Masa baru-baru lepas bersalin, perasaan takut sangat nak membuang memang amat terasa. Risau jahitan perineum atau jahitan bersalin terbuka, risau luka menjadi serius, risau sakit dan pedih serta macam-macam lagi yang bermain difikiran pada masa itu.

Lebih-lebih lagi jika itu pengalaman bersalin anak yang sulung. Memang sangat stress kan. Saya percaya ramai juga ibu lepas bersalin atau ibu berpantang yang turut stress ketika melalui saat ini.

Membuang air besar adalah suatu perkara wajib dilakukan sehari-hari. Jika tidak dilakukan dengan sempurna, ia mungkin menimbulkan banyak masalah serius yang lain.

Kesannya boleh menyebabkan masalah angin, sakit pinggang, sakit lutut dan sakit belakang. Hai.. nak pengsan dibuatnya. Ditambah pula dengan masalah sembelit, memang amat merisaukan.

Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin 

Apa tidaknya, saya juga pernah merasai seksanya masalah sembelit ketika baru lepas bersalin atau dalam waktu pantang. Pengalaman ini hadir selepas melahirkan anak yang pertama. Waktu itu memang ambil masa yang lama untuk berada di dalam bilik air, kadang-kadang sampai berjam-jam.

Kalau teruk atau sakit sangat tu memang terpaksa menitik air mata. Yelah kan, proses membuang kena dilakukan dengan perlahan-lahan dan sabar, terteran kuat karang lain pula masalah yang datang.

Untuk mengatasi masalah ini biasanya doktor akan membekalkan sejenis ubat untuk mengatasi sembelit. Itu pilihan yang ada, so terpaksa kena ambil. Hmm rasanya memang tak best dan off course kita memang jadi takut nak ambil sebab namanya ubat..hehe.

Di waktu fasa menyusukan anak sememangnya kita perlu berhati-hati di dalam mengambil sebarang ubat-ubatan bagi mengelakkan komplikasi sampingan kepada si bayi. Sebagai ibu yang perihatin dengan masalah ini dan tidak mahu ia berulang kembali di masa hadapan, saya cuba mengkaji kenapa saya mengalami sembelit selepas melahirkan bayi.

Ternyata melalui pembacaan ilmiah dan perkongsian ibu-ibu hamil, kebanyakkannya menyatakan perkara ini adalah normal dan biasa berlaku. Dan daripada situ juga, saya turut menemui alternatif penyelesaian kepada masalah sembelit selepas bersalin tanpa perlu ambil ubat doktor.

Kalsium Boleh Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin?

OK, ini bukan ayat untuk menjual ye, cuma sekadar berkongsi masalah, alternatif penyelesaian dan pengalaman sendiri..Hehe.

Alhamdulillah saya diperkenalkan kepada Ostematrik Shaklee selepas kelahiran anak pertama. Penerangan demi penerangan mengenai bagaimana Ostematrik membantu pelawasan dan sembelit, mendorong saya untuk mencuba dosnya yang pertama.

Selepas mencuba, dan malang sekali sehingga kini saya terpaksa menjadi pengguna setia akibat keistimewaannya yang tiada tolok banding. Saya dapati Ostematrik amat membantu menyelesaikan masalah sembelit selepas bersalin saya untuk kelahiran anak kedua dan ketiga, dan Inshaa Allah untuk yang berikutnya. 

Kini kerisauan mengenai pengaruh ubat dalam tempoh menyusu anak turut dapat di atasi, malah turut membantu penyusuan dan pelbagai lagi masalah lain berkaitan sendi dan sakit belakang.

Apa yang menyebabkan saya jatuh cinta kepada Ostematrik ini, ia bukan setakat membantu atasi sembelit ketika berpantang, malah turut mengatasi masalah sembelit harian yang biasa. Kuncinya, perlu diambil sehari-hari untuk mendapatkan kesan kebaikan berpanjangan.

Kebaikan Yang Patut Dikongsi Bersama

Perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama. Terpulang kepada individu untuk membuat pilihan yang terbaik di dalam kehidupan mereka kerana ini bukanlah pilihan wajib.

Semenjak dari itu saya telah berkongsi dengan ramai ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama. Alhamdulillah rata-ratanya memberi feedback yang positif.

Baru-baru ni pula, seorang kenalan bertanyakan tentang Ostematrix Shaklee sama ada stok atau tidak. Saya beritahulah sentiasa ada, Inshaa Allah. Gembira aje kawan saya tu. siap pesan, simpan 1 botol untuk dia ye. esok dia datang rumah ambil.

Biasalah sebelum membeli semestinya melalui sesi konsultasi dulu. Lepas cerita punya cerita, kawan saya ni beritahu kini dia serik dah nak ‘skip-skip’ ambil Ostematrix semasa dalam pantang dan berusaha untuk mengambilnya secara konsisten.

Mengapa? Apa masalahnya? Sebabnya begini, bila dia ter’skip’ ambil Ostematrix, masalah sembelit datang kembali secara senyap tanpa diduga. Akibatnya, pernah suatu hari dia terpaksa duduk dalam bilik air hampir dekat 1 jam sampai menangis kerana dek tak tahan sakit sembelit yang tak kunjung keluar.

Saya ingat cukup dengan ambil banyak air dan makan buah oren untuk membantu lawaskan pembuangan. Tapi saya silap. Rupanya ia tak membantu langsung.

Hehe..saya senyum je (sebab saya pun pernah rasa). Biasalah kita kadang-kadang tersalah persepsi terhadap sesuatu maklumat. Lebih-lebih lagi bergantung kepada kondisi tertentu. Mungkin bagi orang kebiasaan ia ‘ok’, cuma tak berkesan kepada kita yang sedang mengandung atau lepas bersalin.

Inshaa Allah tidak perlu risau. Apapun kini saya gembira dapat membantu mereka yang bermasalah. Masalah yang kecil tetapi impak penyelesaiannya amat besar bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Kelebihan Ostematrik Bukan Sekadar Untuk Sembelit

Ostematrix Shaklee ni adalah tablet yang mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan gabungan beberapa mineral penting yang lain (boleh rujuk label pada botol).

Selain untuk atasi sembelit ketika berpantang, ia juga berfungsi:

  • Membantu kekuatan tulang dan sistem sendi, membuatkan si ibu tampil dengan rasa lebih cergas dan aktif sepanjang hari.
  • Membantu pengurusan tidur yang baik bagi ibu, terutamanya ketika tidur malam. Mengatasi rasa letih walaupun sering mempunyai waktu tidur yang tidak cukup.
  • Membantu mengatasi masalah bisa-bisa tulang atau sakit-sakit belakang, kesan kaki kejang dan kaki sembab yang biasa berlaku dalam kalangan ibu selepas bersalin.

Testimoni Visual: Bukan Sekadar Cakap Kosong

Nak dengar sendiri kisah ibu yang rasa serik berpantang sebab sembelit teruk?

Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila dah termengandung anak kedua, lain pulak jadinya. Senyum-senyum je saat kelahiran…

Tonton video di bawah :

Apa yang diamalkan oleh Cik Kak Khadeejah Hasmad adalah mengambil set lengkap berpantang shaklee, khas untuk penjagaan kesihatan beliau semasa dalam pantang.

Almaklumlah orang zaman sekarang, jamu tidak serasi dengan beliau katanya. Hehe..

Pengalaman Mematangkan Ibu Yang Ingin Berpantang Lagi 

Testimoni #1:

ANAK KITA AQEEF SORANG JE LA SAYANG

Masih ingat lagi kata-kata suami saya bila dia tengok saya sengsara akibat sembelit yang sangat teruk semasa pantang kan anak pertama kami, Aqeef Danial 6 tahun yang lepas.

Tapi tu lah, orang perempuan ni, teruk macammana pun pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang, tak serik lagi nak baby lagi kan. Teruk pengalaman sembelit saya. Lebih-lebih lagi suami tiada di sisi sebab saya berpantang di rumah mak kan. Bila rasa nak membuang tu datang, menangis-nangis saya menahan sakit. Gesa tu semacam gesa contraction. Nak sangat keluar tapi sakit sangat di bahagian dubur jadi saya tahan dari keluar.

Agak pelik juga sebab saya kena sembelit setelah 3 minggu berpantang. Saya minum air banyak dan makan oren sunkist dari awal berpantang seperti yang dicadangkan oleh nurse KK, tapi saya masih lagi kena sembelit. Saya pergi ke klinik swasta dan doktor beri gel kebas dan ubat pelawas. Sapu dahulu di bahagian dubur sebelum nak membuang. Lega sikit sebab tak rasa sakit luka di bahagian tu, tapi tetap penuh penyeksaan nak mengeluarkan najis yang sudah mengeras tu.

Tak serik nak baby. Berpantang anak kedua saya ambil Set Postnatal Shaklee. Saya memang sudah mulakan dengan Set Prenatal semasa mengandung anak kedua ni. Alhamdulilah bila tahu Ostematrix dalam Set Postnatal tu boleh membantu mengatasi masalah sembelit, malam pertama selepas bersalin tu je, terus saya makan 4 biji Ostematrix. Esok bangun pagi sangat lawas. Takde rasa seriau pun nak membuang walaupun baru je lepas bersalin.

Sepanjang pantang sehingga selepas pantang pun saya terus amalkan makan vitamin Shaklee. Alhamdulilah memang tiada masalah sembelit. Anak kedua dan ketiga, mereka memang Baby Shaklee saya.

– NAJIHAH RAZALI

atasi sembelit ketika berpantang

Testimoni #2: 

Saya kenal Shaklee masa anak pertama saya dah berumur 4 bulan. So tak merasa Set Berpantang Shaklee masa tu. Anak kedua, sejak hamil hingga berpantang sampai la sekarang ni tak putus consume suplemen Shaklee.

Memang terasa perbezaanya; Lebih bertenaga, Luka cepat sembuh (ni perbandingan ikut pengalaman kelahiran anak pertama dan kedua), Tiada masalah susu badan tak cukupTiada lagi masalah sembelit (Huhu perit Oooo..), Kulit pun makin cantik… Hehehe

– Syue Wana

Testimoni #2: 

Masa baby first saya tak kenal lagi Shaklee ni…Mula anak kedua dari start pregnant sampai pantang konsisten amal suplemen shaklee je..luka cepat sangat baik, kulit terasa glowing dan tiada sembelit itu yang paling penting!

– Norliey Dalilah

Penawar Sembelit
Kalsium Tulen Ostematrix Penawar Sembelit

Jika anda ibu yang sedang mengandung atau yang dah dekat ‘due date’ nak bersalin atau ibu sedang berpantang, ini nasihat saya: Ibu belum terlambat untuk mendapatkan Ostematrik dengan kadar segera. Jangan tangguh-tangguh lagi.

Set Berpantang Shaklee

Ibu boleh Call / SMS / Whatsapp saya di 019 – 477 1733 atau anda juga boleh membuat pembelian terus di bawah (jangan lupa hubungi saya terlebih dahulu untuk mendapatkan konsultasi dan panduan pemakanan yang terbaik untuk anda) :

Hubungi segera:

Pengedar Shaklee Kulim

Facebook Comments:
Tidak Cukup Untuk Atasi Sembelit Ketika Berpantang Dengan Air & Oren Sahaja

2 thoughts on “Tidak Cukup Untuk Atasi Sembelit Ketika Berpantang Dengan Air & Oren Sahaja

    • March 30, 2017 at 11:32 pm
      Permalink

      Salam En. Ris,

      Boleh hubungi saya di 019-477 1733 untuk maklumat lanjut. Detail info & konsultasi akan diberikan.

      Terima Kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.