faktor Punca Platelet darah Rendah

Punca utama berlakunya masalah kekurangan platelet darah kurang ini boleh disebabkan oleh:

#1 – Penyakit Sumsum Tulang (Bone Marrow)

Sumsum tulang adalah tisu lembut yang terdapat ditengah struktur tulang. Ia adalah kilang atau tempat pengeluaran komponen darah utama termasuk platelet.

Jika sumsum tulang ini tidak produktif untuk menghasilkan platelet yang cukup, ia cenderung menjadi punca kepada masalah thrombocytepenia.

Pengeluaran platelet ini mungkin terjejas akibat masalah:

  1. Anemia aplastik – pengeluaran sel-sel darah baru terhenti
  2. Kekurangan vitamin b12
  3. Kekurangan folate
  4. Kekurangan zat besi
  5. Jangkitan viral seperti HIV, virus Epstein-Barr dan virus campak
  6. Terdedah kepada kemoterapi, radiasi atau bahan kimia toksik
  7. Pengambilan alkohol berlebihan
  8. Penyakit sirosis hati (Cirrhosis)
  9. Leukemia
  10. Masalah kelainan darah atau sindrom Myelodysplasia (MDS)

#2 – Kemusnahan Platelet

Normalnya, jangkahayat platelet adalah selama 10 hari dalam sistem tubuh yang sihat.

Apabila  kadar kemusnahan platelet darah lebih cepat berbanding kadar pengeluaran darah  baru, ia menyebab bilangan platelet darah semakin menurun.

Ia disebabkan oleh tindakbalas sistem imun yang membunuh atau memusnahkan platelet darah itu sendiri.

Puncanya mungkin akibat kesan sampingan ubat tertentu; seperti dadah diuretik atau ubat anti-sawan (anti-seizure). Atau, punca lainnya ialah:

  1. Pembengkakan hiperaktif limpa – hypersplenism
  2. Masalah gangguan autoimun atau kecelaruan autoimun
  3. Kehamilan
  4. Jangkitan bakteria dalam darah – seperti demam denggi dan leptispirosis
  5. Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP)
  6. Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP)
  7. Sindrom Uremik Hemolitik – Kemusnahan abnormal sel darah merah
  8. Disseminated Intravascular Coagulation (DIC) – kapilari darah tersumbat akibat bekuan-bekuan darah kecil.

Baca Juga >> Vivix Bantu Naikkan Bacaan Platelet Darah Rendah Akibat ITP

Baca Juga >> Vivix Bantu Naikkan platelet Darah Akibat Demam Denggi

Baca Juga >> Vivix Bantu Atasi Penyakit Kencing Tikus Penyebab Platelet Darah Rendah

Apakah Diagnosis Untuk Platelet Darah Rendah?

Sebaik kita berjumpa doktor untuk mengadu berkaitan simptom platelet darah rendah, biasanya pemeriksaan fizikal akan dilakukan terlebih dahulu.

Tanda-tanda seperti lebam atau ruam bintik merah pada kulit akan dikenalpasti. Pemeriksaan abdomen mungkin juga dilakukan untuk mengesan sebarang aktiviti abnormal pembesaran limpa (spleen).

Kita mungkin ditanya jika ada sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah yang serupa – genetik keluarga juga antara punca pembawaan masalah thrombocytpenia ini.

Selanjutnya, beberapa ujian klinikal mungkin dijalankan untuk pengesahan platet darah rendah. Antaranya ialah:

1 – Ujian Darah

Ujian Complete Blood Count (CBC atau FBC) adalah Ujian yang paling kerap dilakukan di hospital untuk pengiraan kesemua komponen darah (Sel darah merah, sel darah putih dan platelet).

Paras platelet dalam darah akan menentukan sama ada sesorang itu mengalami masalah thrombocytpenia ataupun tidak.

2 – Ujian Ultrasound

Jika pesakit disyaki mengalami masalah pembengkakan limpa, ujian lanjut secara ultrasound pada abdomen mungkin dilakukan untuk mengenalpasti aktiviti abnormal itu.

3 – Ujian Sumsum Tulang dan biopsi

Ujian klinikal ini biasanya dilakukan untuk mengenalpasti sebab berlakunya ketidaknormalan sel darah. Ia juga prosedur yang sama untuk mengesan tahap perebakan kanser atau jangkitan jika ia telah sampai ke sumsum tulang.

Ujian ini melibatkan pengambilan sampel air sumsum tulang (aspiration) pada tulang bahagian pinggul (iliac crest) dan tulang dada (sternum). Bagi kanak-kanak, sampel akan diambil pada tulang kering (tibia) kaki.

Rawatan Untuk Mengatasi Platlet Darah Rendah

Bergantung kepada tahap masalah platlet darah rendah yang dihadapi, pesakit akan diberikan beberapa kaedah rawatan tertentu.

Tidak semua yang mengalami masalah platelet darah rendah memerlukan kaedah rawatan yang khusus.

Dalam sesetengah kondisi ringan, punca kepada platelet darah rendah ini akan dapat diatasi dan platelet darah akan kembali ke paras normal secara semulajadi dalam tempoh tiga hingga empat hari atau lebih.

Dalam tempoh ini, doktor mungkin akan menasihatkan pesakit supaya:

  • Mengelakkan aktiviti aktif yang berpotensi menyebabkan kecederaan sama ada risiko pendarahan atau lebam
  • Berhenti daripada tabiat meminum alkohol
  • Menghentikan atau menukar kaedah pengubatan yang memberi kesan kepada penurunan jumlah bilangan platelet darah, termasuk pengambilan aspirin dan ibuprofen.

Jika pesakit mengalami masalah penurunan bilangan platelet darah yangserius (severe), kaedah rawatan perubatan yang mungkin perlu diambil, termasuk:

  • Prosedur pemindahan darah atau platelet (transfusi darah) – Kemasukan darah melalui intravena dilakukan untuk tambah platelet darah.
  • Preskripsi ubat – Jika melibatkan masalah sistem imun, preskripsi ubat seperti corticosteroid atau yang lebih kuat mungkin terpaksa diambil untuk meningkatkan bilangan platelet darah.
  • Pembedahan Limpa (Splenectomy)– Jika thrombocytpenia disebabkan oleh pembengkakan limpa, maka pembuangan limpa (spleen) perlu dilakukan secara pembedahan.
  • Pemindahan Plasma – Transfusi plasma dilakukan melalui intravena. Plasma merupakan bahagian cecair darah yang mengandungi komponen air, protein, gula, elektrolit dan lain-lain.
Facebook Comments:
Awas Tanda-tanda Platelet Darah Rendah: Ketahui Punca dan Rawatan Untuk Mengatasinya

2 thoughts on “Awas Tanda-tanda Platelet Darah Rendah: Ketahui Punca dan Rawatan Untuk Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge